Cara pasang template percuma,2020 di Blogspot

Assalamualaikum...

Yayyy!!!! Akhirnya blog saya berbaju baru😊😊... Dah lama nak tukar baju blog ni tapi hajat tak kesampaian sebab utama tiada komputer😭.. 

Template lama saya tu, sedih sangat rupa dia kan😅😅... nak cari apa² butang pun susah, bukan tiada tapi agak tersembunyi... harap template baru ni, dapat mudahkan pelawat blog😊


Tengkolah kejadian laptop kesayangan ni... hancur keypad dikerjakan lily... macam mana nak cantikkan blog ni nak...😑 Ya Allah... murahkanlah rezeki hambamu ini nak beli laptop baru😅😅... 

Ok lupakan kisah laptop.. hahaha kita fokus kepada topik utama...cara tukar template blogger blogspot guna template free yang awesome😍😍.. ya free saja kawan-kawan... Almaklumlah, pengguna blogspot punya template yang sedia ada tu...kita hanya mampu berhuhuhu sahaja... Bilalah Google nak update baru template tu... 

Tapi dah tak perlu berhuhuhu lagi.. sekarang dah banyak template free yang good² dan lawa² okeh... laju, clean, SEO ready... rugilah tak cuba... Template yang begini sangat berguna untuk kelancaran tabungan duit google anda tau😆. 

Panjang sangat mukadimahnya...😆

Sebelum bermula, pastikan kamu dah duduk depan komputer, laptop atau yang seangkatan dengannya... sebab kerja² menukar template ni lagi senang kalau pakai desktop berbanding handphone.

Ok... mula-mula kamu pilih template free yang berkenan dihati dulu... Saya pilih template DISINI

Klik free template ya, kemudian baru cari yang berkenan dihati.

Dah siap pilih? 

Sekarang kita ke langkah berikutnya... download template... 

Klik butang download.. 

Nanti lepas klik download tu, akan keluar satu box... kamu klik sahaja download file keh.... (yg step ni, saya tak tertangkap gambar 🤦‍♀️)

Dah suda klik download file... kamu open file tu, akan jadi macam dekat box bawah ni..


Klik semua file di kotak no 1( jadi warna biru seperti dekat atas tu), then mouse kamu tu, kamu tekan sebelah kanan... Right click omputeh cakap😆.. pastu akan keluar macam kotak yang no. 2 tu... okeh yang tu korang pilih extract tu specified folder. 

Kemudian akan keluar box macam bawah ni..
Untuk mudahkan kamu cari dimana file yang telah diekstrak tadi... pastikan kamu ikut seperti langkah yang saya tunjuk tu ya.. pilih desktop (No. 1)... lepas dah klik desktop baru tekan OK (No. 2). Kalau tak ikut step ni, file tu akan masuk dalam file downloder.


Yaa... tahniah kamu dah berjaya ekstrak file tadi.. dan ia berada di desktop, dalam bulatan merah...  


Disini ada dua cara...
Pertama kamu klik file xml (No.1) tu... dan tunggu hingga semua kod html keluar... Dah keluar kod, kamu copy semua kod tu..

Cara kedua.
Sekiranya cara pertama, keluar blank sahaja... jangan stress ya.. tak perlu nangis bucu katil... just buat begini pula...
~pilih file xml yang suda diekstrak (No.1) kemudian right click mouse kamu tu... akan keluar box No.2, ini kamu pilih open with... dan bila keluar box No. 3, pilih Notepad

Tadaaa... ini ialah kod HTML.. kod ni sangat penting untuk pastikan template kamu benar-benar berfungsi. So jangan gatal tangan mengodek² kod ni kalau tiada ilmu didada😅. 

Okeh kamu copy semua kod tu.. cara copy tu ikut suka hati kamulah.. nak ctrl-A dan  kemudian ctrl-C ke, atau nak copy manual ke... dua² pun bole.

Then kamu log masuk ke blogger.. 

Pilih tema (No.1) kemudian klik pada 3 titik ditepi kanan (No.2).


Akan keluar box macam dekat atas... okeh kamu pilih Edit HTML... saya pun tak pasti kenapa tak keluar versi dekstop dan versi mobile dekat theme ni😑.. so proceed sajalah kan... seperti apa yang muncul. 


Akan keluar kod html yang sedang kamu gunakan sekarang... okeh.. kamu padam semua kod html tu..
~(lebih baik jika kamu save kod HTML lama di tempat lain, manatau lah kamu dah tiba² tak suka template baru tu.. so nanti kamu just gantikan saja dengam html lama ni)

Dah save / padam?? Okeh kamu paste kod html yang kamu copy tadi. Paste betul-betul dari atas ya.. bermula di nombor 1 tau... 

Sudah paste kod html tu... jangan save dulu!!!.. tekan butang pratonton, yang saya tandakan anak panah tu...


Dah Pratonton (hihihi... almaklumlah makcik ni tak pandai english, jadi gunakan bahasa melayu😅)... 
~kalau keluar sepertimana yang korang tengok seperti contoh dkt free templates tu... okeh.. barulah kamu tekan save ya... butang save dekat hujung tu.. yang saya tandakan anak panah merah. 

Dan berbaju barulah blog kamu semua.. Yeayyy!!!! Tahniahh... 😄

Tinggal kamu nak edit apa-apa yang patut sahaja dekat template tu..

Apa kelebihan template yang saya pilih ni?
Responsive
SEO Ready
Simple
Clean
*suka sangat part SEO Ready tu... so kemungkinan untuk blog ni dicrawl oleh enjin carian adalah jugak kan... biar sikit tapi ada... hehehe... nak banyak, kenalah beli template ni💃.. hohoho. Saya tak terfikir lagi nak beli😅... nak cuba-cuba sahaja dulu.

Okeh, sekian saja perkongsian saya.. harap dapat membantu serba sedikit.. 

Daa..

1 Minit Cup Cake Valentine Day, Mudah, pantas

14 February...

Assalamualaikum...

Perasan tak hari ni 14hb?? Valentine day la weyy... 😆😆.. saya buat apa waktu² valentine day ni???

~banyak yg saya buat, masak utk anak², mandikan diorang, layan c kecik, cuci baju, lipat baju DLL🤣🤣... begitulah lebih kurang aktivitinya... padat kan aktiviti valentine day saya?? Hahaha

Okeh ini salah satu aktiviti saya... korang pun boleh buat... senang sangat... boleh kasi dekat ibubapa untuk minum petang ke?? Saji dekat kawan² yang datang bertandang dirumah ke... bagi dekat boipren ke(ehh..)

Cup cake 1 Minit.. tanpa oven..

Bolehlah kan, buat cup cake.. nak buat kek 1kg.. bahan² dia boleh tahan jugak😅... buat ni simple saja... bahan² common yang ada di dapur... kalau nak buat cup cake ni, tak semestinya kena ikut satu² seperti tunjuk ajar sifu ya... boleh saja ganti dengan apa yang kamu ada... yang penting hampir sama..
cth: jus lemon... boleh saja gantikan dengan benda masam lain... macam buah mandarin, buah limau kapas, limau kasturi, cuka ka(guna 2 drop saja)..... boleh saja gantikan.. jalan je

Ini bahan² nya:
❤ 1 Tbsp minyak masak / butter
❤ 2 Tbsp susu cair
❤ 1 Tbsp susu pekat
❤ 1 Tbsp serbuk koko
❤ 4 Tbsp tepung gandum
❤ 1 ½ Tbsp gula aising
❤ 2 cubit baking powder
❤ 1 cubit baking soda
❤ 1 tsp jus lemon
❤ ½ tsp perasa vanilla
❤ cawan

Cara-caranya:

Kalau kamu malas nak scroll kebawah, boleh layan video atas ni... kalau rajin... boleh teruskan mengscroll ya..


1. Masukkan 4 Tbsp tepung jagung kedalam cawan

2. Masukkan 1 ½ Tbsp gula aising kedalam cawan. Tiada gula aising?? Gantikan dengan serbuk gula... serbuk gula pun tiada🤦‍♀️... okeh pegi main jauh² 😆

3. Masukkan 1 Tbsp serbuk koko kedalam cawan... kalau tiada serbuk koko... just skip je step yang ini... so cup cake korang akan jadi cup cake vanilla...

4. Masukkan ½ tsp perasa vanilla kedalam cawan

5. Masukkan 1 tsp jus lemon kedalam cawan. Jika tiada jus lemom, buat seperti yang saya dah terangkan dekat atas ya..

6. Masukkan 2 cubit baking powder kedalam cawan... korang boleh skip yang ini jika tiada bahan ni... cuma cup cake korang tak gebulah

7. Masukkan 1 cubit baking soda kedalam cawan. Ini pun sama... boleh skip kalau tiada bahan... tapi cup cake tak lembut dan tak umphh... tapi tetap boleh makan... dunt worry😄

8. Masukkan 1 Tbsp minyak masak kedalam cawan

9. Masukkan 1 Tbsp susu pekat kedalam cawan. 

10. Masukkan 2 Tbsp susu cair kedalam cawan. Kalau tiada susu cair... boleh guna susu tepung anak😅... cairkan susu tu dah jadi susu cair kan?

11. Kacau hingga sebati

Kacau hingga nampak macam ni ya.. pastikan tiada ketulan² 

12. Ini pilihan... kalau suka boleh letak rainbow chocolate rice atau apa sahaja yang sesuai atas cup cake

Masukkan dalam oven.. set masa 1 minit.. kekuatan api ~ medium

Taraaa... beginilah kejadiannya

Makan macam tu saja pun sedap... nak letak ais krim vanilla di atas pun boleh... rasa lebih umphhh


Hehehe... okeh itu sajalah perkongsiannya... Cup cake Valentine untuk 2 orang minion di rumah😄..

Semoga bermanfaat..

Daa..

Wanted : A New Blog List for March - July 2020


Assalamualaikum

Tengah² malam buta.. blogwalking ke teratak rakan² blogger... i love doing this.. 😊😊. Tengah jalan² tu terjumpa segment atas tu.. by Anis si cantik manis😊.. So apa lagi.. mari sokong antara satu sama lain... 

Makanan Kegemaran:
~i have a lot of fav. food but because today is Valentine day.. So i will tell you about my fav. chocolate. I love White chocolate so much😁😁... i do eat dark chocolate but i prefer white chocolate more.

Kalau ada kawan² berminat nak join, just klik banner atas ya... nanti akan direct link ke syarat² untuk menyertai segment.. Tarikh akhir penyertaan pada 28 Feb 2020 ni tau.. So jangan tunggu lama²...

Okeh...

Daa...

Makan di Kopitiam Kita The Famous Roti Titab

Assalamualaikum...


Actually, cerita ni bulan Januari punya.. tapi bulan Februari baru berkesempatan nak buat review.

Pembukaan tahun baru 2020. Kami sekeluarga kecil ke Terengganu hantar adik ipar praktikal dekat Hospital Sultanah Nur Zahirah... sambil-sambil tu ambil kesempatan bercuti-cuti.

Saya tak rajin lagi nak bercerita tentang perjalanan cuti-cuti kami tu🤣... just nak review satu tempat breakfast yang viral...

Nama kedai tu Kopitiam Kita di Kota Bharu, Kelantan.

Nampak tak gambar tu... hehehe ada jumpa owner tu di kedai👍👍... siap layan customer... Wau! patutlah kedai dia makin berkembang dan tetap berkualiti... bos rajin turun padang dan pantau..

Waktu datang sini, kedai penuh dengan pelanggan... semua bangsa ada tau.. Cina, Melayu, India, Bumiputera Sabah(itu kami😄)... hebat👍
Kedai diorang ni luas, so masalah tiada meja kosong tu kurang, cuma parking agak payah😅... mujur waktu sampai haritu, ada kereta nak keluar parking. Rezeki dapat parking berdekatan dengan kedai.

Sini makanan utama ialah Roti Titab.. Jadi datang sini kenalah makan Roti Titab kan😄..

Ini menu Roti Titab... ada banyak jenis keh.. jangan pening-pening, pilih saja mana yang berkenan di hati.

Ini pilihan hati kami😄... 
~Roti Titab Kahwin Special. Roti ni dihidang 2 keping, bahagian atas ialah roti pandan dengan 2 biji telur separuh masak dipecah atas roti dan 4 penjuru kaya pandan... yang bahagian bawah ialah roti titab yang dicelup telur dan digoreng, dan diletak kaya pandan atas roti tu. Begitu la lebih kurang cara hidangan dia. Rasa..? Sedap.

Roti Titab Special
~Roti dicelup telur dan digoreng, dihidang dengan sebiji telur separuh masak dipecahkan atas roti tu... dengan kaya pandan diletak di pinggan. Rasa?? Sedap😆

Roti Titab Pandan Scramble
~Roti pandan dengan scrambel egg, 4 penjuru diletak kaya pandan. Rasa?? Sedap


Ada satu lagi Roti Titab tapi tak nampak sangat🤣🤣.. Roti Titab Telur Mata.. yang dalam bulatan merah tu...
~Roti Titab dengan sebiji telur mata, 4 penjuru diletak kaya pandan. Rasa?? Sedap.

Selain Roti Titab, kami ada beli makanan lain jugak.... kuih dan Durian Crepe...

Kuih dan Durian Crepe tu, kami ambil dekat sini. Ada banyak lagi makanan lain.. rasanya ini makanan dari luar, tumpang jual dekat sini.. sangat banyak pilihan. Macam-macam ada.

Ini adalah order kami yang paling last😅.. sebenarnya ada kisah disebalik teh ni... {nak minum teh tarik madu yang viral tu tapi tak kesampaian 😭 (restoran dah tutup kedai waktu kami kesana)}.. so minum teh special kedai kopitiam pun jadilah kan..

Kedai ni buka dari jam 6.00pagi hingga jam 2.00petang. Amat sesuai untuk breakfast.

So secara keseluruhannya... bagi saya Roti Titab sedap. Akan repeat lagi datang sini kalau panjang umur dan murah rezeki.

Untuk makanan sampingan dari luar tu.. kami ambil tart, kuih penyaram dan takoyaki.. rasanya agak mmm... nak terus terang tak sampai hati... 😔.  Durian crepe tu ok, sedap.. anak saya c lily suka sangat.

Keseluruhan untuk makanan Kopitiam Kita, Saya bagi 3.6-4⭐... 

Lokasi kedai boleh klik sini.. google maps saja.. pasti sampai

Alamat: Jalan Sri Cemerlang, Taman Desa Jasa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

Owner Kedai Kopitiam ni, dah daftarkan Sajian Roti Titab ni dengan Perbanan Harta Intelek tau. Ada hak cipta... Jadi anda hanya akan jumpa Roti Titab ni di kedai Kopitiam Kita sahaja...bila dah jadi harta intelek maksudnya ia tak boleh ditiru oleh siapa², owner kedai boleh failkan saman kepada sesiapa saja yang membuat dan menjual Roti Titab  tanpa kebenaran dari owner... 

Ni gambar sijil daftar harta intelek diorang.. Ada dipamer di dinding kedai. Satu langkah bijak oleh pemilik Roti Titab👍😊.

Okeh itu saja perkongsiannya.. harap bermanfaat.

Daa..

DIY Healthy Cinnamon Tea

Assalamualaikum..

Cuba buat entry dalam english... broken english pun hentam sajalah labu..😆.


Today i want to teach you all how to do a helathy tea. and i'm very sure that its already in your kitchen... you dont need to buy this one but you have to do it yourself...

I used to see this video at my friend youtube channel.. follow his recepie and i do it my way accroding what i have in my kitchen😄.

All you need is, a cinnamon and a cardamom.

Blend them... blend them together so you can save your energy😄.

Blend

This how it looks like after you blend them.

Get a kettle and fill it with water (full) and wait till it boil.

Put a tea spoon cinnamon+cardamom into the boil water. Stir for a while then its done.

This is optional, if you like you can put some honey and lemon into your cup. Then pour the tea...

Tadaa... its done.. you can drink it hot or cold.

I put it in a refigirator.. so i will drink it cold.

So easy right??

What you have to know about cinnamon:
✒powerful antioxidant that aids in controlling blood sugar
✒high in fiber and calcium which help improve colon health
✒Contains other mineral such as iron and magnesium
✒smelling cinnamon stimulate brain activity
📌although cinnamom is a powerful ingredients but "take this cinnamon in a large quantity can effect for your liver health"

What you have to know about cardamom:
✒great for digestion and can combat nausea and motion sickness
✒as a breath freshener and great detoxidant. Its great for liver cleansing and home remedy for hiccupd
✒excellant source of limonene. Who used to prevent and treat cancer and antioxidant

Okeh.. thats all.. hope this sharing helpful

Daa..


Segmen Blog Review & Cheerful Bloglist By Hana


Assalamualaikum...

Blogwalking ke teratak rakan-rakan blog, saya ternampak segment blog review & cheerful Bloglist by Hana.. Saya sukakan segment or anything yang sama waktu dengannya.. so apa lagi.. lets join..

Syarat-syarat segment ni mudah sangat... kalau ada kawan-kawan yang berminat nak join, just klik banner atas tu ya... nanti akan direct masuk ke syarat-syarat untuk mengikuti segmen ini. Segment ni akan berlangsung hingga 15 feb 2020 saja tau.. come and join me..😄

Kata-kata motivasi.

"when one door closes, another door open ;But we so often look so long and so regretfully upon the closed door, that we do not see the ones which open for us"
~ALEXANDER GRAHAM BELL

Quotes atas ni saya selalu tulis dekat mana-mana buku kegemaran saya. Ini untuk ingatkan diri saya sendiri, yang pintu sentiasa terbuka untuk saya walaupun pada ketika itu.... saya rasa dunia macam tak adil.... rasa macam dah tak boleh maju kedepan.... rasa diri tersekat dan dah tak boleh bernafas lagi.... rasa seperti hidup dah tunggang langgang....

Ayat ni sangat menginspirasi diri saya sendiri. Harap sis Hana pun dapat semangat tu sepertimana yang saya pegang sekarang.😊

And this is one of my favourite song... very motivate song... hope sis Hana suka lagu ni jugak😊. 



Daa..

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...