Baju Personal Protective Equiptmen (PPE) merimaskan!

Assalamualaikum

Berdepan dan merawat mereka yang dijangkiti Novel Coronavirus (nCoV-19), sama seperti turun dan bertempur di medan perang. Senjata dan perisai yang kukuh dan lengkap, adalah kunci kemenangan.


Begitulah pentingnya baju PPE dan peralatan hospital yang lain. 

Baru-baru ini, tular satu berita yang menunjukkan barisan frontliner negara sedang mengubahsuai plastik sampah untuk dijadikan sebagai baju PPE. Ini kerana, baju perisai penting tu sudah hampir habis digunakan. 

Berat bahu memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Tanpa perisai tersebut, macam mana barisan frontliner kita dapat bertempur melawan bala tentera yang tidak kelihatan ini (covid 19). 

Walaupun kita seringkali dengar luahan perasaan mereka yang bertugas, tidak selesa menggunakan baju tersebut dan baju ini perlu dipakai dalam jangka masa selama 8 ke 14 jam dan kadang-kadang berlarutan hingga ke 18jam tanpa dibuka!!!, tapi tanpa baju PPE, robohlah pertahanan frontliner😭. 

Kamu semua taukah.. 
~berapa lapisan sebenarnya pakaian PPE ini??? 
~Dan kenapa doktor atau jururawat yang bertugas mengatakan ia tidak selesa?? 
~Tidak dapat ke tandas selepas menggunakan baju tersebut?? 
~Kenapa ada jururawat yang pengsan sewaktu bertugas merawat pesakit covid-19?? 

Jawapan tu semua ada dalam video dibawah. 


Kenapa penting mereka menggunakan baju PPE ini?

Pemakaian PPE ini diwajibkan kepada semua doktor dan jururawat yang bertugas mengendalikan kes pesakit Covid 19. PPE ini sangat penting untuk melindungi mereka daripada dijangkiti virus tersebut.

Baju ni, tidak boleh dipakai secara suka hati... ada tatacara KHAS menggunakannya dan tatacara KHAS untuk menanggalkannya. 

Baju PPE harus dipakai dengan berhati-hati, agar tidak rosak... yang mana ini akan memberi risiko dijangkiti virus covid 19.

Menanggalkan baju ini juga ada tatacara yang patut dipatuhi. Perlu dipatuhi supaya mereka tidak dijangkiti virus covid 19 ketika menanggalkannya. 

Apa fungsi sebenarnya baju PPE ini

Baju PPE ini adalah satu peralatan ataupun pakaian yang melindungi diri si pemakai agar risiko kesihatan dan keselamatan dapat diminimumkan. Ini termasuklah risiko fizikal, alam sekitar, kimia dan virus.

Siapa yang menggunakan pakaian PPE?
▪️klinik dan hospital
▪️bomba
▪️polis
▪️dan beberapa jabatan awam dan swasta lain

PPE ini melindungi paru-paru, mata, kepala, kaki, kulit serta badan daripada:
▪️udara tercemar
▪️jangkitan virus
▪️jangkitan kulit
▪️kejutan elektrik
▪️suhu melampau

Masih ingat lagi berkenaan pencemaran yang disebabkan oleh bahan toksik pada tahun lepas?? Pencemaran bermula di sungai Kim Kim, dan melarat di beberapa tempat. Pencemaran ini turut menyebabkan beberapa sekolah ditutup dan kawasan yang terlibat, dipantau. 


Jika anda perasan, anggota yang bertugas juga menggunakan baju PPE.

Walaupun ia nampak tidak selesa dan merimaskan... demi tugas dan nyawa, mereka menggunakannya. 

Dari mata kasar kita ni, ia sekadar baju petugas... Tapi bagi si pemakai, itu bukan sekadar baju biasa... itulah perisai mereka yang menentukan kemenangan di medan perang. 

Sedangkan memakai penutup hidung dan mulut (face mask) sahaja pun sudah cukup merimaskan bukan??? Apatah lagi menggunakan baju PPE ini.

Bersyukurlah kamu yang hanya diminta untuk duduk dirumah sepanjang PKP. Hargailah perjuangan barisan hadapan. 

Mungkin kamu tidak berada di tempat mereka, sebab itu banyak yang masih berdegil dan sanggup melawan pihak berkuasa, semata-mata untuk urusan remeh. 

"Walk in Their Shoes"

Okeh sekian perkongsiannya..

Daa..

Menikmati suasana matahari terbit di Tmn Wangsa Cheras

PKP hari ke 17.

Melihat matahati terbit di beranda rumah.. 


Sambil menghirup milo panas... nikmat.

Syukur ya Allah.. masih diberi peluang untuk menikmati keindahan ciptaanmu..


MAKAN MAKANAN SABAH DI SEMENANJUNG

Assalamualaikum

Dah lama nak post entry ni, tapi entahlah apa yang terjadi... entry ni asik duduk diam-diam sahaja dalam draft.. 😅

Sejak PKP ni... tak tau kenapa ya, adakah saya sahaja yang rasa atau orang lain pun sama... semakin penat pulak rasanya... kerja rumah makin menimbun dari biasa.. sakit pinggang mak cik oiii...

Lagi-lagi bila sampai waktu, untuk tambah barang keperluan dapur... semakin berganda-ganda la kerja rumah... allahu... satu persatu perlu dicuci...

Tapi entry kali ni, saya bukan nak kongsi tentang kerja rumah tu... hahaha... saya nak kongsi makanan kampung kegemaran saya, yang tidak ada di Semenanjung.. mungkin ada yang kenal, mungkin juga banyak yang tak kenal.. 😁

Makanan ni semua diimport dari Sabah... Husband balik sabah 11 Mac haritu, ada urusan keluarga... so adalah buah tangan yang dibawa dari negeri kelahiran saya tu.

Semua adalah makanan dari Sabah.. yezzza... bahagia tak terkata dapat benda rare... hahaha...

Okeh mari saya perkenalkan secara terperinci... satu persatu makanan tersebut..


Ini ialah Losun. Ada juga yang menamakan ia sebagai Lokio. Makanan popular orang berbangsa Kadazan,Dusun,Murut (KDM).. Bentuknya seperti daun bawang... tapi ini bukan daun bawang ya tuan-tuan dan puan-puan. (En.husband pun susah nak cam makanan bininya ni.. terpaksa buat video call sewaktu membeli..) 

Losun boleh dimasak:
-tumis dengan ayam + bunga kantan + sedikit lada putih. 
-Ada juga yang masak losun dengan tumis bersama ikan bilis dan lebihkan pedas... 
-Tapi saya selalu buat sambal losun.. Losun + belacan + garam + gula + Limau nipis... 
-ataupun saya tumis losun ni dengan bawang putih + bawang merah + lada putih + ikan masin + sambal tuhau + ikan masin + garam + gula... 



Ini pula adalah Lada Putih.... Susah nak bezakan lada ni dengan lada berwarna putih yang banyak di pasar-pasar tu... Rupa hampir sama tapi ianya berbeza... Rasa pun jauh beza.. Saya tak pernah lagi jumpa Lada Putih ni dijual di semenanjung.


Hampir sama kan.. 

Apa rasa lada putih?? Rasanya pedas.. hihihi.. Family saya biasanya masak lada putih ni, dengan bawang putih, bawang merah, campur dengan air asam sikit, ikan masin,  dan palin akhir masukkan petai ataupun patau. (petai dan patau punya rasa yang sama selepas dimasak.. tapi mereka dari spesis yang berbeza)


Sedikit berbeza bentuknya, tapi petai dan patau ni mempunyai rasa yang sangat hampir sama....




Ini ialah keropok ikan masin... kenapa keropok?... sebab bila digoreng, dia akan jadi seperti keropok... ia ikan masin yang dihiris nipis. Sedap dimakan bersama nasi putih panas, telur mata goyang, sambal belacan, kicap, dan sayuran.. Rasa sama seperti ikan masin, tapi versi keropok. 

Tips goreng: kena goreng dengan minyak yang panas ya... tak nak minyak yang baru nak panas... Penting agar ikan masin tu garing dan sedap dimakan.

Dahulu kala, saya buat business jual keropok ikan masin ni di Semenanjung, tapi sekarang dah stop.. kenapa stop? Sebab hati tak kental.. 😅😅 so jadilah business separuh jalan. Ramai juga yang beli, tapi disebabkan, susah nak dapatkan stok pada harga yang berbaloi, akhirnya saya stop... 🤦‍♀️



Ini pula adalah sambal Tuhau. Saya seorang saja yang makan sambal ni dirumah😅. Husband tak makan... haha

Rasa tuhau?? Tuhau ni rasa kosong sahaja... macam makan ulam... kena cicah dengan sambal baru sedap... begitulah jugak tuhau.. kena campur dengan limau, garam, cili, gula, belacan kalau suka... OK baru sedap. Kalau makan tuhau sahaja, rasa tawar sahaja. Tuhau ni, ada bau seperti serangga sikit. Tu yang husband tak berminat makan... btw husband bukan orang KDM, so no wonder la dia tak makan tuhau.


Ini ialah sagu... Ataupun nama famous AMBUYAT. Disebabkan sabah ada berpuluh-puluh bangsa yang hidup secara harmoni... so, lain bangsa.. lain cara makan sagu... Family saya, makan ambuyat dengan cicah pada sambal belacan sahaja... simple..

Tapi family husband makan ambuyat dicampur dengan ikan masak asam... yess sedap... So, cara makan sagu ni bergantung pada bangsa atau suku kaum.. hehehe...

Rasa sagu?? Ia likat, sedikit kenyal , licin dan sedikit masam dan tawar.... Ambuyat ni, ada yang dibuat daripada sagu, ada juga yang dibuat daripada ubi kayu... dan ada juga yang hanya gunakan tepung kanji.. semua akan menghasilkan bentuk yang sama setelah dimasak tetapi mempunyai rasa yang sedikit berbeza...


Ini ialah kari ayam yang dimasak oleh mak mertua☺️😊😊... mak mertua kalau masak kari, memang awesome.... so, alang-alang dah husband balik kampung, saya request masakan kari ayam oleh mak mertua... jauh gila kari ni diimport kan... hahaha😅..



Inilah semua barang-barang dari Sabah yang en.husband bawak balik KL... hohoho... belacan , ikan masin pari, mee kuning tawau, kek 😅😅 , agar-agar laut, kicap, amplang, jeruk buah kendondong yang mak mentua buatkan, keropok belinju..


Ini agar-agar laut.... dibeli khas oleh mak mertua untuk saya rasa... agar-agar ni banyak kalogen wooo... siapa yang nak sentiasa awet muda, makanlah agar-agar ni kerap... senang nak jumpa benda ni di Sabah... Tapi walaupun senang nak jumpa... secara jujurnya, ini kali pertama saya memakannya.. 😅😅😅😅😅

Rasa agar-agar??? Tak sedap 😂hahahahaha... sama ada betul-betul tak sedap, atau lidah saya ni yang bermasalah ataupun.... penjual tu buat tak sedap... tak pasti yang mana satu punca ketidaksedapan itu.

Okeh itu sahaja perkongsian saya..

Daa..



PENCARIAN BLOGLIST 2020 BY MK


Assalamualaikum

Hai rakan-rakan blog, jom kita sertai segmen pencarian bloglist oleh Miss Kepeng.

Syaratnya mudah yang amat... 

Klik banner atas ya, klo berminat untuk join.. 

Daa..

SEGMEN BLOGLIST BLOGBABYSHAMBLES


Assalamualaikum..

Hari ni saya join segmen dari si cantik manis Cik Ain...

Pada sesiapa yang nak join... boleh klik banner atas ya, nanti kamu akan dibawa terus ke syarat-syarat segmen..

Keh Daa..😊

SUKARELAWAN PASUKAN BANTUAN KESIHATAN DAN PERUBATAN MEMERANGI COVID-19

Borang sukarelawan pasukan bantuan kesihatan Covid 19 - sumber gambar: Datuk Dr Noor Hisham Abdullah/facebook

Assalamualaikum

Semalam, seramai 158 orang sukarelawan bersedia memberi khidmat secara sukarela dalam membantu pasukan perubatan menghadapi covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dijangkakan seramai 1,008 lagi sukarelawan akan menyertai pasukan perubatan. Menurutnya, para sukarelawan tersebut terdiri daripada pakar daripada pelbagai bidang, yang akan digunakan secara berperingkat untuk membantu pasukan hospital dan dalam perubatan.

Beliau turut mempelawa dan menyeru agar lebih ramai lagi sukarelawan menyertai pasukan perubatan. Caranya adalah dengan mengisi borang pendaftaran Sukarelawan Pasukan Bantuan Kesihatan dan Perubatan Covid 19 yang  terdapat di laman facebook Kementrian Kesihatan.

Jadi ada yang berminat? 
~tak pasti, bolehkah yang tiada pengalaman dalam bidang perubatan dan kejururawatan memohon... kalau ada yang berminat, boleh lah cuba memohon dengan isi borang.. 

Marilah uar-uarkan berita ni agar lebih ramai yang datang membantu pasukan perubatan kita. Mungkin ada diluar sana yang terdetik hati untuk membantu tapi tak tahu caranya.. hanya isi borang dari Kementerian Kesihatan... Saya dah sediakan link nya dibawah... Hanya klik sahaja ya..


Beriku adalah syarat yang ditulis di facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

PENYERTAAN SEBAGAI SUKARELAWAN BAGI PENGENDALIAN KES COVID 19 DI FASILITI KKM

Mesej untuk mendapatkan khidmat sukarelawan ini dipanjangkan kepada anggota Kesihatan dan Perubatan swasta seperti Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan dan lain-lain, yang ingin membantu KKM dalam menangani wabak Covid-19 dalam pelbagai skop perkhidmatan dan pelbagai cara mengikut bidang atau kemahiran anggota kes berkenaan.

Khidmat sukarelawan amat diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan di bawah:

1. Menjalankan saringan demam di *Fasiliti Kesihatan Awam* (Public Health Facilities) seperti di Klinik Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah, KLIA dan sebagainya.
 atau
2. Menjalankan tugas-tugas di hospital yang terlibat dengan pengendalian kes:
a) Bukan COVID 19 di Wad dan Jabatan Medikal,Ortopedik,Surgical, dan lain-lain akibat kesesakan pesakit COVID 19 di Hospital COVID
b)  COVID-19  bagi pakar /pegawai yang berpengalaman tertakluk kepada keperluan semasa

Kepada mereka yang ingin berbakti sebagai sukarelawan di fasiliti kesihatan awam seperti di klinik kesihatan, pejabat kesihatan daerah, KLIA dan sebagainya, sila lengkapkan google form di bawah:


Kepada yang ingin berbakti sebagai sukarelawan di hospital KKM, sila lengkapkan google form di bawah ini:


Mereka yang sedang berkhidmat sama ada di sektor awam mahupun swasta, kebenaran Ketua Jabatan atau majikan hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

Syarat-syarat menyertai khidmat sukarelawan ini adalah:
1) Berdaftar dengan badan profesional yang mengawal selia amalan pemohon; (bagi yang berkaitan)
2) Sihat tubuh badan & tidak mempunyai masalah kesihatan yang tidak terkawal.
3) Sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan.
4) Tiada sejarah melawat ke negara/lokasi wabak COVID-19 atau menjadi kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dalam jangkamasa 14 hari sebelum bertugas.







9 CARA SAYA CEGAH COVID 19

9+CARA+CEGAH+CORONAVIRUS

Assalamualaikum,

Semakin hari, angka covid-19 di Malaysia semakin bertambah... Semalam saja, angka tersebut terus meningkat naik kepada;
infected: 2626
Active: 2110
Recover: 479
Icu: 94
Ventilator: 62
Death: 37

Ini bukanlah satu angka yang patut kita banggakan. Kerajaan, berusaha sedaya upaya menangani virus ni.. Dalam persediaan menghadapi pertambahan angka yang dijangkiti virus covid-19 ni, wad kusta di Sg. Buloh, telah dibersihkan untuk digunakan sebagai wad untuk pesakit covid-19. Bukan itu saja, MAEPS Serdang juga telah dilengkapi dengan katil-katil untuk persediaan hadapi gelombang ketiga Covid 19. Sebelum ini, banyak juga tempat telah diberhentikan sementara operasinya, bagi menempatkan pesakit Covid 19.

Itu adalah usaha-usaha kerajaan dalam menghadapi virus Covud-19 ni. Tetapi secara individu, kita pun sepatutnya mengambil langkah persediaan untuk sentiasa siapkan tubuh badan yang kuat dan ambil langkah-langkah berjaga-jaga untuk elakkan virus Covid-19 menjangkiti kita. 

Apa yang saya mampu buat untuk bantu kerajaan tangani virus ini ialah:


1. "stay at home"

Stay at home ini, bukan sekadar mengikuti saranan daripada Perdana Menteri kita sahaja, tetapi kena tahu bahawa ini satu langkah penting dalam mencegah daripada dijangkiti Coronavirus.

Amalkan kebersihan dan juga, makan makanan yang boleh kuatkan antibodi badan, atau dikenali sebagai makanan untuk boost antibodi.

Saya bukanlah seorang doktor, tapi amalkan makanan yang tepat dan berkhasiat, sangat membantu menguatkan antibodi badan kita buat waktu ini..

Mencegah itukan lebih baik daripada merawat.


2. MAKAN BAWANG PUTIH



Setiap kali memasak, kuantiti bawang putih yang saya guna akan jadi berganda-ganda dari biasa.. heheee..

Apa khasiat bawang putih?
~Antibiotik semulajadi
~Anti bakteria
~Dapat mengelakkan penyakit serangan jantung
~Memecahkan kolestrol yang menyekat perjalanan darah yang mana membantu mengurangkn teknan darah tinggi
~Mengurangkan kandungan gula dalam badan
~Mengurangkan batuk

Kajian saintis mengatakan setiap 100g bawang putih mengandungi:-
623kj Kalori
Karbohidrat 33g
Gula 1g
Serat 2.1g
Lemak 0.5g
Protein 6.39g
Beta karotin 5microgram
Thiamine - Vitamin B1 0.2microgram
Riboflavin - Vitamin B2 0.11microgram
Miacin 0.7mucgrogram
Asid panthitenik 0.59microgram
Vitamin B6 1.2535micragram
Folate 3microgram
Vitamin C 31.2mg
Kalsium 181mg
Zat besi 1.7mg
Magnesium 25mg
Fosforus 153mg
Kalium 401mg
Natrium 17mg
Zink 1.16mg

Banyak kan manfaat makan bawang putih ni, lebih-lebih lagi, bawang putih ni ada khasiat sebagai antiobiotik dalam badan. Sangat membawa manfaat besar untuk masa-masa sekarang ni. Sangat membantu tubuh badan kita untuk sentiasa sihat dan kuat untuk menentang virus jahat Corona


3. MINUM LEMON PANAS DICAMPUR MADU



Okeh, air yang ini, sebelum coronavirus menyerang, memang kadang-kadang buat... Tapi sejak dua  menjak kebelakangan ini, saya kerap buat air lemon + madu untuk diri sendiri dan untuk husband.

Apa khasiat lemon?
Mengandungi 2 khasiat utama, iaitu antibakteria dan antiviral yang kuat. Juga dapat meningkat sistem antibodi badan kerana mengandungi  asid citric, kalsium, magnesium, vitamin C, bioflavoniods, pectin dan limonade. 

Apa khasiat madu?
Merupakan makan Sunnah, yang kaya dengan antioksidan, dapat menyembuhkan sakit cirit-birit, melegakan batuk, merendahkan 5.8% lipoprotein kolestrol dan meninggikan kolestrol baik HDL 3.3%. 

Minum air lemon madu dikala musim sekarang ni sangat baik untuk boost immune sistem kita tau. Disebabkan ia bersifat semulajadi, so tidak membawa kesan buruk pada badan... kecuali kamu minum melampau-lampau banyak😅😅... minum berpada-pada sahaja... 


4. MINUM SUNQUICK



Okeh minuman sunquick ni, sama khasiatnya dengan lemon.. sebab ada vitamin C, yang mana boost sistem antibodi badan. Air sunquick ni saya buat untuk anak-anak dirumah.. So semua pun bersedia hadapi virus ni... 

Kenapa saya pilih minuman dan makanan diatas, berbanding makan vitamin... sebab ia lebih murah😅😅(heheheh) dan saya sendiri pun tidak gemar makan ubat... walaupun vitamin bukan ubat... tapi bentuknya seperti ubat tu menyebabkan saya jadi malas nak makan. 

Selain daripada amalan pemakanan, saya turut buat pembersihan yang agak ketat.. heheh kalau sebelum ini dah ketat, dikala wabak ni... semakin bertambah ketat...


5. MANDI SELEPAS KELUAR BERBELANJA



Semasa PKP ni, hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan untuk membeli barangan keperluan. Jadinya, bila ketua keluarga balik sahaja dari berbelanja atau berkerja... Saya memang akan ingatkan husband untuk letak baju dan seluar dalam mesin basuh, dan terus mandi... jangan sentuh apa-apa dahulu... Mujurlah husband pun sependapat dengan saya... So, kami berkerjasama untuk pastikan virus dari luar rumah tu, dibersihkan.


6. CUCI SEMUA BARANGAN YANG DIBELI



Yang ini adalah inisiatif saya sendiri... kalau ikut saranan, hanya letakkan barangan yang dibeli di satu sudut selama lapan jam... tapi... tapi... tapi... sudut manalah yang anak saya tak sampai??... Confirm, belum sampai masanya, sudah habis dibongkar. Aktiviti mencari harta karun oleh Lily dan Lea... 

Jadi, sebab itulah saya cuci semua barangan dan terus simpan dalam peti ais dan dalam stor. Penat yang teramat sangat!!! Tapi amat berbaloi untuk legakan fikiran dan kesihatan anak-anak sendiri. 

Cuci dengan apa?? saya cuci dengan sabun... kalau setakat barangan berbungkus atau dalam tin... saya cuci sahaja dengan sabun pencuci pinggan... tapi kalau buah-buahan atau sayuran, saya cuci dengan sabun pencuci khas buah dan sayur... kalau barangan basah macam ayam, ikan, daging pula... cuci sahajalah denga air bersih.. sebab yang ni tak boleh cuci dengan sabun tau...hihihi kalau hotdog atau nugget. Yang ni, plastik pembungkus tu, bolehlah dicuci dengan sabun... Barang basah seperti ayam, hanya perlu pastikan betul-betul masak. Elakkan makan makanan separuh masak buat masa ni..  


7. MAKAN UBAT IKUT WAKTU 



Oleh kerana husband ada sakit darah tinggi, jadi husband sendiri akan makan ubat beliau mengikut waktu yang ditetapkan oleh doktor... Tapi pada sesiapa yang ada sakit seperti darah tinggi, kencing manis dan yang sewaktu dengannya, tak kisahlah musim wabak atau tidak, wajib makan ubat mengikut waktu ya...


8. CUCI TANGAN DENGAN SABUN SEKIRANYA BATUK ATAU BERSIN



Yang ini, betul-betul mencabar untuk dibuat kalau kamu ketika ini sedang selesma dan batuk-batuk... Saya telah mengalaminya... dan perlu kesabaran dan kerajinan yang tinggi untuk terus cuci tangan selepas batuk atau bersin. Mujurlah telah berlalu sakit itu... Alhamdulilah.... Jangan lupa, rajin rajinkan diri berkumur dengan air garam 3 kali sehari... supaya cepat sembuh ya...


9. PAKAI PENUTUP MULUT DAN HIDUNG (FACE MASK) JIKA KELUAR RUMAH



Face Mask sememangnya sangat sukar untuk didapati dimusim Pandemic Covid-19 ni.. Tapi itu bukan alasan untuk tidak menggunakan face mask... Usahalah sedaya upaya untuk dapatkannya, sama ada membelinya atau buat sendiri (DIY). Ini dapat kurangkan risiko untuk tersentuh hidung atau mulut sewaktu berurusan diluar. 

Itu adalah 9 cara saya mencegah dari dijangkiti Novel Coronavirus (nCoV-19)... Saya hanya lakukan yang termampu, yang lain saya serahkan pada Allah... Allah adalah sebaik-baik peracang. 

Okeh itu sahaja perkongsian saya..

Daa.. 


ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...