Assalamualaikum.. Lama sudah tidak update blog.. dah bersawang-sawang ni..hehehe
Kali ini mau cerita tentang urusan saya untuk bernikah di keningau menggunakan wali raja.. hohoho dan huhuhu
Urusan kahwin ni sangat la mengembirakan hati dan menyedihkan hati juga.. Apa tidaknya, sebab urusan berbeza mengikut negri.. negeri tau.. bukan negara.. (^_^)
Dan urusan saya ni agak rumit dan terpaksa berulang alik kesana-sini sebab saya dan Mr. fiance dianggap pemaustatin di selangor walaupan kami dua asal Sabah tanah airku..huhu Untuk makluman sekiranya anda tinggal ditempat lain selain daripada tempat kelahiran anda lebih daripada 5 bulan, anda adalah seorang pemaustatin..dan kami yang bertugas di semenanjung ni sudah lebih daripada 5 tahun..kompom-kompom nya lah pemaustatin..
Syukur juga kepada ALLAH S.W.T sebab my mr.fiance adalah orang yang menguruskan semua benda dengan bersungguh-sungguh sepertilah urusan mencari rumah hari tu.. Bergaduh tu jangan kiralah..hehehe Bukan jer gaduh dengan I...dengan orang2 yang berkenaan sekali U.. nasiblah kau labu siapa yang terkena muka bengis@suluk dia tu..hahaha
First step untuk membuat urusan kahwin seharusnya dan wajib adalah kursus pra perkahwinan..oo yang ini semua orang tau..tak perlu cerita panjang lebar.. hahaha
Second step buat ujian saringan HIV di klinik kerajaan.. okeh yang ini memang agak mengelirukan sebab borang ujian HIV tu ada banyak version... (@.@) lain negeri,lain borang...
Walaupun kami ni berasal sabah dan anak jati sabah...tapi borang HIV utk orang sabah tidak ada tersedia di klinik cheras(tempat pertama kami buat ujian saringan HIV tapi..tidak berjaya kerana tiada borang)...
psstttt...borang HIV test versi Sabah ni, sangatlah payah nak dapat weiii kalau anda berada di semenanjung..dan tiada tersedia dalam laman web jabatan agama islam Sabah... ermm macam mana nak dapat??..saya pun tak tau.. sebab kami dah minta tolong jasa baik pegawai dari Sabah untuk fakskan kepada kami.. tapi tidak berjaya kerana orang tu cakap.."tidak boleh"... (@.@) okehhh... mmm... kenapa tidak boleh?? kami sendiri pun tidak tau...adalah kot sebabnya tersendiri tu. Penerangan daripada pegawai sabah pun tidak jelas, macam mana untuk urusan nikah kami... sebab ujian HIV,kami buat di semenanjung tapi kami akan nikah di sabah...nak balik sabah semata-mata buat ujian HIV..memang tak dapatlah weiii...tiket hingat murah kerrr??
Akhirnya mr.fiance......setelah menelefon kesana-kesini...mensearch, mengoogle disana-sini... barulah dapat menelefon pegawai yang tepat dan tau macam mana sebenarnya urusan kahwin macam kami ni...sebab kami nak nikah di Sabah dan menggunakan wali raji@hakim, sebab saya ni mualaf.. tapi kami tinggal@bekerja di semenanjung.. walaweiii hahaha rumitnyalah heii, nak terangkan dengan orang pun.. ada yang bingung..
Jadi disini saya terangkan caranya.. Pertama anda harus mengisi maklumat diri anda dan pasangan di dalama laman web JAIS.. sebabnya alamat tempat tinggal saya dan mr. fiance adalah dlm kawasan Selangor..
Masing-masing kena daftar.. bukan hanya lelaki..atau hanya perempuan..
Bagi si pemaustatin,kena isi satu borang lagi iaitu borang pemaustatin.. kena ada 2 orang saksi untuk borang kebenaran berkahwin lelaki/perempuan....dan 1 saksi untuk borang pemaustatin....carilah saksi anda.. lebih baik menggunakan saksi yang ada kaitan saudara.. tapi jika tiada..rakan-rakan yang boleh dipercayai pun boleh.. Oleh kerana kami berdua adalah pemaustatin..maka kami berdua juga sama-sama mengisi borang pemaustatin.. selepas isi klik hantar..dan print (isilah 3 bulan sebelum tarih nikah)
Borang yang anda print tadi penting untuk membuat ujian saringan HIV.. Kali kedua kami ke klinik kesihatan Ampang.. Senang dan cepat..
Bawa sahaja borang-borang tadi ke klinik ampang.. kemudian bolehlah menjalankan urusan ujian HIV.. owww tidak sakit pun ujian HIV ni.. Tapi berdebar-debar jugaklah hati, sebelum keputusan keluar..takotttt..ntah apa yang takut..hahah (mana tidak takut..kerja kami setiap hari..berdepan dengan orang yg ada sakit HIV...takotlah weiii manalah tau tiba2 pula...hahaha...minta dijauhkanlah)... keputusan -ve... huuuhhh lega.. hik hik hik
Urusan melengkapkan borang, bagi saya tidaklah boleh siap dalam setengah hari..atau satu hari... huhhh siapa yang boleh siap dengan pantas tuuu....heyyy tak tau nak cakap apalah.. ehehe
Selepas ujian HIV.. saya dan mr.fiance membuat appoitment dengan para saksi kami..hehehe (kawan-kawan opis yang memahami) pergi ke masjid al-azmir kalau tak silap..dekat maxis segar tu...
Di sana.. kami menunggu untuk minta ustaz (err..ustaz kerr..tak ingat apa jawatan dia), signkan borang kebenaran berkahwin..Nanti untuk borang kebenaran berkahwin perempuan, ustaz tu akan nyatakan..mohon wali hakim.. yaaa kira macam tulah bunyinya..heheh...hohoho selesai saja ustaz tu tandatangan..hati sudah lega...hahaha (tapi kami tak tau..sebenarnya jau lagi rupanya perjalanan untuk selesai melengkapkan borang..ehemm)
Untuk borang pemaustatin, anda boleh pilih, samaada ketua kampung atau ketua perumahan tmpt tinggal dan yang lain saya dah tak ingat.hihi..tapi kami pilih ketua kumpulan A..iaitu BOS kami sendiri.. mudah dan senang..hehehe jadi..urusan yang ini juga sudah selesai..
Sudah lengkap borang... Bawa borang ke pejabat Agama Islam Hulu Langat.. haaah..yg tinggal selangor..kenalah bawa borang ke sini..mesti@wajib...
Disana..kami mohon untuk kebenaran berkahwin bagi pihak lelaki..dan kebenaran berkahwin luar kawasan sekaligus kebenaran menggunakan wali raji@hakim bagi perempuan.
tapi...sampai giliran mr.fiance berjumpa pegawi JAIS...rupanya dokumen masih tidak lengkap...apa????.takda surat pengesahan dari JPN..katanya kena ada suat pengesaha dari JPN..surat tu utk apa??entahlah.. Pegawai tu suruh kami ke JPN untuk minta surat pengesahan..
Makanya kami pun pergilah ke JPN putrajaya..itulah yang paling dekat rasanya..
Sampai di JPN..orang JPN tak tau apa surat yang kami maksudkan... Ohh noo.. Kami terangkan satu persatu pun..tetap juga diorang tak faham.. alamak.. Mr.fiance sudah bengang..
Di JPN ada 3 cara pengesahan.. 1) fotostat salinan kad pengenalan dan cop disahkan benar
2) keluarkan surat pengesahan kad pengenalan..ambil masa 7 hari berkerja untuk siap
3) biometrik
Oleh kerana kami pun tidak tahu..pegawai di JPN tu pun tidak tahu..dan pegawai di JAIS pun tidak menjawab telefon...maka kami pun buat sajalah ketiga-tiganya..Tapi yang surat pengesahan 7 hari tu..sebenarnya tak payah buat pun.. cehhh..tak perlu pun.. (tak kutip lagi surat tu sampai sekarang)
Kami bawa salinan kad penganalan yang disahkan dan biometrik yang JPN pritkan ke pejabat Hulu Langat hari tu juga... diterima.. Yang mana satu diorang guna?? saya pun tak tau (tak tanya dan..yg pentinga lulus..hahaha).. makanya selesailah suda urusan borang kebenaran kahwin lelaki...hehehe selesai.. tapi baru lelaki.. huhuhu (ada bayaran tapi saya tak hingat..sebab mr.fiance yang bayar)
Panjang lebarnya entry hari ni..hahaha
Berehat seketika yerr.. penat memerah otak utk mengimbas kembali dan penat menaip..nanti entry cooming soon..saya cerita pasal urusan borang kebenaran kahwin perempuan pula ya..
Entry kali ni saya tak sertakan gambar...penat yang teramat sangat semasa urusan..dah tiada mood nak ambil gambar..
Sehingga berjumpa lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ARAHAN BERTUGAS DI SABAH
Assalamualaikum Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...
-
Penyelesaian kepada daging steak liat... Bahagian daging yang sesuai untuk dibuat steak. Assalamualaikum, Bagi penggemar western fo...
-
Assalamualaikum.. Lama dah tak share makanan.. So hari ni, saya rasa nak share satu tempat makan, kegemaran diri sendiri.. hihihi Kenap...
-
sumber: stock.adobe.com Assalamualaikum, Kali ni saya nak kongsikan tentang maksud Extrovert berserta ciri personaliti Extrovert. ...
Hi, sy pn dr sbah dan akn berkahwin dgn org kl. Tp mo tnya, klu sy mo bt hiv test, mmg kna isi dlu form2 yg dlm laman web tu ka? Sbb sy mmg tgal d kl. And perlu ka isi borang permastautin tu juga? Nmpk complicated sgt huhu..
ReplyDeletekaunter di Klinik/hospital akan minta borang kahwin waktu mau buat ujian HIV, jadi yang itu wajib isi dulu sebelum buat test. Kalau tiada, Hosp suruh datang balik bawa borang kahwin yang sudah lengkap diisi. Untuk borang pemaustatin tu, itu borang lain, Mualaf macam saya wajib isi untuk dapatkan kebenaran wali hakim. Tapi Iyzah duduk di KL kan, cuba kol pejabat agama islam KL.. Takut berbeza dan selalunya berbeza sikit.
DeleteHi, sy pn dr sbah dan akn berkahwin dgn org kl. Tp mo tnya, klu sy mo bt hiv test, mmg kna isi dlu form2 yg dlm laman web tu ka? Sbb sy mmg tgal d kl. And perlu ka isi borang permastautin tu juga? Nmpk complicated sgt huhu..
ReplyDeleteEya.. isi online then print... hehe pemaustatin tu pun wajib
DeleteInilah yang saya tengah pening ni sekarang.. amhu tanya, untuk urusan wali hakim tu berapa lama ya?
ReplyDeleteKami urus lengkapkan dokumen semua, ambil masa 2 minggu juga laπ.. wali hakim tu siap 1 hari ja kalau dokumen lengkap. Tp kena mohon di daerah mana sis nikah.. mcm saya, saya nikah di tawau,sabah. So dokumen yg lengkap tu kena hantar ke pejabat agama tawau. π
Delete