Cafe Kucing di Melaka - CatWalk Studio - Mell Comell

About Me

test banner

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Friday, September 18, 2020

Cafe Kucing di Melaka - CatWalk Studio

Assalamualaikum,


Sempena cuti kemerdekaan 31.08.2020, kami anak beranak merancang ke Melaka bercuti-cuti Malaysia... Percutian tanpa dirancang pun sebenarnya.


Seperti biasa, walaupun program secara tiba-tiba, tapi untuk elakkan anak-anak meragam dan bosan sewaktu bercuti... so sepanjang percutian, kenalah yang berunsurkan sesuatu yang menarik minat anak-anak.. 


Setelah membuat perancangan dalam waktu yang singkat, saya dah senaraikan pada en.husband tempat-tempat untuk kami lawati..


Pertama ialah CatWalk Studio.. Nak bawa diorang tengok dan main denga kucing.


Ini ialah cafe yang bercirikan kucing... diorang ada sediakan masakan panas dan minuman... dan jika berminat, boleh la masuk dalam bilik kucing untuk bermain dengan kucing. Ada pelbagai jenis kucing dalam di cafe ni.


Bertolak dari Kuala Lumpur jam 9.00pagi, sampai di CatWalk Studio lebih kurang jam 1.00tghari. Masa yang amat sesuai untuk singgah di sini untuk isi perut makan tengahari sambil melayan minat anak-anak pada kucing. 


yeayy!!! cuti-cuti dulu....

3 minion di bahagian belakang


Jam 1.00 tengahari, kami sampai di CatWalk Studio... 

Inilah cafenya.. 


Pakai Mask dulu sebelum masuk cafe...

Disini kami pesan nasi goreng cina (x pedas), nugget, sirap ais dan sirap laici... Yang best disini, kami dapat fries dan 2 botol minuman sirap percuma.. (😍... saya memang suka dengan benda-benda percuma🤭).. tapi lupa pulak nak ambil gambar... 


ini suasana dalam cafe.. bersih


tak sabar-sabar anak-anak nak jumpa kucing.. kucing dalam bilik kedap bunyi


My sweetheart

Pada mulanya, nak makan dulu baru main-main dengan kucing... Tapi disebabkan Lily dan Lea dah tak sabar nak bermain dengan kucing, kami pun bawalah diorang masuk kedalam. 


Masuk dalam, kalau umur lily(3 tahun) dan lea(2 tahun), perlu ada orang dewasa masuk sekali.. sebabnya takut diorang picit atau cucuk-cucuk kucing tu (ya ini memang anak saya c Lea buat waktu dalam bilik kucing 😑😑🤦‍♀️)


Untuk masuk bermain dengan kucing ada bayaran lain... rm15 untuk kanak-kanak dan rm20 untuk orang dewasa.


harga masuk untuk main dengan kucing

Kucing-kucing disini sangat manja... tak perlu risau dicakar🤭... Bila masuk sini, pekerja akan beri makan pada kucing-kucing... jadi dapatlah ambil gambar dikelilingi kucing... Lily memang sangat eksited waktu ni... peminat kucing nombor satu.


ni gambar waktu kucing-kucing tu tengah makan atas riba


comel... lama dah tak belai-belai kucing


suka sangat dengan gambar ni


peluk ke picit tu?


kesukaan...


antara semua, kucing ni paling manja 


holoh-holoh... manjanya kucing gemok ni..


Sphynx cat


unik mata kucing ni... sebelah biru, sebelah kuning


kucing parsi

Diorang beri masa 45 minit untuk main-main dengan kucing, tapi kalau orang tak ramai... bolelah main lama-lama sikit.


Sebabkan Rizqi masih kecil, baru umur 10 bulan... jadinya, Rizqi duduk dengan daddy sahaja di luar... 


Rizqi dengan daddy...

Memang serononk bila tengok anak-anak gembira dapat sentuh dan main dengan kucing.. Bolehlah anak-anak lepaskan tekanan... asik berkurung dalam rumah sahaja kan... hihihi


Kami anak beranak

Baca juga Melawat Taman Burung Melaka


Baca juga Melawat Taman Buaya Melaka


Baca juga Melawat Zoo Melaka


Okeh begitulah kisahnya kami melawat  di Cafe kucing CatWalk Studio... 


Cafe ni tutup setiap hari Khamis ya.. so jangan datang hari Khamis. Masa operasi ialah dari jam 10.30 pagi hingga 7.00 petang.


Sekian, Semoga bermanfaat..


Daa






6 comments:

  1. Ada datang Melaka ya. Rasanya Cat Walk Studio ini di Ayer Keroh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. betul NA.. cafe ni dkt ayer keroh.. cuti di Melaka sambil melawat abang.. 😄

      Delete
  2. dulu kat shah alam ada gak Mell cafe macam ni tapi dah tutup rasanya, comel-comel kan anak2 bulus kat sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel² semuanya... manja² pula tu. Owh dkt Shah Alam, tak pernah pegi lagi dekat shah alam.. kalau d sunway putra mall sentul pernah juga pegi.. cuma tak banyak sangat kucing kat sana.

      Delete
  3. menariknya tempat tu... kalau ke sana mesti aiyan suka, dia suka main dengan kucing... lagilah kalau kucing manja gini... kucing kat rumah tu pun selalu di kerjakan... kita kene perhatikan tak boleh biarkan je

    ReplyDelete
  4. Wah! ada Cafe kucing kat Ayer Keroh ya.
    Nanti kalau pergi Melaka nak carilah cafe ni

    ReplyDelete