Melawat Taman Burung Melaka - Mell Comell

About Me

test banner

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Friday, September 18, 2020

Melawat Taman Burung Melaka

Assalamualaikum


Percutian sempena cuti hari Merdeka yang ke 63, kami sekeluarga bercuti-cuti di Melaka... Selepas menjamu selera di Cafe Kucing CatWalk Studio.. kami terus bergerak untuk checkin di hotel Link.


Disebabkan kami ni jenis suka buat percutian secara tiba-tiba tanpa dirancang, maka semasa sampai di Melaka, kebanyakan hotel dah fully booked, mujur en.husband berjaya juga booking secara online, hotel Link. Rezeki kami anak beranak. Jadi, adalah tempat untuk berehat selepas penat bersiar-siar diluar. 


Ini hotel tempat kami tidur.. hotel ni bersih, ada lift, ada wifi yang laju. Sempat lagi en. Husband download movie menggunakan Wifi diorang.. hehe 


Link Boutique Hotel

Sedang tunggu bilik dikemas

suasana dalam bilik


Percutian kami kali ni, saya hanya fokuskan pada anak-anak  untuk mengenali haiwan... jadinya, Selepas checkin, kami terus bergerak ke Taman Burung Melaka. Nak kenalkan anak-anak tentang jenis-jenis burung. Kami bergerak ke Taman Burung lebih kurang jam 3 petang.


wajib gambar dengan burung kakak tua warna merah ni... bukti sampai kesini hahaha

sempat bergambar dengan patung dinasour dekat depan kaunter bayaran masuk

Waktu sampai sini, tak ramai orang, jadinya kami tak perlu beratur.. rezeki


Di bahagian depan pintu masuk 

Ada ikan juga... 


Masuk sini, bayaran memang super murah... RM5 dewasa, RM3 kanak-kanak. Untuk anak-anak berumur 4 tahun kebawah, masuk percuma. Kalau nak beri makan pada burung dan ikan, harga RM5 (dapat 2 bekas)


harga bayaran masuk ke taman burung. Dewasa RM5.00, Kanak-kanak RM3.00 dan Warga Emas RM3.00

RM 5, harga makanan burung dan ikan.. kami beli makanan ni, jadi diorang lily dan lea boleh bagi makan dekat ikan-ikan dan burung di sini


Burung di dalam sini, dibiarkan terbang bebas dalam sangkar yang sangat besar. Yang bestnya, burung-burung disini tak takut orang. So, sangat senang nak ambil gambar.


lily sedang berusaha mencari burung yang bertenggek atas pokok

inilah burung yang dicarinya tu... sampai kesudah, lily tak nampak.. haha.. 


Cumanya, burung-burung yang kecil, kebanyakannya sedang bertenggek di pokok-pokok yang tinggi. Kami mampu tengok sahaja dari jauh... nak ambil gambar, kena ada kamera mahal yang boleh zoom jauh. Saya yang hanya gunakan camera telefon ni, memang tak dapatlah nak gambar burung-burung yang sedang bermain atas pokok tu.


Untuk anak-anak kecil macam lily, lea dan rizqi... Diorang memang tak nampak pun burung-burung kecil tu... hihihi sebab mata diorang masih belum cekap sangat untuk tengok haiwan-haiwan kecil. Lebih-lebih lagi kalau haiwan tu jauh, nun atas pokok tinggi sana.


burung kakak tua sedang bertenggek atas pokok


Tapi, bagi saya, nak ambil gambar atau anak tak nampak burung yang kecil, itu semua tak penting. Cukup anak-anak gembira dapat tengok dan kenal burung. 


tepuk-tepuk tangan, panggil burung datang.. hahaha bukan begitu cara panggil diorang tu anak-anak



itik?? En.husband kata itik... saya tak rasa ianya itik

ini itik (gambar dari google)


ini pun itik (gambar dari google)


ini itik ke?? Tak dapat dikenalpasti

Yang paling mendapat perhatian utama di sini, sudah tentu si burung merak... sebab bulu burung ni sangat cantik... 


merak albino


sombongnya c merak ni.. hihi




Ada banyak lagi burung merak dalam sini, tapi saya mampu ambil gambar tiga ni saja.. kebetulan ada ditepi kami waktu sedang duduk-duduk berehat.


Taman burung ni, tak besar mana, jadi tidak menyebabkan kesakitan kakišŸ¤­...  boleh rujuk gambar peta bawah ni.

Dalam taman burung ni, tidak disediakan tempat duduk untuk berehat.. jadinya, pandai-pandailah cari tempat untuk letak punggung ye.. hahaha


my father is my hero.. begitu kot dalam hati Rizqi waktu ni.. hihi

Begitulah ceritanya kami di Taman Burung Melaka... tak banyak sangat ceritanya..hihi


Semoga bermanfaat.

Daa..



1 comment:

  1. Hehe yang ini belum pergi. Kalau zoo dan taman rama-rama saya pernah pergi.
    Budak-budak memang suka aktiviti begini.

    ReplyDelete