NIKAH DI TAWAU

Saya dan husband telah bernikah pada tarikh keramat 28/4/2015.. (^_^).. Di kampung Ranggu, Tawau.. dinikahkan oleh wakil wali raja Imam (siapa ya?? tak ingat la..hehe). Dengan bersaksikan 2 orang saksi iaitu En.(x ingat siapa..hohoho tak kenal pun siapa saksi masa tu..)
hihihi..

Urusan perjalanan nikah dirancang sepenuhnya oleh keluarga pihak lelaki, saya hanya hadir bagai puteri..hahaha Disuruh duduk, saya duduk.. bediri saya bediri.. seperti itulah saya... Blur tidak tau acara perjalanan majlis.. Untuk bercerita proses-proses urusan nikah.. Tidaklah dapat saya terangkan..

 Muka nervous sebelum acara bermula.. hahaha takut la tu...

Masa ni dalam bilik, tunggu seseorang panggil saya untuk keluar bagai puteri... hahaha.. No idea what happend outside..

Okeh.. waktu ni dekat luar..Puteri sudah dipanggil keluar.. Lawak betul muka husband.. apa yang lucu sangat tu??? hahaha ...Agak sedih dihati.. sebelah saya tu my sister and her son.. Satu-satunya wakil dari family saya ketika majlis nikah.. (mama dan bapa sibuk di keningau membuat persiapan sanding sebelah perempuan pada 2/5/2015.) kakakku sedang mengandung 2 bulan lenih masa ni..dia pun tak perasan.. patutlah pucat dan asik muntah saja..

Tok kadi sedang bagi ceramah... Saya tak dengar apa-apapun..hohoho kepala tak dapat fokus ketika ni.. hahaha ditambahkan lagi dengan suara tok kadi yang serak-serak.. Buat-buat faham saja la.. (^_*)

Fokus.. hahaha Waktu ni En. husband sedang ucap akad.. Syukur Alhamdulilah.. dengan sekali lafas saya dan dia sah bergelar suami isteri.. (^_^) ..(Pengantin perempuan tunduk saja.. sebenarnya tak fokus.. fikiran melayamg-layang ntah sampai mana sudah tu?)

 Sign borang.. hahaha.. Nak sign dimana??? Alahai... kesiannyalah si pengantin perempuan ni..

Mak mertua sedang memerhati... Nervous.. hahaha

En. husband serah Mas kahwin..


 Cium tangan suami... hehehe.. Semoga kekal ke akhir hayat.. itu sajalah doanya

 Husband pula cium dahi isteri.. Opsss.. dah terlanggar crown puteri tu..hoho.. cium tudung pun jadilah kan..hahaha



Tengoklah muka nakal dia tu...

sarung cincin.. Ok masa ini, pengantin perempuan sudah fokus kembali.. hahaha

 Salam mak menrtuaku... hohoho.. Minta tunjuk ajarnya ya mak.. Salah, silap dan kurang diri ini harap diterima..
Cium tangan bapa mertuaku.. uhuhu.. takot.. haha
Masa ni dah menahan rasa sebak sebab tiada mama dan bapaku.. huhuhu.. Bersalam dengan kakak terus menangis.. huhuhu sedih gila, Allah sahaja yang faham emosi ketika ini.. wuahh wuahh  (T_T)


 Waktu ni, acara sudah selesai.. tetamu pun sudah bersurai.. jadi apa lagi.. posing duluu hohoho

haha.. menahan sakit kaki la tu.. Tak apa, saya ringan saja..

Itu saja cerita majlis di nikah di tawau.. Esoknya berangkat ke Keningau untuk majlis sanding pihak perempuan pula...

Review persiapan kahwin di Keningau

28 April 2015
Tarikh keramat buat saya dan encik husband yang kusayangi dan kucintai.. (^_^)
Hari nikah kami.. Yeayyy!!! heheh..(Amboi gatainya..hohoho) Rancangan asal sebenarnya nak buat di Keningau, tempat kelahiranku... tetapi oleh kerana wakil wali raja di Keningau dan Papar telah lama meninggal dan masih tiada pengganti sehinggalah kami bernikah maka terpaksalah nikah di Tawau.. Agak sedih hati ini kerana nikah di Tawau tetapi itu jalan terbaik sebab family husband ada di Tawau, maka senanglah untuk uruskan permohonan wali raja di sana..

Hari bahagia dibuat di rumah Husband. Semua urusan nikah dan sanding sebelah pihak lelaki diuruskan sepenuhnya oleh abang en.husband..makanya aku dan en. husband balik kampung Ranggu dengan bawa baju sanding sajalah. hihihi Terimalah sajalah semua yang telah dirancang oleh mereka.

Sebenarnya perjalanan majlis kami agak berterabur..ermmm agak ker?? memang sangat berterabur perjalanannya.. Kami bercuti pada 25/3/2015. Turun di Kota Kinabalu, dan balik ke Keningau dulu untuk urusan memilih baju sanding di Keningau.. hehehe Walaupun rasa penat tetapi perasaan BAHAGIA sangat ketika ini. Acara pilih-memilih baju untuk dipakai ketika sanding di tempat perempuan..hohoho.. Sangat suka tau..
Saya pilih Butik Keningau Bridal House untuk sewa baju.. sebab harganya yang dalam bajet kami.. Tidak banyak sangat pilihan yang ada disini..

Untuk pelamin,katering dan kanopi, kami pilih Global Canopy. Kalau ada yang berminat pakai service dorang ni, pejabatnya berada di kg.Bayangan.. Saya pilih global canopy kerana ini merupakan perniagaan Makcik kawan saya.. Harap-haraplah ada discount tapi.. hahaha Bussiness Is Business..hohoho

Tema merah putih.. hehehe.. Nampak kerusi sebelah menyebelah?? Itu untuk pengapit kami.. kesian diorang kalau bediri terus...


Tiada buat makan beradab (sebab bukan adat keluarga)... yang ni request dari pengantin, nak ada meja makan bulat untuk makan sekali dengan mak, bapa,mak mertua dan bapa mertua..hohoho... mengada-ngada lebih kan..hihi

 Katering service dari Globa Canopy..

Gerbang tema merah putih.. dan nampak kan kanopy di belakang.. Yang dalam gambar ni, biras saya, dalam perut ada baby kedua.. :)

Agak kurang berpuas hati untuk service makanan Global Canopy. Kerana majlis kami bermula pada jam 3.00pm-11.00pm.. Tapi makanan yang dihantar telah basi pada jam 5.00pm, Semua jenis basi termasuk buah wuahhh wuahhh Tak tau nak cakap macam mana untuk mengambarkan perasaan kuciwa.. huhuhu FRUST menonggeng.. Sudahlah mahal, basi pulak... Mengalir airmata aku.. Yalah.. makanan kot, benda paling utama..huhuhu tetapi terpaksa pasrah sebab majlis telah berlalu..
En. Husband ada komplain tentang makanan basi dengan owner Global Canopy waktu bayar baki bayaran.. Harap-haraplah ada perubahan..

Untuk kek kahwin, saya pilih Homade kek dari Pn. Habibah. Sebab yang ini senang, ada service penghantaran kerumah pengantin.. Harga agak mahal lah jugak..hahaha RM6++ ..dan sebab itu, saya tidak kembalikan hiasan bunga dan patung pengantin kek kepada mereka...hahaha Bagi balik pisau kek sahaja, ikutkan hati, pisau kek pun saya tak nak kembalikan, sebab harga kek dah macam beli pisau-pisaunya sekali...hahaha



Untuk jurugambar pulak, kami pilih Gomogi Picture.. Service diorang ni memuaskan.. saya berpuas hati.. hehe

huhuhu...tak sempat bergambar dengan cameraman.. :(  2 orang baju hitam dan putih tu... haaa itulah jurugambar kami..

Untuk penari pula kami pilih T'K Dance dan kanak-kanak st. Agustinus 2.. Yang ini saja-saja buat.. untuk memori.. T'K dance merupakan kanak-kanak Thalasemia, Cantik tarian diorang tau.. hehe
Bayaran pula saya bagi RM150 untuk kedua-dua kumpulan penari..

 Ini penari dari kanak-kanak KKD st. Agustinus 2

Ini pula penari dari T'K Dance

Untuk music sepanjang majlis pula saya pilih karoke saja.. Senang dan dapat bagi semua merasa untuk menyanyi.. Kalau pilih Band, bukan semua orang pandai menyanyi menggunakan Band tau.. betul tak?.. Yang ini kami pilih kawan-kawan kampung saja, kebetulan diorang ada service karoke dan Band untuk majlis-majlis....

Karoke dan PA System... baik dorang ni, siap awal lagi sebelum majlis...

Doorgift pulak, kami buat sendiri.. Saya ni jenis tidak suka dan akan sedih kalau barang-barang yang diberi tidak dihargai.. Makanya untuk mengelakkan itu terjadi.. maka saya memilih untuk memberi doorgift berupa makanan (sebab semua orang sukan makan..hehe) dan sebatang pen comel.. (^_^)  Jadinya, tiada berlaku pembaziran.. hehehe Doorgift saya bagi beberapa jenis gula-gula dan keropok.. Manakala untuk mereka yang bersalaman dengan pengantin pulak, saya bagi coklat ala-ala Ferrero Rocher.. (^_^) Sangat suka dan senang hati bila tiada pembaziran berlaku.. Dan semua pun happy..

Buat simple-simple saja.. bunga ros merah tu pen..

Buku reception pulak.. saya buat saat-saat akhir.. Dan hasilnya, sangat Huduh... hahaha.. nasib baiklah kakak kesayanganku membantu mencantikkan sedikit buku saya.. (Sebenarnya buku lukisan saja..hohoho)...



Inilah hasilnya.................................................................

Paluan Gong pula kami sewa gong kampung ria saja... kami sewa gong sahaja manakala pemalu gong dilatih oleh mama dan aunty Peni..  Yang ini agak lucu, kerana sewaktu sesi latihan,  paluan gong memang cantik dan seragam tetapi semasa hari kejadian.... paluan berterabur kerana banyak pemalu yang tidak diundang membantu.. hahaha.. But still Ok for me.. Tapi agak rasa sedih bagi keluarga pihak lelaki sebab rupanya rombongan lelaki menanti-nanti paluan gong tersebut.. Saya sebenarnya, tempah gong sebagai syarat adat sahaja.. tapi tak sangka pula diorang memang menanti paluan gong yang sebenar.. kesian diorang.. kalau tau, minta mama sewa sekali dengan pemalu-pemalu gong profesional..


Doorgift Girl pula, saya lantik causin-causin perempuan untuk bahagian meja doorgift.. comel-comel diorang ni tau..hehe


Pengacara majlis pula saya minta bantuan dari salah seorang causin juga..hahaha banyak jasa causin-causinku ni.. Tapi tiba-tiba ketika kejadian, pengacara majlis pula bertugas untuk membawa anak-anak angkatnya.. Saya pun mintalah bantuan dengan kakakku.. Nasib baiklah ada kakak yang terbiasa dilantik menjadi pengacara majlis..

Taraaa... ibu mengandung..hehe pengacara majlis terjun..

Pengapit pula saya minta bantuan anak buah sebelah bapa untuk pengapit perempuan, manakala pengapit lelaki pula adik ipar lelaki..



Rasanya itu sahaja persiapan yang saya buat untuk majlis sanding di pihak perempuan...  Alhamdulilah..
Walaupun ada sedikit kesulitan.. Tetapi tetap berjalan dengan lancar..


Belajar pakai tudung.. Saya budak baru belajar..

Holaaa... Setelah sekian lama blog tidak berupdate.. hehehe... kemalasan yang teramat membuatkan diri ini sangat malas untuk menaip-naip walaupun sebenarnya hati teringin sangat mencatat memori majlis kahwin di keningau dan tawau,sabah hari tu.. hehehehe Nanti2 dululah untuk yang itu.. jika umur panjang pasti akan kucatat juga untuk tatapanku sendiri dan teman2 yang sudi singgah disini.. :)

Hari ni nak post tentang perkara paling DIFFICULT dalam hidupku iaitu belajar pakai tudung. hua hua hua.. Tudung paling senang dipakai ialah tudung yang tinggal sarung saja..hahaha iaitu:-



Taraa... muka mak cik-mak cik.. huhuhu

Walaa...hahaha, perut buncit kedepan, ada baby didalam... tak sabar tunggu baby lahir..


Inilah tudung yang mampu ku pakai sepanjang di opis.. huhuhu Sebabnya paling utama adalah MALAS dan yang kedua, takut lewat masuk opis sebab aku yang tidak pandai mengayakan shawl atau bawal..huhuhu sedih kan? dan yang ketiga ialah Aku malas iron tudung..hahaha

Buat masa ini, baru belajar pakai tudung diopis atau kenduri-kendara dikampung hubby. Aktiviti-aktiviti luar seperti jogging atau membeli-belah, masih free hair.. sebab tak tahan panas.. pening kepala masa pakai tudung. Diopis ada aircond.. Insha Allah, doakan saya untuk bertudung penuh.AMINN

Ada juga cuba belajar pakai bawal tapi....huhuhu tak taulah sama ada saya yang tidak pandai atau memang muka tidak sesuai guna bawal...huhuhu muka jadi macam budak sekolah bila pakai bawal..sangat tidak suka melihat cermin ketika guna tudung bawal..so sangat tidak suka pakai bawal.

Shawl ada juga belajar guna.. dan hasilnya, menjadi jugakla selepas berjam-jam dibelit-belit, dipin sana-sini..hahaha nasib la tidak jadi Pocong...

wahahaha... hentam saja la.. masa ni baru balik dari opis.. ada pintu suka hati disana.. ingat nak tryla, manala tau boleh terus tembus sabah..hahaha

hahaha.. mampu pakai cenggini saja.. ingat nak buat la macam yuna ker, siti nurhaliza ker.. rozita che wan ker... :P  tapi bila buat jer rasa macam serabut, serabai dan macam2 lagi.. so pakai yang mcm ni saja la..hahaha.. perut nampak sangat buncit..(baby isi dia tau..ngehehe)  masa ni di Kota Kinabalu, Sabah.. Majlis nikah adik ipar..

Inilah yang mampu.. bila lah boleh buat yang mcm gugurl2 pakai tu eeeaa.. cemburu juga bila orang pakai shawl cantik-cantik, aku pula hanya mampu belit-belit yang cenggini saja..hahaha (kenapa mesti jelous ya?? pelik..)

haaaa.. ini juga antara yang paling senang dipakai..OK telekung...hahahaha sempat lagi berposing dengan En. Miow..

Akanku cuba untuk belajar mengayakan tudung yang gojes-gojes itu.. pasti berjaya. usaha tangga kejayaan..(semangat berkobar-kobar untuk beberapa jam saja) Selalu belajar tutorial dari youtube dan facebook tapi in the end... kepala pening, mata berpinar-pinar sebabnya sakit kepala.. Rasa sangat panas..hahaha Baring atas katil terus tidur lena.. hadoiiii macam manalah nak cantik macam retis nie..hohoho

Hokeh la, sampai sini saja ler makcik berceloteh.. bahu pun lenguh sebab menaip.. Semoga berkerajinan untuk mengupdate bolg lagi..


URUSAN WALI RAJA SI MUALAF DI KENINGAU

Assalamualaikum.. Lama sudah tidak update blog.. dah bersawang-sawang ni..hehehe

Kali ini mau cerita tentang urusan saya untuk bernikah di keningau menggunakan wali raja.. hohoho dan huhuhu

Urusan kahwin ni sangat la mengembirakan hati dan menyedihkan hati juga.. Apa tidaknya, sebab urusan berbeza mengikut negri.. negeri tau.. bukan negara.. (^_^)
Dan urusan saya ni agak rumit dan terpaksa berulang alik kesana-sini sebab saya dan Mr. fiance dianggap pemaustatin di selangor walaupan kami dua asal Sabah tanah airku..huhu Untuk makluman sekiranya anda tinggal ditempat lain selain daripada tempat kelahiran anda lebih daripada 5 bulan, anda adalah seorang pemaustatin..dan kami yang bertugas di semenanjung ni sudah lebih daripada 5 tahun..kompom-kompom nya lah pemaustatin..

Syukur juga kepada ALLAH S.W.T sebab my mr.fiance adalah orang yang menguruskan semua benda dengan bersungguh-sungguh sepertilah urusan mencari rumah hari tu.. Bergaduh tu jangan kiralah..hehehe Bukan jer gaduh dengan I...dengan orang2 yang berkenaan sekali U.. nasiblah kau labu siapa yang terkena muka bengis@suluk dia tu..hahaha

First step untuk membuat urusan kahwin seharusnya dan wajib adalah kursus pra perkahwinan..oo yang ini semua orang tau..tak perlu cerita panjang lebar.. hahaha

Second step buat ujian saringan HIV di klinik kerajaan.. okeh yang ini memang agak mengelirukan sebab borang ujian HIV tu ada banyak version... (@.@) lain negeri,lain borang...
Walaupun kami ni berasal sabah dan anak jati sabah...tapi borang HIV utk orang sabah tidak ada tersedia di klinik cheras(tempat pertama kami buat ujian saringan HIV tapi..tidak berjaya kerana tiada borang)...
psstttt...borang HIV test versi Sabah ni, sangatlah payah nak dapat weiii kalau anda berada di semenanjung..dan tiada tersedia dalam laman web jabatan agama islam Sabah... ermm macam mana nak dapat??..saya pun tak tau.. sebab kami dah minta tolong jasa baik pegawai dari Sabah untuk fakskan kepada kami.. tapi tidak berjaya kerana orang tu cakap.."tidak boleh"... (@.@) okehhh... mmm... kenapa tidak boleh?? kami sendiri pun  tidak tau...adalah kot sebabnya tersendiri tu. Penerangan daripada pegawai sabah pun tidak jelas, macam mana untuk urusan nikah kami... sebab ujian HIV,kami buat di semenanjung tapi kami akan nikah di sabah...nak balik sabah semata-mata buat ujian HIV..memang tak dapatlah weiii...tiket hingat murah kerrr??

Akhirnya mr.fiance......setelah menelefon kesana-kesini...mensearch, mengoogle disana-sini... barulah dapat menelefon pegawai yang tepat dan tau macam mana sebenarnya urusan kahwin macam kami ni...sebab kami nak nikah di Sabah dan menggunakan wali raji@hakim, sebab saya ni mualaf.. tapi kami tinggal@bekerja di semenanjung.. walaweiii hahaha rumitnyalah heii, nak terangkan dengan orang pun.. ada yang bingung..

Jadi disini saya terangkan caranya.. Pertama anda harus mengisi maklumat diri anda dan pasangan di dalama laman web JAIS.. sebabnya alamat tempat tinggal saya dan mr. fiance adalah dlm kawasan Selangor..
Masing-masing kena daftar.. bukan hanya lelaki..atau hanya perempuan..
Bagi si pemaustatin,kena isi satu borang lagi iaitu borang pemaustatin.. kena ada 2 orang saksi untuk borang kebenaran berkahwin lelaki/perempuan....dan 1 saksi untuk borang pemaustatin....carilah saksi anda.. lebih baik menggunakan saksi yang ada kaitan saudara.. tapi jika tiada..rakan-rakan yang boleh dipercayai pun boleh..  Oleh kerana kami berdua adalah pemaustatin..maka kami berdua juga sama-sama mengisi borang pemaustatin.. selepas isi klik hantar..dan print (isilah 3 bulan sebelum tarih nikah)

Borang yang anda print tadi penting untuk membuat ujian saringan HIV.. Kali kedua kami ke klinik kesihatan Ampang.. Senang dan cepat..
Bawa sahaja borang-borang tadi ke klinik ampang.. kemudian bolehlah menjalankan urusan ujian HIV.. owww tidak sakit pun ujian HIV ni.. Tapi berdebar-debar jugaklah hati, sebelum keputusan keluar..takotttt..ntah apa yang takut..hahah (mana tidak takut..kerja kami setiap hari..berdepan dengan orang yg ada sakit HIV...takotlah weiii manalah tau tiba2 pula...hahaha...minta dijauhkanlah)... keputusan -ve... huuuhhh lega.. hik hik hik

Urusan melengkapkan borang, bagi saya tidaklah boleh siap dalam setengah hari..atau satu hari... huhhh siapa yang boleh siap dengan pantas tuuu....heyyy tak tau nak cakap apalah.. ehehe

Selepas ujian HIV.. saya dan mr.fiance membuat appoitment dengan para saksi kami..hehehe (kawan-kawan opis yang memahami) pergi ke masjid al-azmir kalau tak silap..dekat maxis segar tu...
Di sana.. kami menunggu untuk minta ustaz (err..ustaz kerr..tak ingat apa jawatan dia), signkan borang kebenaran berkahwin..Nanti untuk borang kebenaran berkahwin perempuan, ustaz tu akan nyatakan..mohon wali hakim.. yaaa kira macam tulah bunyinya..heheh...hohoho selesai saja ustaz tu tandatangan..hati sudah lega...hahaha (tapi kami tak tau..sebenarnya jau lagi rupanya perjalanan untuk selesai melengkapkan borang..ehemm)

Untuk borang pemaustatin, anda boleh pilih, samaada ketua kampung atau ketua perumahan tmpt tinggal dan yang lain saya dah tak ingat.hihi..tapi kami pilih ketua kumpulan A..iaitu BOS kami sendiri.. mudah dan senang..hehehe jadi..urusan yang ini juga sudah selesai..

Sudah lengkap borang... Bawa borang ke pejabat Agama Islam Hulu Langat.. haaah..yg tinggal selangor..kenalah bawa borang ke sini..mesti@wajib...
Disana..kami mohon untuk kebenaran berkahwin bagi pihak lelaki..dan kebenaran berkahwin luar kawasan sekaligus kebenaran menggunakan wali raji@hakim bagi perempuan.

tapi...sampai giliran mr.fiance berjumpa pegawi JAIS...rupanya dokumen masih tidak lengkap...apa????.takda surat pengesahan dari JPN..katanya kena ada suat pengesaha dari JPN..surat tu utk apa??entahlah.. Pegawai tu suruh kami ke JPN untuk minta surat pengesahan..
Makanya kami pun pergilah ke JPN putrajaya..itulah yang paling dekat rasanya..

Sampai di JPN..orang JPN tak tau apa surat yang kami maksudkan... Ohh noo.. Kami terangkan satu persatu pun..tetap juga diorang tak faham.. alamak.. Mr.fiance sudah bengang..

Di JPN ada 3 cara pengesahan.. 1) fotostat salinan kad pengenalan dan cop disahkan benar
                                                   2) keluarkan surat pengesahan kad pengenalan..ambil masa 7 hari                                                                berkerja untuk siap
                                                   3) biometrik

Oleh kerana kami pun tidak tahu..pegawai di JPN tu pun tidak tahu..dan pegawai di JAIS pun tidak menjawab telefon...maka kami pun buat sajalah ketiga-tiganya..Tapi yang surat pengesahan 7 hari tu..sebenarnya tak payah buat pun.. cehhh..tak perlu pun.. (tak kutip lagi surat tu sampai sekarang)

Kami bawa salinan kad penganalan yang disahkan dan biometrik yang JPN pritkan ke pejabat Hulu Langat hari tu juga... diterima.. Yang mana satu diorang guna?? saya pun tak tau (tak tanya dan..yg pentinga lulus..hahaha).. makanya selesailah suda urusan borang kebenaran kahwin lelaki...hehehe selesai.. tapi baru lelaki.. huhuhu (ada bayaran tapi saya tak hingat..sebab mr.fiance yang bayar)

Panjang lebarnya entry hari ni..hahaha
Berehat seketika yerr.. penat memerah otak utk mengimbas kembali dan penat menaip..nanti entry cooming soon..saya cerita pasal urusan borang kebenaran kahwin perempuan pula ya..

Entry kali ni saya tak sertakan gambar...penat yang teramat sangat semasa urusan..dah tiada mood nak ambil gambar..

Sehingga berjumpa lagi.


5 sebab perlu memiliki rumah sendiri

Update kali ni, saya cerita tentang bakal en. Suami yang berusaha mencari rumah untuk kami berdua tinggal selepas kahwin..inshaallah.

Mencari rumah untuk dibeli ni rupanya, sangat susah berbanding mencari rumah untuk disewa.. ohh Noooo.... Saya ada berkongsi tips membeli rumah, Anda boleh rujuk entry saya 4 tips membeli rumah second hand.

Saya dan Mr.Fiance sudah mencapai kata sepakat untuk membeli rumah berbanding menyewa.. Bukan nak tunjuk kaya atau apa2, tapi rasanya ini memang satu langkah bijak bagi kami berdua yang berkerja di tempat orang... Kg. halaman tercinta adalah Bumi Dibawah Bayu=SABAH.. tapi rezeki berkerja kami berdua di semenanjung..area Kuala Lumpur.. Memang sedia maklum, taraf hidup di KL tinggi.. semuanya berbayar heii... nak free, hahh memang TIADA kecuali sanggup jadi tak malu mengemis..(opsss..terlebih pula)..heh heh

Kenapa nak beli rumah?? sewa saja kan bagus??
Okeh ini adalah antara soalan-soalan popular yang anda akan ditanya bila membuat keputusan membeli rumah ditempat orang..

Untuk pengetahuan bagi mereka yang bakal berkahwin, lebih2 lagi yang dalam situasi macam kami nie... haaaa Meh sini..baca info dari saya ni, jangan tak baca.. rugiiii HAHAHA

First sewa rumah area kuala lumpur adalah sangat tinggi.. iaitu antara 500-1000 dan keatas... kalau nak yang murah memang ada.. PPR (Projek Perumahan Rakyat) kalau anda sangguplah yerr.. bukan nak memperkecilkan rumah PPR, tapi kawasan rumah ni sedikit berisiko dan selalunya menjadi blackspot/blackarea/hotspot dan sebagainya oleh agensi2 penguatkuasa.. saya tak nak memburukkan ataupun korang nak cakap saya ni pembangkang..tapi IM TELLING U THE TRUTH.. kebanyakan mereka yang bermasalah (anda kena faham sendiri masalah yang saya maksudkan) adalah berkumpul disini.. oleh itu fikir-fikirkanlah sebelum anda menyewa, sebab anak2 anda bakal berisiko... But its still OK kalau nak sewa disini.. sebab bukan kita mampu nak sewa yang mahal lebih2 lagi yang rate 1000 tu..(hoooiiii terbeliak saja biji mata setiap bulan..) cuma perlu lebih ketat atau kawal pergaulan anak-anak sahaja, dan kawal diri sendiri juga.. heh

Second ialah.. andai kata anda menyewa rumah dalam RM550 sebulan.. sedangkan sekiranya anda membeli rumah dalam anggaran 70000 sebiji(tak kisahlah rumah flat/apartment) ..bulanan bayaran hanyalah sebanyak 389(lebih kurang). Bukankah rugi tu.. setiap bulan anda bayar rumah orang RM550 sedangkan kalau anda beli rumah, bukan saja menjadi aset sendiri tapi bulanan pun murah.. ye dok??

Third. Kalaulah anda orang sabah/sarawak.. memang tentu2 lah mau balik ke tempat sendiri kan?? Jangan bimbang dengan rumah yang dibeli... Anda bole sewakan kepada orang lain.. sepanjang pemerhatian saya, rate sewa di kuala lumpur dan juga sesetengah area selangor yang sedang membangun paling kurang tahun ini adalah RM600. tiada masalah kan?.. malah anda dapat menjana pendapatan dari rumah yang dibeli.. TAPI..ya TAPI... pastikan anda mencari rumah yang betul2 berpotensi.. berdekatan kemudahan awam/kolej/kilang2/opis besar... jangan beli secara serkap jarang..tangkap jer yang ada.. yang penting murah.. Heyyy jangan bersikap macam ini ya... anda akan rugi.. fikir semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan untuk beli.. sebab anda beli dengan duit tau.. bukan dengan daun, kau ingat ini main pondok2 ker? hehehe

Kami hanya bercadang beli rumah yang bersaiz kecil saja di KL.. nak besar2 pun, bukan nya duduk sampai tua..hahaha ....kalau rezeki terbuka lagi, mungkin barulah rancang beli rumah berletak atau teres di Sabah..inshaallah dipermudahkanlah semuanya.

Sebaiknya belilah rumah yang direct owner.. ya lebih senang urusan berbanding melalui agent dan harga pun berkemungkinan lebih murah. Dan jangan mudah percaya..huhuhu...(sedih bila ada juga orang yang berniat menipu ni.. nasiblah kami alert) jangan sekali2 tau.. rujuk la kawan2 anda yang boleh dipercayai yang mempunyai ilmu/lebih pakar tentang urusan jual beli rumah..sebaiknya rujuk dan minta pendapat mereka yang sudah beberapa kali membeli rumah.. kerana anda tidak rugi.. nasihat mereka sangat berharga..hehehe

Kesabaran yang tinggi, menjanjikan rumah yang berbaloi. Saya dan mr.fiance dah penat menservey rumah-rumah yang diiklan di internet.. Sangat memerlukan kesabaran dan ketekunan dan kekuatan semangat..hihihi... sayang ngan my mr.fiance... dialah yang mengurus dalam mencari rumah... memang sangat terkagum dengan semangtnya itu.. hehehe Penat tau cari rumah ni, dah dia penat2 cari,saya pula tak berkenaan bila masa melawat rumah...bukanlah saya memilih tapi disebabkan hal2 yang bagi saya memang munasabah untuk ditolak..gaduh juga la pasal rumah ni.. dia nak saya ikut sekali untuk lawat rumah, bukan apa, dia anggap saya ni cerewet..huhu..banyak jer yang dibebel..katanya lah...ish ish.. boleh dia anggap saya camtu???? hahah.. memang sangat sabar dia ni.. kagum!! hahaha,, dan terharu.. ehem. Duit pun boleh tahan jugak la terbang untuk proses melawat rumah.. minyak..tol..sesat lagi..hahaha

Almaklumlah kan, kaum hawa ni. kemarahan kadang2 membuak2 sampai tak terkawal.. mulut pun laser jugak..ehehe... bila dah balik rumah, rest2..terpikir balik marah2 si dia,dah macam nenek kebayan..hahaha rasa bersalah pula dengan mr. fiance.. huhu sori ya tunangku.. ehehe..

Okeh...semoga kita bertemu lagi di episode seterusnya..hehehe








Servey Design Baju Nikah

Holaa pembaca budiman.. (^_^)

Kali ni mau cerita tentang MISI MENCARI DESIGN BAJU NIKAH... (^_^)
Masa tunang ari tu.. bakal mak mentua sudah tolong pilihkan baju nikah kami.. dan tidaklah kusangka, alangkah susahnya mencari design baju untuk kain yang telah dibeli itu.. huhuhu

Pada mulanya memang sudah ada plan nak buat baju yang macam ini..begini..begitu.. tapi apabila kain telah bakal mak mentua tolong belikan dan tidak sesuai dengan design yang diigini.. terpaksalah pasrah sahaja wahai hati.. silalah berhadapan lagi dengan mr.google untuk mencari lagi design yang sesuai.. (T_T). Kalau beli kain baru..membazir pulak kan..lagi pun, itukan kain yang orang dah bersusah payah beli untuk saya.. nanti macam tak menghargai pula kalau beli kain lain.. huhu

Kain yang my becoming mother in law belikan ialah jenis satin.. dan dah siap beli dengan lace.. kain adalah rahsia.. hehehe nanti bila nikah, saya upload ya..

Setelah berminggu2 berdating dgn Mr. Google dan bertanya pendapat dengan my office mate (thanks ya kengkawan yang sudi memberi pendapat.. tanpa anda serabutlah kepala hotakku.. harap pendapat Mr. fiance... Ooohhh memang boleh membuatkan kemarahan membuak-buak.. sebab semuanya dia cakap ok..huhu), akhirnya.... kutemu jua pilihan design yang berkenan dihati.. tapi barulah dalam perancangan.. masih lagi dalam misi pencarian.. Ya Allah permudahkan segalanya.. (^_^)

Cantik jugak kan... (^_^) Letak manik jenis pearl di dada dgn tangan tuh.. waa mesti cantik..


Ini lebih kurang ja dengan yang gambar atas dan di bawah.. tapi ada lace.. jadi taklah simple sangat baju nikah aku nanti.. Lepas tu letak lagi manik2 di lace.. waahh awesome gitu..

 cantikkkk...

 Yang ini pun cantikk.. suka sangat tapi lace saya lain jenis.. (T_T)

 Ni pun cantik juga... tapi apakan daya.. lace tidak sesuai.. (T_T)


Ini bukan kain satin.. chiffon rasanya.. tapi baju dia cantik kan.. Boleh kot tanya pendapat tukang jahit sesuai atu tidak ngan kain saya..

 I like this.. suka dengan baju yang camni..


Ini cantik ke??? (^_^) Sweet juga ni..
 Okeh.. ini pun cantik.. ala-ala baju scha alyahya gitu.. (^_^)

Ini pun sweet.. simple but nice..

Ini antara pilihan dihati.. serabut juga kepala hotak.. nanti bawa jelah gambar2 ni tunjuk dgn tukang jahit.. mana yang sesuai ngan kain dan lace aku..

Setakat ini dulu..hehe sampai berjumpa lagi

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...