BAHANA DADAH DIKALANGAN REMAJA

Assalamualaikum,

Sejak akhir-akhir ni, kita sering dikejutkan dengan berita-berita yang sangat menyayat hati... pembunuhan, rompakan, kemalangan ngeri.. Dan yang lebih menambah kejutan apabila berita-berita sebegini dikaitkan dengan keputusan saringan ujian air kencing positif dadah.

Sedarkah kita semua tentang bahaya dadah ni????

Kepada ibu bapa diluar sana, pernahkah anda ambil tahu tentang bahayanya dadah dan bagaimana untuk ambil tau anak-anak tidak terlibat daripada aktiviti dadah??

Kadang-kadang, bila ada pihak datang memberi ilmu pengetahuan mengenai dadah, kita tidak memberi perhatian kerana beranggapan masalah dadah tiada kaitan dengan kita....

Sedarlah, dengan mengambil tahu, ia bukan sahaja memnambahkan ilmu di dada, bahkan dapat mengesan lebih awal sekiranya ada ahli keluarga atau rakan taulan yang terlibat dadah... Bahkan mungkin juga mungkin dapat membantu orang lain.

Rajin-rajinkan lah bertanya tentang aktiviti anak-anak disekolah. Periksalah beg anak-anak sekali sekala, ambil tahu apa yang ada dalam beg mereka. 

Mungkin anda rasa ini menyekat kebebasan mereka, tetapi tidak!! Sekirnya benda ini sering dilakukan sejak dari kecil, anak-anak tidak akan merasa itu satu bebanan, malahan mereka akan tahu itu adalah salah satu rutin ibu dan bapa mereka. Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya.

Adakah yang beranggapan, dengan mengambil tahu tentang info dadah, membuatkan kamu terjerumus kepada masalah dadah atau family anda mempunyai masalah dadah???? Tidak... itu adalah tanggapan salah!!

Membesarkan anak dalam zaman penuh pancaroba ni, kita kenalah lebih bijak dari anak-anak. Ilmu perlu cukup di dada, agar kita dapat memimpin anak-anak kesayangan kita itu. Biarlah kita menjadi salah satu cahaya kepada perjalanan hidup anak-anak kita.

Semua maklumat ini, ada dihujung jari anda.. dari kamu sahaja, nak cari atau tidak.






2 comments:

  1. sangat-sangat bahaya dan semoga di jauhkan di kalangan ahli keluarga kita, aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... Moga dijauhkan dari kita semua.. Aminn

      Delete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...