TEMUJANJI UJIAN PENDENGARAN HOSPITAL


Assalamualaikum,

20.5.2020, tarikh temujanji ujian pendengaran saya di hospital Ampang selepas ditangguh disebabkan oleh tersebarnya Coronavirus (NcOv-19). 

Temujanji sewaktu pandemik Covid-19 ni, betul-betul mencabar... mana diri saya sendiri takut dijangkiti virus ni, dan pihak hospital sendiri pun sangat ketat, supaya tiada yang sebarkan virus Covid-19 di hospital. 

Pemeriksaan suhu dibuat dua kali, dan sanitizer ada semua pintu. Hanya yang ada urusan di hospital sahaja dibenarkan untuk masuk. 

Satu tindakan yang betul-betul membuatkan hati saya rasa lega... sekurang-kurangnya, penyebaran virus di hospital sangat tipis.. dan saya tak perlu risau sangat.

Tapi cerita utama entry ni sebenarnya tentang temujanji ujian pendengaran saya.. hehehe🤭

Kenapa saya dapat temujanji ujian ni.. boleh baca entry saya sebelum ni disini

Sampai sahaja di bahagian telinga, mata dan mulut... dapat nombor untuk ke bahagian ujian pendengaran. Tak sampai berapa minit, nama terus dipanggil, tak macam sebelum ni, tunggu berejam-rejam, baru sampai giliran... Memang yang betul-betul urgent sahaja, hospital panggil untuk appoitmen. 

Ujian pendengaran ni, dia uji kebolehan telinga kita mendengar bunyi yang kuat kepada bunyi yang betul-betul halus.. dan bunyi dari sunyi dibanding dengan bunyi dalam keadaan yang bising dan berdesir... Doktor uji tahap pendengaran kita dikedua-dua belah telinga, dan diorang bandingkan. 

Mula-mula, saya pakai satu jenis alat seperti earphone, di telinga yang gegendang pecah sahaja. Doktor pasang satu bunyi beep... Doktor pesan, kalau rasa sakit, bagitau... Memang tiada rasa sakit pun... 

Selepas tu doktor minta masuk satu bilik kedap bunyi... dalam bilik ni, ujian pendengaran yang sebenar dibuat... mula-mula, doktor bagi pakai earphone. Earphone tu pakai dekat telinga yang ok dahulu.. Ada bunyi dari yang kuat kepada yang paling halus... setiap kali dengar bunyi, kena tekan butang... 

Selepas buat ujian dekat telinga yang OK, buat ujian dekat telinga yang tak Ok pulak.. bunyi yang sama... dari yang kuat kepada yang paling halus... 

Kemudian tukar pulak earphone kepada satu alat besi, tak letak dekat telinga, tapi letak di belakang telinga kita. Yang ni, uji dekat telinga yang bermasalah sahaja... uji bunyi sama seperti yang awal tadi... setiap kali dengar bunyi, kena tekan butang.. 

Selepas tu.. diorang pasangkan sekali earphone telinga pula... jadi waktu ni, kepala memang agak berat sikit dengan 2 buah earphone.. 

Selesai pemeriksaan telinga, tunggu turn jumpa doktor untuk tengok keputusan ujian pendengaran. 

Keputusan pendengaran, sebelah kiri (yang gegendang pecah) ada sedikit terjejas, tapi tak teruk sangat... sebab tu saya tak perasan sangat pendengaran ada terjejas sedikit. 

Kemudian, doktor bagi saya pilihan cara untuk rawat gegendang telinga yang pecah ni.. huhu... Ada dua pilihan, pertama, gunakan asid yang akan diletakkan sekeliling gegendang yang pecah tu, untuk rangsang pertumbuhan kulit gegendang. Rawatan yang ini, sekali letak asid, tak terus sembuh, mungkin akan tumbuh sedikit sahaja kulit tu.. jadinya akan ada temujanji setiap minggu untuk pantau perkembangan pertumbuhan dan letak lagi asid sehingga lubang yang pecah tu tutup sepenuhnya. 

Apa fungsi asid tu???? Asid ni akan lukakan semula gegendang telinga saya ni. Apabila tepi gegendang yang pecah tu luka, kemungkinan untuk kulit tumbuh semula dan perlahan-lahan menutup lubang yang sudah pecah. Lebih kurang begitulah penerangan doktor... sakit tak?? Doktor kata, sakit sedikit... lebih- lebih lagi jika saya bergerak ketika prosedur dibuat dan terkena dekat tempat yang tak betul... ohhh myyy... saya betul takut dengan kesakitan😱😱... Ini tak perlu ditahan diwad, hanya dibuat ketika temujanji dan selepas itu dapat temujanji seterusnya untuk letak asid lagi.. 

Manakala, pilihan yang kedua ialah secara pembedahan. Sedikit tisu dekat kulit kepala atas telinga akan diambil, kemudian ditampal pada gegendang telinga yang pecah tadi. Tisu tu dekat dalam kulit, jadinya kena toreh kulit untuk dapatkan tisu nipis tu. Selepas dah dapatkan tisu, barulah akan ditampal di gegendang yang pecah tersebut. Yang pilihan kedua ni, perlu ditahan dalam wad. 

Doktor bagi saya buat pilihan, samada nak rawatan yang pertama atau yang kedua. Setelah berbincang dan bertanya risiko dan tahap kesakitan... saya pilih rawatan yang kedua... makanya, doktor pun periksa kekosongan bilik bedah, so saya punya tarikh pembedahan hujung bulan Ogos 2020. 

Kenapa pilih rawatan yang kedua?? Sebab saya bekerja, agak susah nak datang setiap minggu ke hospital untuk appoitmen... dan yang kedua, saya risau jika pilih rawatan yang pertama, rasa sakit membuatkan saya dah taknak datang ke temujanji yang seterusnya😅... saya memang ada sikap penakut seperti itu.. hehehe

Okeh... itu sahaja perkongsian rawatan gegendang telinga pecah saya. 

Daa..


Review Set Bacalah Anakku, Kaedah Fonik

Ajar lily membaca menggunakan kaedah fonik

Assalamualaikum..

Akhirnya, sampai juga buku yang ditunggu-tunggu.... Almaklumlah, musim PKP ni, takut lambat sampai sahaja barang-barang yang kita order Online... 

Alhamdulilah, sampai di tangan 4 hari selepas buat payment.. 

Pada mulanya, saya tak nak guna kaedah phonic ni untuk ajar Lily... Tapi bila banyak review dan ada beberapa tadika yang menggunakan kaedah fonik dalam kelas... maka saya ambil keputusan ajar Lily membaca menggunakan Kaedah Fonik. 

Bulan ni genap lily berumur 4 tahun... Tahun depan, kami suami isteri rancang nak masukkan lily tadika.. semoga dipermudahkan.

Sebelum ajar fonik ni, saya ajar Lily untuk kenal huruf dari A hingga Z dahulu. Selepas itu, barulah saya mulakan dengan kaedah fonik ni... kenapa??? Sebab lily dah awal-awal belajar kenal huruf sebelum ni, so saya rasa rugi nak berhenti semata-mata nak beralih kepada kaedah fonik ni... 😅 sebab tu saya teruskan dahulu yang saya dah mulakan sebelum ni.

Set bacalah anakku ni, ada 9 buku semuanya. dan ada kad-kad huruf... boleh tengok gambar atas tu.. 

Ada 9 buku belajar :: 
 Buku panduan Bacalah Anakku

 Buku 1, belajar sebut a, i, u, n, b

 Buku 2, belajar sebut m, s, k

 Buku 3, belajar sebut t, y, c, p

 Buku 4, belajar sebut d, g, l, r

 Buku 5, belajar sebut h, j, w, f, z

 Buku 6, buku suku kata tertutup

 Buku 7, belajar sebut o, e, e

 Buku 8, belajar sebut ng, ny, sy dan kh

Muka surat pertama, setiap buku ada disertakan panduan mengajar

 Ini di helaian akhir setiap buku. untuk guru atau ibu bapa buat penilaian samaada anak-anak sudah bersedia ke buku seterusnya atau sebaliknya

Banyaknya buku😆... semoga lily khatam semua ni sebelum tahun depan... 

Untuk panduan sebutan bunyi pula, boleh rujuk di www.readnetwork.com 

Okeh, itu sahaja perkongsiannya

Daa..


KEPAK AYAM MADU RESEPI

Resepi Sayap Ayam Madu Sabahan Style
Assalamualaikum

Saya nak share satu resepi kepak atau orang Sabahan panggil Sayap Ayam Madu cara Sabah.

Saya suka beli sayap ayam ni. Selalu diorang jual tepi-tepi jalan... bau ayam yang dipanggang pun, sudah rasa sungguh menyelerakan... 🤤🤤..

Sebenarnya, cara bakar ayam tu, tak susah... sangat mudah dan resepi kepak ayam madu tu sungguh senang. Dari kita sahaja, rajin atau malas nak memanggangnya😁

Bahan-bahannya, simple, mudah dan murah... 

1. Kepak atau Sayap Ayam 10 ketul
2. Serbuk lada putih 1tbsp (dlm gambar, saya gunakan serbuk lada hitam sebab dah kehabisan serbuk lada putih😅)
3. Bawang putih (ditumbuk) 6 biji
4. Garam secukupnya
5. Amoi merah 10 biji

Gaulkan semua bahan-bahan diatas hingga sebati. Kemudian perap, minimum selama 1 jam atau semalaman. Semakin lama anda perap ayam, semakin sedap rasa ayam anda.
Dah gaul.. akan jadi warna keorenan macam dalam gambar ni

Dah perap... boleh la bakar. Ada 3 cara untuk bakar ayam, yang paling disyorkan dan pastinya sedap ialah cara no.1::

1. Bakar atas bara api (barbeque)
~kalau rumah kamu ada ruangan untuk panggang memanggang, amat saya syorkan untuk bakar guna kaedah ini. Asap ketika membakar, bukan sekadar memedihkan mata anda ya, hihihi... asap ni sebenarnya membuatkan kepak ayam berperisa SMOKEY, lebih sedap dan wangi

2. Bakar menggunakan pan ajaib
~pan ajaib atau yang seangkatan dengannya ialah pilihan kedua. Walau rasanya tidak sesedap seperti yang dipaggang atas bara api, tapi masih kira sedap jugak ni
Ini saya panggang  menggunakan pan ajaib.. (sebab rumah kami tiada tempat untuk berbarbeque)

3. Bakar menggunakan Oven
~setkan oven 150°C, setkan api atas dan bawah... dan bakar selama dua jam atau sehingga ayam masak. Sentiasa periksa ayam kamu ya, sebab lain oven, lain suhu...

Itu 3 cara memanggang ayam. 

Ketika memanggang ayam, PASTIKAN kamu sentiasa sapu ayam dengan minyak... jangan birakan ayam kering... nanti hasilnya tak sedap... No pain,no gain..hahaha.. penat sikit tapi berbaloi.. selang 3 ke 4 minit, balikkan ayam dan sapu minyak... sentiasa balik-balikkan ayam sehingga ayam masak

Ini tips penting::
Minyak sapuan ayam, letakkan bawang merah dan putih yang ditumbuk.. gantikan berus sapuan kepada serai. Ketuk batang serai seperti dalam gambar. ini akan menambah rasa yang sedap pada ayam kamu ketika dibakar. 


Bila kamu dah nampak ayam telah masak... sapuan terakhir ialah MADU. Sapukan madu keseluruh permukaan ayam... kemudian bakar sekejap... dan angkat... 

Yezzaaa... siap... 
~gambar dah siap lupa snap, sebab ingat nak makan je😅
Boleh makannnnnnn... yummmm yummm

Simple ingredients, tapi hasil yang awesome😊

Okeh itu saja perkongsiannya..

Daa..

DAGING YANG SESUAI UNTUK STEAK

Penyelesaian kepada daging steak liat... Bahagian daging yang sesuai untuk dibuat steak.
Assalamualaikum,

Bagi penggemar western food, pasti pernah mengalami, daging steak yang dimasak dirumah, liat dan keras. Kita serupa!!! :)

Saya adalah penggemar steak tegar... Sememangnya ada ketika, perasaan mengidam untuk makan steak medium well sangat membuak-buak... tak boleh di control sudah, tahap gila bayang...terbayang-bayang makan steak... hahaha.. 

Banyak kali cuba masak steak dirumah , tapi selalu gagal...huhuhu... mungkin disebabkan pemilihan daging yang salah. Setakat ni tak pernah berjaya masak steak seperti chef Gordon Ramsay atau Jamie Oliver... Gaya tu dah ada, tapi in the end, hanya menang gaya sahaja😅... Makanannya gagal.. Tapi saya takkan berputus asa. I will keep practise..💪

Hasil dari pembacaan saya, untuk memasak steak yang lembut dan berjuicy tu, kita perlulah dapatkan daging yang sesuai.. (sebelum ni saya beli yang australian beef punya, tapi tak tengok bahagian.. mungkin sebab inilah steak saya tidak menjadi)

Bahagian daging lembu dibahagikan mengikut namanya.. 

Untuk memasak steak, daging yang paling sesuai ialah bahagian Tenderloin, atau dikenali juga sebagai daging batang pinang, daging harimau menangis atau musir dalam (bahasa kelantan). 

Kedua, ialah daging striploin, atau juga dikenali sebagai daging di bahagian rusuk, atau musir luar (bahasa kelantan). Daging ini pun sesuai untuk masakan steak.

Untuk daging mata punggung atau 'Topside'. Daging ini tidak sesuai untuk steak... ia daging yang sesuai dimasak berkuah. Ini kerana, daging ini tidak terlalu lembut.

Begitu juga dengan bahagian-bahagian lain, seperti 'rump' , 'knuckle', 'shank', 'blade' dan bahagian lain, yang berotot dan tidak lembut. Daging ini sesuai dimasak berkuah.

Nama-nama daging ini, mungkin dikenali dengan nama yang berbeza-beza mengikut negara.... So cara yang senang ialah dengan lihat pada belakang nama daging tersebut. Jika ada perkataan 'loin', maka ia sesuai untuk dimasak steak.

Kenapa daging lembu, ada yang liat, ada yang lembut apabila dimasak??
~kerana, bahagian-bahagian daging lembu , ada  yang malas, dan ada yang rajin..hahaha. 
~Bahagian yang rajin itu ialah, bahagian yang banyak bergerak, dan menjadikan bahagian itu berotot. So bahagian ini akan menjadi lebih liat.
~Manakala bahagian yang malas  pula, bahagian yang kurang bergerak, ini menjadikan otot dibahagian ini lebih lembut, dan amat sesuai untuk steak.

Okeh... sekian infonya untuk rujukan saya dan mereka yang memerlukan.

Daa..




APA PERBEZAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK

Maksud dan Perbezaan antara keperluan dan kehendak

Assalamualaikum,

PKP hari ke-25. Semoga Malaysia dapat menghapuskan rantaian Covid-19 dan seterusnya pulih seperti sedia kala. Amin.. PKP dilanjutkan lagi hingga 28 April.. Saya redho, ini demi kebaikan kita semua.. 

Hari ni, saya mau bercerita tentang maksud keperluan dan kehendak. 

Baru-baru ini, selepas PM umumkan bantuan sempena perlaksanaan PKP untuk mengekang Covid-19, saya perasan, banyak yang mengupdate status, yang mana, menyebabkan saya tertanya... "ehh.. kau ni faham ka beza keperluan dengan kehendak???? Nak cakap b*d*h tak jugak.." 😅


Apa maksud keperluan

▪️Sesuatu perkara yang perlu ada untuk setiap manusia untuk terus hidup. 
▪️Keperluan manusia terdiri daripada keperluan fisiologi seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
▪️Manakala keperluan-keperluan lain yang turut diperlukan manusia zaman moden ialah pendidikan, kesihatan, pengangkutan dan kemudahan asas seperti air dan elektrik.

Apa maksud kehendak

▪️Sesuatu perkara yang menjadikan hidup manusia lebih selesa.
▪️Kehendak lebih merupakan pelengkap kepada keperluan.
▪️Kehendak manusia tidak terbatas dan sukar dipuaskan.
▪️Contoh kehendak ialah: kereta mewah, makanan lazat, rumah bungalow, pakaian berjenama dan banyak lagi..

Berikut merupakan perbezaan antara keperluan dan kehendak manusia

Klik imej untuk lebih jelas

Itulah dia keperluan dan kehendak. 

Benda ni, sepatutnya tanpa diajar pun, kita boleh bezakan sendiri samada ia perlu atau sekadar kehendak. 

Semoga info ini bermanfaat. 

10 TIPS BERBELANJA SECARA JIMAT DAN BIJAK

Tips penjimatan berbelanja oleh Mell...


Okeh tajuk haruslah gempak gitu.. hahaha walaupun Tips tu tidaklah segempak mana. Ini adalah cara saya berbelanja untuk jimatkan duit... Yess DUIT tau... sebab sekarang barang-barang sangat mahal dan semua benda memerlukan duit...

Tpis ni adalah berdasarkan apa yang saya amalkan sendiri... Tapi terpulang pada anda untuk jadi lebih kreatif.. Mungkin anda ada penyelesaian yang lebih baik.

Berikut adalah 10 cara saya berbelanja secara jimat dan bijak:

1. BELI REFILL PACK UNTUK SEMUA JENIS SOS, SABUN, MINYAK DAN APA JUGA YANG MENYEDIAKAN REFILL PACK

Jika anda perasan, ada barangan yang dijual di pasaraya, sediakan refill pack kepada pembeli. 

Dan harga refill pack ni, lebih murah berbanding kamu beli dalam botol tu...

Sebab itu, jangan buang botol yang ada sediakan refill pack. Kamu hanya masukkan refill tu kedalam botol yang dah kosong. 

Antara barangan yang sediakan refill pack ni seperti sos, sabun, minyak, pewangi baju, dan lain-lain.


 
Cara saya menyimpan sos dalam refill pack.

Simpan minyak refill dalam botol minyak 1 liter

Gambar atas ni, antara contoh, cara saya menyimpan barangan yang dibeli dalam bentuk refill... 


2. BELI BARANG SECARA PUKAL

Ini sesuai diaplikasikan, untuk barangan yang tahan lama. Jika ada kedai yang menjual secara borong, itu adalah lebih baik... (selalunya, saya akan berbelanja di pasaraya borong, kerana harganya lebih murah (NSK))

Kebiasaanya, harga barangan yang yang dipek secara banyak atau pukal, mempunyai harga yang lebih murah, berbanding beli satu sahaja.  

Tetapi sila alert dengan tarikh luput setiap barangan. Barangan yang sesuai dibeli secara pukal ialah Tisu dapur, Pampers anak, Susu anak, dan apa-apa juga barangan yang tahan lama, yang dijual secara pek promosi.


3. BELI AYAM BULAT 

Maksud ayam bulat ialah, satu ekor ayam yang telah siap disembelih dan dibersihkan. 

Harga seekor ayam, adalah lebih murah berbanding, kamu beli bahagian-bahagian tertentu sahaja. Contohnya, kamu hanya beli bahagian kepak sahaja atau peha sahaja. Harga akan jauh berbeza.

Ada pasaraya yang menjual RM5.99 untuk satu ekor ayam, ini jauh lebih murah berbanding anda beli yang telah siap diasingkan. Kebiasaanya, saya akan beli 2 ke 3 ekor ayam, kemudian minta mereka potong 8.

Ayam tersebut saya akan simpan secara berasingan. Contoh, 7 potong ayam, simpan dalam 1 bekas. Ini penting untuk jaga kualiti ayam kamu tu ya... So hanya ayam yang akan dimasak untuk hari tersebut sahaja akan dicairkan. 

Elakkan menyimpan ayam, selonggok beramai-ramai, simpan didalam satu bekas. Ini kerana, kamu terpaksa cairkan semua ayam tersebut jika berhajat untuk memasak ayam. Cara ini, akan rosakkan kualiti ayam. 

Pastikan juga, ayam-ayam ni dicuci bersih sebelum disimpan secara asing didalam Freezer.


Ini contoh cara saya simpan stok barang basah


4. BUAT SENARAI BARANGAN YANG DIPERLUKAN

Ini adalah tips yang kamu selalu dengar, hehehe.. Tpis ni sangat penting ya... Untuk elakkan anda terbeli benda yang masih ada, dan untuk elakkan anda perlu keluar membeli sekali lagi, disebabkan terlupa beli barangan penting. Semua pasti maklum, keluar membeli juga memerlukan belanja, iaitu kos minyak, kos parking, kos kenyangkan perut hehehe... 

Ketika membuat senarai barangan, pastikan kamu senaraikan terlebih dahulu barang-barang dalam kategori keperluan. Setelah itu, dihujung list, barulah senaraikan barangan dalam kategori kehendak.

~Baca juga maksud dan perbezaan antara keperluan dan kehendak manusia


5. DAFTAR SEBAGAI MEMBER DI PASARAYA YANG ANDA KERAP BERBELANJA

Ini adalah tips penting dalam penjimatan berbelanja. Kebanyakan pasaraya yang mengamalkan konsep borong, harga ahli dan bukan ahli akan jauh berbeza. Anda akan dapat manfaat besar jika mendaftar sebagai ahli. 

Bagi pasaraya yang tidak mengamalkan konsep borong juga, biasanya akan memberi point pembelian, yang boleh ditukar dalam bentuk baucer tunai atau baucer diskaun harga. 

Ini sangat berbaloi kawan-kawan. 


6. BUAT PERBANDINGAN HARGA

contoh no. 6 ni ialah: jika kamu selalu membeli telur 1 papan, sekarang cuba kamu bandingkan dengan harga telur yang dipack 10 biji x 3. Ada masanya, harga telur pack 10 biji lebih murah berbanding harga sepapan.. Walaupun beza harga dalam 0.20 atau 0.30 sahaja, tapi ia tetap satu penjimatan.. 


7. TETAPKAN BAJET PERBELANJAAN BULANAN

Sila tetapkan bajet perbelanjaan bulanan kamu. Bajet bergantung pada kemampuan masing-masing ya.. 

Bajet ni penting supaya kamu tidak terlebih membeli barangan dalam kategori kehendak. 

Ketika berbelanja, carilah barang-barang  dalam kategori keperluan terlebih dahulu.. selepas selesai membeli barangan keperluan, barulah beralih kepada barangan dalam kategori kehendak.


8. BAWA KALKULATOR KETIKA BERBELANJA 

Untuk mengelakkan anda terlebih bajet ketika membuat perbelanjaan bulanan, sediakan kalkulator ketika membeli. Buat kira-kira awal ketika mengambil barangan. 

Dengan berbuat demikian, kamu akan tahu jumlah harga barang-barang dalam troli kamu. Ini akan buatkan kamu lebih berhati-hati ketika menambah item.


9. KUNJUNGI RAK CLEARANCE STOCK

Jika pasaraya yang kamu kerap berbelanja, ada sediakan rak ini.. Bolehlah tinjau barang-barang yang diletakkan dalam rak ini. Harga barang clearance stock semestinya jauh lebih murah, tetapi pastikan anda lihat pada tarikh luput barangan tersebut. 

Clearance stok adalah barangan yang telah hampir tarikh luput. Pasaraya mahu barangan ini habis dijual dengan menjatuhkkan harga barangan tersebut.


10. MAKAN SEHINGGA KENYANG SEBELUM BERBELNJA

Pastikan juga, kamu kenyangkan perut, sebelum berbelanja. Ini kerana, ketika lapar, kita cenderung mengambil lebih banyak barang. Tetapi, bila perut kenyang, kemungkinan untuk terambil benda yang tidak diperlukan adalah rendah.

Kadang terambil barang yang tiada dalam list pembelian disebabkan nafsu lapar itu menguasai minda.. hehehe

Okeh itu 10 tips berbelanja secara jimat dan bijak dari saya..

Semoga bermanfaat.

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...