Resepi Ayam Pandan Goreng
Bahan-bahan
~9 potong ayam (dipotong sederhana besar)
~Daun pandan 9 helai (jumlah daun mengikut jumlah potongan ayam)
Bahan-bahan perapan
*4 ulas bawang putig
*3 ulas bawang merah
*2 batang serai dipotong kecil
*2 batang serai dipotong kecil
*halia sebesar ibu jari
*2 sudu besar seasame oil..(jika tiada gantikan dengan minyak)
*2 sudu santan.. (jika tiada gantikan dengan susu.. apa-apa jenis susu pun saya terima😅)
*2 sudu sos tiram
*1 sudu fish oil (Jika tiada, gantikan dengan kicap cair)
*separuh penumbuk 😅😅🤣 gula melaka (jika tiada, gantikan dengan gula putih)
1. Kisar semua bahan-bahan bertanda *.
2. Tuangkan bahan kisar kedalam bekas ayam tadi.
3. Tutup bekas tersebut.
4. Perap ayam.
Tips: Semakin lama anda perap, semakin sedap rasa ayam pandan anda. Minimum perapan adalah selama 1 jam.
5. Selapas perap, ambil ayam lilitkan dengan daun pandan.. pandai-pandailah kamu lilitkan supaya kemas dan tidak mudah tanggal ketika digoreng.. Buat satu persatu ya..
~kalau nak rasa pandan tu masuk dalam ayam.. kena perap lagi selepas lilitkan daun pandan.. perap 15-30minit.
~kalau nak rasa pandan tu masuk dalam ayam.. kena perap lagi selepas lilitkan daun pandan.. perap 15-30minit.
6. Panaskan minyak, dan goreng ayam pada api yang sederhana... balik-balikkan ayam supaya tidak hangus..
NOTE: ayam akan mudah rentung jika api terlalu kuat dan tidak dibalik-balikkan. Ini kerana, ada gula dalam perapan kita tadi. So gais, just goreng menggunakan api sederhana ya. Tapi jika kamu menggunakan deep fry, tak perlulah balik-balikkan ayam, goreng sahaja dalam 15 minit, 150°c.
Taraa dah siap...
Tak cantik presentationnya, sebab saya malas nak hias😅.. Takpe yang penting rasa ayam tu😁.
~Baca juga resepi kepak ayam madu
~Baca juga resepi kepak ayam madu
Sekian perkongsiannya..
Daa..