Assalamualaikum…
Handphone rosak, nak
beli baru tapi tak mampu beli cash… boleh cuba membeli secara ansuran di SHOPEE
melalui SPayLater.
Bagaimana aktifkan
SPayLater di Shopee??
Cara Akftifkan SPayLater Di Shopee
Pengguna Shopee yang
telah aktifkan MyKad (verified) dan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke
atas layak untuk menggunakan SPayLater.
Akan tetapi, ciri ini
anda perlu aktifkan dan nilai adalah berbeza mengikut kelayakan. Mungkin ada
yang terima RM1000, RM2000 atau sehingga RM3000.
Jadi jumlah itu sahaja
yang anda boleh gunakan untuk beli apa-apa barang di Shopee secara hutang.
Cara aktifkan SPayLater shopee, Ikuti langkah-langkah
berikut:
1.
Buka aplikasi Shopee dan
pergi bahagian ‘Me’ > ‘SPayLater’
2.
Kemudian klik ‘Activate
Now’
3.
Anda perlu masukkan kod
pengesahan yang dihantar di no. telefon anda
4.
Upload gambar MyKad anda
dan masukkan butiran yang diperlukan
5.
Kemudian perlu melalui
‘facial verification’ dengan ambil gambar selfie
6.
Selesai! Kini SPayLater
anda sudah diaktifkan
Horeeyyy!!!! Dah aktif dan boleh guna...
Cara Buat pesanan barang ansuran Menggunakan SPayLater
1.
Buat pesanan seperti
biasa di Shopee. Seperti contoh, anda ingin beli iPad Air 4th Generation.
2.
Klik ‘add to Cart’ >
‘Check Out’
3.
Kemudian pada bahagian
Payment Method, pilih ‘SPayLater’
4.
Pilih plan pembayaran
anda. Samada bayar kesemuanya pada bulan hadapan tanpa caj atau 2x, 3x atau 6x
dan klik ‘Confirm’
5.
Masukkan pin ShopeePay
anda
6.
Akhir sekali, anda akan
menerima pengesahan bayaran. Selesai!
Barang anda akan dipos kepada anda dan bayaran dibuat bermula bulan seterusnya, bergantung kepada plan pembayaran anda.
No comments:
Post a Comment