Tips penjimatan berbelanja oleh Mell...
Okeh tajuk haruslah gempak gitu.. hahaha walaupun Tips tu tidaklah segempak mana. Ini adalah cara saya berbelanja untuk jimatkan duit... Yess DUIT tau... sebab sekarang barang-barang sangat mahal dan semua benda memerlukan duit...
Tpis ni adalah berdasarkan apa yang saya amalkan sendiri... Tapi terpulang pada anda untuk jadi lebih kreatif.. Mungkin anda ada penyelesaian yang lebih baik.
Berikut adalah 10 cara saya berbelanja secara jimat dan bijak:
1. BELI REFILL PACK UNTUK SEMUA JENIS SOS, SABUN, MINYAK DAN APA JUGA YANG MENYEDIAKAN REFILL PACK
Jika anda perasan, ada barangan yang dijual di pasaraya, sediakan refill pack kepada pembeli.
Dan harga refill pack ni, lebih murah berbanding kamu beli dalam botol tu...
Sebab itu, jangan buang botol yang ada sediakan refill pack. Kamu hanya masukkan refill tu kedalam botol yang dah kosong.
Antara barangan yang sediakan refill pack ni seperti sos, sabun, minyak, pewangi baju, dan lain-lain.
Cara saya menyimpan sos dalam refill pack.
Simpan minyak refill dalam botol minyak 1 liter
Gambar atas ni, antara contoh, cara saya menyimpan barangan yang dibeli dalam bentuk refill...
2. BELI BARANG SECARA PUKAL
Ini sesuai diaplikasikan, untuk barangan yang tahan lama. Jika ada kedai yang menjual secara borong, itu adalah lebih baik... (selalunya, saya akan berbelanja di pasaraya borong, kerana harganya lebih murah (NSK))
Kebiasaanya, harga barangan yang yang dipek secara banyak atau pukal, mempunyai harga yang lebih murah, berbanding beli satu sahaja.
Tetapi sila alert dengan tarikh luput setiap barangan. Barangan yang sesuai dibeli secara pukal ialah Tisu dapur, Pampers anak, Susu anak, dan apa-apa juga barangan yang tahan lama, yang dijual secara pek promosi.
3. BELI AYAM BULAT
Maksud ayam bulat ialah, satu ekor ayam yang telah siap disembelih dan dibersihkan.
Harga seekor ayam, adalah lebih murah berbanding, kamu beli bahagian-bahagian tertentu sahaja. Contohnya, kamu hanya beli bahagian kepak sahaja atau peha sahaja. Harga akan jauh berbeza.
Ada pasaraya yang menjual RM5.99 untuk satu ekor ayam, ini jauh lebih murah berbanding anda beli yang telah siap diasingkan. Kebiasaanya, saya akan beli 2 ke 3 ekor ayam, kemudian minta mereka potong 8.
Ayam tersebut saya akan simpan secara berasingan. Contoh, 7 potong ayam, simpan dalam 1 bekas. Ini penting untuk jaga kualiti ayam kamu tu ya... So hanya ayam yang akan dimasak untuk hari tersebut sahaja akan dicairkan.
Elakkan menyimpan ayam, selonggok beramai-ramai, simpan didalam satu bekas. Ini kerana, kamu terpaksa cairkan semua ayam tersebut jika berhajat untuk memasak ayam. Cara ini, akan rosakkan kualiti ayam.
Pastikan juga, ayam-ayam ni dicuci bersih sebelum disimpan secara asing didalam Freezer.
Ini contoh cara saya simpan stok barang basah
4. BUAT SENARAI BARANGAN YANG DIPERLUKAN
Ini adalah tips yang kamu selalu dengar, hehehe.. Tpis ni sangat penting ya... Untuk elakkan anda terbeli benda yang masih ada, dan untuk elakkan anda perlu keluar membeli sekali lagi, disebabkan terlupa beli barangan penting. Semua pasti maklum, keluar membeli juga memerlukan belanja, iaitu kos minyak, kos parking, kos kenyangkan perut hehehe...
5. DAFTAR SEBAGAI MEMBER DI PASARAYA YANG ANDA KERAP BERBELANJA
Ini adalah tips penting dalam penjimatan berbelanja. Kebanyakan pasaraya yang mengamalkan konsep borong, harga ahli dan bukan ahli akan jauh berbeza. Anda akan dapat manfaat besar jika mendaftar sebagai ahli.
Bagi pasaraya yang tidak mengamalkan konsep borong juga, biasanya akan memberi point pembelian, yang boleh ditukar dalam bentuk baucer tunai atau baucer diskaun harga.
Ini sangat berbaloi kawan-kawan.
6. BUAT PERBANDINGAN HARGA
contoh no. 6 ni ialah: jika kamu selalu membeli telur 1 papan, sekarang cuba kamu bandingkan dengan harga telur yang dipack 10 biji x 3. Ada masanya, harga telur pack 10 biji lebih murah berbanding harga sepapan.. Walaupun beza harga dalam 0.20 atau 0.30 sahaja, tapi ia tetap satu penjimatan..
7. TETAPKAN BAJET PERBELANJAAN BULANAN
Sila tetapkan bajet perbelanjaan bulanan kamu. Bajet bergantung pada kemampuan masing-masing ya..
Bajet ni penting supaya kamu tidak terlebih membeli barangan dalam kategori kehendak.
Ketika berbelanja, carilah barang-barang dalam kategori keperluan terlebih dahulu.. selepas selesai membeli barangan keperluan, barulah beralih kepada barangan dalam kategori kehendak.
8. BAWA KALKULATOR KETIKA BERBELANJA
Untuk mengelakkan anda terlebih bajet ketika membuat perbelanjaan bulanan, sediakan kalkulator ketika membeli. Buat kira-kira awal ketika mengambil barangan.
Dengan berbuat demikian, kamu akan tahu jumlah harga barang-barang dalam troli kamu. Ini akan buatkan kamu lebih berhati-hati ketika menambah item.
9. KUNJUNGI RAK CLEARANCE STOCK
Jika pasaraya yang kamu kerap berbelanja, ada sediakan rak ini.. Bolehlah tinjau barang-barang yang diletakkan dalam rak ini. Harga barang clearance stock semestinya jauh lebih murah, tetapi pastikan anda lihat pada tarikh luput barangan tersebut.
Clearance stok adalah barangan yang telah hampir tarikh luput. Pasaraya mahu barangan ini habis dijual dengan menjatuhkkan harga barangan tersebut.
10. MAKAN SEHINGGA KENYANG SEBELUM BERBELNJA
Pastikan juga, kamu kenyangkan perut, sebelum berbelanja. Ini kerana, ketika lapar, kita cenderung mengambil lebih banyak barang. Tetapi, bila perut kenyang, kemungkinan untuk terambil benda yang tidak diperlukan adalah rendah.
Kadang terambil barang yang tiada dalam list pembelian disebabkan nafsu lapar itu menguasai minda.. hehehe
Okeh itu 10 tips berbelanja secara jimat dan bijak dari saya..
Semoga bermanfaat.