Showing posts with label review makanan. Show all posts
Showing posts with label review makanan. Show all posts

Apa menarik di The Rack Boutique Cafe

Assalamualaikum..

Kali ni saya nak share satu tempat makan yang paling awesome di One Selayang... Makanan dia memang umphh... dulu restoran ni kecik saja, tapi bila viral dan yang pastinya viral sebab makanannya sedap dan murah... maka diorang sewa ruangan yang lebih luas, dan selesa untuk para pelanggannya..

Tempat ni akan sentiasa penuh dibulan Ramadhan. Jadi kena tempah awal atau datang awal kalau nak makan ya... kami haritu tak tempah, so terpaksa tunggu meja kosong dulu baru dapat makan (sambil-sambil tunggu meja kosong, makan la roti dulu untuk alas perut😅).. Dan part yang paling best ialah, walau dah datang after orang selesai buka puasa, service diorang masih tip top, dan makanan sampai agak cepat jugak.. Ada certain restoran (tak perlulah saya sebutkan yang mana), bila 1st batch after buka puasa tu selesai, layanan untuk pelanggan yang seterusnya.... sangat BAD.. meja tak dikemas, makanan lambat sampai... tapi charge 10% service.. what the heck?? so it will be the first and last i eat at your restaurant. Opss terluah pula😆😆

Untuk hari-hari biasa, tak perlu tempah meja... akan ada kosong. Sebab meja dorang sediakan banyak.

Menu talam dorang, bagi saya amat puas hati.. memang besar talamnya. Saya dah cuba banyak tempat, semua tak setanding dengan besar talam dekat sini🤣. Kadang-kadang kalau pergi berdua saja dengan husband, macam dah tak dapat habiskan pulak.. so jika kamu rancang nak pegi sini, kosongkan perut sekosong-kosongnya untuk sumbat banyak-banyak makanan The Rack Boutique🤣.

Okeh ini makanan talam dorang... ni Rm35 and yess its big enough. Ada banyak lagi jenis talam.. tapi yang ni paling popular... rasa dia... bagi saya okeh.. sedap.. dan most important thing is, portionnya banyak. Kalau jenis tak makan banyak, macam perut girls², sumandak², ambik ni cukup utk 4 orang. Tapi kalau jenis lahap😅.. 2 orang ok.



Gambar atas ni pulak khas kepada seafood lover.. saya tak pernah rasa lagi yang ni.


Talam yang ni pun tak pernah rasa lagi.. ini antara menu baru.. besar kan talam tu?? Gambar sumber ihsan facebook The Rack Boutique.

Talam ramen.. ni pun menu baru jugak.. tak pernah rasa lagi ni.

Restoran ni kerap juga keluarkan menu baharu, dan ada antara menu tu takkan ada didalam menu yang diorang bagi di restoran. Ada dalam facebook je... so kalau nak cuba menu baru tu... kena tunjuk gambar dalam facebook tu tau... hahaha... ni link facebook The Rack Boutique. Boleh layan gambar menu diorang.. banyak jenis... nak explain susah😆.

Dessert dorang pun agak banyak jugak la... tapi semua saya tak pernah order lagi😆.. korang layan gambar je la ya. Ni gambar bingsu...





Diorang juga ada buat shell out. Bagi saya, saya berpuas hati dengan shell out diorang ni.. ni untuk 2 orang makan.. banyak juga ni kuantitinya...

Rasa ok, sedap dan berpatutan dengan harga. Harga dah tak ingat.. rasanya dalam rm20+. Ada udang, ketam, lala,kerang hitam... shell out yang atas ni set sekali 2 nasi dan 2 air... oklah..

Apa yang best dengan shell out disini..?? kamu² semua takkan termakan pasir😅😅.. Dah beberapa kali saya makan shell out di restoran-restoran lain... terbuka lala yang isinya pasir😱😰.. adussss... potong selera betullah..

Gambar bawah ni antara makanan kegemaran husband.. for me sedap but its too sweet.. and im not a chocolate lover😏. Kalau korang order ni, kena makan waktu panas² tau... sebab waktu panas tulah rasa dia... umphhhh... cedap... cuma spoil dia adalah... biskut tu sikit sangat.



So secara keseluruhannya, makanan sini saya bagi rate 3.9-4⭐, service saya kasi 4.5⭐.

Harga???
Harga amat berpatutan dan bagi saya ia murah.

Lokasi??
Bagi saya lokasi restoran ni dengan tempat tinggal kami, amatlah jauh😆.. kami tinggal dekat kajang, tapi demimu makanan... kami sanggup datang Selayang😄.

Korang boleh google maps ini. Pasti jumpa punya.

Parking??
Parking lot kedai... kadang-kadang susah jugak nak dapat parking berdekatan dengan restoran... kena tawaf berkali-kali, kalau rezeki dapatlah yang betul-betul depan kedai. Kalau takda rezeki, kena menapak la jugak.

Restoran tutup??
Setiap hari Isnin, restoran ni tutup.. so jangan datang hari isnin ya..

Masa operasi??
Restoran ni buka dari jam 12.30pm hingga 10.30pm

Okeh... sekian saja perkongsian saya.

Daa..


MAKANAN YANG WAJIB DIRASA DI SUGARBUN

Assalamualaikum


Pernahkah kamu dengar perkataan Sugarbun?

Mungkin ada yang kenal Sugarbun, mungkin ada juga yang tak pernah dengar Sugarbun.

Walaupun saya amat sinonim dengan nama Sugarbun ni, tapi sebenarnya... ini pertama kali saya merasa makanannya. Ini pun hasil dari usaha en. Husband yang beria-ia nak saya makan disini... sedap.. katanya.. tak rugi makan... 😆 (husband adalah penggemar Sugarbun sewaktu cawangan sugarbun banyak dibuka diSabah.)

Disebabkan kami tinggal di Selangor, nak makan Sugarbun kena ke Menara Hap Seng. Menara ni berhampiran dengan Bukit Bintang dan Menara Kuala Lumpur..

Alamat: Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 50250 Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dan selepas merasa sendiri signature dish sugarbun iaitu burger ikan... walaweh... sedap bhaiii...💃💃... dan air signature sugarbun ialah 3 layer tea... wohooo!!! Sedap... 1 cup tak cukup, macam nak tambah lagi satu... tapi... sila beringat untuk kesihatan....makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan... hahaha

Ni burger ikan... nampak simple saja kan?? But yummy.. 🤤🤤

Ini air 3 layer tea... memang agak manis but slurppp.... delicious 😊

 ~dua menu diatas adalah signature sugarbun... kalau datang sini, wajib cuba

Selain dari burger, ada banyak lagi menu Sugarbun dari jenis berkuah ke nasi. Antaranya ialah laksa sarawak, Nasi ikan talapia, Nasi Ayam, pizza dan banyak lagi menu..
Borneo Eco Fish Meal... ini yang saya order sebab saya penggemar ikan

2 pcs Broasted Chicken Meal... ini husband order

 Antara menu yang saya sempat snap

Pizza pun ada.. kami tak pernah rasa lagi pizza disini... siapa-siapa yang pernah cuba, bolehlah komen dibawah

saya tak teliti sangat menu bahagian rasa sarawak haritu... sekiranya kamu nak merasa makanan sarawak. Inilah tempat sesuai. Banyak ulasan mengatakan laksa sarawak dekat sini sedap..

Sugarbun ni buka setiap hari dari jam 8.00pagi hingga 8.00malam. Cuma hari Sabtu dan Ahad, kedainya akan tutup lebih awal iaitu jam 3.00petang.

Okeh, Sekian saja share dari saya.

Daa..



Ikan bakar terbaik di Port Dickson, Teluk Kemang

Assalaumalaikum...

Kali ni saya kongsikan tempat makan ikan bakar yang awesome di Teluk kemang, Port Dickson. Setiap kali kami bercuti di Port Dickson, dan teringin makan ikan bakar... memang akan datang sini.

Ini restorannya...

Google maps saja disini, pasti sampai punya.

Tapi, syaratnya adalah... pastikan korang datang awal.. sebab tempat ni merupakan tumpuan yang popular😄. Meja akan penuh kalau kamu sampai sini dalam jam 8.00pm... (waktu cuti sekolah ataupun waktu puasa..) Jadi bergeraklah awal dari hotel atau rumah anda... dalam jam 6-7 macam tu.. jam 7pm pun kira dah hampir penuh gerai, lebih-lebih lagi kalau waktu puasa. Kalau datang lewat, takut makanan yang diorder, sampai lambat.

Untuk harga makanan, bagi pendapat saya berbaloi dengan rasa. Pelanggan boleh pilih sendiri ikan, udang, sotong DLL yang teringin nak makan tu... kemudian, selepas pilih tu baru bagitau dekat pekerja tu... nak masak apa.. ikan 3 rasa ke... sotong celup tepung ke... ikan bakar ke... cenggitulah lebih kurang caranya (haha... sama je proses dia dengan restoran-restoran lain 😆)...

Okeh pertama kali makan disini (tak ingat tarikh bila)... kami pilih ikan bakar... tapi tak sempat ambil gambar waktu tu.. hehe... sebab makan pertama kali tu sedap, so kami repeat lagi makan sini waktu bercuti di Port Dickson.

Kali kedua datang sini... kami pilih of course yang paling utama ikan.. hehe.. kemudian sotong, telur dadar, lala dan sayur.. (untuk kami laki bini makan sahaja)


Ikan siakap 900g -masak 3 rasa (sedap👍)
Lala 100g -masak halia (yummy delicious)
Sayur campur
Sotong 1 ekor -goreng tepung
Telur dadar
3 nasi
2 sirap ais, 1 limau ais
Keropok lekor yang goreng akn kembang (tak tau apa nama dia ni😅)

Semua tu harga rm120... harga quite expensive tapi makanan memang sedap..

Kalau korang nak dapat makanan sedap tu.... kena datang awal ya... 😁.

Waktu bercuti-cuti disini... kami menginap di Eagle Ranch Resort Port Dickson. Resort ni berkonsepkan koboi..hehe

Resort ni ada banyak aktiviti.. so kalau kamu nak bercuti-cuti sambil buat aktiviti dengan anak... tempat ni memang amat sesuai. Atau jika merancang untuk buat team building, resort ni amat sesuai... resort ni ada sediakan tapak untuk berkemah. Antara aktiviti yang ada:

- menunggang kuda
- memanah
- paint ball
- go kard
- flying fox
- rope curse
- abseling
- valley ball
- basket ball
- futsal
- water polo
-dan banyak lagi😄..

Aktiviti kami sewaktu menginap disini ialah menunggang kuda dan benda wajib iaitu madi kolam😆... aktiviti-aktiviti lain tu, tak buat... lagipun waktu ni kami bawa lily, yang baru umur 1 tahun. Boleh layan gambar-gambar tak seberapa dibawah.

Inilah Eagle Ranch Resort

 Ini chalet yang kami tidur...

Antara kuda untuk ditunggang.. saya ada keinginan untuk tunggang tapi takottt...

Kuda untuk bawa penumpang keliling resort..

 Swimming pool untuk dewasa

 Jakuzi 


Ini swimming pool untuk budak-budak

Untuk buat aktiviti-aktiviti yang disediakan, kamu mesti tempah dahulu di kaunter bahagian aktiviti.. Dah buat pembayaran, nanti tinggal tunjukkan tiket je dekat pekerja yang bertugas.

Okeh sekian saja perkongsiannya..

Daa..



ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...