CARA BAYAR SPayLater BIL ANSURAN

 




Assalamualaikum...

Cara Bayar Bil SPayLater Anda

Dah dapat barang pesanan SPayLater, Bagaimana bayar bil ansuran SPayLater?

Jika anda sudah aktifkan SPayLater, akan terdapat halaman khusus untuk pembayaran SPayLater.

>>BACA JUGA CARA AKTIFKAN SPAYLATER SHOPEE

Ikuti langkah-langkah dibawah untuk cara bayar bil SPayLater:

1.    Pergi ke aplikasi Shopee dan tab ‘Me’ > SPayLater.

2.    Pada halaman SPayLater, klik ‘Pay Now’

3.    Pada bahagian ‘My Bills’ anda boleh lihat bil yang anda ‘dah bayar’ atau ‘belum bayar’ mengikut bulan (paid dan unpaid)

4.    Klik bahagian yang belum bayar atau ‘unpaid’ dan pilih kaedah bayaran sama ada perbankan online, cash di 7-eleven atau menggunakan ShopeePay

5.    Masukkan no. pin ShopeePay

6.    Anda akan menerima pengesahan bayaran selepas bayaran berjaya

7.    Selesai!

Jadi kena ingat, bil bulanan anda akan dikira bermula setiap 1 haribulan ya. Anda mesti langsaikan bil tersebut tidak lebih daripada 10 haribulan.

Pembayaran selepas 10 haribulan, anda akan dikenakan lagi caj tambahan iaitu sebanyak 1.5%.

Sekian..

No comments:

Post a Comment

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...