TONTON SINI MOVIE THE FLU

Assalamualaikum..


Semalam, saya luangkan masa menonton movie The Flu. Movie ni ditayangkan pada tahun 2014. 

The flu menceritakan mengenai virus yang masuk ke negara Korea melalui pemerdagangan manusia. Dimana salah seorang daripada mereka sedang mengalami Avian flu.

Kalau secara realiti, dalam cerita ni sama seperti bagaimana virus Covid-19 tersebar di Wuhan, China. Betapa teruk virus ni menyerang manusia dalam keadaan yang drastik dan cepat.

Setelah menonton movie ini, menyebabkan saya terfikir, mungkinkah begini situasi di Wuhan, semasa Novel Coronavirus (nCoV-19) baru mula menyerang??. Kerajaan sana mengarahkan lockdown serta merta, untuk daerah Wuhan, bagi membendung virus Covid 19. 

Movie The Flu, boleh la layan waktu-waktu PKP Fasa 2 ni.... cumanya, bagi saya, movie ni tidak berdasarkan kehidupan sebenar..hehe😅. Itu pendapat saya sahaja tau... 

Tapi tidak boleh nak komen lebih sebab sebelum bermula jalan cerita, dah dimaklumkan awal-awal bahawa "its not base on real life".. hehehe

Movie ni ada di youtube.. saya sertakan link movie tu dibawah ni... bolelah layan untuk habiskan masa..


Cara Mendaftar Sebagai Pengundi Secara Online

Assalamualaikum..


Cara mendaftar sebagai pemilih ataupun pengundi secara online di laman web suruhanjaya pilihanraya (SPR).

Semua dah daftar sebagai pengundi ke tu??

Daftar sebagai pemilih, sangat penting ya... Sesiapa yang berumur 21 tahun dan keatas, wajib mendaftar dan keluar mengundi sewaktu pilihan raya.

Berikut adalah cara untuk mendaftar sebagai pemilih secara online.. Bagi sesiapa yang ada masalah untuk mendaftar secara online, boleh terus datang ke pejabat Suruhanjaya Pilihanraya berhampiran dan isi borang daftar mengundi secara manual.

Cara untuk daftar online mudah sahaja...

1. Periksa dahulu samada anda telah berdaftar sebagai pemilih.. KLIK SINI UNTUK SEMAK 

2. Jika anda telah berdaftar sebagai pengundi, maklumat legkap akan keluar.. Tetapi jika keluar kenyataan Rekod Tidak Ditemui, anda perlulah mendaftar samada secara online atau manual. 

Cara mendaftar sebagai pemilih melalui online ialah:



klik gambar untuk lebih jelas
2. Klik permohonan akaun baru, seperti gambar atas


Gambar (i)


Gambar (ii)


Gambar (iii)

3. 
~Isikan semua maklumat yang diminta seperti gambar (i). 
~Jangan lupa, upload gambar depan, kad pengenalan seperti gambar (ii), 
~dan upload gambar swafoto, bersama kad pengenalan seperti gambar (iii).

Kemudian masukkan Captcha, tandakan (/) pada kotak, menyatakan anda telah membaca syarat-syarat kelayakan, dan tekan butang HANTAR.

*sentiasa lakukan pemeriksaan kali kedua sebelum hantar borang permohonan. Ini penting supaya tiada berlaku kesilapan maklumat.

Selepas tu anda akan dapat balasan seperti di bawah.
klik gambar untuk lebih jelas

4. Kemudian log in email yang didaftarkan tadi. Kamu akan dapat 2 email daripada MySPRDaftar. Seperti gambar dibawah.


Ini ialah email pertama, pengesahan penerimaan permohonan akaun pengguna SPR.



Ini email kedua, mengenai arahan pengaktifan permohonan akaun pengguna. Klik link yang saya tandakan dengan kotak berwarna merah, untuk mengaktifkan akaun yang telah dimohon.


6. Setelah anda klik pada link tersebut, akan keluar seperti kotak dibawah ni.

Isikan Id: No kad pengenalan pemohon, 
Kata laluan: kata laluan yang anda isikan pada permohonan akaun pengguna tadi.
Isikan Cpatcha dan tekan LOG MASUK.

7.Kemudian akan keluar Borang A yang perlu diisi. Seperti gambar dibawah. 


klik BORANG A untuk membuat pendaftaran baru


8. Isikan semua maklumat yang diminta. Pastikan anda 'double check' maklumat tersebut keh.. Ini bagi mengelakkan berlaku kesilapan maklumat yang diberi. Contoh BORANG A adalah seperti dibawah.


Isikan semua maklumat yang diminta. Kemudian tekan butang HANTAR.


9. Selepas anda tekan butang hantar, akan dapat pemberitahuan permohonan pendaftaran pemilih telah diterima dan  sedang diproses. Seperti gambar dibawah.

klik gambar untuk lebih jelas

10. Kemudian, log masuk ke email yang anda telah daftarkan pada awal tadi. Anda akan dapat email BORANG A TELAH DITERIMA DAN AKAN DISEMAK.. seperti gambar bawah ni.

klik gambar untuk lebih jelas

Dah siapppp.... sekarang hanya tunggu nama untuk diperaku sahaja.

Pemerakuan mengambil masa antara 3 hingga 5 bulan. Selepas diperaku, baru sah jadi pemilih berdaftar...

Pemerakuan bergantung pada jadual suku tahun seperti dibawah.

klik gambar untuk lebih jelas
 JADUAL AKTIVITI PENDAFTARAN PEMILIH MENGIKUT SUKU TAHUN


Mudah sahaja cara daftar kan...

Daftarlah sebagai pemilih. Jalankan tanggungjawab anda pada negara.

Lama lagi nak mengundi??? Tapi tiada salahnya daftar awal. 

Lagi satu... maklumat pengundi ni penting juga untuk dapat bantuan berdasarkan DUN tempat mengundi. Jika anda belum mendaftar, kemungkinan nama  anda tidak mendapat bantuan adalah tinggi. So siapa yang rugi?? hehhe

Okeh sekian perkongsiannya..

Daa..

Baju Personal Protective Equiptmen (PPE) merimaskan!

Assalamualaikum

Berdepan dan merawat mereka yang dijangkiti Novel Coronavirus (nCoV-19), sama seperti turun dan bertempur di medan perang. Senjata dan perisai yang kukuh dan lengkap, adalah kunci kemenangan.


Begitulah pentingnya baju PPE dan peralatan hospital yang lain. 

Baru-baru ini, tular satu berita yang menunjukkan barisan frontliner negara sedang mengubahsuai plastik sampah untuk dijadikan sebagai baju PPE. Ini kerana, baju perisai penting tu sudah hampir habis digunakan. 

Berat bahu memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Tanpa perisai tersebut, macam mana barisan frontliner kita dapat bertempur melawan bala tentera yang tidak kelihatan ini (covid 19). 

Walaupun kita seringkali dengar luahan perasaan mereka yang bertugas, tidak selesa menggunakan baju tersebut dan baju ini perlu dipakai dalam jangka masa selama 8 ke 14 jam dan kadang-kadang berlarutan hingga ke 18jam tanpa dibuka!!!, tapi tanpa baju PPE, robohlah pertahanan frontliner😭. 

Kamu semua taukah.. 
~berapa lapisan sebenarnya pakaian PPE ini??? 
~Dan kenapa doktor atau jururawat yang bertugas mengatakan ia tidak selesa?? 
~Tidak dapat ke tandas selepas menggunakan baju tersebut?? 
~Kenapa ada jururawat yang pengsan sewaktu bertugas merawat pesakit covid-19?? 

Jawapan tu semua ada dalam video dibawah. 


Kenapa penting mereka menggunakan baju PPE ini?

Pemakaian PPE ini diwajibkan kepada semua doktor dan jururawat yang bertugas mengendalikan kes pesakit Covid 19. PPE ini sangat penting untuk melindungi mereka daripada dijangkiti virus tersebut.

Baju ni, tidak boleh dipakai secara suka hati... ada tatacara KHAS menggunakannya dan tatacara KHAS untuk menanggalkannya. 

Baju PPE harus dipakai dengan berhati-hati, agar tidak rosak... yang mana ini akan memberi risiko dijangkiti virus covid 19.

Menanggalkan baju ini juga ada tatacara yang patut dipatuhi. Perlu dipatuhi supaya mereka tidak dijangkiti virus covid 19 ketika menanggalkannya. 

Apa fungsi sebenarnya baju PPE ini

Baju PPE ini adalah satu peralatan ataupun pakaian yang melindungi diri si pemakai agar risiko kesihatan dan keselamatan dapat diminimumkan. Ini termasuklah risiko fizikal, alam sekitar, kimia dan virus.

Siapa yang menggunakan pakaian PPE?
▪️klinik dan hospital
▪️bomba
▪️polis
▪️dan beberapa jabatan awam dan swasta lain

PPE ini melindungi paru-paru, mata, kepala, kaki, kulit serta badan daripada:
▪️udara tercemar
▪️jangkitan virus
▪️jangkitan kulit
▪️kejutan elektrik
▪️suhu melampau

Masih ingat lagi berkenaan pencemaran yang disebabkan oleh bahan toksik pada tahun lepas?? Pencemaran bermula di sungai Kim Kim, dan melarat di beberapa tempat. Pencemaran ini turut menyebabkan beberapa sekolah ditutup dan kawasan yang terlibat, dipantau. 


Jika anda perasan, anggota yang bertugas juga menggunakan baju PPE.

Walaupun ia nampak tidak selesa dan merimaskan... demi tugas dan nyawa, mereka menggunakannya. 

Dari mata kasar kita ni, ia sekadar baju petugas... Tapi bagi si pemakai, itu bukan sekadar baju biasa... itulah perisai mereka yang menentukan kemenangan di medan perang. 

Sedangkan memakai penutup hidung dan mulut (face mask) sahaja pun sudah cukup merimaskan bukan??? Apatah lagi menggunakan baju PPE ini.

Bersyukurlah kamu yang hanya diminta untuk duduk dirumah sepanjang PKP. Hargailah perjuangan barisan hadapan. 

Mungkin kamu tidak berada di tempat mereka, sebab itu banyak yang masih berdegil dan sanggup melawan pihak berkuasa, semata-mata untuk urusan remeh. 

"Walk in Their Shoes"

Okeh sekian perkongsiannya..

Daa..

Menikmati suasana matahari terbit di Tmn Wangsa Cheras

PKP hari ke 17.

Melihat matahati terbit di beranda rumah.. 


Sambil menghirup milo panas... nikmat.

Syukur ya Allah.. masih diberi peluang untuk menikmati keindahan ciptaanmu..


MAKAN MAKANAN SABAH DI SEMENANJUNG

Assalamualaikum

Dah lama nak post entry ni, tapi entahlah apa yang terjadi... entry ni asik duduk diam-diam sahaja dalam draft.. 😅

Sejak PKP ni... tak tau kenapa ya, adakah saya sahaja yang rasa atau orang lain pun sama... semakin penat pulak rasanya... kerja rumah makin menimbun dari biasa.. sakit pinggang mak cik oiii...

Lagi-lagi bila sampai waktu, untuk tambah barang keperluan dapur... semakin berganda-ganda la kerja rumah... allahu... satu persatu perlu dicuci...

Tapi entry kali ni, saya bukan nak kongsi tentang kerja rumah tu... hahaha... saya nak kongsi makanan kampung kegemaran saya, yang tidak ada di Semenanjung.. mungkin ada yang kenal, mungkin juga banyak yang tak kenal.. 😁

Makanan ni semua diimport dari Sabah... Husband balik sabah 11 Mac haritu, ada urusan keluarga... so adalah buah tangan yang dibawa dari negeri kelahiran saya tu.

Semua adalah makanan dari Sabah.. yezzza... bahagia tak terkata dapat benda rare... hahaha...

Okeh mari saya perkenalkan secara terperinci... satu persatu makanan tersebut..


Ini ialah Losun. Ada juga yang menamakan ia sebagai Lokio. Makanan popular orang berbangsa Kadazan,Dusun,Murut (KDM).. Bentuknya seperti daun bawang... tapi ini bukan daun bawang ya tuan-tuan dan puan-puan. (En.husband pun susah nak cam makanan bininya ni.. terpaksa buat video call sewaktu membeli..) 

Losun boleh dimasak:
-tumis dengan ayam + bunga kantan + sedikit lada putih. 
-Ada juga yang masak losun dengan tumis bersama ikan bilis dan lebihkan pedas... 
-Tapi saya selalu buat sambal losun.. Losun + belacan + garam + gula + Limau nipis... 
-ataupun saya tumis losun ni dengan bawang putih + bawang merah + lada putih + ikan masin + sambal tuhau + ikan masin + garam + gula... 



Ini pula adalah Lada Putih.... Susah nak bezakan lada ni dengan lada berwarna putih yang banyak di pasar-pasar tu... Rupa hampir sama tapi ianya berbeza... Rasa pun jauh beza.. Saya tak pernah lagi jumpa Lada Putih ni dijual di semenanjung.


Hampir sama kan.. 

Apa rasa lada putih?? Rasanya pedas.. hihihi.. Family saya biasanya masak lada putih ni, dengan bawang putih, bawang merah, campur dengan air asam sikit, ikan masin,  dan palin akhir masukkan petai ataupun patau. (petai dan patau punya rasa yang sama selepas dimasak.. tapi mereka dari spesis yang berbeza)


Sedikit berbeza bentuknya, tapi petai dan patau ni mempunyai rasa yang sangat hampir sama....




Ini ialah keropok ikan masin... kenapa keropok?... sebab bila digoreng, dia akan jadi seperti keropok... ia ikan masin yang dihiris nipis. Sedap dimakan bersama nasi putih panas, telur mata goyang, sambal belacan, kicap, dan sayuran.. Rasa sama seperti ikan masin, tapi versi keropok. 

Tips goreng: kena goreng dengan minyak yang panas ya... tak nak minyak yang baru nak panas... Penting agar ikan masin tu garing dan sedap dimakan.

Dahulu kala, saya buat business jual keropok ikan masin ni di Semenanjung, tapi sekarang dah stop.. kenapa stop? Sebab hati tak kental.. 😅😅 so jadilah business separuh jalan. Ramai juga yang beli, tapi disebabkan, susah nak dapatkan stok pada harga yang berbaloi, akhirnya saya stop... 🤦‍♀️



Ini pula adalah sambal Tuhau. Saya seorang saja yang makan sambal ni dirumah😅. Husband tak makan... haha

Rasa tuhau?? Tuhau ni rasa kosong sahaja... macam makan ulam... kena cicah dengan sambal baru sedap... begitulah jugak tuhau.. kena campur dengan limau, garam, cili, gula, belacan kalau suka... OK baru sedap. Kalau makan tuhau sahaja, rasa tawar sahaja. Tuhau ni, ada bau seperti serangga sikit. Tu yang husband tak berminat makan... btw husband bukan orang KDM, so no wonder la dia tak makan tuhau.


Ini ialah sagu... Ataupun nama famous AMBUYAT. Disebabkan sabah ada berpuluh-puluh bangsa yang hidup secara harmoni... so, lain bangsa.. lain cara makan sagu... Family saya, makan ambuyat dengan cicah pada sambal belacan sahaja... simple..

Tapi family husband makan ambuyat dicampur dengan ikan masak asam... yess sedap... So, cara makan sagu ni bergantung pada bangsa atau suku kaum.. hehehe...

Rasa sagu?? Ia likat, sedikit kenyal , licin dan sedikit masam dan tawar.... Ambuyat ni, ada yang dibuat daripada sagu, ada juga yang dibuat daripada ubi kayu... dan ada juga yang hanya gunakan tepung kanji.. semua akan menghasilkan bentuk yang sama setelah dimasak tetapi mempunyai rasa yang sedikit berbeza...


Ini ialah kari ayam yang dimasak oleh mak mertua☺️😊😊... mak mertua kalau masak kari, memang awesome.... so, alang-alang dah husband balik kampung, saya request masakan kari ayam oleh mak mertua... jauh gila kari ni diimport kan... hahaha😅..



Inilah semua barang-barang dari Sabah yang en.husband bawak balik KL... hohoho... belacan , ikan masin pari, mee kuning tawau, kek 😅😅 , agar-agar laut, kicap, amplang, jeruk buah kendondong yang mak mentua buatkan, keropok belinju..


Ini agar-agar laut.... dibeli khas oleh mak mertua untuk saya rasa... agar-agar ni banyak kalogen wooo... siapa yang nak sentiasa awet muda, makanlah agar-agar ni kerap... senang nak jumpa benda ni di Sabah... Tapi walaupun senang nak jumpa... secara jujurnya, ini kali pertama saya memakannya.. 😅😅😅😅😅

Rasa agar-agar??? Tak sedap 😂hahahahaha... sama ada betul-betul tak sedap, atau lidah saya ni yang bermasalah ataupun.... penjual tu buat tak sedap... tak pasti yang mana satu punca ketidaksedapan itu.

Okeh itu sahaja perkongsian saya..

Daa..



PENCARIAN BLOGLIST 2020 BY MK


Assalamualaikum

Hai rakan-rakan blog, jom kita sertai segmen pencarian bloglist oleh Miss Kepeng.

Syaratnya mudah yang amat... 

Klik banner atas ya, klo berminat untuk join.. 

Daa..

SEGMEN BLOGLIST BLOGBABYSHAMBLES


Assalamualaikum..

Hari ni saya join segmen dari si cantik manis Cik Ain...

Pada sesiapa yang nak join... boleh klik banner atas ya, nanti kamu akan dibawa terus ke syarat-syarat segmen..

Keh Daa..😊

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...