Beeha Azman mencari bloglist 2020



Assalamualaikum

Hari ni rasa eksaited sangat untuk join segmen Beeha Azman. Korang yang berminat untuk join segmen ni boleh klik picture atas ni ya... ada link untuk terus direct masuk ke segmen tersebut.

Thankyou  adik atychan@izzati sebab tagging saya.. 

Saya nak cadangakan rakan blogger amar dan aty.

Jom join segmen ni bersama-sama๐Ÿ˜Š

Jika anda berminat untuk join segmen ini, boleh klik gambar atas tu ya..

Daa..

MAKANAN YANG WAJIB DIRASA DI SUGARBUN

Assalamualaikum


Pernahkah kamu dengar perkataan Sugarbun?

Mungkin ada yang kenal Sugarbun, mungkin ada juga yang tak pernah dengar Sugarbun.

Walaupun saya amat sinonim dengan nama Sugarbun ni, tapi sebenarnya... ini pertama kali saya merasa makanannya. Ini pun hasil dari usaha en. Husband yang beria-ia nak saya makan disini... sedap.. katanya.. tak rugi makan... ๐Ÿ˜† (husband adalah penggemar Sugarbun sewaktu cawangan sugarbun banyak dibuka diSabah.)

Disebabkan kami tinggal di Selangor, nak makan Sugarbun kena ke Menara Hap Seng. Menara ni berhampiran dengan Bukit Bintang dan Menara Kuala Lumpur..

Alamat: Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 50250 Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dan selepas merasa sendiri signature dish sugarbun iaitu burger ikan... walaweh... sedap bhaiii...๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ... dan air signature sugarbun ialah 3 layer tea... wohooo!!! Sedap... 1 cup tak cukup, macam nak tambah lagi satu... tapi... sila beringat untuk kesihatan....makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan... hahaha

Ni burger ikan... nampak simple saja kan?? But yummy.. ๐Ÿคค๐Ÿคค

Ini air 3 layer tea... memang agak manis but slurppp.... delicious ๐Ÿ˜Š

 ~dua menu diatas adalah signature sugarbun... kalau datang sini, wajib cuba

Selain dari burger, ada banyak lagi menu Sugarbun dari jenis berkuah ke nasi. Antaranya ialah laksa sarawak, Nasi ikan talapia, Nasi Ayam, pizza dan banyak lagi menu..
Borneo Eco Fish Meal... ini yang saya order sebab saya penggemar ikan

2 pcs Broasted Chicken Meal... ini husband order

 Antara menu yang saya sempat snap

Pizza pun ada.. kami tak pernah rasa lagi pizza disini... siapa-siapa yang pernah cuba, bolehlah komen dibawah

saya tak teliti sangat menu bahagian rasa sarawak haritu... sekiranya kamu nak merasa makanan sarawak. Inilah tempat sesuai. Banyak ulasan mengatakan laksa sarawak dekat sini sedap..

Sugarbun ni buka setiap hari dari jam 8.00pagi hingga 8.00malam. Cuma hari Sabtu dan Ahad, kedainya akan tutup lebih awal iaitu jam 3.00petang.

Okeh, Sekian saja share dari saya.

Daa..



Google Adsense dinonaktifkan dan permohonan tidak diluluskan

Assalamualaikum

Kali ni saya nak berkongsi pengalaman apabila Google Adsense saya dinonaktifkan dan permohonan kali kedua tidak diluluskan. (Permohonan saya kali pertama ialah pada tahun 2011).

Masuk tahun 2020, saya menanamkan azam untuk sentiasa mengupdate blog saya ni. Setelah bertahun-tahun dilupakan dan dibiarkan bersawang tanpa dipeduli๐Ÿ˜….

Saya menanamkan azam untuk berkongsi apa-apa juga ilmu yang saya ada untuk rujukan sendiri dan orang lain. Saya juga bercadang untuk mencuba tambah duit poket melalui google DLL. Disebabkan itu, saya ni yang sebelum ini, tak pernah kisah tentang google adsense, seo, backlink, koding, pinging dan semua yang sewaktu dengannya tu... tiba-tiba berazam untuk menambahkan ilmu pengetahuan mengenai semua yang saya sebutkan diatas. ๐Ÿ˜†๐Ÿคฃ

Saya update blog dan mohon google adsense melalui youtube studio (mohon dari youtube sebab saya pun ada account youtube yang juga sudah lama dilupakan๐Ÿ˜…). Tapi dapat respon yang akaun Adsense tidak dapat disambungkan ke blog ini (yg saya guna sekarang ni).. Dan minta saya betulkan dulu masalah ni.. tapi saya tak betulkan, terus je hantar permohonan. Bila dapat feedback macam bawah ni.. barulah mengalir air mata๐Ÿ˜†

Thank you for you interest in Adsense. After reviewing your application, our specialists have found that it does not meet our program criteria. Therefore, we are unable to accept you into our program... (๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ.. nangis baca)....

Tapi bila baca... If you are able to make changes to meet our program criteria, you may reapply for Adsense in the future. (๐Ÿ™‚๐Ÿ™‚ legaaaaa...) ... so maksudnya saya masih boleh terlibat dalam program adsense.. hanya tidak diterima sebab tidak mengikuti klasifikasi yang ditetapkan, bukannya akaun saya dibanned oleh Adsense. Jadi ini hati ada lega๐Ÿ˜….

Waktu mula-mula buat blog tahun 2011 haritu, saya ada mohon google adsense... lepas mohon tu... terus biarkan saja blog bersawang tanpa dipeduli. So saya ingatkan adsense banned akaun saya ni..huhuhu tapi rupa-rupanya... tidak... cuma diorang nak saya perbetulkan dan update blog sesuai dengan terma dan syarat yang telah diperbaharui. So bermulah journey makcik Noob ni dalam mengupdate blog๐Ÿ˜†. Jadi sini saya kongsikan ilmu selepas berhari-hari menjulingkan mata, belajar dan cuba memahami maksud si pakcik Adsense dan mesej yang dihantar ke akaun blogger.

Untuk lulus Adsense, pertama ialah..

Blog anda harus ada posting apa-apa perkongsian. Mesti ada sekurang-kurangnya 25 posting yang berkualiti, dan panjang posting mestilah 1000 keatas patah perkataan. Apa maksud posting berkualiti:
-iaitu posting yang bukan copy and paste dari blog orang lain. Sila buat cerita anda sendiri ya.
-isi posting bukanlah hanya gambar semata-mata
-posting mestilah 1000 dan keatas patah perkataan.

Pastikan template yang digunakan mobile friendly. Pilihlah template free atau berbayar yang mobile friendly.. boleh semak di link ini untuk ketahui sama ada template anda mobile friendly atau tidak. Di zaman millennium ni, banyak yang melayari laman sesawang menggunakan telefon mudah alih/ telefon pintar. Peratusan yang menggunakan desktop vs mobile.. sangat besar perbezaanya. Sebab itu google menambah syarat mesti menggunakan template yang mobile friendly.

Pastikan korang pamerkan google analystic di dalam blog. Dont worry orang lain tak boleh view analytics tu.. hanya google dan owner sahaja yang boleh view.. korang kena daftar dulu untuk dapat id, dan waktu daftar tu akan dapat koding. Koding itulah yang korang kena copy and paste di java script.. letak la tajuk apa yang bersesuaian.

Id google analystic tu nanti kamu kena letak dalam tetapan blog ya.. buka pada tetapan, masuk ke lain-lain (1) dan masukkan id korang dalam box tu (2). Lepas tu klik simpan (di penjuru atas kanan).


selepas tu, benda yang perlu korang buat adalah, maklumkan kepada pelawat blog, apa data yang korang kutip. Paling penting kena maklumkan mengenai kutipan data oleh google analystic tu. Macam mana?? Buatlah privacy policy... boleh rujuk sini. Itu adalah makluman saya kepada pelawat apa data yang saya kutip dalam blog ini...

Buat juga About me, suka hati koranglah nak huraikan panjang lebar atau simple saja macam saya punya ni.

Jika kamu sudah lama menyepi (tak tulis  dan publish apa-apa dalam blog) sila berbuat demikian dahulu sebelum mohon adsense kembali. Tunggu trafik masuk dalam blog dulu.. sedikit pun tak apa yang penting ada. Dah ada trafik, barulah mohon ya... tak perlu tergesa-gesa.. takkan lari gunung dikejar๐Ÿ˜„

Okeh itu sahaja ilmu yang dapat saya kongsikan. Permohonan kali ketiga, dua hari kemudian terus dapat kelulusan.. gembira tak terkata.. hehe bila dah lulus, korang akan dapat email macam bawah ni..

Yahoo!! ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ

Okeh semoga kita sama-sama dapat benefit atas perkongsian ini.

Daa..



Ikan bakar terbaik di Port Dickson, Teluk Kemang

Assalaumalaikum...

Kali ni saya kongsikan tempat makan ikan bakar yang awesome di Teluk kemang, Port Dickson. Setiap kali kami bercuti di Port Dickson, dan teringin makan ikan bakar... memang akan datang sini.

Ini restorannya...

Google maps saja disini, pasti sampai punya.

Tapi, syaratnya adalah... pastikan korang datang awal.. sebab tempat ni merupakan tumpuan yang popular๐Ÿ˜„. Meja akan penuh kalau kamu sampai sini dalam jam 8.00pm... (waktu cuti sekolah ataupun waktu puasa..) Jadi bergeraklah awal dari hotel atau rumah anda... dalam jam 6-7 macam tu.. jam 7pm pun kira dah hampir penuh gerai, lebih-lebih lagi kalau waktu puasa. Kalau datang lewat, takut makanan yang diorder, sampai lambat.

Untuk harga makanan, bagi pendapat saya berbaloi dengan rasa. Pelanggan boleh pilih sendiri ikan, udang, sotong DLL yang teringin nak makan tu... kemudian, selepas pilih tu baru bagitau dekat pekerja tu... nak masak apa.. ikan 3 rasa ke... sotong celup tepung ke... ikan bakar ke... cenggitulah lebih kurang caranya (haha... sama je proses dia dengan restoran-restoran lain ๐Ÿ˜†)...

Okeh pertama kali makan disini (tak ingat tarikh bila)... kami pilih ikan bakar... tapi tak sempat ambil gambar waktu tu.. hehe... sebab makan pertama kali tu sedap, so kami repeat lagi makan sini waktu bercuti di Port Dickson.

Kali kedua datang sini... kami pilih of course yang paling utama ikan.. hehe.. kemudian sotong, telur dadar, lala dan sayur.. (untuk kami laki bini makan sahaja)


Ikan siakap 900g -masak 3 rasa (sedap๐Ÿ‘)
Lala 100g -masak halia (yummy delicious)
Sayur campur
Sotong 1 ekor -goreng tepung
Telur dadar
3 nasi
2 sirap ais, 1 limau ais
Keropok lekor yang goreng akn kembang (tak tau apa nama dia ni๐Ÿ˜…)

Semua tu harga rm120... harga quite expensive tapi makanan memang sedap..

Kalau korang nak dapat makanan sedap tu.... kena datang awal ya... ๐Ÿ˜.

Waktu bercuti-cuti disini... kami menginap di Eagle Ranch Resort Port Dickson. Resort ni berkonsepkan koboi..hehe

Resort ni ada banyak aktiviti.. so kalau kamu nak bercuti-cuti sambil buat aktiviti dengan anak... tempat ni memang amat sesuai. Atau jika merancang untuk buat team building, resort ni amat sesuai... resort ni ada sediakan tapak untuk berkemah. Antara aktiviti yang ada:

- menunggang kuda
- memanah
- paint ball
- go kard
- flying fox
- rope curse
- abseling
- valley ball
- basket ball
- futsal
- water polo
-dan banyak lagi๐Ÿ˜„..

Aktiviti kami sewaktu menginap disini ialah menunggang kuda dan benda wajib iaitu madi kolam๐Ÿ˜†... aktiviti-aktiviti lain tu, tak buat... lagipun waktu ni kami bawa lily, yang baru umur 1 tahun. Boleh layan gambar-gambar tak seberapa dibawah.

Inilah Eagle Ranch Resort

 Ini chalet yang kami tidur...

Antara kuda untuk ditunggang.. saya ada keinginan untuk tunggang tapi takottt...

Kuda untuk bawa penumpang keliling resort..

 Swimming pool untuk dewasa

 Jakuzi 


Ini swimming pool untuk budak-budak

Untuk buat aktiviti-aktiviti yang disediakan, kamu mesti tempah dahulu di kaunter bahagian aktiviti.. Dah buat pembayaran, nanti tinggal tunjukkan tiket je dekat pekerja yang bertugas.

Okeh sekian saja perkongsiannya..

Daa..



PENGALAMAN ANAK LAMBAT BERCAKAP ATAU SPEECH DELAY

Assalamualaikum..

Anak umur 2 tahun tapi masih bercakap bahasa yang tidak difahami.... atau saya selalu panggil bahasa alien ๐Ÿ˜†

Sebagai ibu bapa, rasa down memang ada bila anak belum dapat berkomunikasi dengan betul. Lebih-lebih lagi, bila anak-anak buah belah saya (isteri) semuanya tidak alami masalah anak lambat bercakap. Ada yang belum umur setahun dah boleh membebel macam mak-mak๐Ÿ˜„. Hari-harilah saya ni berfikir, kenapalah anak tak sebut betul lagi ni... wuahhhh๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ... menangis dalam hati.

Anak saya Nurlily Elysha, alami speech delay. Hinggakan ada yang mengata di depan dan belakang, anak saya ni autism.. ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜”.. 
Ya... Lily sememangnya agak...errr... sangat aktif... tapi saya sebagai mak yang beranakkan dan  menjaga lily sejak dari perut lagi ni, yakin yang lily tak alami masalah autism tu... sebab lily hanya super aktif sahaja๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…... dan speech delay. Lain-lain ciri-ciri autism tu, langsung tiada... Lily punya Peel ni, bila jumpa orang baru, memang macam cacing kepanasan๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ... berlari-lari kehulu hilir, terlompat-lompat sana sini... lebih-lebih lagi bila orang baru tu suka melayan perangai c lily... makin tidak keruanlah gaya anakku... sebenarnya... lily nak tunjukkan betapa gembiranya dia hari tu... tapi terlalu over Nak...๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Bila di rumah, sebenarnya lily normal sahaja. Dengar cakap, faham arahan, bermain dengan baik, boleh bergaul dengan baik... tapi inilah sahaja masalah lily speech delay dan super aktif bila jumpa dengan orang baru (lily ni jenis tak takut orang... peramah)๐Ÿ˜…

Kenapa??? Why??? Setiap hari ajar lily bercakap tapi... tiada kemajuan pun.. kenapa??? Kenapa??? Dah penat ajar, masih jugak bercakap bahasa alien. Kadang-kadang, mak lily ni jadi bengang bila dengar bahasa alien tu... (maafkan mummy ya nak)

Tapi sekarang lily sudah masuk umur 3 hampir masuk 4 tahun (mei/2020 ni 4 tahun dah)... ada banyak perkembangan secara mendadak tiba-tiba (tapi sudah tentu ada tekniknya)... alhamdulilah.... rupanya, untuk ajar lily bercakap ni... tak boleh ajar biasa saja... kena usaha banyak sikit. Saya lebihkan lily bermain sambil belajar. Ajar guna gunting... ajar mewarna, ajar guna gam, sebab lily sangat suka dengan sticker.... saya buat aktiviti berdasarkan sticker... sikit-sikit ada pertambahan kosa kata lily... dari sebelum ini sebut dua suku kata bertambah ke 3 hingga 4 suku kata. Dari 2 ayat bertambah ke 4 hingga 5 ayat. Alhamdulilah... 

Antara aktiviti-aktiviti lily yang saya sempat buat kenangan:

Sambil mewarna, sambil belajar... 

Susun puzzle sambil kenal-kenal ABC

Aktiviti kesukaan... mewarna

Bawa lily aktiviti luar... 

Aktiviti gam dan tampal kapas

Aktiviti gam dan tampal plastik

Aktiviti gam serbuk teh๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†... hentam sajalah..

Aktiviti menggunting kertas

Aktiviti buka dan tampal sticker

Satu yang perlu parents paling utamakan ialah.. kena asah daya fokus ank dahulu. Untuk asah kali pertama sememangnya bukan mudah, tapi keep do and do... pasti boleh ๐Ÿ’ช

Semua aktiviti saya akan selitkan sedikit perkataan yang sesuai berdasarkan aktiviti. Contohnya aktiviti tampal sticker.."beritahu lily apa yang lily tampal, apa warna,DLL dan minta lily ulang... dan arahkan lily tampal sticker tu atas kertas"... lebih kurang begitulah yang saya praktikkan. Saya gunakan ayat mudah, ringkas tapi padat.. (cth: wow!! Katak. Katak warna hijau. Katak suka melompat.)

Selain aktiviti diatas, lily juga sudah berjaya bebas pampers.. boleh baca sini lily bebas pampers

Parents yang hadapi anak speech delay macam saya... boleh follow facebook Aishah Kasim... saya sangat suka tips-tips dari dia ni... sangat berkesan.. Aishah Kasim ada buat kelas untuk parents dan anak yang ada masalah speech delay, masalah tak pandai bergaul dan macam-macam masalah 

Seriously.. saya hanya amalkan tips-tips dari fecebook sahaja pun... bawa perubahan yang besar pada lily... setakat ni tak pernah ikuti kelas atau beli e-book dari Aishah Kassim... bagi yang ada rezeki lebih, bolehlah beli e-kit dari dia, kalau rajin sikit, boleh la cipta sendiri aktiviti-aktiviti tu.

Walaupun tak berapa betul sebutannya, tapi lily juga dah boleh baca doa makan... alhamdulialh... boleh tgk sini lily baca doa makan

Selain dari aktiviti-aktiviti dirumah... mungkin lily juga dapat banyak perkataan-perkataan baru dari kawan-kawan di taska. 

Lily dengan kawan-kawan di taska ๐Ÿ˜Š

Sekian... Doakan semoga lily semakin berkembang maju dan cepat belajar ya kawan-kawan..

Daa.. 

Pengalaman bersalin anak G6PD

Assalamualaikum..

Kali ni saya nak cerita tentang pengalaman bersalinkan Naufal Rizqi... so saya tak kan lupa detik-detik berharga ni. Dan andai kata saya terlupa, ada tercatat kenangan manis itu disini.๐Ÿ˜Š

Naufal Rizqi merupakan baby Glokosa - 6 - Posfat Dehidrogenase (G6PD) intermediate.

G6PD intermediate ialah kes kekurangan enzim g6pd yang membuatkan sel darah merah rapuh dan mudah pecah jika si penderita termakan atau tersentuh benda-benda yang disenaraikan sebagai pantang. (Ini adalah ayat saya sendiri berdasarkan apa yang saya faham)

G6PD ada dua kategori, g6pd defeciency dan g6pd intermediate.

Baby Naufal Rizqi adalah g6pd intermediate. Yang mana maksudnya, naufal kena menjalani sekali lagi ujian pengesahan setelah berusia 8 bulan. Untuk g6pd defeciency pula, dah tak perlu buat ujian lagi... kira dah memang sah g6pd.

Penyebab kepada kekurangan enzim ini masih belum dikenalpasti, internet menyatakan bahawa ini adalah penyakit genetik. Ia daripada kromosom-kromosom X, dan selalunya akan terjadi pada baby lelaki. Amat kurang kes yang melibatkan baby perempuan.

Saya bersalinkan Naufal Rizqi di hospital Ampang, pada jam 3.50am. Mujurlah sampai awal di hospital, kami bergerak dari rumah jam 1am sebab menunggu pengasuh respon panggilan telefon๐Ÿ˜…. Sebenarnya kami dah maklum awal-awal pada pengasuh waktu pagi tu, yang saya dah ada tanda-tanda nak bersalin... tapi tak hantar lagi anak ke pengasuh sebab takut itu false alarm.  Petang tu dah bagitau husband, hantar anak pada pengasuh sebab rasa macam akan beranak subuh nanti.. tapi husband tak hantar. Entahlah.... hahaha... saya pun tak push untuk hantar pengasuh sebab masih ragu-ragu nak terberanak ke ni???๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Bila dah jam 12am... sakit makin kerap... baru kol husband suruh balik rumah... husband pula masih kerja, shift tengah malam๐Ÿ˜‚.  Mujurlah selamat sampai hospital sebelum terberanak.

Sampai-sampai  je hospital tu... terus ke bahagian Patient Admission Centre (PAC). Bila cek bukaan... baru 3cm nak masuk 4cm... kata doktor bertugas... so dia mintak izin untuk tolong bukakan jalan.. redha je la..

Lepas doktor tolong bukakan jalan tu... part yang paling mengerikan dan tak suka ialah pasang jarum dekat tangan... wuaaa... i hate this๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…... selepas dah siap pasang, dorang minta saya tunggu di bahagian menunggu untuk tunggu bilik kosong. Nurse pesan makan dulu, minum air.  Sebab waktu tu bilik semua full... baru duduk sekejap dekat ruang menunggu tu, tiba-tiba tup... air ketuban pecah pulak๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…... terpaksa la masuk dlm PAC balik utk cek bukaan. Bila cek, doktor arahkan untuk masuk labour room.

Sampai labour room, selesai periksa ini dan itu, nurse tanya "biasanya anak keluar jam berapa" .. saya pun jawab.. anak 1st jam 7am. Yang 2nd jam 6am. Nurse pun jwb "oo.. lama lagi nak keluar ni" waktu tu dalam jam 2 lebih... hahahah... sakit dia.. tak boleh nak bawa bincang, nak benafas pun tak boleh๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.. nurse siap marah sebab buat nafas pendek-pendek waktu tahan sakit... adoi la nurse, dah sakit nak buat mcm mana.. jam 3.50am dah rasa kepala baby nak keluar... push beberapa kali... terus dengar suara Naufal menangis dengan kuatnya... ya allah leganya. Dah siap jahit, keluarkan darah beku... rehat kejap dalam labour room...(kejap ke... rasa lama jugak la... sebab suami bagitau... 4 jam jugak tunggu untuk jumpa dalam wad bersalin).

Naufal Rizqi... fresh from oven๐Ÿ˜‚. Baru beberapa jam usia Naufal waktu ni.

Kaki comel Naufal ❤❤

Tag untuk bed anak... jadi anak tak tertukar๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Paginya dalam jam 9am... doktor buat lawatan, rutin seperti biasalah... doktor nak periksa jahitan๐Ÿ˜จ dan cek ๐Ÿ˜ญ... time ni rasa macam nak lari je...taknak bagi cek bawah tu... huhuhu. Dah siap cek semua, baby pun dah kencing dan berak, saya pun dah kencing... lega la kononya.... bolehlah balik rehat dirumah.

Tapiiiiiiii....

Tak lama lepas tu... tiba-tiba datang seorang doktor bagi penerangan tentang G6PD... saya waktu tu... bingung pun ada jugak... ermmm... napa dia bagitau tentang g6pd ni... untuk info kot... konon dalam hati... tapi rupanya baby g6pd defeciency... what?????? G... apa??? Halamak... waktu ni dah rasa... sedihnya... apa lah salahku ni... kenapa baby kena g6pd... walau doktor tadi dah terangkan apa tu g6pd... tapi masih blur...huhuhu. Yang saya faham.... baby kena pantau 5 hari lagi... jd kena masuk wad. ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ... nak nangis rasa... badan dan otak masih penat, menahan sakit beranak... baby kena tahan pulak dekat wad kanak-kanak. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Sebenarnya tujuan untuk masuk wad selama 5 hari tu, untuk pantau keadaan baby... expecially pantau jaundis... sebab baby g6pd, confirm akan mengalami jaundis dengan bacaan tinggi.

So hari pertama Naufal Rizqi warded... tak kena lampu biru lagi.... tapi start hari kedua, bacaan kuning dah tinggi. So doktor arah untuk letak baby bawah lampu biru. Stress gila waktu ni, sebab baby tak nak duduk dalam katil khas tu... huhuhu... lepas tu, tak boleh susukan baby sambil baring... kena duduk untuk susukan baby... ya ampun... waktu ni sangat mencabar... dengan penat bersalin tak habis lagi... kita kena duduk atas katil tu untuk susukan baby waktu tengah malam... dengan baby menangis terus-terusan sebab sejuk... (baby bawah lampu biru, hanya boleh pakai pampers je)... memang stress gila. Akhirnya, waktu subuh.. saya bawak je baby baring atas katil... sambil berjaga-jaga takut nurse masuk bilik๐Ÿ˜…๐Ÿ˜….

Naufal sedang bersauna waktu ni๐Ÿ˜Š..

Dah start meraung ๐Ÿ˜…

Spek mata limited edition.. made from hospital Ampang nurse๐Ÿ˜„

Sebenarnya risiko baby tergolek dari tangan lagi tinggi waktu susukan baby sambil duduk... bukannya sengaja nak golekkan baby, tapi fahamlah bila badan letih sangat... kita takkan sedar tertidur waktu susukan baby... walaupun waktu tu sedang duduk... so apa saya buat waktu malam... kalau mata dah tak larat nak buka, dah tak boleh tahan mengantuk sangat... tapi baby meraung-raung nak menyusu, bawa je baby baring sekali diatas katil... hati pun tak risau baby jatuh tergolek dari tangan. Tapi tidur-tidur ayam je mampu... adakah yang mampu tidur lena waktu jaga baby di hospital ye?????... owww ada๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Doktor akan ambil darah baby waktu malam-malam. Tak taulah jam berapa tu๐Ÿ˜….. yang pastinya malam selepas jam 12.

Setiap jam 7.30am, nurse akan ambil bayi dan mandikan. Part yang ni sangat melegakan... saya just stanby pampers dan wipe tissue. TQ nurse-nurse yg comel-comel di hospital Ampang. Waktu nurse ambil baby nilah saya ambil kesempatan utk lelapkan mata...

Hari ke-4, tali pusat Naufal dah tanggal..๐Ÿ˜Š

Dalam wad pun, sekali lagi doktor akan datang untuk beri penerangan tentang G6PD dan bagi pamplet mengenai g6pd. Waktu ni, tanyalah apa-apa saja yang korang tak faham... doktor akan usaha untuk bagi penerangan.

Hah... Pamplet ni saya lekat di peti ais dirumah.. supaya senang nak rujuk kalau ada apa-apa masalah

Sebabkan saya nak baby cepat sihat, so saya kerap letak baby bawah cahaya biru tu. Biarlah anak meraung-raung, yang penting anak sihat.

Selama 5 hari tu, baby g6pd yg ditahan wad, tak dipakaikan jarum di tangan. So ini sangat melegakan hati saya... dalam wad, ada disediakan susu khas untuk baby, susu yang sudah siap dibancuh... so ibu just bawa botol susu dan ambil mengikut oz yang telah ditetapkan je. Dan kena bagi pada baby guna picagari. 3 jam sekali, susu akan dibancuh, so kena prepare untuk ambil dan bagi pada anak.

Selama 5 hari, nurse pantau kekerapan kencing dan berak naufal. Kekerapan bagi susu formula dan breast feed. Pantau suhu, bacaan oksigen dan tekanan darah naufal.

Setiap hari daddy datang melawat.. hehehe.. wad khas 4C ni, hanya ibu bapa sahaja dibenarkan masuk... so if saudara mara nak datang melawat baby... sekuriti takkan benarkan.

Alhamdulilah, habis je 5 hari, baby dah boleh balik...๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š... tapi still kena ke klinik kesihatan berhampiran untuk cek kuning. Pihak hospital bagi satu surat khas untuk tunjuk pada klinik waktu cek kuning baby. Dalam surat tu, doktor mention yang Naufal ialah g6pd intermediate. Pastu ada satu lagi kad temujanji Naufal jumpa pakar kanak² bulan 6/2020.
Naufal Rizqi dah boleh balik rumah... yeayy!!! Waktu ni sedang tunggu giliran untuk check out hotel 5⭐

4 kali jugak la kami berulang ke klinik kesihatan untuk pantau bacaan kuning Naufal. Kali ke-4, dah turun bacaan 5... so selesai bab pantau kuning, lega sangat... tinggal nak fokus sembuhkan luka bersalin je and pantang.
Naufal jumpa kakak-kakaknya untuk kali pertama. Sesi suai kenal anak-anak๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜š

Waktu tau naufal G6PD, kepala dah serabut... haduhhh macam manalah ubat phytonatal NR tu.... ruginya beli... huhuhu... memang tak makan la ubat tu sepanjang pantang.... huhuhu... terpaksalah gantikan dengan dulcolax.

Tapi selepas Naufal dah hampir 3 bulan (waktu tu dah habis pantang 42hari) saya cuba makan phytonatal tu... nak tengok ada tak beri kesan dekat Naufal... tapi alhamdulilah, takde pulak kesan apa-apa... yelah, itu kan ubat herba... baby g6pd ada pantang herba... takut jugak la, manatau lah terlanggar pantang sebab saya Breast Feed... tapi, syukur takde apa-apa (tapi saya tak galakkan untul makan ubat ni, sebab saya pun tak makan waktu pantang).... Saya just makan 1 biji je... pastu tak makan dah... sebab takde masalah nak membuang air besar.

Naufal Rizqi... 3 bulan ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜š

Dan dirumah kami masih ada pembunuh nyamuk (ridsect) ... kadang-kadang, husband sembur jugak di rumah nak bunuh semut-semut yang banyak sangat dirumah... tapi sebelum suami sembir... saya bawa Naufal masuk dalam bilik siap-siap... tunggu 1 jam begitu baru bawak baby keluar... kadang-kadang suami sembur waktu nak keluar rumah... so bila balik rumah tu, bau ridsect tu pun dah hilang.

Okeh itu saja perkongsian untuk hari ni.

~mummy doakan semoga Naufal Rizqi... sentiasa sihat... dalam lindungannya selalu... membesar dengan cerdik... hormat ibu bapa, orang lebih tua dan paling penting... taat padanya... Aminnn.

*para pembaca yang tekan follow, sila comment ya dibawah. I follow you back๐Ÿ˜Š

MEMANCING DI PELABUHAN KLANG.

Assalamualaikum...

Hari ni mau story morey tentang hobi laki yang kaki pancing. 

Semalam husband pegi memancing semalaman di klang. Husband ajak saya, tapi takkan lah nak angkut c baby 3 bulan tu nak bermalam dkt tepi pantai... of course saya tolak....hahaha no..no..no.. dengan 2 org kakak c baby yang banyak ragam... buat pening kepala mummy dia ni saja... lebih baik la, ddk lepak di rumah sambil layan movie kah, baca² blog org lain kah, tgk youtube kah, menjahit kah... lagi bermanfaat๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. 

So disini, saya sebenarnya nak berkongsi tempat memancing yang husband terjah dah 3 kali rasanya. Dan semalam barulah berjaya bawa balik ikan๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Selalu balik bawa batang pancing je๐Ÿ˜.

Tempat memancing ni ada 2 tmpt, tepi pantai (pantai ke ekk...) dan jeti... dan jika korang datang awal, boleh pasang kemah. manalah tau nak berkemah dgn anak bini. Ramai jugak org bercamping dkt sini.

Gambar atas ni tempat yg boleh anda pasang kemah.. ada grandstand dkt sini.. bole jugak pasang kemah atas tu.

Husband memancing dkt sini sebelah petang... dari jam 5pm- 11pm. Sini ada ikan tapi banyak batu... so bersabarlah dengan batu² tersebut ya... 

Semalam husband memancing dgn kawan office... kawan dia tu bawak anak bini, sebab dorg sekeluarga pun suka memancing. So sesuai sangat la kan nak berkemah. Kawan husband tu pasang khemah dkt² area gambar atas tu.. sorrylah, husband tak tangkap gambar, gambar atas pun dari ehsan google je๐Ÿ˜….

Alamat memancing:

Near Lingkaran Sultan Hishamuddin, Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor

Atau tekan link ni.
mesti jumpa punya. 

Dalam jam 12.00am, dorang bergerak masuk ke jeti. Nak masuk jeti ni kena bayar, RM10.00 utk 1 batang joran. 

Di pintu masuk jeti, ada jual udang segar untuk dijadikan umpan. Harga ikut besar udang
-kecil RM1.00 ~3 ekor
-sederhana RM0.50 hingga RM1.50 seekor

Gambar atas adalah pintu masuk ke jeti.. gambar sumber ehsan dari google

 Okeh atas ni gambar di jeti... gelap gelita sebab waktu tgh malam๐Ÿ˜„

Ni ikan yang berjaya ditangkap.. ikan apa tu ya?? ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…... saya ni tak arif sangat dengan ikan. Rasanya ikan belukang. 

Okeh gambar atas ni yg dah siap siang.. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ menangis nak siang ikan belukang... dah lama tak siang ikan..mau juga 10 tahun (i mean, ikan fresh dan yg saiz besar, selalunya beli dan mintak siang dan potong siap²๐Ÿ˜…) waduhhh... seram pulak nak siang ikan ni rupanya... mcm² ada dlm fikiran.. takut benda apalah yg ada dlm perut ikan ni..๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…. Ntah kenapa, rasa mcm ikan tu still hidup๐Ÿ˜…๐Ÿ˜….. takut ikan tu tiba² melompat²... aduhaiii la mell... jgn ko lupa daratan sana... dulu waktu kecil² ko tu yang siang ikan selepas kena pancing. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. 

Ada pemancing bagitau..ikan belukang sedap masak asam pedas... ermmmm.... tak pernah masak asam pedas... lagipun bahan tak cukup utk masak asam pedas.. so maybe, saya masak 3 rasa je ikan tu.. nak cukupkan bahan dulu, baru try masak asam pedas. 

Keh... itu saja perkongsiannya.. thanks sudi baca. 

Follow blog saya ye kawan² semua.. and comment dibawah.. i will follow you back๐Ÿ˜Š

Daa..

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...