gambar: stock.adobe.com
Assalamualaikum
Kali ni saya kongsikan maksud Introvert dan ciri - ciri seorang Introvert.
Mungkin ada antara kita yang tidak pasti, sama ada mereka tergolong dalam kumpulan Extrovert, Introvert atau Ambievert. Tiga jenis peribadi atau sifat individu ini yang membezakan kita antara satu dengan yang lain. Ciri ini juga melengkapkan dan memberi keunikan sesuatu organisasi dan family.
Perkataan Extrovert, Introvert dan Ambievert pertama kali telah dipopularkan oleh seorang Psikologi terkenal bernama, Carl Gustav Jung (C.G Jung), yang berasal daripada Swiss. Beliau melakukan penelitian ujian sifat terlebih dahulu, semasa menganalisa psikologi seseorang. Sifat inilah yang menjadi tolok ukur utama beliau, sepanjang bergelar psikologi terkenal. Sifat individu inilah yang dikenali sebagai Introvert, Extrovert atau Ambievert.
Untuk mengenalpasti kamu berada di kategori yang mana, memang bukan mudah. kenapa??? Sebab setiap orang memiliki sikap introvert dan extrovert ni. Tetapi, salah satu sikap ini akan muncul lebih kerap dalam diri individu tersebut. Saya sendiri pun tidak pasti saya dalam golongan yang mana, sehinggalah saya melakukan Personality Assessment, Introvert Test. Kalau kamu nak buat assessment ni, boleh klik sini ujian personaliti.
Tanpa berlengah-lengah dalam usaha saya untuk panjangkan entry saya ni... hahaha. Berikut saya berikan maksud Introvert.
MAKSUD INTROVERT MAKSUD
Introvert ialah satu sikap ataupun karakter seseorang dalam menghadapi kehidupan harian mereka. Individu yang memiliki sikap Introvert, lebih suka berada dalam dunia mereka sendiri. Mereka lebih senang menutup diri dan tidak gemar terlibat dalam kehidupan dan aktiviti luar. Individu yang Introvert lebih banyak berfikir berbanding beraktiviti. Mereka lebih senang berada dalam situasi yang tenang dan selalu mengelak untuk berada di tempat yang ramai orang.
Menurut penelitian yang dibuat oleh ahli Psikologi Jonathan Cheek ,Introvert dibahagi menjadi 4 jenis, yang disingkat kepada perkataan STAR (Social, Thinking, Anxious and Restrained).
4 JENIS NTROVERT:
1. Social Introvert
Mereka yang Social Introvert, tidak mengelak dalam aktiviti sosial. Mereka tidak mempunyai masalah untuk pergi ke tempat yang ramai orang. Cuma mereka lebih suka bersosial dengan kelompok kawan-kawannya sahaja, dan bersosial dalam kumpulan yang kecil.
2. Thinking Introvert
Mereka yang Thinking Introvert, lebih suka menyendiri. Individu ini lebih suka berada di rumah, dan jika keluar kemana-mana, mereka lebih suka bersendirian. Introvert Thinking lebih suka berfikir, mengelamun dan berimaginasi dalam dunia khayalan. Golongan Introvert inilah yang memiliki idea-idea yang kreatif dan unik, yang disebut Thinking Out Of The Box.
3. Anxious Introvert
Mereka yang Anxious Introvert, ialah mereka yang takut dan menghidari kehidupan bersosial. Individu Introvert dalam jenis ini berkemungkinan besar terkena Social Anxiety Disoder (SAD), yang mana memerlukan bantuan untuk bersosial dengan baik.
4. Restrained Introvert
Mereka yang Restrained Introvert, ialah individu yang sangat berhati-hati dalam mengambil tindakan. Mereka akan berfikir-fikir dahulu sebelum mengambil tindakan. Disebabkan hal inilah, Introvert jenis ini lambat dalam melakukan sesuatu ataupun disebut Slow Moving.
Dibawah ni, saya senaraikan ciri-ciri peribadi individu introvert:
10 CIRI PERSONALITI INTROVERT
▪️Seorang yang pendiam dan suka menyendiri
▪️Tidak menyukai perbualan yang mudah
▪️Tidak menyukai deringan handphone atau telefon
▪️Tidak membalas pesanan dari orang lain
▪️Keramaian membuatkan dirinya stress
▪️Lebih suka Hang Out dengan jumlah yang sedikit
▪️Suka memerhati keadaan sekitar dengan penuh teliti
▪️Suka menulis
▪️Hebat dalam meneka sikap dan personaliti orang lain
▪️Banyak berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata
Okeh, sekarang saya nak senaraian kelebihan seorang Introvert. Kepada introvert, jangan sedih membaca fakta ini, anda turut mempunyai kelebihan tersendiri, sebab itu saya boldkan dan highlightkan pada awal penulisan tadi, Ciri ini melengkapkan dan memberi keunikan kepada organisasi dan family.
8 KELEBIHAN YANG DIMILIKI OLEH INTROVERT IAITU:
1. Seorang pendengar yang sangat baik
Mereka yang introvert, dilahirkan dengan telinga yang peka. Walaupun jarang mengeluarkan kata-kata, tetapi telinga mereka selalu setia mendengar setiap kata di sekelilingnya. Walaupun mereka pendiam, tetapi mereka sebenarnya sedang memerhati dan mempelajari apa di sekitarnya. Dalam diam-diamnya Introvert, tapi mereka sebenarnya tahu lebih banyak perkara.
2. Seorang sahabat yang berkualiti
Tidak seperti Extrovert yang dikelilingi oleh kawan-kawan yang ramai, Introvert mungkin mempunyai sedikit sahaja kawan. Tetapi disebabkan hal inilah, yang menjadikan mereka seorang sahabat yang berkualiti. Kerana introvert tidak memandang kawan berdasarkan pada kuantiti, tetapi berdasarkan kualitinya. Mereka hanya ingin berkawan dengan orang yang benar-benar mahu menjadi sahabat mereka. Introvert sangat menghargai para sahabatnya, kerana mereka tahu bahawa mencari seorang rakan yang benar bukanlah mudah.
3. Seorang yang mempunyai fikiran dan imaginasi uang sangat luas
Walaupun mulut Introvert tidak aktif berbicara, tetapi fikiran mereka sangat aktif. Fikiran seorang Introvert sentiasa menjelajah tanpa henti dan sangat luas. Sebab itu, introvert terlihat pasif, tapi sebenarnya mereka sangat aktif dalam dunia imaginasi. Sebab itu, seorang introvert sangat sesuai dengan kerjaya yang memerlukan fikiran atau khayalan. Contohnya seperti menjadi seorang penangkap gambar yang hebat, melukis ataupun membuat design.
4. Hebat dalam penulisan
Selain hebat dalam menangkap gambar, melukis dan membuat design, seorang introvert juga sangat hebat dalam bidang penulisan. Otak mereka sangat bijak dalam membuat kata-kata yang menarik. Kerana mempunyai imaginasi yang tinggi dan luas, mereka mampu menghasilkan cerita yang unik dan menarik perhatian.
5. Seorang yang berdikari
Disebabkan Introver suka bersendiri, ini menyebabkan mereka lebih cepat berdikari. Mereka telah terbiasa melakukan semua hal sendiri, tidak seperti extrovert yang membuat aktiviti secara berkelompok.
6. Seorang yang penyabar
Kerana selalu melakukan hal bersendirian, Introvert telah terbiasa dengan rutin menunggu. Mereka tidak kisah untuk menunggu . Ini menjadikan mereka seorang yang penyabar.
7. Seorang yang sukakan kedamaian
Introvert tidak sukakan kekerasan dalam menyelesaikan masalah. Mereka lebih suka menyelesaikan masalah dengan berfikir dan menyelesaikannya secara damai dengan tindakan yang simple.
8. Seorang yang tekun dan bertanggungjawab
Kelebihan terakhir ialah, Introvert seorang yang tekun dan bertanggungjawab. Mereka bukan jenis yang keluar rumah dan berhibur di merata tempat. Kerana mereka lebih berasa damai dan tenang di rumah. Mungkin ada antara Introvert yang dalam kategori pemalas, tetapi mereka tetap akan menyelesaikan tugas yang diberikan.
Itulah 8 kelebihan yang ada pada golongan Introvert.. Dan mungkin ada banyak lagi yang belum dikupas dan dikenalpasti.
Kepada para individu Introvert, berikut adalah pesan Psyline Psikologi Online untuk kamu:
1. Lakukan perkara yang kamu suka. Seperti menulis, melukis, bermain game atau menghias.
2. Belajar dan mendalami sesuatu bidang sehingga kamu menjadi sangat arif tentangnya. Introvert berpotensi tinggi untuk menjadi seorang yang pakar pada sesuatu bidang.
3. Usaha untuk berkata-kata walau sedikit dengan beberapa orang. Secara perlahan-lahan, kamu perlu melatih diri untuk belajar bekerja secara berkelompok dan nikmati saat itu.
4. Cuba komunikasi ringkas dengan orang lain. Contohnya menyapa orang lain dengan pandangan mata yang elok.
5. Bercakaplah di hadapan orang ramai. Ini merupakan satu tenaga yang besar untuk seorang Introvert.
6. Sesekali, luangkan waktu untuk diri sendiri. Ini sangat penting untuk mengembalikan tenaga dan menyegarkan diri dari segala kepenatan.
So... macam mana? ada yang mempunyai sifat seperti yang saya kongsikan... Semua sifat itu adalah unik dan perlu dihargai. Saya pun seorang yang kurang berkomunikasi, lebih-lebih lagi mengenai perkara yang bukan-bukan.. Yang orang panggil membawang... hehehe... Adakah saya dalam golongan introvert ini...??? Tapi saya juga tidak boleh duduk terkurung dirumah dan hidup tanpa komunikasi... boleh pening kepala dan naik stress dibuatnya... Susah untuk kenalpasti, dimana sifat diri saya yang sebenarnya...
Sekian perkongsian saya..
Daa..