soalan exam SPA / JPA peperiksaan online (PSEE) Daya Menyelesaikan Masalah N29

Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir (PSEE) N29


Assalamualaikum...


April 2020 haritu, saya ada dapat panggilan untuk peperiksaan online... Panggilan peperiksaan untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir (PSEE) N29. 


Jadinya, disini saya kongsikan antara soalan-soalan yang sempat saya catat.. Semoga dapat membantu sesiapa yang bakal menduduki peperiksaan Online Jpa.. :)


Soalan ni ada dua sesi... 

i) Daya Menyelesaikan Masalah (20minit)

ii) Kefahaman Bahasa Inggeris (30 minit)


Antara contoh soalan Daya menyelesaikan masalah ialah:

1)Sebuah bongkah kon mempunyai ketinggian 30cm dan jejari tapak kon itu berukuran16cm. Cari isipadu, dalam cm³, bagi 3/4 bahagianbongkah tersebut?

A) 6034.3

B) 8038.4

C) 18084.4

D) 24115.2


2)Baldi X,Y dan Z mempunyai kapasiti 5.5 liter setiap satu serta masing-masing telah diisi dengan 1/3, 1/4 dan 2/5 kandungan air. Berapakah jumlah air yang diperlukan lagi untuk memenuhi ketiga-tiga baldi tersebut?

A) 5.408 liter

B) 7.608 liter

C) 8.892 liter

D) 11.092 liter


3)Sebuah kabinet dapur menyimpan 230 unit barangan. Jika satu barang dipilih secara rawak daripada dapur itu, kebarangkalian memilih seunit mangkuk ialah 2/5. Didapati bilangan piring ialah 1/2 daripada jumlah mangkuk tersebut. Hitung bilangan piring di dalam kabinet itu.

A) 23

B) 46

C) 92

D) 115


4) Perjalanan sebuah lori dari bandar P ke bandar Q sepatutnya mengambil masa 3 jam 45 minit. Sewaktu dalam perjalanan lori tersebut mengalami kerosakan dan mengambil masa 2 jam 15 minit untuk dibaiki sebelum meneruskan perjalanan. Hitung masa ketibaan lori itu di bandar Q jika ia telah memulakan perjalanan dari bandar P pada jam 0835?

A) 1325

B) 1335

C) 1425

D) 1435


5)3 biji kek dipotong kepada 8 bahagian yang sama saiz setiap sebiji. Setiap potongan kek itu berjisim 225 g. Berapakah anggaran jisim bagi 3/4 bahagian daripada kesemua kek tersebut?

A) 1.35g

B) 2.70kg

C) 3.60 kg

D) 4.05kg


6)2.5 liter air mendidih di dalam sebuah periuk dibiarkan terus mendidih di atas api dapur. Setelah tempoh 15 minit dibiarkan, air di dalam periuk itu berkurangan sebanyak 0.125 liter. Berdasarkan kadar ini, hitung isi padu air yang masih ada didalam periuk tersebut setelah tempoh 1 jam 30 minit lagi.

A) 1.375 liter

B) 1.625 liter

C) 1.750 liter

D) 1.875 liter


7)25% daripada pendapatan bulanan Ahmad digunakan untuk bayaran pinjaman perumahan dan 15% untuk ansuran kereta. Wang selebihnya dibahagikan kepada 5 bahagian dan 1 bahagian sahaja yang disimpan. Berapakah jumlah wang tersebut yang telah disimpan oleh beliau dalam tempoh setahun jika pendapatannya ialah RM 6500.00 sebulan?

A) RM 6240.00

B) RM 9360.00

C) RM 11700.00

D) RM 15600.00


8)Rizal mengambil masa 3 jam 30 minit untuk memandu sejauh 300km dari bandar X ke bandar Y. Kemudian beliau meneruskan lagi perjalanan ke bandar Zsejauh 200 km lagi pada purata kelajuan yang sama. Rizal bertolak dari bandar X pada pukul 11.15 pagi. Bilakah beliau sampai di bandar Z?

A) 3.55 petang

B) 4.55 petang

C) 5.05 petang

D) 5.25 petang


9)Terdapat 5 buah kotak yang tidak sama saiz. Kotak yang paling kecil mengandungi 70 biji epal dan yang paling besar mengandungi 150 biji epal. Purata bilangan epal di dalam kotak yang selebihnya adalah 1/2 daripada bilangan epal di dalam kotak yang paling besar. Hitung jumlah epal kesemuanya.

A) 295

B) 370

C) 445

D) 520


10)Cari isi padu, dalam cm³, bagi sebuah kubus yang jumlah ukur panjang semua sisinya ialah 720 cm. Ungkapkan jawapan dalam bentuk piawai.

A) 2.16 x 10-⁵

B) 2.16 x 10‐⁶

C) 2.16 x 10⁵

D) 2.16 x 10⁶


11)Bakul P mengandungi 128 biji nanas dan bakul Q mengandungi 168 biji cempedak. 5/8 daripada jumlah nanas dan 1/4 daripada jumlah cempedak tersebut telah dijual. Berapakah jumlah semua buah-buahan yang masih ada dalam bakul-bakul tersebut?

A) 122

B) 148

C) 158

D) 174


Sekian.. semoga sedikit sebanyak dapat memberi sdikit gambaran dan membantu kawan-kawan lain yang bakal menduduki peperiksaan online.. 

Daa~

No comments:

Post a Comment

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...