Kabinet Baru Kerajaan Malaysia Mac 2020

Assalamualaikum

Berikut merupakan barisan menteri kabinet yang telah dilantik, selepas negara kita mengalami satu peristiwa baru pada 24 Febuari 2020... iaitu waktu dimana Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Muhamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Disebabkan perletakkan jawatan ini, secara automatik juga menteri kabinet bubar serta merta. Yang di-Pertuan Agong, telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi semasa menangani isu ini. Terima kasih YDPA.

gambar: sayaiday.com

Pada 29 Febuari 2020, Tan Sri Muhiyiddin Yassin, telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Al Sutanah Abdullah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-Lapan. Majlis pertabalan telah dilangsungkan pada keesokan hari, iaitu pada 1 Mac 2020 di Istana Negara. Alhamdulilah proses dan perjalanan adat istiadat perlantikan berjalan dengan lancar.

Selepas seminggu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Semalam, iaitu 9 Mac 2020, beliau telah  mengumumkan Menteri Kabinet Malaysia terbaru. Mari kita lihat senarai nama perlantikan jemaah Kabinet yang baharu. 

Jika dilihat pada barisan baru ini, terdapat muka-muka baru dan muka-muka lama. Berikut saya senaraikan nama barisan para Jemaah Menteri Kabinet Malaysia Terkini  2020, mengikut nama dan jawatan masing-masing.


MENTERI KANAN
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI 

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)




MENTERI KANAN
MENTERI PERTAHANAN

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob


▪️ Timbalan Menteri- Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz




MENTERI KEWANGAN

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)


▪️ Timbalan Menteri I - Datuk Abd. Rahim Bakeri

▪️ Timbalan Menteri II - Mohd Shahar Abdullah




MENTERI KANAN
MENTERI KERJA RAYA

Datuk Seri Fadillah Yusof


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Dr Shahruddin Md Salleh




MENTERI KANAN
MENTERI PENDIDIKAN

 Dr Mohd Radzi Md Jidin


▪️ Timbalan Menteri I - Datuk Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)

▪️ Timbalan Menteri II - Muslimin Yahaya




MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (EKONOMI)

Datuk Seri Mustapa Mohamed


▪️ Timbalan Menteri - Arthur Joseph Kurup


MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (TUGAS-TUGAS KHAS)

Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof


▪️ Timbalan Menteri - Datin Mastura Yazid




MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)

Datuk Takiyuddin Hassan


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Eddin Syazlee Shith




MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

Datuk Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)


▪️ Timbalan Menteri - Ahmad Marzuk Shaary




MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL SABAH DAN SARAWAK)

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Hanifah Hajar Taib




MENTERI PENGANGKUTAN

Datuk Seri Ir. Dr. Wee ka Siong


▪️ Timbalan Menteri - Hasbi Habibollah




MENTERI ALAM SEKITAR

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)




MENTERI SUMBER MANUSIA

Datuk Seri Saravanan Murugan


▪️ Timbalan Menteri - Haji Awang Hashim




MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

Tan Sri Annuar Musa



▪️ Timbalan Menteri - Datuk Seri Dr Santhara Kumar




MENTERI WANITA DAN KELUARGA

Datuk Seri Rina Mohd Harun


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff




MENTERI PENGAJIAN TINGGI

Datuk Dr Noraini Binti Ahmad


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Dr Mansor Othman




MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI

Datuk Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah

▪️ Timbalan Menteri - Ali Biju




MENTERI DALAM NEGERI

Datuk Seri Hamzah Zainuddin


▪️ Timbalan Menteri I - Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said

▪️ Timbalan Menteri II - Jonathan Yassin




MENTERI KESIHATAN

Datuk Seri Dr Adham Baba


▪️ Timbalan Menteri I - Datuk Dr Noor Azmi Ghazali

▪️ Timbalan Menteri II - Datuk Aaron Ago Dagang




MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee


▪️ Timbalan Menteri I - Datuk Seri Ahmad Hamzah

▪️ Timbalan Menteri II - Datuk Che Abdullah Mat Nawi




MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Datuk Dr Abd Latiff Ahmad


▪️ Timbalan Menteri I - Datuk Abdul Rahman Mohamad

▪️ Timbalan Menteri II - Datuk Henry Sum Agong




MENTERI LUAR NEGERI

Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Kamaruddin Jaffar




MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

Datuk Alexander Nanta Linggi


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Rosol Wahid




MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

Datuk Seri Saifuddin Abdullah


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Zahidi Zainul Abidin




MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Zuraida Kamaruddin


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Seri Ismail Abd Mutalib




MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Khairy Jamaluddin


▪️ Timbalan Menteri - Ahmad Amzad Hashim




MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

Datuk Seri Dr Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Wira Mas Ermieyatie Samsudin




MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali


▪️ Timbalan Menteri I - Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng

▪️ Timbalan Menteri II - Willie Mongin




MENTERI PELANCONGAN, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

Datuk Seri Nancy Shukri


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Dr Jeffery Kitingan




MENTERI PERPADUAN NEGARA

Datuk Halimah Mohamed Sadique


▪️ Timbalan Menteri - Datuk Seri Tiong King Sing




MENTERI BELIA DAN SUKAN

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican


▪️ Timbalan Menteri - Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator)




Saya sendiri bukanlah orang yang sangat ariff dengan nama-nama menteri, sebab itu saya sertakan sekali gambar menteri terkini, mengikut jawatan masing-masing.

Semoga dengan perlantikkan menteri-menteri kabinet baru ni, Malaysia semakin pulih dan terus membangun dan maju.

Okeh, sekian sahaja perkongsian dari saya..

Daa..



Kedai barang terpakai di Lembah Klang


Assalamualaikum

Hari ni saya nak share tentang kedai barangan terpakai atau pre love atau second hand, dan kedai membeli barang terpakai, sekitar lembah klang yang kami husband and wife selalu terjah😆.

Jujurnya, waktu zaman bujang-bujang dulu... saya tak minat sangat dengan kedai-kedai barangan terpakai. Sebabnya saya tak nak beli benda yang dah rosak . Waktu bujang dulu, bagi saya kedai menjual barangan terpakai ni, kebanyakannya menjual barangan yang sudah rosak, uzur dan kalau masih berfungsi pun takkan bertahan lama. So i dont want to waste my money on crappy things like this.😏

Tapi selepas kahwin, dapat husband yang suka sangat masuk kedai ni😱😱😱... hahaha... Dan mungkin sebab tu, saya pun mula terjangkit penyakit husband 🤣🤣. Bermula dari sinilah, saya mula tau... kedai barangan terpakai bukanlah semata-mata menjual baragan terpakai yang sudah lusuh. Ada juga barang yang still in new condition.  Untuk pengetahuan yang tak pernah masuk kedai gini, dalam kedai ni ada macam-macam benda... kadang-kadang barang tu masih baru, terutama sekali mainan anak-anak... ditolak ke kedai barangan terpakai mungkin sebab mainan dah tak up to date, so maybe diorang tolak barang tu dekat sini dengan harga murah... kemudian barang tu dijual balik pada harga yang tinggi sedikit dari harga tolak (tapi sudah tentu lebih murah berbanding dijual diluar)..itu hipotesis sayalah, entah betul, entah tidak...hahaha  Berlaku urusan jual beli barang terpakai disini. Ada masa-masanya, kami kesini untuk mencari spare part untuk barangan lama , kadang-kadang sekadar untuk habiskan masa sambil memerhati barangan.

Ada 5 kedai yang kami kerap datang iaitu:

1. Jalan Jalan Japan

Ada yang pernah dengar tak?? Sini kedai barangan terpakai daripada Jepun. Kedai ni agak viral jugak sekarang kerana harga yang amat murah. Disini kami selalunya datang untuk habiskan masa sahaja... Sambil menghabiskan masa, sambil mencuci mata.. sebabnya barangan disini agak unik. Barangan terpakai dari Jepun, yang dibawa masuk dan dijual pada harga yang sangat murah. Tapi jika jumpa barang yang berkenan  kami beli jugak cth; mainan anak, carseat, baju tebal untuk anak-anak pakai waktu tidur, patung.. tapi untuk mainan anak, disebabkan ia barangan dari Jepun, so bahasa pun semua jepun jugak la kan... kena pandai pilih. Disini, saya selalu beli mainan yang berunsurkan kreativiti dan daya fikir anak. Jepun kan terkenal dengan mainan yang menumpukan daya berfikir kanak-kanak, so disini memang ada jual mainan sebegitu... cuma bahasa dan tulisan tidak difahami.. hahaha Jalan Jalan Japan ni, tidak membeli barang-barang terpakai, diorang hanya menjual barangan terpakai sahaja.

2. Cash Converter

Disini, kebanyakannya ialah jenama barang-barang yang kamu familiar. Ada banyak barangan elektrik terpakai disini. Kedai ni ada banyak cawangan. Selain menjual barang-barang terpakai, diorang juga membeli barang-barang terpakai anda. So jika ada barang yang masih elok, dan kamu terfikir untuk jual, boleh datang kesini. Proses jual beli barang terpakai, harga yang diorang ambil, mungkin jauh dan lebih rendah dari sangkaan kamu. hehehe

3. Buy, Sell and Trade (BST)

Kedai ini juga menjual barangan yang kamu familiar. Diorang ni turut membeli barangan terpakai anda tapi syarat diorang agak ketat. Semasa penilaian barang yang ingin dijual, ada kemungkinan barangan ditolak. Barangan elektrik rosak dan barangan yang tidak mendapat sambutan, biasanya tidak diterima disini. Harga yang ditawarkan juga akan lenih rendah dari sangkaan kamu. Kedai ni juga ada beberapa cawangan di sekitar lembah klang.

4. Korea second hand

Kedai yang ini menjual barang-barang daripada Korea. Kedai ini banyak menjual barangan yang besar-besar seperti peti ais  terpakai, mesin uli adunan yang besar gila, katil kayu jati beserta tilam, barangan perabot terpakai dan juga piano terpakai. Ada juga barangan yang kecil seperti tv, baju dll.  Diorang turut membeli barangan terpakai anda sekiranya masih dalam kondisi yang baik. Kalau kamu nak jual perabot terpakai, boleh cuba bertanya dengan owner sini... berkemungkinan, diorang membeli perabot terpakai.

5. Pasar karat

Ini bukanlah kedai tetapi pasar menjual barangan terpakai. Pasar ni terletak di China Town, Kota Raya.... dan buka pada jam 5.00AM hingga siang(tak pasti sehingga jam berapa). Diorang buka waktu Subuh... so kami akan datang sini, bila benda yang kami cari tu, amat diperlukan dan tiada dijual di kedai-kedai biasa. Nak datang sini, kena datang awal... kalau datang matahari dah tinggi keatas, pasar ni dah clear.. Beza pasar ni dengan kedai barangan terpakai  lain ialah.. diaorang menjual barangan yang antik. So ada masa-masa, en.husband nak cari charger handphone old school, disini tempat yang beliau tuju. And shockly.. Yes..kadang-kadang masih ada dijual disini. Selain tu, ada juga yang menjual baju, buku dan kadang-kadang, benda yang tak terfikir di akal pun ada dijual disini.. Kamu nak tau apa benda tak terfikir di akal tu???? Pen yang dah patah... selipar yang dah putus... dan macam-macam lagilah... hahaha (aik... tak elok gelak tau)... Disini, semua adalah penjual.. tiada khidmat membeli barangan terpakai... so kalau nak menjual barangan disini... memang kena hampar alas jugak la.. heeee...

Setakat ini.... itu sahaja kedai second hand yang saya tau... dan yang husband pernah pegi...

Honestly, selepas berkahwin dengan en. husband... saya banyak belajar benda-benda baru. Banyak juga belajar sisi gelap kawasan lembah klang ni... hahaha... selama ni, tau sisi terang sahaja kan... Husband banyak bagi info, mengajar dan berkongsi pengetahuan tempat-tempat yang, mostly black area. Tapi, sebenarnya saya sendiri yang berminat untuk tahu, sebab bidang kerja kami memerlukan saya untuk tahu dan up to date dengan tempat-tempat sebegini.

Okeh itu sahaja perkongsiannya..

Daa...

RECYCLE MEJA MAKE UP ROSAK

Assalamualaikum..

DIY-meja-make-up


Memandangkan Ahad lepas, en. Husband tak buzy, tak buzy kah?? hahaha actually, beliau kerja dari pagi sampai jam 4.00pm... sampai rumah dah jam 5.00pm, pastu berkejar-kejar nak laksanakan DIY keminatan beliau... Disebabkan kesungguhan beliau, so kami laki bini pun memprojek la meja make up, yang lacinya tertanggal tu.

Kalau ikut hati perempuan saya ni... dah masuk list kena tukar bru ni...hahahaha 😂. Almaklumlah... saya ni bukannya kretif dan rajin bab DIY ni. Tapi en. Husband dah pesan awal-awal nak DIY meja make up tu... Tunggu free time. So saya pun, layankan sahaja la kesungguhan beliau, nak bertukang.

En. Husband ni, betul-betul minat bertukang... kabinet dapur rumah kami, dia tukang sendiri... Klo bab-bab membaik pulih, serah sahaja dengan dia... bersungguh-sungguh dia cuba betulkan. Bila betul-betul tak boleh baiki barulah dia give up.. tu pun tak nak buang... simpan jadi harta karun dalam stor..hahaha Tapi kalau dia berjaya baiki, mulalah keluar muka bangga 😆😆.. apa-apa sajalah husband.. yang penting happy

Saya pula jenis, 'ishhhh.. apa ni.. rosak sudah kan... buang.. buang.. buang..., buat apa simpan benda tak berfungsi.. nanti jadi orang gila'.... HAHAHA...

Go Green betul laki saya ni.. 😆😆

Okeh berbalik pada tajuk utama, meja make up ni rosak dkt drower tu.. dah tertanggal sebab ada anak-anak ribena yang terlebih aktif. So en. husband rancang nak cabut cermin tu dan lekat terus di dinding. Kiranya tak perlu dah meja... Perancangan itu sahaja, tapi bila da waktu bertukang, macam-macam pula kejadian yang dibuat..hahaha Kaki-kaki meja tu pun dia nak tukang jugak, nak buat para-para untuk dokumen-dokumen penting kami dan para-para dalam bilik tetamu... okeh layan sajalah.. Yang penting mesti buat kemas... itu saja pesanan penaja😆😆.

Inilah meja make up yang rosak tu. Drower dah rosak.. sabar sajalah... Husband pisahkan meja dan cermin tu... kena buat dengan berhati-hati supaya tak mencacatkan kejadian asal... 

Mula-mula, pilih lokasi yang sesuai untuk tampal cermin... Tekap cermin besar gedabak tu pada dinding dan ambil ukuran.. Dah ambil ukuran, ambil mata drill untuk tebuk lubang di dinding. Tebuk 6 penjuru untuk pastikan cermin kukuh.

Dah tebuk dinding, ambil pula wall plug, letak di semua lubang yang telah ditebuk. 

Dah letak wall plug, okeh ini masanya untuk pasang skru... Sebelum tu.. tukar mata drill dulu. pakai mata untuk pasang skru pulak. 

zzzztttt.... skru semua tempat yang sudah siap diukur dan ditanda serta ditebuk. En. husband gunakan L jenis panjang skit, sesuai dengan besar dan tebal cermin tu. 

Unutk jenis L tu, terpulang pada kamu nak guna yang macam mana... tapi kalau benda yang korang nak lekat tu besar macam cermin yang en.husband nak make over ni, better la pakai L yang panjang supaya lebih kukuh. keh

Tadaa... belum siap lagi.. hahaha

okeh.. ambil cermin, dan letak di dinding. kemudian, tukar mata drill untuk drill kayu pula. Drill semua tempat yang nak pasang skru.

Tips: Kenapa perlu tebuk lubang dahulu? Tak kisahlah dinding atau kayu... kenapa?
~ untuk elakkan simen atau kayu pecah sewaktu kerja-kerja memasang skru..

Dah tebuk lubang tadi, tukar mata drill lagi.. untuk pasang skru... skru ada yang panjang, ada yang pendek, kena pilih ikut ketebalan papan kamu ya..

Tadaa... sudah siapppp... yeayyy!!!! Okeh, Not Bad.. clap clap clap... memang kukuh... sesuai untuk anak-anak ribena saya yang lasak tak padan dengan jantina tu.. hahaha

Siaplah suda kerja recycle meja make up untuk bahagian cermin. Tup.. tup.. tiba-tiba en. husband bagitau nak buat para-para untuk dokumen-dokumen penting kami, yang selama ini berletak je atas lantai... huhuhu.. letak atas lantai dengan penuh kemas tau... bukannya berselerak.. hihihi

En. husband pun pisah-pisahkan kaki meja make up tu.. bersedia unutk buat rak @ para-para untuk dokumen.

Lepas tu, en.husband bersiap-siap nak keluar ke kedai hardware berhampiran.. nak beli L yang lebih besar.. supaya lebih kukuh untuk tampung dokumen... L di dalam stor semua jenis kecil-kecil molek... tak sesuai katanya.. Okeh lah husband.. buatlah apa yang awak suka... yang penting awak happy..

Recycle-meja-make-up
jeng.. jeng.. jeng... Beginilah kejadiannya... Tiba-tiba ada rak atas meja komputer saya tu.. hahaha. Komputer tu kami beli harga mura sahaja, boleh baca ceritanya disini Komputer Murah Di Low Yat dan Serba Hitam

Rak untuk bilik tetamu pula, hold ke satu tarikh yang belum ditentukan... hehehe.. sebab dah malam, so tak eloklah kita nak tebuk-tebuk dinding lagi kan... kesian dekat jiran-jiran..

Okeh, sekian saja perkongsiannya

Daa...




Apa yang sedap di NANDOS PERI PERI

Assalamualaikum..

Lama dah tak share makanan.. So hari ni, saya rasa nak share satu tempat makan, kegemaran diri sendiri.. hihihi Kenapa saya katakan kegemaran diri sendiri? Sebabnya, hasil dari pemerhatian dan soal santai dengan rakan-rakan (hahaha siap soal orang lain tu)... Ada segelintir sahaja yang suka dengan tempat makan sini... Tetapi, ini tidak membatutkan niat saya untuk share restoran favourite saya ni.. hahaha

Restoran yang saya maksudkan ialah, Nandos... Ini adalah tempat favourite saya dari zaman bujang lagi... kenapa? 

1)Satu sebab ia ada menawarkan rasa Extra Hot yang cukup mengancam dilidah saya. Tapi sebenarnya, tahap Extra Hot tu, tidaklah pedas sangat.. just nice for mereka yang gemarkan makanan pedas, tapi sangat pedas bagi mereka yang tidak makan makanan pedas ... 

2) Kedua sebab rasa ayam bakar Nandos memang Awesome...!! Suka sangat rasa ayam bakar di restoran ni.. Cara bakar pun memang sedap... tak kering sangat, tak pula basah/mentah sangat. Kebanyakan cawangan Nandos, kamu boleh nampak, chef sedang membakar ayam dan betapa struggle chef memastikan ayam sudah cukup masak dan diangkat dari tempat panggang.... Nama chef yang bertanggungjawab terhadap ayam bakar akan dipamer. Tetapi ada juga cawangan Nandos, kita tak nampak chef yang bertugas membakar ayam, setakat ini, baru satu cawangan, yang saya jumpa, iaitu di The Mines Shopping Mall. 

Ini adalah pilihan rasa pedas.. Ada 5 pilihan, so terpulang yang mana kamu nak.. My husband, dia jenis tak makan pedas... so setiap kali makan sini.. husband pilih Lemon & Herbs.. 

Apa yang ada di Nandos:

Menu yang saya biasa pilih, setiap kali makan sini ialah, 1/4 chicken with 2 side dish tu... Tapi sekarang dah ada menu baru Meal for 1 yang mana lebih berbaloi.. so of course pilih yang itu la.. hahaha. Menu baru ni, set dengan peri-peri soup dan air bottomless (maksud bottomless tu, korang boleh refill banyak kali ikut suka hati kamu). 

lain-lain pilihan menu

Sweet potato chips tu sedap... Tapi anak saya si Lily tak berkanan sangat.. tak taulah kenapa... mmm

Tak pernah cuba makan burger dekat sini... hahaha tak tau kenapa.. datang sini nak makan ayam je... 

Air saya memang suka pilih bottomless saja... sebab makan pedas.. sudah tentu nak minum air banyak

Sambil tunggu order sampai... gambar-gambar dulu

Anak bongsu saya.. Naufal Rizqi

Makanan dah sampai... ini saya punya.. Untuk pilihan ayam.. kamu boleh pilih sama ada nak dada atau peha.. Kalau kamu tak bagitau, diorang akan bagi saja secara random

ini untuk Lily dan Lea.. 

Ini husband punya... Ayam tu pun dapat bahagaian dada.. sesuai sangat la dengan en. husband hihi

ini Garlic Cheesy pita.. Kalau kamu order ni.. pastikan makan waktu panas-panas tau... sebab bila dah sejuk... dah tak best nak makan

Buat masa sekarang, tempat favourite makan Nandos ialah di My Town. Kenapa ada tempat favourite? sebabnya, walaupun restoran yang sama.. tapi tempat yang berbeza... so tukang masak sudah tentu berbeza juga... dan rasa juga akan ada sedikit perbezaan.. hahaha (cerewet jugak si Mak Cik ni kan).. Dan yang best dekat Nandos My Town ialah, korang boleh refill air sendiri.. tak perlu nak panggil waiter untuk minta tolong refilkan.. (leceh kan asik nak panggil2 minta refill). 

Kalau makan sini, jangan lupa download app Nandos dan register mamber ya.. Diorang akan bagi reward 1 chili setiap kali datang makan sini.. so chili yang terkumpul tu... kamu boleh gantikan dengan ayam.. Kena bagi tau nombor member sewaktu oder makan.. kalau kamu tak bagitau nombor member, rugilah, tak dapat chili point tu.

Ni app Nandos

Setiap kali makan sini, korang akan dapat 1 chili.. bila dah bole reedem, kamu boleh reedem ikut berapa jumlah cili yang terkumpul. Macam saya punya ni, dah boleh reedem 1/4 ayam... dan akan expired bulan Jun ni.. So saya kena reedem sebelum bulan Jun..

Okeh, itu saja perkongsiannya..

Daa...

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...