Assalamualaikum..
16 mac 2022 temujanji saya untuk pra operation di hospital ampang.. waktu ni doktor terangkan macam mana cara doktor pakar tampal lubang pada gegendang telinga saya.. dan apa kesan- kesan dan kemungkinan yang boleh terjadi sepanjang proses pembedahan dibuat. Sejujurnya, saya amat seram dengar bahagian penerangan kemungkinan-kemungkinan yang boleh terjadi..
Disini saya terangkan secara detail, apa yang akan doktor pakar bedah buat untuk tampal gegendang telinga saya yang berlubang ni.. mula- mula doktor akan ambil tisu dekat tulang telinga.. tisu tu akan ditampal ke gegendang telinga yang berlubang.. tetapi sekiranya tisu dekat tulang telinga tak cukup atau tidak berjaya diambil... tisu dekat kepala (atas sedikit dari telinga) akan diambil juga... selepas doktor ambil tisu tersebut.. tempat tersebut akan dijahit semula... kemudian, doktor akan menggunakan kamera kecil... dimasukkan kedalam telinga.. dan gegendang telinga yang berlubang tu, akan di toreh sedikit disekitarnya... selepas ditoreh, barulah tisu tadi ditampal keatas gegendang yang berlubang tadi.. tujuan doktor toreh pada lubang di gegendang telinga tadi ialah... untuk pastikan tisu dapat melekat dan bercantum semula dengan baik.
Selepas itu doktor akan masukkan kapas kedalam telinga supaya kedudukan tisu yang ditampal tadi tidak keluar dari kedudukan yang sepatutnya. Selepas proses pembedahan, memang akan ada sedikit luka pada corong telinga akibat dari alatan yang digunakan ketika proses bedah. Ini kerana corong telinga sangat kecil dan alatan yang digunakan untuk proses bedah pula agak banyak... sebab tu kemungkinan tinggi untuk alat-alat tersebut bergesel dengan corong telinga adalah tinggi.
Selepas dibedah, sepanjang tempoh untuk pastikan tisu bercantum dengan baik di gegendang telinga.... sebarang tekanan keatas telinga perlu dielakkan.. contoh seperti batuk kuat, bersin perlu pastikan ia keluar sepenuhnya melalui mulut, ketika buang air besar.... pastikan jangan meneran, pastikan tidak terkena selesma sepanjang proses tisu tersebut sedang bercantum.. proses tisu bercantum mengambil 1 minggu dan keatas..
~penerangan yang sangat detail 😆..
Okeh selepas dengar penerangan panjang lebar dari doktor tadi.. saya diarahkan untuk kebahagian Xray.. ini disebabkan saya masih batuk selepas terkena covid 19 pada bulan november 2020.
Kemudian jumpa doktor pakar bius... dekat sini, doktor tanya sejarah ubat-ubatan.. sekiranya ada alergik pada mana-mana ubat... dan doktor bagitau, saya akan dibius satu badan.. dan sewaktu proses bedah... saya akan disambungkan tiub oksigen melalui mulut.
Selepas penerangan tu, doktor panggil untuk buat swab PCR sebab saya ada contact rapat dengan orang yang positif covid pada 15 mac 😅..
Disebabkan saya ada contact rapat dengan pesakit covid 19, pembedahan saya pada 17 mac yang sepatutnya dibuat jam 7.00pagi (orang yang pertama dibedah pada hari tersebut) ... ditunda kepada pembedahan yang kedua pada tarikh yang sama, itupun jika keputusan swab PCR saya dah keluar.. kalau keputusan PCR lambat dapat, saya mungkin akan dimasukkan kedalam wad dan dibedah pada keesokan hari...
Saya tak disyorkan masuk wad awal sebab sejarah kesihatan elok.. maksudnya saya datang pada 17hb ke hospital, masuk wad sementara menunggu giliran dibedah.. selepas dibedah, doktor akan pantau selama 6 jam.. jika tidak ada apa-apa komplikasi... maka selepas pemantauan saya dibenarkan balik berehat dirumah.. tetapi disebabkan ada tercontact rapat dengan pesakit covid 19... makanya berubahlah juga plan doktor.
No comments:
Post a Comment