Showing posts with label DIARI KAMI. Show all posts
Showing posts with label DIARI KAMI. Show all posts

Pulau Indah klang, Port kaki pancing

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua rakan-rakan.... Mesti banyak aktiviti kunjung mengunjung kan... Dekat Wall facebook, penuh warna warni , kawan-kawan FB mengayakan baju raya sedondon dengan family.

Untuk kami yang diperantauan ni, Raya Haji tahun 2020 ni... kami tak balik Sabah... Sambut di Kuala Lumpur sahaja, nak jimat cuti... almaklumlah, kerja makan gaji... kenalah merancang cuti sebaik-baiknya.. 

So aktiviti kami untuk habiskan masa cuti ialah~~~~ berkemah~~~ Aktiviti yang tidak dirancang.. tiba-tiba sampai.. hahaha.. Mujurlah En.Husband jenis melayan sahaja karenah bininya ni... Tiba-tiba nak tidur dalam khemah, di tepi pantai.. hahaha 

Sebabkan anak-anak saya masih kecil, jadinya.... saya tak nak berkemah sewaktu matahari panas terik iaitu waktu disiang hari... tepi pantai waktu pula tengahari, sudah semestiya panas terik kan... Saya pun tak selesa, apatah lagi anak-anak kecil... 

Jadi saya pun rancang untuk berkemah dimalam hari... hahaha sambil-sambil, en.Husband pun dapatlah juga melepaskan gian memancing beliau.. 

Kami bertolak dari rumah kira-kira jam 3.30 petang, singgah pasaraya Gaint Taman Suntex untuk beli kepak ayam, khemah dan yang sewaktu dengannya... Kepak dan Kambing marinate untuk kami panggang sebagai dinner kami anak beranak disana nanti... Semua bahan-bahan perapan ayam dan alatan memanggang, saya dah sediakan kecuali........ Nasi    (nak beli dekat restoran sahaja)... 

Selesai membeli belah, lebih kurang jam 6petang, kami terus bergerak ke Pulau Indah... kalau kamu nak kesini tapi tak tahu tempatnya... hanya taip Angler's Resort di App Waze... so worry no more... hahaha takkan sesat punya. atau kamu klik link bawah ni... ni tempat kami berkemah.. 


Dari Kuala Lumpur ke Pulau Indah mengambil masa lebih kurang satu jam.. Saya dah rancang agar sampai di destinasi lewat petang, sebabnya waktu ni cuaca dah redup dan tak panas... jadi anak-anak tidaklah meragam sebab kepanasan. 

Kami memilih berkemah di Angler'S Resort sebabnya:
1. Ada kemudahan tandas untuk melepaskan hajat dan mandi
2. Ada kawasan tapak perkemahan yang berlampu
3. Kawasan ini memang tumpuan orang ramai, tak kira kaki pancing atau mereka yang merancang untuk berkemah

Masuk kedalam, ada bayaran. Harga berdasarkan apa aktiviti yang kamu nak buat.. Kami bayar RM15 untuk tapak khemah dan RM5 sebab En.Husband nak memancing.

Pintu gerbang Angler's Resort...

Gambar pintu masuk dari kejauhan... Resort ni, di hujunggggg sekali... so kamu kena merempuh jalan yang agak sempit dan berlubang..

Jalan tak rata... ada banyak lobang... jadinya sila pandu berhati-hati..


Selamat Datang ke ANGLER'S RESORT... En. Husband sedang membuat pembayaran di kaunter

Senarai harga berdasarkan aktiviti di Angler's Resort

Kalau kamu merancang untuk tidur dalam bilik yang ada katil empuk, boleh juga sewa disini... berdasarkan daripada cerita antara en.husband dengan rakan-rakan pemancing lain, yang mana beliau menyewa sebuah bilik untuk isteri dan  anak-anaknya pada waktu itu, harga untuk semalaman ialah RM80.00. Kemudahan yang disediakan ialah katil dan kipas... Selebihnya saya tak pasti sebabnya kami tak pernah menyewa bilik disini.. hehehe 

Kami tiba lebih kurang jam 7.30petang... Jadinya. ada sedikit masa yang cerah untuk pasang khemah. Perkara pertama yang perlu dibuat ialah pasang khemah...

En. Husband sedang memasang khemah... Khemah ni kami baru beli dekat Giant (betul-betul aktiviti tidak dirancang..hihihi) .. kapasiti khemah untuk 6 orang.. RM140.00

Waktu tiba disini, dah ada satu keluarga dekat hujung sana.. 

Yeayyyyy.... Khemah dah siap... 

Pertama kali berkemah waktu malm ditepi laut... lily sangat teruja hahaha

Selepas beberapa jam... Tapak khemah semakin penuh..

Paling depan tu, khemah kami... 

Selesai pasang khemah, En.husband bersedia untuk aktiviti memanggang beliau.. Tempat pemanggang kami bawa sendiri daripada rumah... Kalau kamu merancang untuk buat aktiviti barbeque disini, lebih baik bawa alatan memanggang sendiri... Sebabnya tiada kemudahan tempat memanggang disediakan ya.. 

Serius sungguh hidupkan api...

Hari dah gelap... Aktiviti memanggang En.Husband masih berjalan lancar.. hihihi

Mujur bawa lampu .. 

Kalau bermalam sini, pastikan bawa lampu sendiri ya... kawasan sini tidaklah gelap gelita... ada lampu dinyalakan untuk setiap tapak khemah... tapi, satu sahajalah lampu... kalau nak lebih.. sila bawa sendiri..hahaha

~Peace No War~ 

Suasana sewaktu malam... 

Apa yang menarik disini ialah, dapat menghayati suasana matahari terbenam... sungguh cantik ciptaan Allah... Tak rugi drive jauh kedalam... 

Sunset View... So Beautiful!!!!!

Disini, suasana agak meriah... meriah dengan jiran-jiran berkemah yang lain... meriah dengan para pemancing... Tak perlu risau sunyi... sebabnya, semakin menuju ke subuh.. semakin ramai kaki pancing yang datang ke sini.. Ada yang bersendirian, berteman dengan anak atau dengan kawan-kawan. So tak sempat nak rasa seram... hahaha

Gambar waktu siang...

Ini port kaki pancing waktu malam... Hujung tu memang ramai orang...

En. Husband sedang mencuba nasib...

Jika kamu merancang untuk bawa anak-anak dan bermalam seperti saya, pastikan anak-anak boleh tidur dalam keadaan yang agak bising.... sebabnya kebanyakan yang datang berkemah disini, datang untuk memancing sewaktu malam hingga subuh... so, suara-suara sedang bercerita dan musik tu ada... 

Selain daripada dapat menghayati suasana matahari terbenam, satu lagi yang best disini, yang hanya dapat dinikmati sewaktu malam ialah... Biasan Cahaya bulan... Sangat Cantik.... indah sungguh

Cantik sangat permandangan ni... 

Ada restoran disini, tapi kami tiada rezeki nak membeli direstorannya, sebabnya waktu ni Cuti Raya Haji.. So pemilik kedai tidak membuka kedai pada waktu ini... Jadinya, kami pun hanya makan makanan yang dipanggang tanpa nasi untuk dinner. 

Di kaunter bayaran masuk, ada juga kantin kecil... kaunter hanya menjual maggie cup dan minuman 3 in 1 sahaja... So kalau kamu lapar pada tengah malam... bolehlah beli maggie dalam cup di kaunter atau beli minuman panas..

Disebabkan kami semua dah mandi dari rumah sebelum bertolak.. jadi saya dah tak perlu risau untuk memikirkan tentang hal nak mandikan 3 orang budak kecil saya... hoho 

Jadinya, saya hanya kongsi gambar tandas dan tempat mandi sahaja.. ianya tandas kongsi dan agak terbuka...

Tandas dan tempat mandi kongsi..

Waktu tidur... anak-anak saya tak meragam sangat sebabnya, tak panas sangat... Pintu dan tingkap khemah haruslah dibuka untuk pastikan aliran udara yang baik... Kalau takut nyamuk masuk, hanya tutup bahagian mosquito net... 

Tak perlu alas tempat tidur... biar sahaja anak-anak tidur atas kemah direct ke tanah... sebabnya, waktu malam, tanah tempat berbaring sejuk... jadi tidaklah rasa panas sebabnya badan sejuk semulajadi dari tanah. 

Bila dah subuh, dah rasa sejuk sangat... Bolehlah laksanakan tanggungjawab anda... hahaha hamparkan alas tempat tidur (saya guna selimut berbulu yang nipis tu sahaja.. lipat dua dan alaskan dekat tempat anak-anak tidur.. sebab waktu subuh, sejuk dah mengigit hingga ke tulang... saya bawa 2 buah selimut waktu ni, satu untuk alas, satu lagi untuk dijadikan selimut..

Sedikit tips sekiranya anda ingin berkemah dengan si kecil anda:-

Peralatan yang perlu dibawa sekiranya bekhemah dengan budak kecil:

1) Selimut 2 (tak perlu yang tebal sangat.. cukup yang nipis tapi berbulu-bulu yang ada jual dekat pasar malam RM20 satu tu..hihihi)

2) Bantal... 1 anak 1 bantal... jangan kongsi sebab bantal akan buatkan anak rasa selesa waktu tidur...

3) Air Panas ( ini kalau anak masih menyusu...)

4) Air mineral yang mencukupi

5) Susu yang mencukupi ( jika anak masih menyusu)

6) Mainan kegemaran anak (Saya bagi peluang Lily dan Lea bawa mainan kesukaan, tapi 1 orang 1 mainan sahaja...hahaha.. tak larat nak bawa banyak-banyak)

7) Manisan (ini untuk hilangkan rasa stress anak..hihihi Tak perlulah sumbat banyak-banyak... kalau diorang dah start nangis-nangis, gaduh, badmood... saya bagilah apa-apa manisan bagi hilang stress..cukup satu atau dua biji untuk pancing balik mood gembira diorang)

Okeh itu sahaja perkongsian saya... Semoga bermanfaat..

Daa..










Review Set Bacalah Anakku, Kaedah Fonik

Ajar lily membaca menggunakan kaedah fonik

Assalamualaikum..

Akhirnya, sampai juga buku yang ditunggu-tunggu.... Almaklumlah, musim PKP ni, takut lambat sampai sahaja barang-barang yang kita order Online... 

Alhamdulilah, sampai di tangan 4 hari selepas buat payment.. 

Pada mulanya, saya tak nak guna kaedah phonic ni untuk ajar Lily... Tapi bila banyak review dan ada beberapa tadika yang menggunakan kaedah fonik dalam kelas... maka saya ambil keputusan ajar Lily membaca menggunakan Kaedah Fonik. 

Bulan ni genap lily berumur 4 tahun... Tahun depan, kami suami isteri rancang nak masukkan lily tadika.. semoga dipermudahkan.

Sebelum ajar fonik ni, saya ajar Lily untuk kenal huruf dari A hingga Z dahulu. Selepas itu, barulah saya mulakan dengan kaedah fonik ni... kenapa??? Sebab lily dah awal-awal belajar kenal huruf sebelum ni, so saya rasa rugi nak berhenti semata-mata nak beralih kepada kaedah fonik ni... 😅 sebab tu saya teruskan dahulu yang saya dah mulakan sebelum ni.

Set bacalah anakku ni, ada 9 buku semuanya. dan ada kad-kad huruf... boleh tengok gambar atas tu.. 

Ada 9 buku belajar :: 
 Buku panduan Bacalah Anakku

 Buku 1, belajar sebut a, i, u, n, b

 Buku 2, belajar sebut m, s, k

 Buku 3, belajar sebut t, y, c, p

 Buku 4, belajar sebut d, g, l, r

 Buku 5, belajar sebut h, j, w, f, z

 Buku 6, buku suku kata tertutup

 Buku 7, belajar sebut o, e, e

 Buku 8, belajar sebut ng, ny, sy dan kh

Muka surat pertama, setiap buku ada disertakan panduan mengajar

 Ini di helaian akhir setiap buku. untuk guru atau ibu bapa buat penilaian samaada anak-anak sudah bersedia ke buku seterusnya atau sebaliknya

Banyaknya buku😆... semoga lily khatam semua ni sebelum tahun depan... 

Untuk panduan sebutan bunyi pula, boleh rujuk di www.readnetwork.com 

Okeh, itu sahaja perkongsiannya

Daa..


PKP FASA DUA.. SENYUMAN DAH TAK BETUL

Assalamualaikum,
PKP Fasa 2 ni, dah tak dapat nak telan masakan sendiri.. hahaha.. dah jemu, tepu segala😅😂😂... 

Nak pesan di luar pulak, masih was-was... huhuhu... Adik ipar nak beli makanan McDonald guna delivery pun, saya tak bagi... hehhhee sampai gitu sekali saya jaga family saya ni.. hahaha. Mesti diorang stresssss hehehe

Sebenarnya, saya pun jemu jugak... tapi disebabkan rasa was-was ni, jadi lebih baik tak payah beli.

So solutionnya, masaklah menggunakan resepi orang lain... walaupun saya yang masak sendiri, tapi ia resepi orang lain.. so kira makanan @ resepi luar la kan.. huhu

Semoga kita semua dilindungi, dan moga virus ni cepat pergi..

Sekian diari PKP fasa 2, hari ke 20.



Menikmati suasana matahari terbit di Tmn Wangsa Cheras

PKP hari ke 17.

Melihat matahati terbit di beranda rumah.. 


Sambil menghirup milo panas... nikmat.

Syukur ya Allah.. masih diberi peluang untuk menikmati keindahan ciptaanmu..


MAKAN MAKANAN SABAH DI SEMENANJUNG

Assalamualaikum

Dah lama nak post entry ni, tapi entahlah apa yang terjadi... entry ni asik duduk diam-diam sahaja dalam draft.. 😅

Sejak PKP ni... tak tau kenapa ya, adakah saya sahaja yang rasa atau orang lain pun sama... semakin penat pulak rasanya... kerja rumah makin menimbun dari biasa.. sakit pinggang mak cik oiii...

Lagi-lagi bila sampai waktu, untuk tambah barang keperluan dapur... semakin berganda-ganda la kerja rumah... allahu... satu persatu perlu dicuci...

Tapi entry kali ni, saya bukan nak kongsi tentang kerja rumah tu... hahaha... saya nak kongsi makanan kampung kegemaran saya, yang tidak ada di Semenanjung.. mungkin ada yang kenal, mungkin juga banyak yang tak kenal.. 😁

Makanan ni semua diimport dari Sabah... Husband balik sabah 11 Mac haritu, ada urusan keluarga... so adalah buah tangan yang dibawa dari negeri kelahiran saya tu.

Semua adalah makanan dari Sabah.. yezzza... bahagia tak terkata dapat benda rare... hahaha...

Okeh mari saya perkenalkan secara terperinci... satu persatu makanan tersebut..


Ini ialah Losun. Ada juga yang menamakan ia sebagai Lokio. Makanan popular orang berbangsa Kadazan,Dusun,Murut (KDM).. Bentuknya seperti daun bawang... tapi ini bukan daun bawang ya tuan-tuan dan puan-puan. (En.husband pun susah nak cam makanan bininya ni.. terpaksa buat video call sewaktu membeli..) 

Losun boleh dimasak:
-tumis dengan ayam + bunga kantan + sedikit lada putih. 
-Ada juga yang masak losun dengan tumis bersama ikan bilis dan lebihkan pedas... 
-Tapi saya selalu buat sambal losun.. Losun + belacan + garam + gula + Limau nipis... 
-ataupun saya tumis losun ni dengan bawang putih + bawang merah + lada putih + ikan masin + sambal tuhau + ikan masin + garam + gula... 



Ini pula adalah Lada Putih.... Susah nak bezakan lada ni dengan lada berwarna putih yang banyak di pasar-pasar tu... Rupa hampir sama tapi ianya berbeza... Rasa pun jauh beza.. Saya tak pernah lagi jumpa Lada Putih ni dijual di semenanjung.


Hampir sama kan.. 

Apa rasa lada putih?? Rasanya pedas.. hihihi.. Family saya biasanya masak lada putih ni, dengan bawang putih, bawang merah, campur dengan air asam sikit, ikan masin,  dan palin akhir masukkan petai ataupun patau. (petai dan patau punya rasa yang sama selepas dimasak.. tapi mereka dari spesis yang berbeza)


Sedikit berbeza bentuknya, tapi petai dan patau ni mempunyai rasa yang sangat hampir sama....




Ini ialah keropok ikan masin... kenapa keropok?... sebab bila digoreng, dia akan jadi seperti keropok... ia ikan masin yang dihiris nipis. Sedap dimakan bersama nasi putih panas, telur mata goyang, sambal belacan, kicap, dan sayuran.. Rasa sama seperti ikan masin, tapi versi keropok. 

Tips goreng: kena goreng dengan minyak yang panas ya... tak nak minyak yang baru nak panas... Penting agar ikan masin tu garing dan sedap dimakan.

Dahulu kala, saya buat business jual keropok ikan masin ni di Semenanjung, tapi sekarang dah stop.. kenapa stop? Sebab hati tak kental.. 😅😅 so jadilah business separuh jalan. Ramai juga yang beli, tapi disebabkan, susah nak dapatkan stok pada harga yang berbaloi, akhirnya saya stop... 🤦‍♀️



Ini pula adalah sambal Tuhau. Saya seorang saja yang makan sambal ni dirumah😅. Husband tak makan... haha

Rasa tuhau?? Tuhau ni rasa kosong sahaja... macam makan ulam... kena cicah dengan sambal baru sedap... begitulah jugak tuhau.. kena campur dengan limau, garam, cili, gula, belacan kalau suka... OK baru sedap. Kalau makan tuhau sahaja, rasa tawar sahaja. Tuhau ni, ada bau seperti serangga sikit. Tu yang husband tak berminat makan... btw husband bukan orang KDM, so no wonder la dia tak makan tuhau.


Ini ialah sagu... Ataupun nama famous AMBUYAT. Disebabkan sabah ada berpuluh-puluh bangsa yang hidup secara harmoni... so, lain bangsa.. lain cara makan sagu... Family saya, makan ambuyat dengan cicah pada sambal belacan sahaja... simple..

Tapi family husband makan ambuyat dicampur dengan ikan masak asam... yess sedap... So, cara makan sagu ni bergantung pada bangsa atau suku kaum.. hehehe...

Rasa sagu?? Ia likat, sedikit kenyal , licin dan sedikit masam dan tawar.... Ambuyat ni, ada yang dibuat daripada sagu, ada juga yang dibuat daripada ubi kayu... dan ada juga yang hanya gunakan tepung kanji.. semua akan menghasilkan bentuk yang sama setelah dimasak tetapi mempunyai rasa yang sedikit berbeza...


Ini ialah kari ayam yang dimasak oleh mak mertua☺️😊😊... mak mertua kalau masak kari, memang awesome.... so, alang-alang dah husband balik kampung, saya request masakan kari ayam oleh mak mertua... jauh gila kari ni diimport kan... hahaha😅..



Inilah semua barang-barang dari Sabah yang en.husband bawak balik KL... hohoho... belacan , ikan masin pari, mee kuning tawau, kek 😅😅 , agar-agar laut, kicap, amplang, jeruk buah kendondong yang mak mentua buatkan, keropok belinju..


Ini agar-agar laut.... dibeli khas oleh mak mertua untuk saya rasa... agar-agar ni banyak kalogen wooo... siapa yang nak sentiasa awet muda, makanlah agar-agar ni kerap... senang nak jumpa benda ni di Sabah... Tapi walaupun senang nak jumpa... secara jujurnya, ini kali pertama saya memakannya.. 😅😅😅😅😅

Rasa agar-agar??? Tak sedap 😂hahahahaha... sama ada betul-betul tak sedap, atau lidah saya ni yang bermasalah ataupun.... penjual tu buat tak sedap... tak pasti yang mana satu punca ketidaksedapan itu.

Okeh itu sahaja perkongsian saya..

Daa..



SAKIT DIKALA COVID 19 MELANDA

klik gambar untuk lebih jelas

Assalamualaikum..

Beberapa hari ni, tak berupdate blog sebabnya badan rasa tak sedap, batuk-batuk pulak melanda... Hadoii stress, simptom-simptom seperti batuk, sakit kerongkong, suara serak, sakit-sakit badan... Ya Allah... minta dijauhkan la.. Dengan baby kecik ni.. memang sangat risau...

Nak buat pemeriksaan di klinik atau hospital.. lagilah risau, tak pasal-pasal.. terdedah dengan virus jahat tu pulak... Duduk sajalah dirumah, buat rawatan sendiri.. Mujur kerajaan prihatin, bagi kita cara untuk kesan covid-19 secara online... Dah jawab soalan, dapat jawapan batuk dan selesma mungkin disebabkan oleh benda lain, jika semakin teruk dan berterusan, sila dapatkan rawatan.. okehh lega ...Kalau kamu pun ada simptom diatas tapi tak pasti perlu ke klinik tau tak... boleh check online..KLIK SINI untuk check

Walaupun dapat keputusan cenggitu, hati tetap tak sedap kan.. Hygiene memang sentiasa terjaga lah sepanjang Covid-19 nie merebak. Lepas batuk terus cuci tangan dan guna hand sanitizer. Husband balik sahaja dari kerja, terus suh pegi mandi. Tak bagi sesiapa sentuh Daddy diorang selagi dia tak mandi lagi.. huhuhu. sayuran hijau, cuci dulu dengan sabun khas sebelum masak. (betul-betul rajin amat ni, sebelum ni tak pernah pun cuci sayuran dan buah guna pencuci khas tu)

Hari pertama sakit, aduihh kerongkong rasa kering sangat, tak selesa sangat waktu tidur. Dengan batuk-batuknya. Kerongkong rasa gatal sangat. Hari kedua, rasa macam demam, tapi bila cek suhu, tak demam... memang bad mood memanjang, huhuhu sakit segala sendi, tidur je kerja.. bangun untuk memasak je.. pastu masuk bilik berehat dan tido.... tapi kumur-kumur air garam, sungguh berkesan wehhh... saya buat 3 kali sehari... 1st day, suara serak bak Ella tu tak kurang, tapi batuk dah kurang, sebabnya gatal leher kurang sikit selepas berkumur. Hari kedua berkumur dengan air garam, 3 kali sehari jugak.. suara serak tu dah ok sikit.. dah boleh nyanyi2.. mood pun semakin OK.. Alhamdulilah sangat...

Dah ok sikit badan ni, barulah ada mood nak menulis blog..

Oh ya... Semalam (22 Mac), hari pertama Angkatan Tentera Malaysia, berkerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, untuk laksanakan RMO. Tapi amat mengejutkan kepala otak saya ni, bila masih ada juga yang berdegil!!!!! keluar ke bandar, bersama-sama dengan isteri dan anak, dengan alasan tak munasabah diorang tu.. What what what ???????? Hmmmm.... Agaknya dia ingat coronavirus ni macam selesema biasa sahaja kot... Sanggup pentingkan diri sendiri, bawa family ke pusat bandar... family mati sebab virus pun tak apa... Boleh beranak lagi kan... gitu kot dalam hotak diorang tuh... Ya Allah, mencarut pulak saya ni.... Pendapat saya la kan, kerajaan kena lebih tegas, untuk pastikan perintah kawalan pergerakan ni berjaya. Tapi..... Tak nak lah komen panjang lebar... nanti ayat-ayat yang keluar pun semua yang tak helok saja... Hmmmm...

21 Mac 2020, sepatutnya adik ipar terbang balik ke Tawau, Sabah. Tapi bila Air Asia batalkan penerbangan domestik dan antarabangsa, bermula dari tarikh 19 hingga 31 Mac 2020, maka bersedihlah adik ipar saya dini.. Tersekat tak dapat nak balik kampung. 

Hari tu, kerajaan arahkan untuk tutup semua taska, sekolah rendah, menengah, pra U, ipta dan ipts kan.... Maka adik ipar yang sedang praktikal di Hospital Terengganu pun, diarahkan untuk kosongkan rumah sewa, dan pada hari yang sama, diorang dikutip oleh pengurusan kolej untuk balik ke kolej sains kesihatan bersekutu Sg. Buloh. Kelangkabut dia beli tiket , untuk balik sabah. Tapi dah takdir untuk RMO bersama-sama dengan kami disini... So tersekatlah dia dekat ruma kami ni... hehe bertabahlah ya.. Ada hikmah juga kenapa tak dapat balik tu.

Kamu pun, mesti kerap periksa angka covid-19 kan... Bila tengok angka kematian di Malaysia disebabkan Covid-19 ni semakin meningkat, rasa tak mampu nak berkata apa-apa. Semalam sahaja:-
▪️10 kematian direkodkan, 
▪️46 orang berada di dalam Unit Pemerhatian Rapi
▪️1306 yang telah disahkan positif covid-19

Ya Allah... tak tergambar dengan kata-kata... sesungguhnya, perasaan takut tu memang ada.. Ya, mati itu pasti, tapi jika boleh minta diselamatkanlah dari bencana ini ya Allah. 

Hari ni pulak appoitmen 5 bulan, untuk baby saya di Klinik Ibu Anak batu 9. Sungguh haru kepala otak.. nak pergi ke tak nak... kalau pergi sana, berkumpul ramai-ramai dengan orang yang tak dikenali, bawa pulak baby kecil... tak tau maca mana nak terangkan perasaan ni... Risiko tu... Rasa tak nak pergi jeee... Dilemaaaaa...

Banyak pula la luahan perasaan entry kali ni... hahaha. Kau dah kenapa Mell??

Sebelum semakin melalut entry ni... baik berhenti sekarang...

Okeh itu sajalah coretan saya... terima kasih sudi membacanya..

Daa...




CONTAGION, MOVIE TAHUN 2011, TERJADI PADA TAHUN 2020

Hari Ke Lima Restriction Movement Order (RMO).. Kamu buat apa tu???

Disebabkan hari ni husband ajak tonton satu movie, katanya mengenai CoronaVirus.. Okehlah, saya pun layankan jugaklah.. Walaupun saya ni tak minat sangat tonton movie.. heh


Movie ni bertajuk CONTAGION. Movie nie dah ditayangkan pada tahun 2011, but believe me when i say... it's really happening now 2020. Bagaimana virus ni tersebar, apa simptom-simptom yang muncul, sungguh serupa. Saya seperti sedang menonton kejadian realiti masa kini.

Jika kamu tonton cerita nie, ia sama seperti yang berlaku tahun ini. Dengan wabak yang berpunca daripada haiwan yang sama iaitu kelawar.

Yup, movie ni amat sesuai untuk kita tonton diwaktu-waktu begini. Pertama, untuk habiskan masa dikala RMO, dan kedua, sebagai pengetahuan, betapa dahsyatnya virus nie.. Bila dah tonton movie nie, barulah rasa bersyukur sangat, sebab Kerajaan dah ambil langkah bijak dalam melibatkan Angkatan Tentera Malaysia untuk membantu menjalankan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan. 

Kenapa patut negara mengawal keadaan rakyat agar tidak panik?? Semua situasi ni diceritakan dalam movie ni. Korang tau tak, panik yang melampau akan menyebabkan terjadinya anarki yang amat menakutkan... Ya Allah... jauhkanlah supaya kita tidak ditimpa masalah ini. 

Dalam movie juga, diceritakan apa yang berlaku apabila, mereka yang tidak bertanggungjawab, memberi info palsu tentang rawatan virus tersebut.

Bersungguh-sungguh sangat saya tonton movie nie, hahaha...(kata tak minat tonton movie tadi... hik hik)

Dimana boleh tonton movie contagion? 

Ada beberapa tempat untuk tonton movie nie, tapi kena melanggan dahulu iaitu di :-
1. HULU
2. AMAZON



sambil-sambil makan, layan movie lerrr

Dalam hari yang sama juga, saya tonoton satu lagi movie yang berkaitan dengan coronavirus iaitu PANDEMIC..

Movie ni menceritakan bagaimana sesuatu virus memusnahkan sistem badan manusia, yang mana dalam cerita ini, virus tersebut tersebar melalui seorang lelaki, yang telah menaiki kapal terbang bersama-sama dengan penumpang lain.

Dan juga menceritakan apa terjadi apabila, manusia bersikap pentingkan diri, lari dari arahan untuk diperiksa dan dikuarantin, dan menyebabkan virus tersebar luas. Movie yang nie, agak best jugak... Ada 2 episode.. Saya layan movie nie dalam youtube. 

Boleh tengok movie PANDEMIC di sini   


Serba Hitam

Assalamualaikum..

Akhirnya, selepas beberapa hari menjajah dan conquer game corner en. husband , boleh baca ceritanya disini beli komputer murah di Low Yat.... Sekarang saya dah ada tempat sendiri.. haha Tak perlu dah nak berebut dengan husband..hu hu (sedih)

" mm...Pegi main jauh- jauh" itu kot maksud yang tersirat oleh tindakan en. huband ni kah kah kah

set-komputer-serba-hitam
serba hitam

Actually meja ni, tempat saya menjahit... Tapi disebabkan saya ni hangat-hangat tahi ayam... hik hik hik... So mesin jahit tu dah kembali ke pangkal jalan, masuk balik dalam kotak... kali ni, saya nak berinternet pulak.. ha ha (2 ha cukup lah... jangan gelak lebih-ebih)..

PC tu nak letak dibawah.. tapi dengan anak-anak yang sel-sel otak sedang berhubung tu... so batalkan sahaja niat di hati..

Sekian... diari si komputer.

Daa~

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...