Apa ada di MY Kori Dessert Cafe

Assalamualaikum..

Bila terlalu berkurung dalam rumah, kepala pun jadi tepu. Pening kepala semua menyerang😅... So ini maksudnya, kena relaxkan pikiran dulu... keluar berjalan-jalan dengan family.

Dikepala cuma terfikir nak makan yang boleh segarkan otak... apa yang muncul di fikiran ialah nak makan ice😆... maka saya pun ajak husband makan di My Kori.


My Kori dah dapat sijil hahal.. yayyyy!!!! sebelum ni, diorang sedang berusaha untuk dapat cop halal tu... congrats My Kori Dessert Cafe.. bukan mudah nak dapat sijil halal ni... netizen banyak yang bertanya tentang status halal My Kori sebelum ni, now diorang dah umum. 

Tempat ni agak famous jugak. Kalau bawa anak-anak pegi sini, memang sukalah diorang... kedai ni dihiasi dengan patung-patung unicorn yang comel-comel belaka. Tak keruan anakku si Lily nampak deretan patung tu. 😆

 Kesukaan nampak patung unicorn..

Unicorn corner.. 😄 comel betul patung² unicorn tu

Lea dengan gambar muka separuh... anak yang ni, payah betul nak ambil gambarnya.. 🤦‍♀️

Hiasan tu cantikkkk sangat 😍

Presentation makanan dia sungguh, amat memukau.. kombinasi warna yang amat menyelerakan...

Menu di sini :

Pilihan signature kakigori..

Pilihan Kenko Kakigori dan Boru kakigori

Toast(Roti Jepun) dan Taiyaki(Ikan Jepun)

Dalam banyak-banyak pilihan tu, saya pilih Strawberry Cheesekek Kakigori (mini) dan husband pilih Boru kakigori.

Ini pilihan saya.. Strawberry Cheesekek Kakigori (mini).. Rasa milk ice tu plus dengan strawberry syrup... memang sedap... ada rasa masam-masam strawberry disitu.. okeh sedap... cuma susah nak makan takut ice tumbang😅😅.. dan betul, ia tumbang jugak akhirnya😆😆.
~harga RM14

Ini pilihan husband. Boru Kakigori with yogurt ice cream, Lychee fruits and Charcoal Creme Chantilly.. At the top fill with Granola Oats, Chocolate Chips and Milo Crunch. And last the Matcha Ice cream.
~yougurt ice cream tu sedap.. saya suka.. hahaha.. saya memang peminat yougurt ice cream sebab ice jenis ini tidak memuakkan. Pilihan husband ni agak sedap tapi kombinasi topping yang kami pilih tu tak berapa umphhh.. 😅.. so tak sedap jadinya😆.. Granola oats kan makanan sihat.. so rasa tu memang rasa sihat la🤣. Saya adalah peminat ice cream matcha.. tapi untuk yang ini... agak pahit (dah namanya matcha takkan la manis pula kan?? Adoii la kau ni Mell😅😅)..
~kalau letak ice cream kelapa atau vanilla.. maybe akan tambah umphhhh
~harga RM14

RM14 untuk besar gini... bagi saya ia sangat berbaloi dengan harga...

Bagi 2 orang minion ni makan dulu😄.. diorang pun dah jadi tepu terkurung dirumah.. yang si kecik sorang tu.. tengok saja la ya Nak... belum sampai masa lagi untuk makan.. hihihi

And the 3rd dessert yang kami pilih ialah..
Red Melon Kakigori..

Taraa... cantik sungguh presentationnya 😍

Buah tembikai


Tuang susu atas tembikai 🤤🤤🤤..


Red Melon Kakigori dihidang macam ni.. staff diorang minta maaf sebab sepatutnya ice ni dihidang menggunakan kulit buah tembikai seperti dalam menu... tapi kulit tembikai habis😑... so sebagai tanda minta maaf, diorang bagi ice cream free..😄.. husband pilih ice cream kelapa. Sedap.. saya suka.
~RM26

Bagi saya... milk ice tu rasa plain bila gabung dengan tembikai. Kurang manis... sihat milk ice cream ni😁. So kami letak ice cream free tu atas red melon.. manis dan lemak ice cream kelapa + tembikai + milk ice.. ok sedap

Cafe ni ada jual hot & cold drinks.. tapi saya lebih suka dengan perkhidmatan air free diorang... 😊air panas dan air sejuk... siap sediakan cawan dan mangkuk dengan warna-warna yang sangat wonderful.. kami ambil air sini je...
Ice cream tu kan sejuk yang amat... terseksa jantung makan benda-benda sejuk gila dalam kuantiti banyak🤣🤣.. so ambil air suam dari sini...teguk sikit-sikit... lega sikit jantung tu😆...

My Kori ni ada banyak cawangan. Yang kami pegi ni dekat Taman Sri Nanding, hulu langat.. bersebelahan dengan pizzahut.

Cashier dekat sini peramah sangat, nak bagi banyak bintang dekat diorang😊.... relly enjoy order ice cream. Tak terambil gambar pulak. Cashier perempuan.. Datang sini sebelum ni pun, cashier peramah jugak.. yang itu lelaki.

Pintu masuk My Kori yang comel je sebelah pizza hut.

Sebelum makan ice cream, bersenam dulu.. naik tangga😄. Cafe di tingkat atas.

Waktu operasi cafe:
Isnin - Khamis : 2.00ptg hingga 11.00mlm
Jumaat - Ahad : 1.00ptg hingga 11.00mlm
Cuti Umum: 1.00petang hingga 11.00mlm

Overall, saya bagi 5⭐ untuk presentation.. dan 3.8-4⭐ untuk rasa... dan service 5⭐. 😊

Okeh itu saja perkongsian saya.

Daa..

Apa menarik di The Rack Boutique Cafe

Assalamualaikum..

Kali ni saya nak share satu tempat makan yang paling awesome di One Selayang... Makanan dia memang umphh... dulu restoran ni kecik saja, tapi bila viral dan yang pastinya viral sebab makanannya sedap dan murah... maka diorang sewa ruangan yang lebih luas, dan selesa untuk para pelanggannya..

Tempat ni akan sentiasa penuh dibulan Ramadhan. Jadi kena tempah awal atau datang awal kalau nak makan ya... kami haritu tak tempah, so terpaksa tunggu meja kosong dulu baru dapat makan (sambil-sambil tunggu meja kosong, makan la roti dulu untuk alas perut😅).. Dan part yang paling best ialah, walau dah datang after orang selesai buka puasa, service diorang masih tip top, dan makanan sampai agak cepat jugak.. Ada certain restoran (tak perlulah saya sebutkan yang mana), bila 1st batch after buka puasa tu selesai, layanan untuk pelanggan yang seterusnya.... sangat BAD.. meja tak dikemas, makanan lambat sampai... tapi charge 10% service.. what the heck?? so it will be the first and last i eat at your restaurant. Opss terluah pula😆😆

Untuk hari-hari biasa, tak perlu tempah meja... akan ada kosong. Sebab meja dorang sediakan banyak.

Menu talam dorang, bagi saya amat puas hati.. memang besar talamnya. Saya dah cuba banyak tempat, semua tak setanding dengan besar talam dekat sini🤣. Kadang-kadang kalau pergi berdua saja dengan husband, macam dah tak dapat habiskan pulak.. so jika kamu rancang nak pegi sini, kosongkan perut sekosong-kosongnya untuk sumbat banyak-banyak makanan The Rack Boutique🤣.

Okeh ini makanan talam dorang... ni Rm35 and yess its big enough. Ada banyak lagi jenis talam.. tapi yang ni paling popular... rasa dia... bagi saya okeh.. sedap.. dan most important thing is, portionnya banyak. Kalau jenis tak makan banyak, macam perut girls², sumandak², ambik ni cukup utk 4 orang. Tapi kalau jenis lahap😅.. 2 orang ok.



Gambar atas ni pulak khas kepada seafood lover.. saya tak pernah rasa lagi yang ni.


Talam yang ni pun tak pernah rasa lagi.. ini antara menu baru.. besar kan talam tu?? Gambar sumber ihsan facebook The Rack Boutique.

Talam ramen.. ni pun menu baru jugak.. tak pernah rasa lagi ni.

Restoran ni kerap juga keluarkan menu baharu, dan ada antara menu tu takkan ada didalam menu yang diorang bagi di restoran. Ada dalam facebook je... so kalau nak cuba menu baru tu... kena tunjuk gambar dalam facebook tu tau... hahaha... ni link facebook The Rack Boutique. Boleh layan gambar menu diorang.. banyak jenis... nak explain susah😆.

Dessert dorang pun agak banyak jugak la... tapi semua saya tak pernah order lagi😆.. korang layan gambar je la ya. Ni gambar bingsu...





Diorang juga ada buat shell out. Bagi saya, saya berpuas hati dengan shell out diorang ni.. ni untuk 2 orang makan.. banyak juga ni kuantitinya...

Rasa ok, sedap dan berpatutan dengan harga. Harga dah tak ingat.. rasanya dalam rm20+. Ada udang, ketam, lala,kerang hitam... shell out yang atas ni set sekali 2 nasi dan 2 air... oklah..

Apa yang best dengan shell out disini..?? kamu² semua takkan termakan pasir😅😅.. Dah beberapa kali saya makan shell out di restoran-restoran lain... terbuka lala yang isinya pasir😱😰.. adussss... potong selera betullah..

Gambar bawah ni antara makanan kegemaran husband.. for me sedap but its too sweet.. and im not a chocolate lover😏. Kalau korang order ni, kena makan waktu panas² tau... sebab waktu panas tulah rasa dia... umphhhh... cedap... cuma spoil dia adalah... biskut tu sikit sangat.



So secara keseluruhannya, makanan sini saya bagi rate 3.9-4⭐, service saya kasi 4.5⭐.

Harga???
Harga amat berpatutan dan bagi saya ia murah.

Lokasi??
Bagi saya lokasi restoran ni dengan tempat tinggal kami, amatlah jauh😆.. kami tinggal dekat kajang, tapi demimu makanan... kami sanggup datang Selayang😄.

Korang boleh google maps ini. Pasti jumpa punya.

Parking??
Parking lot kedai... kadang-kadang susah jugak nak dapat parking berdekatan dengan restoran... kena tawaf berkali-kali, kalau rezeki dapatlah yang betul-betul depan kedai. Kalau takda rezeki, kena menapak la jugak.

Restoran tutup??
Setiap hari Isnin, restoran ni tutup.. so jangan datang hari isnin ya..

Masa operasi??
Restoran ni buka dari jam 12.30pm hingga 10.30pm

Okeh... sekian saja perkongsian saya.

Daa..


Beeha Azman mencari bloglist 2020



Assalamualaikum

Hari ni rasa eksaited sangat untuk join segmen Beeha Azman. Korang yang berminat untuk join segmen ni boleh klik picture atas ni ya... ada link untuk terus direct masuk ke segmen tersebut.

Thankyou  adik atychan@izzati sebab tagging saya.. 

Saya nak cadangakan rakan blogger amar dan aty.

Jom join segmen ni bersama-sama😊

Jika anda berminat untuk join segmen ini, boleh klik gambar atas tu ya..

Daa..

MAKANAN YANG WAJIB DIRASA DI SUGARBUN

Assalamualaikum


Pernahkah kamu dengar perkataan Sugarbun?

Mungkin ada yang kenal Sugarbun, mungkin ada juga yang tak pernah dengar Sugarbun.

Walaupun saya amat sinonim dengan nama Sugarbun ni, tapi sebenarnya... ini pertama kali saya merasa makanannya. Ini pun hasil dari usaha en. Husband yang beria-ia nak saya makan disini... sedap.. katanya.. tak rugi makan... 😆 (husband adalah penggemar Sugarbun sewaktu cawangan sugarbun banyak dibuka diSabah.)

Disebabkan kami tinggal di Selangor, nak makan Sugarbun kena ke Menara Hap Seng. Menara ni berhampiran dengan Bukit Bintang dan Menara Kuala Lumpur..

Alamat: Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 50250 Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dan selepas merasa sendiri signature dish sugarbun iaitu burger ikan... walaweh... sedap bhaiii...💃💃... dan air signature sugarbun ialah 3 layer tea... wohooo!!! Sedap... 1 cup tak cukup, macam nak tambah lagi satu... tapi... sila beringat untuk kesihatan....makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan... hahaha

Ni burger ikan... nampak simple saja kan?? But yummy.. 🤤🤤

Ini air 3 layer tea... memang agak manis but slurppp.... delicious 😊

 ~dua menu diatas adalah signature sugarbun... kalau datang sini, wajib cuba

Selain dari burger, ada banyak lagi menu Sugarbun dari jenis berkuah ke nasi. Antaranya ialah laksa sarawak, Nasi ikan talapia, Nasi Ayam, pizza dan banyak lagi menu..
Borneo Eco Fish Meal... ini yang saya order sebab saya penggemar ikan

2 pcs Broasted Chicken Meal... ini husband order

 Antara menu yang saya sempat snap

Pizza pun ada.. kami tak pernah rasa lagi pizza disini... siapa-siapa yang pernah cuba, bolehlah komen dibawah

saya tak teliti sangat menu bahagian rasa sarawak haritu... sekiranya kamu nak merasa makanan sarawak. Inilah tempat sesuai. Banyak ulasan mengatakan laksa sarawak dekat sini sedap..

Sugarbun ni buka setiap hari dari jam 8.00pagi hingga 8.00malam. Cuma hari Sabtu dan Ahad, kedainya akan tutup lebih awal iaitu jam 3.00petang.

Okeh, Sekian saja share dari saya.

Daa..



Google Adsense dinonaktifkan dan permohonan tidak diluluskan

Assalamualaikum

Kali ni saya nak berkongsi pengalaman apabila Google Adsense saya dinonaktifkan dan permohonan kali kedua tidak diluluskan. (Permohonan saya kali pertama ialah pada tahun 2011).

Masuk tahun 2020, saya menanamkan azam untuk sentiasa mengupdate blog saya ni. Setelah bertahun-tahun dilupakan dan dibiarkan bersawang tanpa dipeduli😅.

Saya menanamkan azam untuk berkongsi apa-apa juga ilmu yang saya ada untuk rujukan sendiri dan orang lain. Saya juga bercadang untuk mencuba tambah duit poket melalui google DLL. Disebabkan itu, saya ni yang sebelum ini, tak pernah kisah tentang google adsense, seo, backlink, koding, pinging dan semua yang sewaktu dengannya tu... tiba-tiba berazam untuk menambahkan ilmu pengetahuan mengenai semua yang saya sebutkan diatas. 😆🤣

Saya update blog dan mohon google adsense melalui youtube studio (mohon dari youtube sebab saya pun ada account youtube yang juga sudah lama dilupakan😅). Tapi dapat respon yang akaun Adsense tidak dapat disambungkan ke blog ini (yg saya guna sekarang ni).. Dan minta saya betulkan dulu masalah ni.. tapi saya tak betulkan, terus je hantar permohonan. Bila dapat feedback macam bawah ni.. barulah mengalir air mata😆

Thank you for you interest in Adsense. After reviewing your application, our specialists have found that it does not meet our program criteria. Therefore, we are unable to accept you into our program... (😭😭😭.. nangis baca)....

Tapi bila baca... If you are able to make changes to meet our program criteria, you may reapply for Adsense in the future. (🙂🙂 legaaaaa...) ... so maksudnya saya masih boleh terlibat dalam program adsense.. hanya tidak diterima sebab tidak mengikuti klasifikasi yang ditetapkan, bukannya akaun saya dibanned oleh Adsense. Jadi ini hati ada lega😅.

Waktu mula-mula buat blog tahun 2011 haritu, saya ada mohon google adsense... lepas mohon tu... terus biarkan saja blog bersawang tanpa dipeduli. So saya ingatkan adsense banned akaun saya ni..huhuhu tapi rupa-rupanya... tidak... cuma diorang nak saya perbetulkan dan update blog sesuai dengan terma dan syarat yang telah diperbaharui. So bermulah journey makcik Noob ni dalam mengupdate blog😆. Jadi sini saya kongsikan ilmu selepas berhari-hari menjulingkan mata, belajar dan cuba memahami maksud si pakcik Adsense dan mesej yang dihantar ke akaun blogger.

Untuk lulus Adsense, pertama ialah..

Blog anda harus ada posting apa-apa perkongsian. Mesti ada sekurang-kurangnya 25 posting yang berkualiti, dan panjang posting mestilah 1000 keatas patah perkataan. Apa maksud posting berkualiti:
-iaitu posting yang bukan copy and paste dari blog orang lain. Sila buat cerita anda sendiri ya.
-isi posting bukanlah hanya gambar semata-mata
-posting mestilah 1000 dan keatas patah perkataan.

Pastikan template yang digunakan mobile friendly. Pilihlah template free atau berbayar yang mobile friendly.. boleh semak di link ini untuk ketahui sama ada template anda mobile friendly atau tidak. Di zaman millennium ni, banyak yang melayari laman sesawang menggunakan telefon mudah alih/ telefon pintar. Peratusan yang menggunakan desktop vs mobile.. sangat besar perbezaanya. Sebab itu google menambah syarat mesti menggunakan template yang mobile friendly.

Pastikan korang pamerkan google analystic di dalam blog. Dont worry orang lain tak boleh view analytics tu.. hanya google dan owner sahaja yang boleh view.. korang kena daftar dulu untuk dapat id, dan waktu daftar tu akan dapat koding. Koding itulah yang korang kena copy and paste di java script.. letak la tajuk apa yang bersesuaian.

Id google analystic tu nanti kamu kena letak dalam tetapan blog ya.. buka pada tetapan, masuk ke lain-lain (1) dan masukkan id korang dalam box tu (2). Lepas tu klik simpan (di penjuru atas kanan).


selepas tu, benda yang perlu korang buat adalah, maklumkan kepada pelawat blog, apa data yang korang kutip. Paling penting kena maklumkan mengenai kutipan data oleh google analystic tu. Macam mana?? Buatlah privacy policy... boleh rujuk sini. Itu adalah makluman saya kepada pelawat apa data yang saya kutip dalam blog ini...

Buat juga About me, suka hati koranglah nak huraikan panjang lebar atau simple saja macam saya punya ni.

Jika kamu sudah lama menyepi (tak tulis  dan publish apa-apa dalam blog) sila berbuat demikian dahulu sebelum mohon adsense kembali. Tunggu trafik masuk dalam blog dulu.. sedikit pun tak apa yang penting ada. Dah ada trafik, barulah mohon ya... tak perlu tergesa-gesa.. takkan lari gunung dikejar😄

Okeh itu sahaja ilmu yang dapat saya kongsikan. Permohonan kali ketiga, dua hari kemudian terus dapat kelulusan.. gembira tak terkata.. hehe bila dah lulus, korang akan dapat email macam bawah ni..

Yahoo!! 💃💃💃

Okeh semoga kita sama-sama dapat benefit atas perkongsian ini.

Daa..



Ikan bakar terbaik di Port Dickson, Teluk Kemang

Assalaumalaikum...

Kali ni saya kongsikan tempat makan ikan bakar yang awesome di Teluk kemang, Port Dickson. Setiap kali kami bercuti di Port Dickson, dan teringin makan ikan bakar... memang akan datang sini.

Ini restorannya...

Google maps saja disini, pasti sampai punya.

Tapi, syaratnya adalah... pastikan korang datang awal.. sebab tempat ni merupakan tumpuan yang popular😄. Meja akan penuh kalau kamu sampai sini dalam jam 8.00pm... (waktu cuti sekolah ataupun waktu puasa..) Jadi bergeraklah awal dari hotel atau rumah anda... dalam jam 6-7 macam tu.. jam 7pm pun kira dah hampir penuh gerai, lebih-lebih lagi kalau waktu puasa. Kalau datang lewat, takut makanan yang diorder, sampai lambat.

Untuk harga makanan, bagi pendapat saya berbaloi dengan rasa. Pelanggan boleh pilih sendiri ikan, udang, sotong DLL yang teringin nak makan tu... kemudian, selepas pilih tu baru bagitau dekat pekerja tu... nak masak apa.. ikan 3 rasa ke... sotong celup tepung ke... ikan bakar ke... cenggitulah lebih kurang caranya (haha... sama je proses dia dengan restoran-restoran lain 😆)...

Okeh pertama kali makan disini (tak ingat tarikh bila)... kami pilih ikan bakar... tapi tak sempat ambil gambar waktu tu.. hehe... sebab makan pertama kali tu sedap, so kami repeat lagi makan sini waktu bercuti di Port Dickson.

Kali kedua datang sini... kami pilih of course yang paling utama ikan.. hehe.. kemudian sotong, telur dadar, lala dan sayur.. (untuk kami laki bini makan sahaja)


Ikan siakap 900g -masak 3 rasa (sedap👍)
Lala 100g -masak halia (yummy delicious)
Sayur campur
Sotong 1 ekor -goreng tepung
Telur dadar
3 nasi
2 sirap ais, 1 limau ais
Keropok lekor yang goreng akn kembang (tak tau apa nama dia ni😅)

Semua tu harga rm120... harga quite expensive tapi makanan memang sedap..

Kalau korang nak dapat makanan sedap tu.... kena datang awal ya... 😁.

Waktu bercuti-cuti disini... kami menginap di Eagle Ranch Resort Port Dickson. Resort ni berkonsepkan koboi..hehe

Resort ni ada banyak aktiviti.. so kalau kamu nak bercuti-cuti sambil buat aktiviti dengan anak... tempat ni memang amat sesuai. Atau jika merancang untuk buat team building, resort ni amat sesuai... resort ni ada sediakan tapak untuk berkemah. Antara aktiviti yang ada:

- menunggang kuda
- memanah
- paint ball
- go kard
- flying fox
- rope curse
- abseling
- valley ball
- basket ball
- futsal
- water polo
-dan banyak lagi😄..

Aktiviti kami sewaktu menginap disini ialah menunggang kuda dan benda wajib iaitu madi kolam😆... aktiviti-aktiviti lain tu, tak buat... lagipun waktu ni kami bawa lily, yang baru umur 1 tahun. Boleh layan gambar-gambar tak seberapa dibawah.

Inilah Eagle Ranch Resort

 Ini chalet yang kami tidur...

Antara kuda untuk ditunggang.. saya ada keinginan untuk tunggang tapi takottt...

Kuda untuk bawa penumpang keliling resort..

 Swimming pool untuk dewasa

 Jakuzi 


Ini swimming pool untuk budak-budak

Untuk buat aktiviti-aktiviti yang disediakan, kamu mesti tempah dahulu di kaunter bahagian aktiviti.. Dah buat pembayaran, nanti tinggal tunjukkan tiket je dekat pekerja yang bertugas.

Okeh sekian saja perkongsiannya..

Daa..



ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...