Review persiapan kahwin di Keningau

28 April 2015
Tarikh keramat buat saya dan encik husband yang kusayangi dan kucintai.. (^_^)
Hari nikah kami.. Yeayyy!!! heheh..(Amboi gatainya..hohoho) Rancangan asal sebenarnya nak buat di Keningau, tempat kelahiranku... tetapi oleh kerana wakil wali raja di Keningau dan Papar telah lama meninggal dan masih tiada pengganti sehinggalah kami bernikah maka terpaksalah nikah di Tawau.. Agak sedih hati ini kerana nikah di Tawau tetapi itu jalan terbaik sebab family husband ada di Tawau, maka senanglah untuk uruskan permohonan wali raja di sana..

Hari bahagia dibuat di rumah Husband. Semua urusan nikah dan sanding sebelah pihak lelaki diuruskan sepenuhnya oleh abang en.husband..makanya aku dan en. husband balik kampung Ranggu dengan bawa baju sanding sajalah. hihihi Terimalah sajalah semua yang telah dirancang oleh mereka.

Sebenarnya perjalanan majlis kami agak berterabur..ermmm agak ker?? memang sangat berterabur perjalanannya.. Kami bercuti pada 25/3/2015. Turun di Kota Kinabalu, dan balik ke Keningau dulu untuk urusan memilih baju sanding di Keningau.. hehehe Walaupun rasa penat tetapi perasaan BAHAGIA sangat ketika ini. Acara pilih-memilih baju untuk dipakai ketika sanding di tempat perempuan..hohoho.. Sangat suka tau..
Saya pilih Butik Keningau Bridal House untuk sewa baju.. sebab harganya yang dalam bajet kami.. Tidak banyak sangat pilihan yang ada disini..

Untuk pelamin,katering dan kanopi, kami pilih Global Canopy. Kalau ada yang berminat pakai service dorang ni, pejabatnya berada di kg.Bayangan.. Saya pilih global canopy kerana ini merupakan perniagaan Makcik kawan saya.. Harap-haraplah ada discount tapi.. hahaha Bussiness Is Business..hohoho

Tema merah putih.. hehehe.. Nampak kerusi sebelah menyebelah?? Itu untuk pengapit kami.. kesian diorang kalau bediri terus...


Tiada buat makan beradab (sebab bukan adat keluarga)... yang ni request dari pengantin, nak ada meja makan bulat untuk makan sekali dengan mak, bapa,mak mertua dan bapa mertua..hohoho... mengada-ngada lebih kan..hihi

 Katering service dari Globa Canopy..

Gerbang tema merah putih.. dan nampak kan kanopy di belakang.. Yang dalam gambar ni, biras saya, dalam perut ada baby kedua.. :)

Agak kurang berpuas hati untuk service makanan Global Canopy. Kerana majlis kami bermula pada jam 3.00pm-11.00pm.. Tapi makanan yang dihantar telah basi pada jam 5.00pm, Semua jenis basi termasuk buah wuahhh wuahhh Tak tau nak cakap macam mana untuk mengambarkan perasaan kuciwa.. huhuhu FRUST menonggeng.. Sudahlah mahal, basi pulak... Mengalir airmata aku.. Yalah.. makanan kot, benda paling utama..huhuhu tetapi terpaksa pasrah sebab majlis telah berlalu..
En. Husband ada komplain tentang makanan basi dengan owner Global Canopy waktu bayar baki bayaran.. Harap-haraplah ada perubahan..

Untuk kek kahwin, saya pilih Homade kek dari Pn. Habibah. Sebab yang ini senang, ada service penghantaran kerumah pengantin.. Harga agak mahal lah jugak..hahaha RM6++ ..dan sebab itu, saya tidak kembalikan hiasan bunga dan patung pengantin kek kepada mereka...hahaha Bagi balik pisau kek sahaja, ikutkan hati, pisau kek pun saya tak nak kembalikan, sebab harga kek dah macam beli pisau-pisaunya sekali...hahaha



Untuk jurugambar pulak, kami pilih Gomogi Picture.. Service diorang ni memuaskan.. saya berpuas hati.. hehe

huhuhu...tak sempat bergambar dengan cameraman.. :(  2 orang baju hitam dan putih tu... haaa itulah jurugambar kami..

Untuk penari pula kami pilih T'K Dance dan kanak-kanak st. Agustinus 2.. Yang ini saja-saja buat.. untuk memori.. T'K dance merupakan kanak-kanak Thalasemia, Cantik tarian diorang tau.. hehe
Bayaran pula saya bagi RM150 untuk kedua-dua kumpulan penari..

 Ini penari dari kanak-kanak KKD st. Agustinus 2

Ini pula penari dari T'K Dance

Untuk music sepanjang majlis pula saya pilih karoke saja.. Senang dan dapat bagi semua merasa untuk menyanyi.. Kalau pilih Band, bukan semua orang pandai menyanyi menggunakan Band tau.. betul tak?.. Yang ini kami pilih kawan-kawan kampung saja, kebetulan diorang ada service karoke dan Band untuk majlis-majlis....

Karoke dan PA System... baik dorang ni, siap awal lagi sebelum majlis...

Doorgift pulak, kami buat sendiri.. Saya ni jenis tidak suka dan akan sedih kalau barang-barang yang diberi tidak dihargai.. Makanya untuk mengelakkan itu terjadi.. maka saya memilih untuk memberi doorgift berupa makanan (sebab semua orang sukan makan..hehe) dan sebatang pen comel.. (^_^)  Jadinya, tiada berlaku pembaziran.. hehehe Doorgift saya bagi beberapa jenis gula-gula dan keropok.. Manakala untuk mereka yang bersalaman dengan pengantin pulak, saya bagi coklat ala-ala Ferrero Rocher.. (^_^) Sangat suka dan senang hati bila tiada pembaziran berlaku.. Dan semua pun happy..

Buat simple-simple saja.. bunga ros merah tu pen..

Buku reception pulak.. saya buat saat-saat akhir.. Dan hasilnya, sangat Huduh... hahaha.. nasib baiklah kakak kesayanganku membantu mencantikkan sedikit buku saya.. (Sebenarnya buku lukisan saja..hohoho)...



Inilah hasilnya.................................................................

Paluan Gong pula kami sewa gong kampung ria saja... kami sewa gong sahaja manakala pemalu gong dilatih oleh mama dan aunty Peni..  Yang ini agak lucu, kerana sewaktu sesi latihan,  paluan gong memang cantik dan seragam tetapi semasa hari kejadian.... paluan berterabur kerana banyak pemalu yang tidak diundang membantu.. hahaha.. But still Ok for me.. Tapi agak rasa sedih bagi keluarga pihak lelaki sebab rupanya rombongan lelaki menanti-nanti paluan gong tersebut.. Saya sebenarnya, tempah gong sebagai syarat adat sahaja.. tapi tak sangka pula diorang memang menanti paluan gong yang sebenar.. kesian diorang.. kalau tau, minta mama sewa sekali dengan pemalu-pemalu gong profesional..


Doorgift Girl pula, saya lantik causin-causin perempuan untuk bahagian meja doorgift.. comel-comel diorang ni tau..hehe


Pengacara majlis pula saya minta bantuan dari salah seorang causin juga..hahaha banyak jasa causin-causinku ni.. Tapi tiba-tiba ketika kejadian, pengacara majlis pula bertugas untuk membawa anak-anak angkatnya.. Saya pun mintalah bantuan dengan kakakku.. Nasib baiklah ada kakak yang terbiasa dilantik menjadi pengacara majlis..

Taraaa... ibu mengandung..hehe pengacara majlis terjun..

Pengapit pula saya minta bantuan anak buah sebelah bapa untuk pengapit perempuan, manakala pengapit lelaki pula adik ipar lelaki..



Rasanya itu sahaja persiapan yang saya buat untuk majlis sanding di pihak perempuan...  Alhamdulilah..
Walaupun ada sedikit kesulitan.. Tetapi tetap berjalan dengan lancar..


2 comments:

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...