Showing posts with label ILMU PENGETAHUAN. Show all posts
Showing posts with label ILMU PENGETAHUAN. Show all posts

PERKONGSIAN MEREKA YANG POSITIF COVID-19

Sepanjang tempoh RMO ni, memang agak tepu kepala.... pertama memikirkan nasib keluarga kecil saya ni, kedua memikirkan kesihatan ibu bapa di kampung, ketiga memikirkan kerisauan jika covid-19 ni tak pulih dan ambil masa yang sangat lama.

Baru-baru ni, saya ada baca satu perkongsian di facebook oleh Syazana Mi. Dalam perkonsiannya tu, dijangkakan, 1 April, angka positif covid-19 mungkin akan mencanak naik... sepertimana yang terjadi di Itali... Beliau berkata, faktor utama kenaikan angka di Malaysia ialah disebabkan oleh kejadian 'panic buyers' haritu, dan disebabkan oleh tindakan orang ramai, yang balik ke kampung halaman, apabila PM mengeluarkan RMO. Gelombang ketiga ni akan mula dirasai pada 1 April iaitu, 14 hari selepas terjadinya panic buyers dan aktiviti balik kampung beramai-ramai.

Allah... memang agak terkesan jugaklah saya dengan ayat-ayat  beliau, sebab kami pun ada keluar membeli barangan keperluan pada 16hb hari tu... sebelum RMO diumumkan... haishh.. takut jugak... minta dijauhkanlah kami sekeluarga dari virus jahat ni.

Bersungguh jugaklah, saya mengira 14 hari selepas keluar berbelanja tu😓.. kalau dari pengiraan saya, hari ni hari ke13 selepas kami keluar berbelanja... aiyooo ama apa..  takut wooo... hari ke14 pada 30.3.2020... semoga semua baik-baik sahaja...

Kenapa 14 hari??? Sebab menurut beliau, virus ni akan mula bergejala selepas tempoh 14 hari...

klik gambar untuk lebih jelas
gambar atas ni saya screenshot perkongsian beliau, ada 53 gambar keseluruhan, so saya tak kongsi dalam entry ni, kalau kamu nak baca perkongsian beliau, bolek klik sini ya

Kemudian saya ada pula terbaca share dari salah seorang pesakit, yang telah disahkan positif covid-19. Dan bagi saya, kesediaan beliau untik berkongsi pengalaman, sangat membantu kita semua untuk lebih bersedia, untuk hadapi apa-apa kemungkinan... Semoga beliau terus sihat dan dipermudahkan segala urusan serta dimurahkan rezeki.

Beliau berkongsi simptom yang dirasakan, aktiviti yang terjadi dalam wad kuarantin covid-19, ubat dan apa yang diberi sepanjang ditahan dalam wad pemerhatian. Dan alhamdulilah, beliau kini sudah dibenarkan keluar wad.

Saya adalah sejenis yang suka membaca pengalaman-pengalaman LIVE sebegini. Sungguh saya memang taknak benda ini terjadi pada sesiapa pun, tapi kalau saya ambil tahu apa yang terjadi sepanjang mereka dikuarantin, secara tidak langsung, saya akan praktikkan dirumah... walaupun alhamdulilah, di rumah kami ni, tiada sesiapa yang sakit kecuali saya😅... batuk-batuk....

Menurut beliau pula, kenapa 14 hari???? Ada sedikit perbezaan daripada perkongsian yang pertama..
~14 hari ni adalah dimana virus covid-19, hidup dalam badan kita.. sistem imun dalam badan kita akan berjuang melawan virus ni dalam tempoh 14 hari... jika badan kita kuat, kuman ni akan ditewaskan oleh badan secara semulajadi tetapi, jika badan tidak kuat.. 😭.. virus jahat ni akan menyerang badan pesakit.

Ini perkongsian beliau...

Simptom
~sakit-sakit badan
~rasa tidak selesa
~pening-pening
~sama seperti ketika beliau diserang denggi sebelum ni

Ujian saringan
~sewaktu hadir kali pertama di HKL, tiada saringan covid-19 dilakukan oleh pihak hospital sebab tidak demam dan petugas bahagian saringan bagitau tiada simptom covid-19
~hadir kali ke2, buat swab test, sebab ada direct contact dengan rakan opis yang positif covid-19. Dapat surat kuarantin selama 14 hari dirumah, dan tunggu keputusan saringan yang akan keluar dalam tempoh masa 24 ke 48 jam.
~Dapat panggilan daripada HKL, keputusan saringan positif covid-19, dan pihak hospital hantar ambulan untuk ambil dan dibawa ke hospital


Menurut beliau, tempoh kuarantin ialah selama 14 hari dan boleh berlanjutan selama 21 hari, bergantung pada keupayaan antibodi untuk melawan virus covid-19.

Tiada ubat khusus yang akan diberi sepanjang dikuarantin dalam wad. Ubat biasa seperti demam akan diberi jika suhu badan lebih 38°C, dan sekiranya batuk-batuk akan diberi ubat batuk dan ubat kumur.

Jika tiada masalah seperti sukar bernafas, demam dan batuk, hanya duduk, tidur dan makan sahaja di dalam wad.... TAPI jangan lupa, waktu ni sebenarnya adalah waktu genting. Dimana antibodi badan sedang berperang hebat melawan virus covid 19 dalam badan. Jika antibodi kuat, maka virus akan tewas kurang dari 14 hari... tapi jika antibodi tewas, virus akan serang seluruh sistem badan.

klik gambar untuk lebih jelas
Ini adalah rekod yang beliau buat sepanjang disahkan positif covid-19.

Ujian swab test
~Setiap 2 hari, ujian akan diambil melalui tekak/kerongkong oleh doktor.
~untuk dapat kebenaran balik, keputusan ujian mestilah 2 kali berturut-turut negativ. Dan tidak demam

Perkongsian beliau agak panjang jugak, tapi saya ringkasan perkongsian. Boleh klik sini untuk baca perkongsian beliau 

Sebenarnya, ramai juga yang berkongsi catatan sepanjang menjalani kuarantin di hospital... Terima kasih kepada semua yang berkongsi cerita tersebut... Jika ada kelapangan, saya akan baca satu persatu😅...

Semoga kita semua dijauhkan dari virus jahat ni.. aminnn

SEBAK !! CARA PENGURUSAN JENAZAH COVID 19

Semalam 17 Mac 2020, diumukan 2 orang telah disahkan meninggal dunia disebabkan Novel Coronavirus (nCoV-2019).

Walaupun kita disyorkan untuk tidak bersalaman dengan orang, cuci tangan dengan kerap, gunakan hand sanitizer, memakai mask dan jaga jarak antara kita... tetapi sebenarnya, bagaimana cara virus ini tersebar masih belum betul-betul dapat dipastikan lagi.

Betapa sebak membaca pengurusan jenazah bagi yang terkena Novel Coronavirus (nCoV)-2019.

Menurut perkongsian, sepanjang tempoh  dikuarantin, tiada sesiapa dibenarkan untuk melawat mereka yang dijangkiti virus Covid-19.... bahkan selepas meninggal dunia pun... tiada sesiapa dibenarkan untuk melihat, menyentuh apalagi memberi ciuman terakhir kepada jenazah.


pakaian perlindungan diri (PPE)

Segala urusan mandi jenazah hingga ke urusan pengebumian akan dilakukan oleh pihak yang berwajib, menggunakan pakaian khas, Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE)... Tiada sesiapa dibenarkan berada berdekatan dengan jenazah, dari awal hingga habis proses pengebumian. Pengurusan jenazah sama seperti jenazah pesakit ebola. 

Berikut merupakan cara pengurusan bagi jenazah muslim:
Tayamum atau menyapu debu pada bahagian luar yang membaluti jenazah wabak Covid-19 diambil berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke 107, bertarikh 10 hingga 11 Febuari 2015 Mengenai Hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola ( Ebola Virus Disease :EVD) di Malaysia.

Pengecualian dan kelonggaran (rukhsah) sekiranya terdapat keadaan yang boleh menimbulkan kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah tersebut. Jenazah itu boleh diuruskan melalui prosedur tayamum di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membaluti jenazah itu. Bagi ungkapan azan pula, lafaz "hayya 'ala as-solah" dan "hayya 'ala al-falah" (marilah mengerjakan solat, marilah menuju kejayaan)  hendaklah ditukar kepada "sollu fi buyuutikum" (solatlah dirumah kamu).


Jenazah pesakit Coronavirus, akan ditutup rapat-rapat, dan tidak boleh dibawa balik kerumah.

Selepas jenazah dimasukkan kedalam beg body diatas, tiada siapa yang boleh membukanya.

Cara ini juga digunapakai terhadap jenazah bukan islam, dimana mayat tidak boleh disimpan dan diawet. Mayat dibungkus dalam kain sebelum dimasukkan kedalam 2 lapis body bag. Keranda juga bertutup dan tidak boleh dibuka selepas itu. Tiada siapa boleh memegang dan melihat jenazah.

Tatacara pengurusan jenazah, sama seperti pengurusan jenazah EVD.

Lihat video pengurusan pengebumian jenazah covid-19 DISINI.

Begitu besar impak, Novel Coronavirus (nCoV-2019). Semoga kita semua dijauhkan dan dilindungi dari virus ini. Bersama-samalah kita membantu dalam usaha mengawal penularan virus Covid-19 ini.

Sekian perkongsian saya.

Daa...


VIRUS NOVEL COVID-19 TANGGUNGJAWAB KITA DALAM BANTU NEGARA


Situasi panik dikalangan masyarakat mengenai penularan Novel Coronavirus (2019-nCoV), menyebabkan beberapa pasaraya diserbu semalam, 16 Mac 2019.

Ramai yang beratur melakukan 'panic buyers', membeli barangan kecemasan untuk dijadikan stok makanan.. Barang-barang yang sangat mendapat permintaan tinggi ialah mee segera, beras, makanan dalam tin, telur, tepung, minyak dan beberapa barangan kering dan basah lain.

Ini adalah pertama kali saya menghadapi situasi seperti ini. Seluruh dunia mendapat serangan virus ini. Dan ia merupakan spesis baru, yang belum pernah ditemui oleh manusia. Virus ini bermula daripada Wuhan, China. Novel Coronavirus ini telah meragut seramai 6443 nyawa,  yang mana melibatkan sebanyak 150 buah negara. Dan setakat 16 Mac 2020, virus ini masih tiada penawar lagi!!

Sebelum ini, kita pernah berhadapan dengan situasi  seperti ini, iaitu sewaktu wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) melanda.. Tapi ia tidak seteruk begini... Gelombang kedua virus Covid-19, sangat memberi kesan kepada negara kita Malaysia. Setakat jam 5 petang semalam,  disahkan 125 kes baru dicatat dalam sehari, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia seramai 553 orang.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhiyiddin Yasin, semalam (16 Mac 2020), telah membuat siaran langsung mengenai langkah-langkah pencegahan khas, yang diambil kerajaan dalam menangani virus Covid-19 ini... Ini ialah kali kedua siaran langsung beliau,dalam menangani Virus Covid-19. Ini adalah inti pati, kandungan ucapan beliau.. iaitu, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020

Terdapat ENAM langkah pencegahan yang telah diputuskan iaitu.

1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara. Termasuk semua aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk kuatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan permis perniagaan haruslah ditutup KECUALI pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan serbaneka yang menjual barangan harian. Khusus untuk umat islam, penangguhan semua aktviti keagamaan di masjid dan surau, termasuk Solat Jumaat, selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas, yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia keluar negara. Mereka yang baru pulang dari luar negara dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.

3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, sekolah tahfiz, dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

5. Penutupan semua institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut kemahiran di seluruh negara.

6. Penutupan semua permis kerajaan dan swasta KECUALI YANG TERLIBAT DENGAN PERKHIDMATAN PENTING NEGARA iaitu air, elektrik, tenaga telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan. 

Bagi saya, ini adalah langkah pencegahan bijak, yang diambil oleh negara dalam menangani situasi penularan Novel Coronavirus (2019-nCoV).

Tapi adakah kita sebagai rakyat, cukup bijak dalam sama-sama membantu menangani  masalah ini. Apakah tindakan kita dalam membantu negara menangani masalah ini????

Pertama-tama, silalah elakkan untuk aktiviti yang melibatkan perkumpulan dan elakkan tempat orang ramai. Banyakkan kuarantin diri sendiri dirumah, tak kisahlah kuarantin sebab diarahkan oleh hospital ataupun berkurung secara sukarela dirumah masing-masing disebabkan oleh arahan terbaru Perdana Menteri kita, dengan mengumumkan penutupan permis kerajaan dan swasta. Prevention is better than cure. "Mencegah lebih baik daripada Mengubati"... kan... please, please, please.. jangan setelah dicutikan, tapi tiba-tiba berkelah ditepi pantai pulak.. (ehhhh)

Utamakan kebersihan... amalkan menutup mulut sekiranya batuk atau bersin, dan segeralah mencuci tangan dengan sabun selepas batuk dan bersin. Ini kerana virus covid-19 akan hilang selepas kamu basuh tangan dengan sabun. Walaupun virus Covid-19, hanya hidup selama 10 minit di tangan kamu... tapi jangan anggap mudah... tanpa kita sedar, selama 10 minit itu.... kita dah sentuh hidung, mulut atau mata. Gunakan hand sanitizer. 

Ada kenyataan menyarankan untuk banyakkan minum air, kerana virus ini tidak dapat hidup dalam perut manusia... sebab perut kita ada asid yang berupaya membunuh kuman covid-19. Walau ini tiada bukti sahih.. tapi tiada salahnya kita ikut saranan tersebut. Bukankah kita patut minum 8 gelas air dalam sehari???

Saranan daripada WHO juga, supaya kita memasak daging dan telur dengan sempurna. Sila pastikan makanan mentah dimasak dengan sempurna ya.

Gunakan topeng muka sekiranya berurusan diluar... atau sekiranya anda disahkan positif covid-19. Bersama-samalah kita membantu dalam menghalang/mengawal penularan virus ini.

Jika anda diminta untuk datang menjalani pemeriksaan di hosptial terdekat, kerana pernah berhubung dengan mereka yang disahkan positif Covid-19... Silalah berbuat demikian. Janganlah sengaja menangguh-nangguhkan atau buat tak endah.. Datang menjalani pemeriksaan, bukan sahaja dapat mengekang penularan virus covid-19, tetapi rawatan awal juga dapat diberi kepada anda sekiranya ada simptom-simptom awal. Bukankah ini menyelamatkan nyawa sendiri?

Segeralah dapatkan rawatan sekiranya mengalami jangkitan saluran pernafasan, seperti demam, batuk dan sukar untuk bernafas. 

okeh.. sekian sahaja coretan dari saya.. Tadahlah tangan dan berdoa kepadanya. Semoga kita semua dilindungi dari virus ini.. Aminn...

Daa..


INTROVERT MAKSUD DAN CIRI-CIRI INTROVERT

gambar: stock.adobe.com

Assalamualaikum

Kali ni saya kongsikan maksud Introvert dan ciri - ciri seorang Introvert.

Mungkin ada antara kita yang tidak pasti, sama ada mereka tergolong dalam kumpulan Extrovert, Introvert atau Ambievert. Tiga jenis peribadi atau sifat individu ini yang membezakan kita antara satu dengan yang lain. Ciri ini juga melengkapkan dan memberi keunikan sesuatu organisasi dan family.

Perkataan Extrovert, Introvert dan Ambievert pertama kali telah dipopularkan oleh seorang Psikologi terkenal bernama, Carl Gustav Jung (C.G Jung), yang berasal daripada Swiss. Beliau melakukan penelitian ujian sifat terlebih dahulu, semasa menganalisa psikologi seseorang. Sifat inilah yang menjadi tolok ukur utama beliau, sepanjang bergelar psikologi terkenal. Sifat individu inilah yang dikenali sebagai Introvert, Extrovert atau Ambievert.

Untuk mengenalpasti kamu berada di kategori yang mana, memang bukan mudah. kenapa??? Sebab setiap orang memiliki sikap introvert dan extrovert ni. Tetapi, salah satu sikap ini akan muncul lebih kerap dalam diri individu tersebut. Saya sendiri pun tidak pasti saya dalam golongan yang mana, sehinggalah saya melakukan Personality Assessment, Introvert Test. Kalau kamu nak  buat assessment ni, boleh klik sini ujian personaliti.

Tanpa berlengah-lengah dalam usaha saya untuk panjangkan entry saya ni... hahaha. Berikut saya berikan maksud Introvert.


MAKSUD INTROVERT MAKSUD


Introvert ialah satu sikap ataupun karakter seseorang dalam menghadapi kehidupan harian mereka. Individu yang memiliki sikap Introvert, lebih suka berada dalam dunia mereka sendiri. Mereka lebih senang menutup diri dan tidak gemar terlibat dalam kehidupan dan aktiviti luar. Individu yang Introvert lebih banyak berfikir berbanding beraktiviti. Mereka lebih senang berada dalam situasi yang tenang dan selalu mengelak untuk berada di tempat yang ramai orang.


Menurut penelitian yang dibuat oleh ahli Psikologi Jonathan Cheek ,Introvert dibahagi menjadi  4 jenis, yang disingkat kepada perkataan STAR (Social, Thinking, Anxious and Restrained).

4 JENIS NTROVERT:

1. Social Introvert
Mereka yang Social Introvert, tidak mengelak dalam aktiviti sosial. Mereka tidak mempunyai masalah untuk pergi ke tempat yang ramai orang. Cuma mereka lebih suka bersosial dengan kelompok kawan-kawannya sahaja, dan bersosial dalam kumpulan yang kecil.

2. Thinking Introvert
Mereka yang Thinking Introvert, lebih suka menyendiri. Individu ini lebih suka berada di rumah, dan jika keluar kemana-mana, mereka lebih suka bersendirian. Introvert Thinking lebih suka berfikir, mengelamun dan berimaginasi dalam dunia khayalan. Golongan Introvert inilah yang memiliki idea-idea yang kreatif dan unik, yang disebut Thinking Out Of The Box.

3. Anxious Introvert
Mereka yang Anxious Introvert, ialah mereka yang takut dan menghidari kehidupan bersosial. Individu Introvert dalam jenis ini berkemungkinan besar terkena Social Anxiety Disoder (SAD), yang mana memerlukan bantuan untuk bersosial dengan baik.

4. Restrained Introvert
Mereka yang Restrained Introvert, ialah individu yang sangat berhati-hati dalam mengambil tindakan. Mereka akan berfikir-fikir dahulu sebelum mengambil tindakan. Disebabkan hal inilah, Introvert jenis ini lambat dalam melakukan sesuatu ataupun disebut Slow Moving.

Dibawah ni, saya senaraikan ciri-ciri peribadi individu introvert:

10 CIRI PERSONALITI INTROVERT
▪️Seorang yang pendiam dan suka menyendiri
▪️Tidak menyukai perbualan yang mudah
▪️Tidak menyukai deringan handphone atau telefon
▪️Tidak membalas pesanan dari orang lain
▪️Keramaian membuatkan dirinya stress
▪️Lebih suka Hang Out dengan jumlah yang sedikit
▪️Suka memerhati keadaan sekitar dengan penuh teliti
▪️Suka menulis
▪️Hebat dalam meneka sikap dan personaliti orang lain
▪️Banyak berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata

Okeh, sekarang saya nak senaraian kelebihan seorang Introvert. Kepada introvert, jangan sedih membaca fakta ini, anda turut mempunyai kelebihan tersendiri, sebab itu saya boldkan dan  highlightkan pada awal penulisan tadi, Ciri ini melengkapkan dan memberi keunikan kepada organisasi dan family.

8 KELEBIHAN YANG DIMILIKI OLEH INTROVERT IAITU:

1. Seorang pendengar yang sangat baik
Mereka yang introvert, dilahirkan dengan telinga yang peka. Walaupun jarang mengeluarkan kata-kata, tetapi telinga mereka selalu setia mendengar setiap kata di sekelilingnya. Walaupun mereka pendiam, tetapi mereka sebenarnya sedang memerhati dan mempelajari apa di sekitarnya. Dalam diam-diamnya Introvert, tapi mereka sebenarnya tahu lebih banyak perkara.

2. Seorang sahabat yang berkualiti
Tidak seperti Extrovert yang dikelilingi oleh kawan-kawan yang ramai, Introvert mungkin mempunyai sedikit sahaja kawan. Tetapi disebabkan hal inilah, yang menjadikan mereka seorang sahabat yang berkualiti. Kerana introvert tidak memandang kawan berdasarkan pada kuantiti, tetapi berdasarkan kualitinya. Mereka hanya ingin berkawan dengan orang yang benar-benar mahu menjadi sahabat mereka. Introvert sangat menghargai para sahabatnya, kerana mereka tahu bahawa mencari seorang rakan yang benar bukanlah mudah.

3. Seorang yang mempunyai fikiran dan imaginasi uang sangat luas
Walaupun mulut Introvert tidak aktif berbicara, tetapi fikiran mereka sangat aktif. Fikiran seorang Introvert sentiasa menjelajah tanpa henti dan sangat luas. Sebab itu, introvert terlihat pasif, tapi sebenarnya mereka sangat aktif dalam dunia imaginasi. Sebab itu, seorang introvert sangat sesuai dengan kerjaya yang memerlukan fikiran atau khayalan. Contohnya seperti menjadi seorang penangkap gambar yang hebat, melukis ataupun membuat design.

4. Hebat dalam penulisan
Selain hebat dalam menangkap gambar, melukis dan membuat design, seorang introvert juga sangat hebat dalam bidang penulisan. Otak mereka sangat bijak dalam membuat kata-kata yang menarik. Kerana mempunyai imaginasi yang tinggi dan luas, mereka mampu menghasilkan cerita yang unik dan menarik perhatian.

5. Seorang yang berdikari
Disebabkan Introver suka bersendiri, ini menyebabkan mereka lebih cepat berdikari. Mereka telah terbiasa melakukan semua hal sendiri, tidak seperti extrovert yang membuat aktiviti secara berkelompok.

6. Seorang yang penyabar
Kerana selalu melakukan hal bersendirian, Introvert telah terbiasa dengan rutin menunggu. Mereka tidak kisah untuk menunggu . Ini menjadikan mereka seorang yang penyabar.

7. Seorang yang sukakan kedamaian
Introvert tidak sukakan kekerasan dalam menyelesaikan masalah. Mereka lebih suka menyelesaikan masalah dengan berfikir dan menyelesaikannya secara damai dengan tindakan yang simple.

8. Seorang yang tekun dan bertanggungjawab
Kelebihan terakhir ialah, Introvert seorang yang tekun dan bertanggungjawab. Mereka bukan jenis yang keluar rumah dan berhibur di merata tempat. Kerana mereka lebih berasa damai dan tenang di rumah. Mungkin ada antara Introvert yang dalam kategori pemalas, tetapi mereka tetap akan menyelesaikan tugas yang diberikan.

Itulah 8 kelebihan yang ada pada golongan Introvert.. Dan mungkin ada banyak lagi yang belum dikupas dan dikenalpasti.

Kepada para individu Introvert, berikut adalah pesan Psyline Psikologi Online untuk kamu:

1. Lakukan perkara yang kamu suka. Seperti menulis, melukis, bermain game atau menghias.

2. Belajar dan mendalami sesuatu bidang sehingga kamu menjadi sangat arif tentangnya. Introvert berpotensi tinggi untuk menjadi seorang yang pakar pada sesuatu bidang.

3. Usaha untuk berkata-kata walau sedikit dengan beberapa orang. Secara perlahan-lahan, kamu perlu melatih diri untuk belajar bekerja secara berkelompok dan nikmati saat itu.

4. Cuba komunikasi ringkas dengan orang lain. Contohnya menyapa orang lain dengan pandangan mata yang elok.

5. Bercakaplah di hadapan orang ramai. Ini merupakan satu tenaga yang besar untuk seorang Introvert.

6. Sesekali, luangkan waktu untuk diri sendiri. Ini sangat penting untuk mengembalikan tenaga dan menyegarkan diri dari segala kepenatan.

So... macam mana? ada yang mempunyai sifat seperti yang saya kongsikan... Semua sifat itu adalah unik dan perlu dihargai. Saya pun seorang yang kurang berkomunikasi, lebih-lebih lagi mengenai perkara yang bukan-bukan.. Yang orang panggil membawang... hehehe... Adakah saya dalam golongan introvert ini...??? Tapi saya juga tidak boleh duduk terkurung dirumah dan hidup tanpa komunikasi... boleh pening kepala dan naik stress dibuatnya... Susah untuk kenalpasti, dimana sifat diri saya yang sebenarnya... 

Sekian perkongsian saya..

Daa..


EXTROVERT MAKSUD DAN CIRI-CIRI EXTROVERT

sumber: stock.adobe.com

Assalamualaikum,

Kali ni saya nak kongsikan tentang maksud Extrovert berserta ciri personaliti Extrovert.


Perkataan Extrovert, Introvert dan Ambievert pertama kali telah dipopularkan oleh seorang Psikologi terkenal bernama, Carl Gustav Jung (C.G Jung), yang berasal daripada Swiss. Beliau melakukan penelitian ujian sifat terlebih dahulu, semasa menganalisa psikologi seseorang. Sifat inilah yang menjadi tolok ukur utama beliau, sepanjang bergelar psikologi terkenal. Sifat individu inilah yang dikenali sebagai Introvert, Extrovert atau Ambievert.

Untuk mengenalpasti kamu berada di kategori yang mana, memang bukan mudah. kenapa??? Sebab setiap orang memiliki sikap introvert dan extrovert ni. Tetapi, salah satu sikap ini akan muncul lebih kerap dalam diri individu tersebut. Saya sendiri pun tidak pasti saya dalam golongan yang mana, sehinggalah saya melakukan Personality Assessment, Extrovert Test. Kalau kamu nak  buat assessment ni, boleh klik sini ujian personaliti.

Baca sini untuk mengetahui tentang Ambievert
Baca sini untuk mengetahui tentang Introvert

MAKSUD EXTROVERT
Extrovert ialah satu sikap individu yang menyukai keadaan yang interaktif dan meriah. Individu extrovert, sangat bersemangat dalam menghadapi hal yang baru, dan mudah bergaul dengan semua orang. Mereka lebih cenderung membuka diri dengan kehidupan luar. Individu extrovert lebih banyak melakukan aktiviti dan kurang berfikir. Mereka lebih suka berada di tempat yang ramai orang, berbanding berada di tempat yang sunyi. Individu extrovert mudah merasa bosan bila bersendirian. Individu Extrovert selalunya seorang yang meceriakan suasana dan Ice Breaker. Mereka cepat menyesuaikan diri dan berkerjasama dengan baik dalam sesebuah komuniti atau organisasi.

Seseorang yang dalam kategori Extrovert, lebih bertenaga dan mempunyai karekter yang lebih terbuka. Aktiviti spontan adalah kegemaran individu extrovert. 

BERIKUT MERUPAKAN CIRI-CIRI EXTROVERT:

1. Sukakan keadaan yang ramai orang
Individu extrovert, sangat suka berinteraksi dengan orang ramai. Mereka akan berasa lebih bertenaga jika ramai orang disamping mereka. Suasana yang meriah dan ramai orang menyebabkan mereka lebih mudah berfikir dan lebih gembira.

2. Kurang gemar dengan perkara rutin
Individu extrovert, tidak suka melakukan perkara yang sama berulang kali. Untuk puaskan hati, mereka lebih sukakan cabaran dan aktiviti yang berbeza-beza. Walaupun begitu, seorang extrovert masih boleh melakukan perkara rutin, sekiranya perkara tersebut berbaloi, mendapat bayaran yang setimpal dan mendapat perhatian orang ramai. 

3. Suka berkongsi pendapat
Individu extrovert suka memberi pendapat dan buah fikiran mereka, walaupun pendapat tersebut belum difikir semasaknya. Mereka akan memberi idea sejurus sahaja ilham datang di otak. Disebabkan hal ini, mereka amat mudah berubah fikiran.

4. Mudah bosan apabila bersendirian
Individu yang extrovert, akan mudah berasa bosan apabila bersendirian. Bersendirian akan membuatkan mereka berasa tidak bermaya. Mereka lebih suka berbual dengan orang lain berbanding duduk bersendirian. Mereka tidak dapat berfikir dengan baik sekiranya bersendirian tetapi mampu berfikir dengan baik ketika dalam perbualan.

5. Sukakan perhatian
Individu extrovert mungkin juga sukakan perhatian dari orang ramai. Mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk dapatkan perhatian daripada orang ramai, contohnya seperti berada di atas pentas yang disaksikan oleh ramai orang. Kegairahan ini kerana, mereka berasa gembira untuk menghiburkan orang lain dengan personaliti dan perwatakan mereka.

6. Berperwatakan menarik, kelakar dan bertenaga
Individu extrovert juga mungkin seorang yang kelakar, penuh bertenaga dan mudah untuk didekati oleh orang lain. Mereka sangat peramah menyebabkan, orang baru sangat mudah dan senang bergaul dengannya. Individu extrovert amat mudah mendapatkan kawan baru.

7. Mempunyai sikap percaya diri yang tinggi
Individu extrovert sangat berkeyakinan dalam melakukan tugas yang berkaitan dengan ramai orang. Mereka mengeluarkan semua tenaga yang ada, demi menjayakan tugas yang diberi kepadanya. Seperti tugas mengacara majilis atau menjadi penyambut tetamu dalam majlis-majlis besar.

8. Lebih kepada pembicara berbanding pendengar
Individu extrovert sangat suka menyampaikan cerita kepada orang lain, menjadikan mereka bukan seorang pendengar yang baik. 

9. Mempunyai sikap impresif dan tegas
Individu extrovert cenderung mempunyai sikap yang impresif dan tegas. Sama ada dalam bekerja atau bertindak dalam membuat keputusan. Mereka kerap kali sanggup menjadi seorang pemimpin didalam sesuatu kelompok atau organisasi. Sudah semestinya, sikap impresif dan tegas ini perlu ada untuk seorang pemimpin. Tetapi individu extrovert tidak begitu berminat, untuk terus menjadi pemimpin kerana mereka lebih senang menjadi seorang yang memeriahkan suasana.

Iitulah antara ciri-ciri personaliti extrovert. Sekarang, mari kita ketahui pula mengenai mitos tentang seorang extrovert.

Mitos: Extrovert lebih bahagia berbanding Introvert
fakta sebenar- Extrovert mahupun introvert, bahagia dengan cara yang tersendiri. Jika extrovert bahagia berada dalam keramaian, Introvert pula bahagia berada dalam ketenangan. 

Mitos: Kita boleh memilih sama ada ingin menjadi seorang extrovert ataupun introvert
fakta sebenar- Kebanyakan orang beranggapan bahawa, seorang introvert adalah ulat buku manakala seorang extrovert pula ialah pemeriah majlis. Hakikat sebenarnya, tiada seorang pun yang 100% extrovert ataupun 100% introvert. Setiap orang mempunyai kedua-dua sisi ini, cuma yang membezakannya ialah, yang mana lebih menyerlah.

Mitos: Extrovert bukan seorang pendengar yang baik
fakta sebenar- Seorang extrovert mampu menjadi pendengar yang baik. Mereka mampu membuat pertanyaan soalan secara terbuka, yang mana akan menghidupkan lagi suasana perkongsian.

Mitos: Etrovert tidak suka bersendirian dan suasana tenang
fakta sebenar- Semua orang memerlukan "Me Time". Extrovert menghabiskan masa untuk diri sendiri dalam jangka masa yang lebih pendek, dan dengan cara yang tersendiri.

Berikut merupakan pekerjaan yang sesuai untuk seorang Extrovert. 

1. Peguam
2. Wartawan
3. Jurujual
4. Pengacara Majilis
5. Jurupandu pelancong
6. Berkerja dalam perhubungan awam
7. Event Organizer
8. Customer service
9. Pelatih 
10. Artis
11. Pembaca berita
12. Penyampai radio

So.. adakah ciri-ciri tersebut diatas, ada pada kamu???  Kalau masih tak pasti, kamu berada dalam kelompok yang mana, bolehlah buat test personaliti di LINK yang saya bagi diatas ya.

Okeh, sekian saja perkongsiannya.

Daa..






AMBIEVERT MAKSUD DAN CIRI-CIRI PERSONALITI AMBIEVERT


Assalamualaikum


Kali ini saya nak kongsikan tentang maksud Ambievert dan ciri-ciri personiliti Ambievert.



Mungkin ada antara kita yang tidak pasti, sama ada mereka tergolong dalam kumpulan Extrovert, Introvert atau Ambievert. Tiga jenis peribadi atau sifat individu ini yang membezakan kita antara satu dengan yang lain. Ciri ini juga melengkapkan dan memberi keunikan sesuatu organisasi dan family.

Perkataan Extrovert, Introvert dan Ambievert pertama kali telah dipopularkan oleh seorang Psikologi terkenal bernama, Carl Gustav Jung (C.G Jung), yang berasal daripada Swiss. Beliau melakukan penelitian ujian sifat terlebih dahulu, semasa menganalisa psikologi seseorang. Sifat inilah yang menjadi tolok ukur utama beliau, sepanjang bergelar psikologi terkenal. Sifat individu inilah yang dikenali sebagai Introvert, Extrovert atau Ambievert.

Untuk mengenalpasti kamu berada di kategori yang mana, memang bukan mudah. kenapa??? Sebab setiap orang memiliki sikap introvert dan extrovert ni. Tetapi, salah satu sikap ini akan muncul lebih kerap dalam diri individu tersebut. Saya sendiri pun tidak pasti saya dalam golongan yang mana, sehinggalah saya melakukan Personality Assessment, Ambievert Test. Kalau kamu nak  buat assessment ni, boleh klik sini ujian personaliti.

Baca sini untuk tau mengenai Extrovert

Baca sini untuk tau mengenai Introvert

MAKSUD AMBIEVERT

Ambievert ialah satu sikap dan keperibadian yang istimewa. Individu ambievert boleh menjadi seorang yang extrovert dan juga boleh menjadi seorang introvert. Sememangnya, ada individu yang lahir dengan keperibadian ambievert. Secara umumnya, seorang ambievert mampu untuk mendominasi dari kelemahan introvert dan extrovert. Seiring dengan pertambahan usia dan pengalaman hidup, seorang ambievert mampu unutk mengendalikan potensi dan kelebihan yang ada pada dirinya. Dalam hal ini, setiap orang sepatutnya boleh menjadi ambievert. Ambievert ialah mereka yang telah melalui liku-liku hidup dan berbagai pengalaman. 

CIRI-CIRI PERSONALITI AMBIEVERT 


1. Apabila berada diluar, Ambievert mungkin tidak akan memulakan perbualan dengan orang yang tidak dikenali.


2. Ambievert pada asalnya, gembira berjumpa dengan sahabat baru... Tetapi juga akan merasa sedikit kekok untuk mula berinteraksi jika tiada sahabat yang dikenali.


3. Apabila sesuatu topik yang dibincangkan itu menarik perhatian ambievert, mereka akan berasa seronok dan bersemangat untuk bercerita mengenai topik tersebut secara lebih terperinci.


4. Tetapi setelah topik yang menarik perhatian selesai, ambievert lebih selesa berdiam diri dan mendengar sahaja tanpa mengeluarkan kata-kata.


5. Menghabiskan masa terlalu lama dengan orang lain menyebabkan ambievert berasa penat. 


6. Kadang-kadang, ambievert mahukan hujung minggu khas untuk diri sendiri sahaja.


7. Apabila terlalu banyak meluangkan masa bersendirian, menyebabkan ambievert merasa kesunyian dan merasa diri tidak produktif. 


8. Berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata, bukanlah satu masalah bagi ambievert. Tetapi kadang-kadang, ambievert akan terkeluar juga perkataan yang merepek dan tak masuk akal. 


9. Ambievert boleh mengimbangkan cara berkomunikasi berdasarkan dengan siapa mereka sedang bercakap. Contohnya, jika berkomunikasi dengan seorang yang suka bercakap, ambievert akan lebih banyak berdiam. Tetapi, jika bersama seorang yang pendiam, ambievert akan cuba untuk memulakan perbualan dan menjadi lebih banyak bercakap. 


10. Ambievert secara dasarnya sukakan perhatian. Tetapi mereka tidak suka terlalu popular dan tidak mahu semua orang tahu mengenai dirinya. Ambievert cuma mahu rasa dihargai dan wujud dalam sesuatu komuniti.


11. Sekiranya ambievert menjadi profesional, terkawal dan tenang... akan kelihatan seperti orang lain dimata sahabatnya.


12. Ambievert merasa sukar untuk bertegas dengan pendiriannya dalam banyak situasi. 


13. Mereka yang ambievert akan berasa gembira, keluar beberapa jam untuk berhibur, tetapi tiba-tiba mereka akan berasa penat dan hilang tenaga. Waktu ini, mereka hanya mahu pulang kerumah.


14. Apabila seorang ambievert membaca mengenai ciri-ciri introvert, ia merasakan bahawa itu sangat berkait dengan dirinya. Tetapi kemudiannya, berasa extrovet itu lebih banyak terkait dengan dirinya.


15. Sekiranya rakan-rakan kamu mempunyai pendapat yang bercanggah, sama ada kamu seorang yang introvert atau extrovert, itu petunjuk besar kamu adalah seorang ambievert.


Sekian saja untuk ambievert. So kamu berada pada golongan yang mana satu..??


Selepas membuat personality assessment, jawapan yang saya dapat sangat mengejutkan... kerana selama ini, saya lebih berfikir bahawa saya seorang yang introvert berbanding extrovert... tetapi keputusan assessment, saya berada dalam golongan ambievert... Rosak mungkin test tu... hahaha



Begini lebih kurang keputusan yang akan kamu dapat bila buat test personaliti tu.. jadi jangan tunggu lama-lama.. buatlah.. free saja tu.. hihhihi

okeh itu sahaj perkongsiannya..


Daa...





Perkhidmatan angkut mayat guna motorsikal



TAHUKAH KAMU?

Motorsikal ialah kenderaan beroda dua yang banyak digunakan di semua negara termasuk Malaysia. Motorsikal bukan sahaja memudahkan mereka yang tidak mahu tersekat dalam kesesakan lalu lintas, tetapi juga sangat berguna dalam menjana pendapatan, dengan menawarkan khdimat mengambil dan menghantar dokumen dan makanan. Khidmat motorsikal juga telah mendapat banyak permintaan daripada rakyat mahrean, yang sama ada anda sedar atau tidak sedari, kesemua khidmat tersebut menggunakan motorikal sebagai kenderaan utama. Antaranya ialah Grab Food, Delivery service oleh McD, KFC, khidmat membawa barangan, membeli makanan, menghantar dokumen dan yang paling amat mengejutkan, khidmat motorsikal sebagai penghantar mayat juga ada disediakan. Perkara ini mungkin tidak terjadi lagi di Malaysia, tetapi d negara luar ada menawarkan khidmat ini kepada yang mereka memerlukan.

Pelik tapi benar. Di luar negara, khidmat motorsikal bukan sahaja digunakan untuk menghantar makanan, barangan  atau dokumen, tetapi khidmat motorsikal turut digunakan untuk membawa barangan yang tidak masuk akal seperti peti ais, almari, kerusi, tilam dan lain-lain kelengkapan rumah. Ada juga yang menawarkan khidmat membawa haiwan ternakan seperti lembu dan kambing ke ladang atau ke rumah tuannya.

Khidmat motorsikal membawa sofa

Bagi pendapat saya, kerja adalah satu keperluan. Tanpa kerja, susah untuk kita teruskan kehidupan, apatah lagi di zaman yang serba mencabar ini. Maka, kerja apa pun selagi tidak melanggar undang-undang, itu sudah cukup bagus. Di Republik Demokratik Congo (DRC), warga disana, bersedia membuat bermacam-macam kerja, sehinggakan ada yang sanggup mengambil upah menghantar mayat menggunakan motorsikal.

Di DRC, khidmat ini dikenali sebagai 'boda-boda'. Mereka menawarkan khidmat penghantaran mayat ke tanah perkuburan atau kerumah keluarga si mati. Menyeramkan?? Tapi itulah yang terjadi di DRC. PK Kassim merupakan salah seorang pengguna Facebook, yang mana pernah memuat naik gambar boda-boda sedang membonceng mayat dari bilik mayat di sebuah hospital, ke kediaman keluarga si mati.

Ini merupakan gambar yang di kongsi di laman facebook beliau. Khidmat 'boda-boda' sedang menjalankan tugas mereka.


Mayat kelihatan seperti duduk diatas motor sebagai pembonceng

Teknik membawa mayat adalah berbeza-beza. Ada tubuh mayat dibungkus menggunakan kain, ada yang menggunakan kertas ataupun plastik hitam. Ada mayat yang ditutup sehingga ke pinggul, tetapi ada juga yang hanya kepala dan muka ditutup. Manakala tangan dan kaki dibiarkan terkulai. 

Tangan mayat dibiarkan terkulai ke bawah

Mayat diperlakukan seperti pembonceng motorsikal. Ini untuk mengelakkan mayat daripada terjatuh ketika dalam perjalanan. Tubuh mayat dililit dengan tali dan kemudiannya, diikat pada badan penunggang motor. Tidak semua orang sanggup melakukan tugas ini, tetapi ini merupakan sumber pendapatan warga disana yang agak lumayan.

Pada mulanya, khidmat ini tidak mendapat sambutan kerana cara pembawaan yang agak ekstrim dan menakutkan. Tetapi kini, khidmat menghantar mayat menggunakan motorsikal bukan lagi sesuatu yang pelik di DRC. Khidmat ini semakin popular dan mendapat sambutan terutama sekali dari golongan yang kurang berkemampuan dari segi kewangan.

Salah seorang warga disana yang menggunakan khidmat boda-boda ini pada Februari 2012, berkongsi cerita beliau, bahawa salah seorang ahli keluarganya telah meninggal dunia di hospital. Beliau perlu membawa mayat tersebut ke tanah perkuburan di Kakindu di wilayah Mityana. Namun begitu, beliau tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membawa pulang mayat ahli keluarganya itu. Walaupun telah meminta bantuan dari rumah ibadat melalui talifon, tetapi permintaanya ditolak. Disebabkan hal inilah, beliau terpaksa membawa mayat tersebut menggunakan khidmat boda-boda ke tanah perkuburan.

Menurut perkongsian beliau, ketika itu, ahli keluarganya itu baru sahaja meninggal dunia. Maka, badan si mati masih segar dan lembik. Disebabkan itu, mereka terpaksa meletakkan kayu untuk menyokong dan manegakkan badan si mati, untuk memudahkan urusan membawa menggunakan motorsikal. Kaki si mati diikat pada tempat meletak kaki dan topi dipakaikan di kepalanya. Katanya, ia hampir sama seperti penumpang motorsikal, dan kamu pasti tidak menyangka bahawa penumpang yang duduk itu sudah meninggal dunia. Mereka tiada pilihan lain, selain menggunakan khidmat boda-boda, kerana percubaan untuk mendapatkan bantuan kereta gagal.

Sokongan menggunakan kayu, diletakkan di belakang badan simati. ini untuk membantu mayat terletak dengan baik diatas motorsikal.

Walaupun begitu, boda-boda juga mempunyai syarat tersendiri iaitu, mereka tidak menawarkan khidmat menghantar mayat menggunakan motosikal sekiranya si mati meninggal disebabkan oleh penyakit berjangkit. Ini bagi mengelakkan menularnya sakit tersebut kepada orang lain.

Sekian saja perkongsiannya.

Daa..


ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...