TEMUJANJI UJIAN PENDENGARAN HOSPITAL


Assalamualaikum,

20.5.2020, tarikh temujanji ujian pendengaran saya di hospital Ampang selepas ditangguh disebabkan oleh tersebarnya Coronavirus (NcOv-19). 

Temujanji sewaktu pandemik Covid-19 ni, betul-betul mencabar... mana diri saya sendiri takut dijangkiti virus ni, dan pihak hospital sendiri pun sangat ketat, supaya tiada yang sebarkan virus Covid-19 di hospital. 

Pemeriksaan suhu dibuat dua kali, dan sanitizer ada semua pintu. Hanya yang ada urusan di hospital sahaja dibenarkan untuk masuk. 

Satu tindakan yang betul-betul membuatkan hati saya rasa lega... sekurang-kurangnya, penyebaran virus di hospital sangat tipis.. dan saya tak perlu risau sangat.

Tapi cerita utama entry ni sebenarnya tentang temujanji ujian pendengaran saya.. hehehe🤭

Kenapa saya dapat temujanji ujian ni.. boleh baca entry saya sebelum ni disini

Sampai sahaja di bahagian telinga, mata dan mulut... dapat nombor untuk ke bahagian ujian pendengaran. Tak sampai berapa minit, nama terus dipanggil, tak macam sebelum ni, tunggu berejam-rejam, baru sampai giliran... Memang yang betul-betul urgent sahaja, hospital panggil untuk appoitmen. 

Ujian pendengaran ni, dia uji kebolehan telinga kita mendengar bunyi yang kuat kepada bunyi yang betul-betul halus.. dan bunyi dari sunyi dibanding dengan bunyi dalam keadaan yang bising dan berdesir... Doktor uji tahap pendengaran kita dikedua-dua belah telinga, dan diorang bandingkan. 

Mula-mula, saya pakai satu jenis alat seperti earphone, di telinga yang gegendang pecah sahaja. Doktor pasang satu bunyi beep... Doktor pesan, kalau rasa sakit, bagitau... Memang tiada rasa sakit pun... 

Selepas tu doktor minta masuk satu bilik kedap bunyi... dalam bilik ni, ujian pendengaran yang sebenar dibuat... mula-mula, doktor bagi pakai earphone. Earphone tu pakai dekat telinga yang ok dahulu.. Ada bunyi dari yang kuat kepada yang paling halus... setiap kali dengar bunyi, kena tekan butang... 

Selepas buat ujian dekat telinga yang OK, buat ujian dekat telinga yang tak Ok pulak.. bunyi yang sama... dari yang kuat kepada yang paling halus... 

Kemudian tukar pulak earphone kepada satu alat besi, tak letak dekat telinga, tapi letak di belakang telinga kita. Yang ni, uji dekat telinga yang bermasalah sahaja... uji bunyi sama seperti yang awal tadi... setiap kali dengar bunyi, kena tekan butang.. 

Selepas tu.. diorang pasangkan sekali earphone telinga pula... jadi waktu ni, kepala memang agak berat sikit dengan 2 buah earphone.. 

Selesai pemeriksaan telinga, tunggu turn jumpa doktor untuk tengok keputusan ujian pendengaran. 

Keputusan pendengaran, sebelah kiri (yang gegendang pecah) ada sedikit terjejas, tapi tak teruk sangat... sebab tu saya tak perasan sangat pendengaran ada terjejas sedikit. 

Kemudian, doktor bagi saya pilihan cara untuk rawat gegendang telinga yang pecah ni.. huhu... Ada dua pilihan, pertama, gunakan asid yang akan diletakkan sekeliling gegendang yang pecah tu, untuk rangsang pertumbuhan kulit gegendang. Rawatan yang ini, sekali letak asid, tak terus sembuh, mungkin akan tumbuh sedikit sahaja kulit tu.. jadinya akan ada temujanji setiap minggu untuk pantau perkembangan pertumbuhan dan letak lagi asid sehingga lubang yang pecah tu tutup sepenuhnya. 

Apa fungsi asid tu???? Asid ni akan lukakan semula gegendang telinga saya ni. Apabila tepi gegendang yang pecah tu luka, kemungkinan untuk kulit tumbuh semula dan perlahan-lahan menutup lubang yang sudah pecah. Lebih kurang begitulah penerangan doktor... sakit tak?? Doktor kata, sakit sedikit... lebih- lebih lagi jika saya bergerak ketika prosedur dibuat dan terkena dekat tempat yang tak betul... ohhh myyy... saya betul takut dengan kesakitan😱😱... Ini tak perlu ditahan diwad, hanya dibuat ketika temujanji dan selepas itu dapat temujanji seterusnya untuk letak asid lagi.. 

Manakala, pilihan yang kedua ialah secara pembedahan. Sedikit tisu dekat kulit kepala atas telinga akan diambil, kemudian ditampal pada gegendang telinga yang pecah tadi. Tisu tu dekat dalam kulit, jadinya kena toreh kulit untuk dapatkan tisu nipis tu. Selepas dah dapatkan tisu, barulah akan ditampal di gegendang yang pecah tersebut. Yang pilihan kedua ni, perlu ditahan dalam wad. 

Doktor bagi saya buat pilihan, samada nak rawatan yang pertama atau yang kedua. Setelah berbincang dan bertanya risiko dan tahap kesakitan... saya pilih rawatan yang kedua... makanya, doktor pun periksa kekosongan bilik bedah, so saya punya tarikh pembedahan hujung bulan Ogos 2020. 

Kenapa pilih rawatan yang kedua?? Sebab saya bekerja, agak susah nak datang setiap minggu ke hospital untuk appoitmen... dan yang kedua, saya risau jika pilih rawatan yang pertama, rasa sakit membuatkan saya dah taknak datang ke temujanji yang seterusnya😅... saya memang ada sikap penakut seperti itu.. hehehe

Okeh... itu sahaja perkongsian rawatan gegendang telinga pecah saya. 

Daa..


7 comments:

  1. Harap dipermudahkan. Bulan depan kena bedah. Mell lama tidak kemaskini blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan bln depan... harap semua dipermudahkan...
      Busy sikit skrg ni NA... kena curi waktu utk update blog... tq ya sudi baca entry ni 😊

      Delete
  2. allahuakhbar.. first time saya baca procedures untuk ujian pendengaran.
    semoga semua dipermudahkan dan sembuh seperti sedia kala.. insyallah slowly okay..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... jalan cerita agak berterabur.. 😅😅..

      Delete
  3. Salam sis, ada baca kisah sis ni dah operate x? Mcm mne ye...cari sambungan kisah ni x jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni, saya masih tak operate untuk tampal lagi... tahun lepas 2021, sebab covid19 melanda, hospital Ampang stop sementara untuk buat pembedahan.. nanti saya akan update terbaru ya sis.. terima kasih sebab singgah di blog saya

      Delete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...