Review Set Bacalah Anakku, Kaedah Fonik

Ajar lily membaca menggunakan kaedah fonik

Assalamualaikum..

Akhirnya, sampai juga buku yang ditunggu-tunggu.... Almaklumlah, musim PKP ni, takut lambat sampai sahaja barang-barang yang kita order Online... 

Alhamdulilah, sampai di tangan 4 hari selepas buat payment.. 

Pada mulanya, saya tak nak guna kaedah phonic ni untuk ajar Lily... Tapi bila banyak review dan ada beberapa tadika yang menggunakan kaedah fonik dalam kelas... maka saya ambil keputusan ajar Lily membaca menggunakan Kaedah Fonik. 

Bulan ni genap lily berumur 4 tahun... Tahun depan, kami suami isteri rancang nak masukkan lily tadika.. semoga dipermudahkan.

Sebelum ajar fonik ni, saya ajar Lily untuk kenal huruf dari A hingga Z dahulu. Selepas itu, barulah saya mulakan dengan kaedah fonik ni... kenapa??? Sebab lily dah awal-awal belajar kenal huruf sebelum ni, so saya rasa rugi nak berhenti semata-mata nak beralih kepada kaedah fonik ni... 😅 sebab tu saya teruskan dahulu yang saya dah mulakan sebelum ni.

Set bacalah anakku ni, ada 9 buku semuanya. dan ada kad-kad huruf... boleh tengok gambar atas tu.. 

Ada 9 buku belajar :: 
 Buku panduan Bacalah Anakku

 Buku 1, belajar sebut a, i, u, n, b

 Buku 2, belajar sebut m, s, k

 Buku 3, belajar sebut t, y, c, p

 Buku 4, belajar sebut d, g, l, r

 Buku 5, belajar sebut h, j, w, f, z

 Buku 6, buku suku kata tertutup

 Buku 7, belajar sebut o, e, e

 Buku 8, belajar sebut ng, ny, sy dan kh

Muka surat pertama, setiap buku ada disertakan panduan mengajar

 Ini di helaian akhir setiap buku. untuk guru atau ibu bapa buat penilaian samaada anak-anak sudah bersedia ke buku seterusnya atau sebaliknya

Banyaknya buku😆... semoga lily khatam semua ni sebelum tahun depan... 

Untuk panduan sebutan bunyi pula, boleh rujuk di www.readnetwork.com 

Okeh, itu sahaja perkongsiannya

Daa..


11 comments:

  1. Bagus juga ajar anak awal-awal mengeja. Selamat mengajar.

    ReplyDelete
  2. happy teaching sis! izzati pun sedang jadi cikgu tadika untuk adik kecik izzati hehe! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kena ajar kan izzati... skrg zaman dah laju kedepan...hoho

      Delete
  3. bagusnya mell. Saya kalau membaca, jadi geram selalu. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. samalah kita Elly... mmg gerammmmm sangat

      Delete
  4. menarik... dulu masa aiyan kat tadika little calips memang di ajar membaca kaedah fonik, dan itu salah satu sebab dia kira awal membaca seawal 7 tahun, sebab ramai kawan kelasnya di PPki yang masih tak boleh membaca walau dah darjah3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru nak start ajar.. harap², cepatlah anak belajar.

      Delete
  5. SELAMAT HARI RAYA!!! menarik :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...