Assalamualaikum,
Sempena cuti kemerdekaan 31.08.2020, kami anak beranak merancang ke Melaka bercuti-cuti Malaysia... Percutian tanpa dirancang pun sebenarnya.
Seperti biasa, walaupun program secara tiba-tiba, tapi untuk elakkan anak-anak meragam dan bosan sewaktu bercuti... so sepanjang percutian, kenalah yang berunsurkan sesuatu yang menarik minat anak-anak..
Setelah membuat perancangan dalam waktu yang singkat, saya dah senaraikan pada en.husband tempat-tempat untuk kami lawati..
Pertama ialah CatWalk Studio.. Nak bawa diorang tengok dan main denga kucing.
Ini ialah cafe yang bercirikan kucing... diorang ada sediakan masakan panas dan minuman... dan jika berminat, boleh la masuk dalam bilik kucing untuk bermain dengan kucing. Ada pelbagai jenis kucing dalam di cafe ni.
Bertolak dari Kuala Lumpur jam 9.00pagi, sampai di CatWalk Studio lebih kurang jam 1.00tghari. Masa yang amat sesuai untuk singgah di sini untuk isi perut makan tengahari sambil melayan minat anak-anak pada kucing.
Disini kami pesan nasi goreng cina (x pedas), nugget, sirap ais dan sirap laici... Yang best disini, kami dapat fries dan 2 botol minuman sirap percuma.. (😍... saya memang suka dengan benda-benda percuma🤭).. tapi lupa pulak nak ambil gambar...
Pada mulanya, nak makan dulu baru main-main dengan kucing... Tapi disebabkan Lily dan Lea dah tak sabar nak bermain dengan kucing, kami pun bawalah diorang masuk kedalam.
Masuk dalam, kalau umur lily(3 tahun) dan lea(2 tahun), perlu ada orang dewasa masuk sekali.. sebabnya takut diorang picit atau cucuk-cucuk kucing tu (ya ini memang anak saya c Lea buat waktu dalam bilik kucing 😑😑🤦♀️)
Untuk masuk bermain dengan kucing ada bayaran lain... rm15 untuk kanak-kanak dan rm20 untuk orang dewasa.
Kucing-kucing disini sangat manja... tak perlu risau dicakar🤭... Bila masuk sini, pekerja akan beri makan pada kucing-kucing... jadi dapatlah ambil gambar dikelilingi kucing... Lily memang sangat eksited waktu ni... peminat kucing nombor satu.
Diorang beri masa 45 minit untuk main-main dengan kucing, tapi kalau orang tak ramai... bolelah main lama-lama sikit.
Sebabkan Rizqi masih kecil, baru umur 10 bulan... jadinya, Rizqi duduk dengan daddy sahaja di luar...
Memang serononk bila tengok anak-anak gembira dapat sentuh dan main dengan kucing.. Bolehlah anak-anak lepaskan tekanan... asik berkurung dalam rumah sahaja kan... hihihi
Baca juga Melawat Taman Burung Melaka
Baca juga Melawat Taman Buaya Melaka
Okeh begitulah kisahnya kami melawat di Cafe kucing CatWalk Studio...
Cafe ni tutup setiap hari Khamis ya.. so jangan datang hari Khamis. Masa operasi ialah dari jam 10.30 pagi hingga 7.00 petang.
Sekian, Semoga bermanfaat..
Daa
Ada datang Melaka ya. Rasanya Cat Walk Studio ini di Ayer Keroh.
ReplyDeleteAah.. betul NA.. cafe ni dkt ayer keroh.. cuti di Melaka sambil melawat abang.. 😄
Deletedulu kat shah alam ada gak Mell cafe macam ni tapi dah tutup rasanya, comel-comel kan anak2 bulus kat sini :)
ReplyDeleteComel² semuanya... manja² pula tu. Owh dkt Shah Alam, tak pernah pegi lagi dekat shah alam.. kalau d sunway putra mall sentul pernah juga pegi.. cuma tak banyak sangat kucing kat sana.
Deletemenariknya tempat tu... kalau ke sana mesti aiyan suka, dia suka main dengan kucing... lagilah kalau kucing manja gini... kucing kat rumah tu pun selalu di kerjakan... kita kene perhatikan tak boleh biarkan je
ReplyDeleteAnak kalau dah suka dengan kucing, mmg kena pantau sentiass kan dana... lily pun begitu jugak, bila balik rumah atok neneknya, kehulu kehilir dikejarnya kucing .. sampai kucing pun naik rimas 😆
DeleteWah! ada Cafe kucing kat Ayer Keroh ya.
ReplyDeleteNanti kalau pergi Melaka nak carilah cafe ni
Boleh try g sini mrs.A, bersih kedai dia..
Deleteawww what a cute happy family and aaa those meows. i cant!! <3
ReplyDeleteComel kan meow² sini... manja pula tu...
DeleteBestnya cat cafe ni. Boleh makan pastu main ngan kucing kucing comel. Sphynx cat tu tak berani nak pegang. macam pelik bila kucing xde bulu. huhu
ReplyDeleteHehe.. betul³... mmg pelik jugak perasaan waktu pegang 😅
DeleteBestnya cat Cafe ni..kucing comel-comel..hehe
ReplyDeleteComel.. dlm bilik tu, owner kedai siap pasang penapis udara coway.. tp byk jugak la bulu kucing melekat d baju 🤭..
DeleteUniknya sphynx tu.. tak pernah lagi tengok secara live kucing tu..
ReplyDeleteHaha budak2 memang excited dengan kucing.. diorang agaknya geram sampai boleh main tarik-tarik ekor. Kena pantau juga.
Kalau tak silap pernah nampak ada kedai kucing macam ni dekat sunway putra kot sebelum ni. Tapi tak pernah masuk...