AKTIFKAN SPayLater Shopee


Assalamualaikum…

Handphone rosak, nak beli baru tapi tak mampu beli cash… boleh cuba membeli secara ansuran di SHOPEE melalui SPayLater.

Bagaimana aktifkan SPayLater di Shopee??

Cara Akftifkan SPayLater Di Shopee

Pengguna Shopee yang telah aktifkan MyKad (verified) dan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas layak untuk menggunakan SPayLater.

Akan tetapi, ciri ini anda perlu aktifkan dan nilai adalah berbeza mengikut kelayakan. Mungkin ada yang terima RM1000, RM2000 atau sehingga RM3000.

Jadi jumlah itu sahaja yang anda boleh gunakan untuk beli apa-apa barang di Shopee secara hutang.

Cara aktifkan SPayLater shopee, Ikuti langkah-langkah berikut:

1.    Buka aplikasi Shopee dan pergi bahagian ‘Me’ > ‘SPayLater’

2.    Kemudian klik ‘Activate Now’

3.    Anda perlu masukkan kod pengesahan yang dihantar di no. telefon anda

4.    Upload gambar MyKad anda dan masukkan butiran yang diperlukan

5.    Kemudian perlu melalui ‘facial verification’ dengan ambil gambar selfie

6.    Selesai! Kini SPayLater anda sudah diaktifkan


Horeeyyy!!!! Dah aktif dan boleh guna...



Cara Buat pesanan barang ansuran Menggunakan SPayLater

1.    Buat pesanan seperti biasa di Shopee. Seperti contoh, anda ingin beli iPad Air 4th Generation.

2.    Klik ‘add to Cart’ > ‘Check Out’

3.    Kemudian pada bahagian Payment Method, pilih ‘SPayLater’

4.    Pilih plan pembayaran anda. Samada bayar kesemuanya pada bulan hadapan tanpa caj atau 2x, 3x atau 6x dan klik ‘Confirm’

5.    Masukkan pin ShopeePay anda

6.    Akhir sekali, anda akan menerima pengesahan bayaran. Selesai!


Barang anda akan dipos kepada anda dan bayaran dibuat bermula bulan seterusnya, bergantung kepada plan pembayaran anda.

>>BACA JUGA CARA BAYAR ASURAN BIL SPayLater SHOPEE

No comments:

Post a Comment

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...