SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI


Assalamualaikum...

Hari ni saya join Sunshine Give Away oleh si gadis Ombak Bergigi. Saya sunggu suka dengan benda-benda begini. Disamping dapat kenalan baru... Kalau lucky, boleh la dapat hadiah free dari rakan blogger.. ha ha

Soalan no.3
Sila jawab soalan ini dan ianya WAJIB "Apakah perkara yang menceriakan hari anda sepanjang Januari 2020?"

Jawapan: hehehe
Banyak perkara yang terjadi sepanjang bulan Januari 2020. Dan perkara yang menceriakan saya sepanjang bulan tersebut ialah, dapat berehat dirumah, bermalas-malasan sambil menjaga anak-anak. Cuti bersalin 6 bulan hehehe...

Jika ada kawan-kawan yang nak join sambil support rakan-rakan blog, boleh klik banner atas tu ya. Nanti korang akan masuk ke syarat-syarat Sunshine Give Away ni.. 

Okeh... itu saja.

Daa.. 

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends


Assalamualaikum..

Hari ni saya join giveaway dari mamapipie & Friends.. GA ni dah lama bertapak dalam draft, dari 1st day MamaPipie up entry lagi... Tapi tak dapat nak publish, sebab ada masalah teknikal, tak dapat nak edit BlogList. huhuhu... Tapi sekarang dah boleh join... yeayyy!!!

Syarat-syarat untuk join pun taklah rumit... semua mesti boleh join punya... harap-harap dapatlah terpilih salah satu pemenang... tak dapat yang utama.. hadiah sampingan pun dah bersyukur๐Ÿ˜†๐Ÿ˜…. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam... ye dok?

Saya nak jemput tiga lagi rakan saya untuk join giveaway ni... Marsha, NA dan mimie.

Hope you dont mind i tag you in my post. Lets join this giveaway together my friends... ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ

Ini penyumbang utama giveaway ni tau... Tq penyumbang hadiah... semoga terus murah rezeki ya.


Dah subscribe chanel youtube ibu syurga.. sangat berminat dengan perkongsian tempat² menarik... sebab saya ni orang suka travel jugak, walaupun jarang² travel๐Ÿ˜†.. Sebelum travel saya akan blogwalking dan rujuk youtube dan listkan tempat² menarik hati untuk dikunjungi...

Yang berminat nak join pun boleh join jugak tau... just klik banner atas tu... nanti akan direct masuk ke giveaway dan syarat-syaratnya๐Ÿ˜Š....

Giveaway ni akan berakhir pada 29 Feb 2020๐Ÿ˜„...

Good luck kepada diri sendiri dan semua peserta..

Daa..



Komputer Murah di Low Yat

Assalamualaikum

Bulan Feb, ialah bulan kelahiran En. husband.. so saya bawa suami makan-makan sambil tiup kek..

Moga panjang umur, sihat sentiasa dan dimurahkan rezekinya seperti air yang sentiasa mengalir...Aminnnnn

Bawa husband makan-makan banyak tempat waktu ni, makan Mcd, makan burger  bakar Abg Burn,  makan Me' Nate. Hadiah, husband dah tuntut awal, bulan Jan dah tuntut hadiah, apakah? ๐Ÿคท‍♀️.

Lepas tu, a few days later, kami ke Low Yat untuk membeli PC, sebab bininya ni asik mengadu tak dapat edit template blog๐Ÿ˜…๐Ÿ˜†... So siapa yang birthday ni sebenarnya๐Ÿ˜†.. Ya Allah murahkanlah rezeki suamiku ini.

Kami tak cadang beli komputer baru, sebab budget tak berapa cantik dan barang-barang elektronik ni cepat jatuh harga... So kami ke level 2 di Low Yat... Sini ada banyak kedai menjual komputer baru, lama dan juga spare part komputer/laptop... Kalau kamu jenis pandai pilih-pilih dan buat badan komputer sendiri... boleh datang kesini.

Saya seperti biasa, langsung tidak berminat untuk ambil tahu tentang PC dan yang sewaktu dengannya.. so saya just jaga anak-anak yang excited berlari kehulu hilir. En. Husband saja yang berurusan jual beli... hahaha

Disini kami just beli PC sahaja, harga RM350. Spek:

~ intel core i3
~ RAM 4 gb
~ DDR 3
~ Model Optiplex 7010
~ intel HD & intel 5000 Grafik
~ DVD-RW
~ 250 gb HDD
~ with free software;
 * window 7 pro x64 big OS system
 * microsoft office pro 2016
 * Adobe Reader
 * Media Player


Kami tak beli monitor sebabnya budget tak cukup๐Ÿ˜†.. so husband cadangkan, buat sementara gunakan sahaja TV  game husband. Hohoho... Sabarlah ya en. Husband. Sebenarnya, komputer ni, hadiah advance dari husband untuk wedding anniversary kami yang ke-5, bulan April nanti... Dan seperti biasa, kita haruslah habiskan duit husband... takkanlah nak habiskan duit husband orang lain pula kan? ha ha

Inilah rupa PC yang kami beli tu

Set Keyboard+mouse wireless dan mouse pad gambar minion :)

Kami hanya beli PC, set keyboard + mouse wireless, VGA display cable, USB Data Cable 3.14A dan mouse pad

Yang tepi kiri tu da rosak dan khas untuk anak-anak...๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†. Kena setup macam tu, jadi diorang tak gangu mummy diorang ni.

Monitor tu ialah TV 24". Hehehe itu TV en.husband hadiah birthday taun lepas, tapi mummy conquer sekejap๐Ÿ˜…

Game corner en.husband telah dijajah ๐Ÿ˜….. dan husband pening tengok hiasan atas tu๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†.. dah tak rock katanya.

Okeh itu sahaja perkongsiannya... saya sebenarnya nak bagitau tempat murah untuk beli komputer dan its still in good condition. Tapi, ehhh ada tapi pulak๐Ÿ˜….. kalau korang nak membeli seperti kami ni, pastikan kamu tau tentang komputer la ya. Jika kurang pengetahuan tentang apa yang built in dalam PC, saya tak cadangkan kesini. Beli sahaja yang baru dari kedai... hehehe...

Okeh, itu saja perkongsiannya.

Daa..



Kerajaan Malaysia Terkini Febuari 2020



Dr. Mahathir mulakan tugas sebagai Perdana Menteri Interim

Assalamualaikum...

Semalam Perdana Menteri Malaysia telah menghantar surat perletak jawatan, dan surat tersebut telah diserahkan kepada YDP Agong.

Saya sini tak nak mengulas tentang isu hangat inilah, sebab saya tak mau jadi viral pula nanti kan๐Ÿ˜…... Tapi sini saya mau bagitau yang TV Njoi kami berfungsi ketika ni. Sebelum ni, Njoi tu jadi perhiasan saja disana. 

Decoder Njoi

Bila hal-hal penting negara, macam ni terjadi, selalunya saya akan pilih satu channel saja untuk update tentang perkembangan terkini, iaitu Astro Awani. Saya lebih suka pasang Astro Awani... sebab bagi saya channel ni cepat dan pantas. 

Semoga Allah permudahkan pembentukan kabinet baru ini.. 

Okeh itu sahaja..

Daa..

41 Hari Segmen Bloglist #3 2020


Assalamualaikum..

Hari ni saya join satu segmen dari Nurul Najihah. Segmen Nurul ni nakkan kita jawan soalan:

Apa Yang Anda Tahu Tentang Muamalat Dalam Perbankan?
Jawapan saya: hehehe jujur saya katakan... saya tak tau sangat tentang Muamalat Dalam Perbankan.. tapi hasil dari pemahaman saya melalui bacaan di internet, Muamalat Dalam Perbankan ialah satu bentuk urusan jual beli di bank yang tidak melanggar prinsip-prinsip syariah.

Kalau ada rakan-rakan yang berminat nak join segment ni, just klik banner diatas ya. Nanti kamu akan dibawa direct ke syarat-syarat menyertai segmen.

Segmen ni bermula 20 Feb 2020 hingga 30 Mac 2020. Jom join, jangan tunggu lama-lama๐Ÿ˜Š

Okeh, itu saja.

Daa...

Rawatan Gegendang Telinga Pecah

Assalamualaikuam


Cerita ni sebenarnya dah lama, tapi nak jugak la catat dekat blog.. untuk rujukan sendiri dan orang lain.. walaupun dah lama tapi saya masih lagi dalam temujanji rawatan telinga kesayangan ni.

Sakit ni bermula dari rasa tidak selesa di telinga.. Telinga rasa tersumbat dan berdengung. Waktu tu saya sedang mengandungkan anak kedua. Dah berjumpa doktor KKIA, doktor bagi jawapan.. "disebabkan selesma.." Tapi rasa tak selesa  tu berpanjangan sampai berbulan-bulan.. tak selesa sangat. Sebab tu saya pun memandai-mandai buat petua orang lama-lama... Tutup hidung sambil hembus nafas... Waktu ni la rasa seperti ada angin keluar dari telinga... Tak sakit pun waktu tu...

Beberapa  minggu kemudian, saya dengar benda berdesing kuat gila... pernah kamu dengar bunyi ekzos kereta yang diubahsuai tu..? Kuat kan bila diorang hidupkan enjin kereta... macam tulah bunyi bising yang saya dengar. Ingatkan ada kereta tu park diluar, tapi bila jenguk dekat beranda... tiada siapa-siapa pun....dan bila saya teliti betul-betul bunyi tu, saya perasan, bunyi tu lebih kuat di telinga kanan.. saya tutup telinga kanan, telinga kiri OK saja.. tiada bunyi desing kuat tu.. Dari sinilah saya tau... telinga saya ni ada masalah... Bunyi tu akan datang dan pergi... Tapi sebab tak rasa sakit, so saya pun biarkan saja...

Tak lama lepas tu, tiba-tiba saya rasa sakit dekat telinga yang berdesing tu... sakit dia aduhai... sakit laa... sangat sakit . Tapi tak nak jumpa doktor, masih sanggup menahan sakit dirumah... buat macam biasa... tapi dah mula mengadu dekat husband. Bila husband tanya nak gi hospital ke?? Dengan bangganya saya jawab.. tak mau la๐Ÿคฆ‍♀️.. 

Sakit tu makin lama makin teruk... berminggu jugak saya tahan... akhirnya mengalah dan serah diri... datang ke klinik kerajaan berhampiran. 

Di klinik, saya pun ceritalah pada doktor yang telinga sakit dan kadang-kadang dengar bunyi kuat di telinga kanan. So doktor pun teropong telinga kiri dan kanan... selepas check... doktor cakap, gegendang telinga awak pecah... ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฐ... apakah melapetaka ini!!!!... Ya Allah... mungkinkah saya akan tuli??? Terus rasa kepala tersekat.. tak boleh nak berfikir๐Ÿ˜…... Dan maybe sebab nampak muka tak keruan saya tu... doktor pun cakap... "jangan bimbang, pecah gegendang telinga tak semestinya awak tak boleh dengar @ tuli.. Jangan pergi mandi kolam, jangan menyelam, pakai penutup telinga waktu mandi exp jika nak cuci kepala.. pastikan telinga kanan sentiasa kering... jangan guna sebarang bentuk ubat titis telinga..." itu sahaja yang doktor cakap... ubat apa pun tak dapat. Tiada penerangan pun kenapa kena pastikan telinga sentiasa kering. So kita ni sebagai patient, dahlah tengah menahan sakit telinga tapi tak dapat apa-apa ubat... doktor bagitau, gegendang telinga pecah tapi tak dapat apa-apa surat rujukan ke hospital...?? hmmm.... rasa seperti bazir masa saja ke klinik... penat tunggu lama, last-last itu saja jawapan yang doktor bagi. (~Grrrrrr kalaulah doktor ni bagi penerangan yang baik atau terus bagi rujukan ke pakar telinga, rasanya masalah saya ni dah lama selesai.. ๐Ÿ˜)

So saya pun teruskan kehidupan seperti biasa ๐Ÿ˜†... bunyi berdesing tetap ada dan sakit telinga tu kadang-kadang menyerang. Lama saya bertahan taknak jumpa doktor sebab malas dengar jawapan dorang yang buat menambahkan sakit... dahlah sakit telinga, dengar jawapan diorang, hati pulak sakit๐Ÿ˜…

Saya tahan sakit tu, dari mengandungkan anak kedua (2017), lahirkan dan sampailah saya mengandung anak ketiga pula(2019).. Lama gila kan... Tapi setiap kali mengandung, saya memang tak tahan dengan sakit-sakit begini.. Sebab tu, saya gagahkan diri juga pergi klinik yang sama kerana klinik ni yang paling hampir dengan rumah. Bila sampai giliran, saya pun masuk bilik doktor. Doktor tu tengok saya sedang mengandung, pastu dia tanya "check mengandung dekat mana??" ๐Ÿ˜… soalan pertama dari doktor... saya check dekat klinik yang sama๐Ÿ˜†.. cuma yang saya pergi ni untuk pesakit luar bukan klinik ibu dan anak. Baru tu si doktor pun cakap... "sepatutnya, awak kena jumpa doktor KKIA.. Awak sedang mengandung. Doktor awak tau masalah kandungan dan diri awak. Lagipun orang mengandung tak sama ubat dengan yang normal.." ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†okeh.. kena bebel doktor dulu. (Saya lebih suka doktor macam ni sebab bagi saya dia buat kerja dengan betul. Saya mengandung pun dia perasan). Saya pun bagi senyuman sajalah dekat doktor kan... nak bagi apa lagi๐Ÿ˜‚. Saya pun jawab "Jadi macam mana ni doktor??"... Doktor ni India, perempuan. Dia pun jawab.. "okeh tak apa... sekarang saya periksa awak dulu... lepas ni kena maklum dekat doktor awak ya"... huhhhh... nasib baik Allah mudahkan... kalaulah doktor tu bagitau tunggu next appoitmen mengandung baru jumpa doktor. Memang ~Grrrrrrrrr lagilah hati ini.

Saya pun cerita masalah telinga ni dan bagitau yang saya pernah datang ke klinik ini jugak untuk dapat rawatan sebelum ni, tapi tiada apa-apa ubat yang saya dapat waktu tu.. Doktor tu hanya bagitau yang gegendang telinga pecah dan bagi saya MC untuk rehat..( ๐Ÿ˜†jujur tak saya๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚)

Dia pun diam dan ambil teropong telinga untuk periksa telinga.. lepas periksa tu.. doktor tu diam lagi dan pandang muka saya.. 
Doktor~"dah berapa lama ni??"
Saya~"Tahun lepas dah start sakit"
Doktor~"Waktu jumpa doktor dulu, dia tak buat apa-apa ke?"
Saya~"Tiada... doktor tu hanya bagitau yang gegendang telinga saya pecah, jangan guna semua jenis ubat titis telinga, pastu bagi saya MC untuk rehat dirumah"
Dia diam saja dengar penerangan saya, pastu dia taip sesuatu dikomputer cari info dekat internet... saya memerhati saja apa yang dibuat tu... pastu dia tanya lagi sekali.. apa ubat yang doktor bagi waktu datang kali pertama... dan saya pun ulang ayat diatas buat kali yang ketiga๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.. 

Kemudian, doktor ni bagi penerangan. "Gegendang telinga awak dah pecah... kebanyakan kes, gegendang telinga pecah ni boleh pulih sendiri.. tapi yang awak punya ni dah lama sangat tapi masih tak pulih jugak.. so saya tak boleh bagi apa-apa ubat sekarang sebab takut ubat tu efek dekat telinga dalam.. sebab telinga ni ada dua bahagian, satu telinga luar(sebelum gegendang telinga) dan yang satu lagi telinga dalam(selepas gehendang telinga). Telinga dalam ni sangat bahaya jika kena infection.. infection tu boleh terkena sama ada ketika telinga dalam keadaan basah atau pun waktu sedang selesema.. air hidung tu ada juga kemungkinan untuk naik sampai ke telinga... infection begini sangat bahaya dan ini kalau tak dirawat boleh sebabkan pekak.. ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ.. saya tak berani nak bagi apa-apa ubat waktu ni, tapi saya akan bagi awak surat rujukan ke pakar ent. Pastikan awak pergi mana-mana hospital besar dan tunjuk surat ni.. kami tak boleh rawat dekat sini sebab ni hanya klinik sahaja.. pergi dalam masa terdekat tau.. kalau boleh lepas ni terus ke hospital."

Begini bentuk teropong telinga 

Saya waktu tu... diam tak terkata apa-apa... Aduhhhh... sudahhhh.... pagi petang tak masuk office ni... bising lah kawan-kawan office... nak jumpa pakar pulak mesti banyak appoitmen pulak... aduhhhh kena mohon kebenaran keluar berkali-kali dalam sebulan. Mana appoitmen check kandungan lagi. ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ nampak tak... bukannya saya risaukan telinga ni... lebih risau banyak sangat appoitmen, nanti kena bising bos dengan kawan-kawan ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿคฆ‍♀️... Tapi saya gagahkan juga ke hospital untuk rawat telinga.... yalah kalau pekak... kawan-kawan dan bos bukan boleh tolong kan? So baik saya sayangkan diri sendiri dulu..  huhuhu.... Utamakanlah kesihatan

Saya pilih hospital Ampang untuk dapatkan rawatan telinga. Daftar dekat bahagian sakit mata, telinga dan hidung... lepas tu dapat tarikh temujanji untuk jumpa doktor..

Datang temujanji kali pertama di hospital, doktor bagi ubat titis telinga yang ada antibiotik tu... doktor pesan titis 1 titik kedalam telinga setiap malam, pastu dapat lagi appoitmen 2 minggu kemudian untuk tengok perkembangan telinga.. nasihat sama seperti yang saya dapat dekat klinik... pastikan telinga kering. Waktu dirumah, saya pun titislah ubat yang doktor bagi tu di telinga kanan.. Aduhaiiiii sakit dia... memang mengerang kesakitan lah... sekali tu sahajalah saya titis, lepas tu dah taknak titis dah๐Ÿ˜‚. Sakit gila weyyy!!! 2 hari sakit tu tak baik-baik, mood pun tak okay di office sebab telinga dalam tu sakit berdenyut-denyut.

Lepas 2 minggu, datang semula jumpa doktor... saya bagitau yang saya hanya guna sekali saja ubat titis tu... lepas tu saya dah  tak titis sebab sakit sangat.. doktor tu pun cakap, Okeh... "woooo diorang memang tau sakit๐Ÿ˜…". Doktor sekali lagi periksa telinga kanan... tapi waktu ni tak dapat tengok sebab ada tahi telinga๐Ÿ™ˆ.. so tak dapat nak tengok jelas.. doktor minta saya ke bahagian untuk cuci telinga... seram dah rasa waktu ni..takut๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜ฐ sempat lagi saya tanya "dok... sakit ke cuci telinga??" Hahaha penakut gila kan...? saya tengok, budak-budak keluar dari bilik tu, semua nangis... fulamak... si tua ni pun jadi takut๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†. Perasaan memang kecut perut la. Bila sampai giliran, doktor panggil nama... kena gagahkan juga kaki ni melangkah masuk bilik menyeramkan itu๐Ÿ˜ซ.

Beginilah lebih kurang prosuder cuci telinga... cuci telinga saya, doktor guna vacuum seperti minit ke 4:01 (note: video agak tak menyenagkan kalau kamu jenis pengeli)

Dalam bilik, doktor tu tanya dulu... apa masalah... saya pun dengan bersungguh-sungguh bagitau gegendang telinga pecah... hahaha takut jugak la kalau diorang masukkan air dalam telinga... tak pasal-pasal meraung kesakitan. Dalam tu ada 2 katil.. saya kena katil bahagian depan... benda sama yang saya tanya.. sakit ke ni doktor??? ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜….. Doktor tu senyum saja.. "sakit sikit saja ni..." jawapan yang biasa mak-mak bagi dengan anak-anak yang takut kena jarum๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†.. 2 kali diarah baring, baru saya baring... takutttt.... dah baring, doktor tengok dulu keadaan telinga... pastu dia bagitau nak cuci sikit... doktor spray air dalam telinga, sejuk je rasa... mujur la tak sakit... pastu dia bagitau nak sedut tahi telinga dan tunjuk alat yang akan digunakan... benda tu ada muncung kecik yang menyedut... doktor pesan, "kalau rasa sakit, kena bagitau dan jangan gerak.. kalau gerak, takut lagi sakit, sebab salah sedut." Mula-mula sedut tu... Rasa Sakit! ๐Ÿ˜ซ... pastu saya bagitau sakit... dia pun ubah cara... mula-mula sedut dari tengah tu sakit, so dia ubah sedut dari tepi-tepi saja. yang ni dah tak rasa sakit. Sekejap saja terus dia bagi tengok gumpalan tahi telinga๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ... Wau !! boleh tahan besar jugak... 1st time tengok besar cenggitu ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜‚.. dah siap cuci telinga, saya masuk balik, bilik doktor mula-mula jumpa tadi.. kali ni doktor periksa dah boleh nampak gegendang telinga tu tapi masih tiada perubahan, tak tumbuh lagi gegendang telinga saya ni. So doktor bagi penerangan tentang bedah untuk tampal gegendang. Tapi selepas bersalin baru boleh buat, kalau buat sekarang boleh beri kesan buruk dekat baby dalam kandungan. Maka doktor pun bagi lagi temujanji 3 bulan selepas tarikh due date..

Alhamdulilah, dah selamat bersalin bulan Okt 2019.. Bermula lagi appoitmen gegendang telinga. Kali ni jumpa doktor sekadar untuk dapat appoitmen ujian pendengaran..๐Ÿ˜….. waktu jumpa doktor kali ni, berkali-kali dia tanya, "nak buat pembedahan tak??" ๐Ÿ˜… susah betul nak bagi jawapan untuk soalan tu... saya tanya, "macam mana proses bedah tu dan ada kemungkinan ke saya akan hilang pendengaran selepas bedah???" Terdiam sekejap doktor tu, dan dia jawab, "sebab tu kena buat ujian pendengaran dulu.."  hahaha.... jawapan yang amat tidak menyenangkan hati. Kemudian doktor terangkan proses bedah tu....siap lukis gambar rajah lagi untuk bagi saya benar-benar faham. Doktor bagitau, kulit kepala(atas telinga) akan diambil untuk tampal gegendang telinga yang pecah tu.. diorang tampal untuk ransang pertumbuhan gegendang tu. Lepas siap tampal, kapas akan diletakkan dalam telinga selama lebih kurang 2 minggu. Selepas 2 minggu, doktor akan keluarkan kapas untuk tengok keadaan telinga. ๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ซ Tampal gegendang ni tujuan dia untuk pastikan telinga bahagian dalam sentiasa kering dan taknak telinga dalam terkena infection. Padat jawapan doktor๐Ÿ˜…... buatkan hati saya dup dap dup dap... menahan rasa takut๐Ÿ˜ซ

Doktor tak bagi ubat apa-apa pun. Cuma pesan untuk pastikan telinga sentiasa kering. Kemudian dapat lagi tarikh temujanji seterusnya untuk pemeriksaan ujian pendengaran. 

To be continue...



Aiskrim McDonald Strawbeery Cheesekek Sundae

Assalamualaikum..

Banyak dah review aiskrim terbaru McDonald ni.. Bila dah test.. ehh tersedap la pulak.. ๐Ÿ˜„ So sebab sedap saya buat review.. klo tak sedap biasanya saya peram je gambar dlm handphone sampai mereput๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†..

Sambut Birthday Husband haritu, saya pun menyempatkan diri la jugak merasa benda-benda Viral ni... hihihi... saya memang suka buat benda ni... 

Sebenarnya nak beli strawberry cheesekek yang kon tu jugak... tapi habis pulak๐Ÿ˜‘.. sedih.. sebab tu saya beli jenis gini punya.. tapi rupanya tak sama kalau yang dalam kon dengan dalam bekas ni tau... dalam bekas ni strwaberry betul dalam dia.. bole rasa biji-biji strawberry tu.. ermmm yummy... beli 2.. satu untuk mummy satu untuk lily... en.husband beli salted caramel.. 


Bagi saya... rasa dia sedap dan unik. Ya memang ada rasa cheese tu, tapi cheese yang susah nak explain rasa dia๐Ÿ˜†.. ada rasa masin-masin sikit... kemanisan dia??? Oww aiskrim memang manis.. kalau tak manis tak sedap๐Ÿคญ...ada rasa lemak... Dan topping dia ada strawberry tau... bukan yang fresh tu... kalau fresh saya tak suka sangat sebab masam๐Ÿ˜–.. ni yang dah dijeruk sikit kot๐Ÿ˜…๐Ÿ˜‚ (tak taulah kena jeruk ke tak)... but overall bagi saya sedap... 

Tapi husband cakap TAK SEDAP!! Apa??????? Berani cakap tak sedap๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚... so ikut tekak memasing la kot... saya rasa sedap je.. lily pun sedap, habis satu bekas tu dia kerjakan sendiri. 

Lily punya dah habis strawberry dekat atas tu... ๐Ÿ˜.. 

Tapi apa yang spoil waktu ni.. rasa nak nangis pun ada๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ.. waktu keluar kereta sekejap nak beli Burger Abang Burn (burger ter๐Ÿ‘..sedap).. Lily tumpahkan aiskrim mak dia ni di seat kereta.. Ya Allah Nak... mummy baru makan beberapa cedok... aduhaiiii... rezeki c kereta la.. dapat makan aiskrim cheesekek๐Ÿคฆ‍♀️.. nangis ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ.. mana aiskrim tak sempat nak habiskan.. kereta pulak kotor... streessss...

Ok itu saja perkongsiannya..๐Ÿ˜…

Daa..

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...