LAWATAN KE AQUARIA KLCC

 Assalamualaikum

Hujung tahun 2021 aritu, kami suami isteri bercadang untuk membeli jiwa anak-anak.. maka terjadilah short vacation kami bercuti di ibukota Kuala Lumpur..

Hanya satu saja aktiviti yang kami rancang waktu tu, bawa anak-anak melihat ikan... 

Seperti biasa, anak sulunglah yang paling gembira.. dapat tengok ikan... 

Harga tiket ialah RM49 untuk dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak berumur 3- 12 tahun... Bagi anak yang berumur 2 tahun kebawah, masuk percuma. Ini harga tiket untuk warganegara.. so kena tunjukkan mykad dan mykid baru dapat harga warganegara tu.

Harga bukan warganegara pula ialah RM79 untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak. 

Ini merupakan kali kedua saya masuk ke aquaria...... kali pertama dahulu ialah pada tahun 2011.... waktu tu saya masih bujang lagi.

 Tidak banyak perubahan dalam Aquria KLCC jika saya bandingkan waktu kali pertama saya masuk dahulu (2011) dengan yang kami masuk sekarang (2021). Bezanya yang dulu dan yang sekarang adalah...... ada SOP baru... kena ada penjarakan sosial dan ada had jumlah pelawat yang dibenarkan masuk untuk satu-satu masa. Maka masa menunggu untuk masuk memang lama 😞.. kami menunggu hampir 1 jam, barulah sampai giliran untuk membeli tiket. 

Walaupun menunggu lama, kami yakin anak-anak pasti gembira dan dapat belajar benda baru disini... Dapatlah anak-anak melihat sendiri hidupan-hidupan laut... 

Ruang menunggu sementara husband beratur membeli tiket 

Sebelum dapat masuk ke ruang menunggu ni.. kami menunggu 1 jam diluar pintu masuk aquaria... tunggu nombor giliran membeli tiket

Anak-anak sedang tengok ikan-ikan kecil dan tapak sulaiman

Ikan kecil dalam akuarium



Kuda laut

Kuda laut ni sedang mengandung 

 
Obor-obor

Lily dengan obor-obor

Melihat ikan-ikan

Ikan belacak

Lily dah mula menangis.. sebab saiz ikan dalam aquarium, semakin lama semakin besar.. kejutan budaya la tu... pertama kali tengok ikan sebesar daddynya 😂.... selalu tengok ikan-ikan di pasaraya je


Lea si pemberani 😊



Peace !!


Peace lagi 😅



Ini bahagian serangga-serangga kecil

Mesti familiar dengan ikan ni kalau pernah main game feeding frenzy...
 
Bergambar bersama sotong kurita

Ulat gonggok yang besar... 

Peace lagi!


"Baby shark" kata lily.... ni bukan baby shark Nak.. ni daddy shark sudah ni 😆


Ikan pari 


Sekian saja perkongsiannya... 😊


2 comments:

  1. Pernah masuk sekali (sebelum covid). Yang tak best kalau ramai sangat orang tak nampak ikannya hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... betul cici.. kalau datang waktu bukan public holiday, kurang sikit pelawat.

      Delete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...