Aiskrim McDonald Strawbeery Cheesekek Sundae

Assalamualaikum..

Banyak dah review aiskrim terbaru McDonald ni.. Bila dah test.. ehh tersedap la pulak.. ๐Ÿ˜„ So sebab sedap saya buat review.. klo tak sedap biasanya saya peram je gambar dlm handphone sampai mereput๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†..

Sambut Birthday Husband haritu, saya pun menyempatkan diri la jugak merasa benda-benda Viral ni... hihihi... saya memang suka buat benda ni... 

Sebenarnya nak beli strawberry cheesekek yang kon tu jugak... tapi habis pulak๐Ÿ˜‘.. sedih.. sebab tu saya beli jenis gini punya.. tapi rupanya tak sama kalau yang dalam kon dengan dalam bekas ni tau... dalam bekas ni strwaberry betul dalam dia.. bole rasa biji-biji strawberry tu.. ermmm yummy... beli 2.. satu untuk mummy satu untuk lily... en.husband beli salted caramel.. 


Bagi saya... rasa dia sedap dan unik. Ya memang ada rasa cheese tu, tapi cheese yang susah nak explain rasa dia๐Ÿ˜†.. ada rasa masin-masin sikit... kemanisan dia??? Oww aiskrim memang manis.. kalau tak manis tak sedap๐Ÿคญ...ada rasa lemak... Dan topping dia ada strawberry tau... bukan yang fresh tu... kalau fresh saya tak suka sangat sebab masam๐Ÿ˜–.. ni yang dah dijeruk sikit kot๐Ÿ˜…๐Ÿ˜‚ (tak taulah kena jeruk ke tak)... but overall bagi saya sedap... 

Tapi husband cakap TAK SEDAP!! Apa??????? Berani cakap tak sedap๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚... so ikut tekak memasing la kot... saya rasa sedap je.. lily pun sedap, habis satu bekas tu dia kerjakan sendiri. 

Lily punya dah habis strawberry dekat atas tu... ๐Ÿ˜.. 

Tapi apa yang spoil waktu ni.. rasa nak nangis pun ada๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ.. waktu keluar kereta sekejap nak beli Burger Abang Burn (burger ter๐Ÿ‘..sedap).. Lily tumpahkan aiskrim mak dia ni di seat kereta.. Ya Allah Nak... mummy baru makan beberapa cedok... aduhaiiii... rezeki c kereta la.. dapat makan aiskrim cheesekek๐Ÿคฆ‍♀️.. nangis ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ.. mana aiskrim tak sempat nak habiskan.. kereta pulak kotor... streessss...

Ok itu saja perkongsiannya..๐Ÿ˜…

Daa..

Jadikan View Handphone seperti desktop ketika melayari sesawang

Assalamualaikum

Sebenarnya ini adalah ilmu common... kalau orang-orang hebat diorang tau benda-benda ni.. cuma saya ni kurang hebat sikit๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†.. tak tau sangat fungsi handphone yang dah bertahun saya guna ni๐Ÿคฆ‍♀️

Just nak share ilmu... kalau kamu pengguna android(ios saya tak pasti caranya).. waktu melayari sesawang... screen kamu tu boleh pilih tau... samada kamu nak ia mobile site atau desktop site tanpa perlu tekan view as desktop di blog. Kebanyakan template website sekarang takde view as desktop. Contoh korang nak tengok apa saja la kan contoh lazada ke, beli tiket wayang ke... tapi mobile site rasa susah nak paham... kamu just tukar je ke desktop site.. 

Cara-caranya

Okeh ini adalah keadaan mobile site... cth: guna blog saya sendiri saja ya

Kalau nak tukar ke desktop site... kamu tekan butang 3 titik bertindih di penjuru atas kanan.

Pastu akan keluar macam gambar tu... kamu tick Desktop Site tu...

Tadaa... dah jadi desktop site dah... kalau kamu nak tukar kembali ke mobile site.. just untick box tadi...

Setahu saya, ciri-ciri ni untuk pengguna android yang dikeluarkan tahun 2018 dan keatas saja.. tapi apa-apapun, kamu boleh cuba aplikssi dekat handphone kamu tu.

Kamu dah tau ke???

Mak Cik baru tau Nak.. ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† ๐Ÿคฆ‍♀️tepuk dahi sendiri... Ni pun tau lepas gaduh manja dengan en. Husband ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†.. Husband dah bagitau lama dah, yang view hp tu boleh tukar ke desktop tapi c degil kepala batu malu bertanya sesat jalan ni... tak nak mendengar๐Ÿ˜„...

Okeh itu saja perkongsian dari mak cik Noob ni๐Ÿ˜†

Daa...

Kedai mainan murah di Kuala Lumpur

Assalamualaikum..

Pernah tak kamu berjanji dengan anak? Tak kisahlah janji apa-apa pun... cth: janji nak  bawa main di taman, janji belikan mainan atau makanan kegemaran si anak. 

Kalau pernah... please kotakan janji tu ya... kalau tak dapat kotakan, tolong jangan buat janji... sebab anak-anak akan pahat memori ni dihati tanpa kita sedari.

Husband saya suka sangat berjanji dengan anak... dan yang akan menuntut janji itu  ialah emaknya๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†.. sebab saya sejenis yang tak suka orang berjanji tapi tak tunaikan, fikir betul² sebelum nak berjanji tu tau.. ๐Ÿ˜‘

Bulan lepas husband janji dengan Lily, akan beli mainan bila duit OT dah dibayar. Disebabkan janji husband tu, kami anak beranak pun berangkatlah ke Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur... Tempat popular untuk beli mainan anak dalam harga yang lebih murah berbanding beli dalam mall. Mainan dekat sini taklah kualiti tinggi seperti jenama FisherPrice, Toy r Us dan seangkatan dengannya tu. Tapi sekurang-kurangnya dapatlah anak-anak window shopping macam mak-mak window shopping di pasaraya๐Ÿ˜„.

Deretan kedai menjual mainan ada di sepanjang Jalan Raja Laut, KL. Dari parents sahaja rajin survey atau malas.. hehehe... macam kami ni... malas survey sebab parking payah...

Kedai yang kami masuk 2 je... dan kami selalu masuk sini kalau membeli... dulu kedai ni, harga mainannya amat murah... yang penting kamu beli dalam kuantiti banyak (6 atau 12pcs keatas, mengikut jenis)...

Tapi start 2 tahun lepas, diorang dah tak jual harga murah tu... walau beli banyak (Bagi saya 6pcs atau 12pcs tu dah kira banyak tau๐Ÿ˜…...) selalu beli banyak gini untuk bawa balik sabah... sebagai buah tangan untuk anak-anak buah disana.

Diorang bagitau, hanya member saja dapat harga murah tu.. dan nak jadi member tu, hanya customer yang beli mainan dalam harga RM1000 keatas sahaja akan layak... wauuu!!!!๐Ÿ˜๐Ÿ˜.. okeh.. ingat kami nak buka kedai ke?? ๐Ÿ˜‘

Kami just nak beli 2 saja la๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ... Untuk Lily dan Lea... Tapi walaupun tak dapat harga member tu... harga masih dikira murah berbanding diluar.

Lily sedang memilih mainan... rambang mata... banyak sangat pilihan ni... ๐Ÿ˜†

Lea terima saja apa yang daddy bagi... tak pandai demand lagi... senang nak atur

Sekarang ni, budak-budak demam Frozen... Tak terkecuali sumandak saya Lily... Inilah pilihan hati. 

Harga patung ni sebenarnya murah saja, tapi disebabkan oleh fenomena demam Frozen melanda... harga patung ni boleh naik mendadak cecah RM25 dan keatas... mak aihhh... Baiklah beli disini baru RM17

Ini kalau harga member boleh jatuh hingga RM8.00..

Ini pilihan Lea.. box isi watak-watak Frozen,RM19.90... Dekat luar, harga boleh cecah Rm29 ke RM30+ okeh... Mak-mak dan bapa-bapa mesti tau kan harga-harga mainan ni..๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Ini pun boleh jatuh hingga rm9.00 kalau member..

End up... Lily pun nak box Frozen tu... Tak jadi pilih patung Frozen tadi... Rambang mata la tu...

Hehehe... walaupun harga mainan tu tak la mahal, tapi tak juga murah sangat.... Kami hanya benarkan anak-anak pilih satu saja jenis mainan dalam satu-satu masa. Tak boleh pilih banyak-banyak... Supaya diorang lebih hargai mainan tu... kalau beli banyak-banyak... bila sampai dekat rumah, mainan diutara, tuannnya diselatan. Tak dipandang dah mainan tu sebab senang sangat nak dapat kan..๐Ÿ˜…

Udah selesai mencari mainan Lily.. Kami masuk satu kedai lagi... kononnya, saya nak beli motor / skuter automatik untuk Lily, kalau tak pun basikal 3 roda tu... Tapi en. Husband tak bagi Green Light... Lampu Merah memanjang๐Ÿ˜.. Dah lama berhajat nak hadiahkan basikal untuk lily, sebab dialah yang banyak membantu kami dirumah... dari 2 tahun lepas lagi nak beli tapi asik tergendala niatnya. Dah pegang dah... saya ni jenis... kalau tak dapat sokongan husband... akan hilang mood nak beli๐Ÿ˜…

Pilihan basikal 3 roda... banyak jenis

Siap ada tempat duduk penumpang dekat belakang

 Motorsikal kecik... 

Kereta pun ada... harga pun murah.. bermula dari RM120

Tengok apa tu Lily?

Lamborgini RM1390... Mampu tengok sahaja ni...๐Ÿ˜†

Dah test bagai... last-last tak jadi beli... aduh.. stress Mak... ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…... 

Itu saja lah perkongsiannya... sebenarnya tujuan utama nak bagitau tempat mainan yang harga murah... tapi tak taulah... isi cerita ni macam jauh menyimpang pulak๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…... 

Kalau kamu berkenan nak tengok tempat kami pegi tu... alamat sepanjang Jalan Raja Laut ya๐Ÿ˜„...kami selalu masuk di pen-mart Toys (diorang ni rajin buat promosi mainan diluar kedai)... tapi kalau kamu rajin menapak... kamu akan nampak perbezaan harga disetiap kedai... 

Okeh daa... 







Cara pasang template percuma,2020 di Blogspot

Assalamualaikum...

Yayyy!!!! Akhirnya blog saya berbaju baru๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š... Dah lama nak tukar baju blog ni tapi hajat tak kesampaian sebab utama tiada komputer๐Ÿ˜ญ.. 

Template lama saya tu, sedih sangat rupa dia kan๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…... nak cari apa² butang pun susah, bukan tiada tapi agak tersembunyi... harap template baru ni, dapat mudahkan pelawat blog๐Ÿ˜Š


Tengkolah kejadian laptop kesayangan ni... hancur keypad dikerjakan lily... macam mana nak cantikkan blog ni nak...๐Ÿ˜‘ Ya Allah... murahkanlah rezeki hambamu ini nak beli laptop baru๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…... 

Ok lupakan kisah laptop.. hahaha kita fokus kepada topik utama...cara tukar template blogger blogspot guna template free yang awesome๐Ÿ˜๐Ÿ˜.. ya free saja kawan-kawan... Almaklumlah, pengguna blogspot punya template yang sedia ada tu...kita hanya mampu berhuhuhu sahaja... Bilalah Google nak update baru template tu... 

Tapi dah tak perlu berhuhuhu lagi.. sekarang dah banyak template free yang good² dan lawa² okeh... laju, clean, SEO ready... rugilah tak cuba... Template yang begini sangat berguna untuk kelancaran tabungan duit google anda tau๐Ÿ˜†. 

Panjang sangat mukadimahnya...๐Ÿ˜†

Sebelum bermula, pastikan kamu dah duduk depan komputer, laptop atau yang seangkatan dengannya... sebab kerja² menukar template ni lagi senang kalau pakai desktop berbanding handphone.

Ok... mula-mula kamu pilih template free yang berkenan dihati dulu... Saya pilih template DISINI

Klik free template ya, kemudian baru cari yang berkenan dihati.

Dah siap pilih? 

Sekarang kita ke langkah berikutnya... download template... 

Klik butang download.. 

Nanti lepas klik download tu, akan keluar satu box... kamu klik sahaja download file keh.... (yg step ni, saya tak tertangkap gambar ๐Ÿคฆ‍♀️)

Dah suda klik download file... kamu open file tu, akan jadi macam dekat box bawah ni..


Klik semua file di kotak no 1( jadi warna biru seperti dekat atas tu), then mouse kamu tu, kamu tekan sebelah kanan... Right click omputeh cakap๐Ÿ˜†.. pastu akan keluar macam kotak yang no. 2 tu... okeh yang tu korang pilih extract tu specified folder. 

Kemudian akan keluar box macam bawah ni..
Untuk mudahkan kamu cari dimana file yang telah diekstrak tadi... pastikan kamu ikut seperti langkah yang saya tunjuk tu ya.. pilih desktop (No. 1)... lepas dah klik desktop baru tekan OK (No. 2). Kalau tak ikut step ni, file tu akan masuk dalam file downloder.


Yaa... tahniah kamu dah berjaya ekstrak file tadi.. dan ia berada di desktop, dalam bulatan merah...  


Disini ada dua cara...
Pertama kamu klik file xml (No.1) tu... dan tunggu hingga semua kod html keluar... Dah keluar kod, kamu copy semua kod tu..

Cara kedua.
Sekiranya cara pertama, keluar blank sahaja... jangan stress ya.. tak perlu nangis bucu katil... just buat begini pula...
~pilih file xml yang suda diekstrak (No.1) kemudian right click mouse kamu tu... akan keluar box No.2, ini kamu pilih open with... dan bila keluar box No. 3, pilih Notepad

Tadaaa... ini ialah kod HTML.. kod ni sangat penting untuk pastikan template kamu benar-benar berfungsi. So jangan gatal tangan mengodek² kod ni kalau tiada ilmu didada๐Ÿ˜…. 

Okeh kamu copy semua kod tu.. cara copy tu ikut suka hati kamulah.. nak ctrl-A dan  kemudian ctrl-C ke, atau nak copy manual ke... dua² pun bole.

Then kamu log masuk ke blogger.. 

Pilih tema (No.1) kemudian klik pada 3 titik ditepi kanan (No.2).


Akan keluar box macam dekat atas... okeh kamu pilih Edit HTML... saya pun tak pasti kenapa tak keluar versi dekstop dan versi mobile dekat theme ni๐Ÿ˜‘.. so proceed sajalah kan... seperti apa yang muncul. 


Akan keluar kod html yang sedang kamu gunakan sekarang... okeh.. kamu padam semua kod html tu..
~(lebih baik jika kamu save kod HTML lama di tempat lain, manatau lah kamu dah tiba² tak suka template baru tu.. so nanti kamu just gantikan saja dengam html lama ni)

Dah save / padam?? Okeh kamu paste kod html yang kamu copy tadi. Paste betul-betul dari atas ya.. bermula di nombor 1 tau... 

Sudah paste kod html tu... jangan save dulu!!!.. tekan butang pratonton, yang saya tandakan anak panah tu...


Dah Pratonton (hihihi... almaklumlah makcik ni tak pandai english, jadi gunakan bahasa melayu๐Ÿ˜…)... 
~kalau keluar sepertimana yang korang tengok seperti contoh dkt free templates tu... okeh.. barulah kamu tekan save ya... butang save dekat hujung tu.. yang saya tandakan anak panah merah. 

Dan berbaju barulah blog kamu semua.. Yeayyy!!!! Tahniahh... ๐Ÿ˜„

Tinggal kamu nak edit apa-apa yang patut sahaja dekat template tu..

Apa kelebihan template yang saya pilih ni?
Responsive
SEO Ready
Simple
Clean
*suka sangat part SEO Ready tu... so kemungkinan untuk blog ni dicrawl oleh enjin carian adalah jugak kan... biar sikit tapi ada... hehehe... nak banyak, kenalah beli template ni๐Ÿ’ƒ.. hohoho. Saya tak terfikir lagi nak beli๐Ÿ˜…... nak cuba-cuba sahaja dulu.

Okeh, sekian saja perkongsian saya.. harap dapat membantu serba sedikit.. 

Daa..

1 Minit Cup Cake Valentine Day, Mudah, pantas

14 February...

Assalamualaikum...

Perasan tak hari ni 14hb?? Valentine day la weyy... ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†.. saya buat apa waktu² valentine day ni???

~banyak yg saya buat, masak utk anak², mandikan diorang, layan c kecik, cuci baju, lipat baju DLL๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ... begitulah lebih kurang aktivitinya... padat kan aktiviti valentine day saya?? Hahaha

Okeh ini salah satu aktiviti saya... korang pun boleh buat... senang sangat... boleh kasi dekat ibubapa untuk minum petang ke?? Saji dekat kawan² yang datang bertandang dirumah ke... bagi dekat boipren ke(ehh..)

Cup cake 1 Minit.. tanpa oven..

Bolehlah kan, buat cup cake.. nak buat kek 1kg.. bahan² dia boleh tahan jugak๐Ÿ˜…... buat ni simple saja... bahan² common yang ada di dapur... kalau nak buat cup cake ni, tak semestinya kena ikut satu² seperti tunjuk ajar sifu ya... boleh saja ganti dengan apa yang kamu ada... yang penting hampir sama..
cth: jus lemon... boleh saja gantikan dengan benda masam lain... macam buah mandarin, buah limau kapas, limau kasturi, cuka ka(guna 2 drop saja)..... boleh saja gantikan.. jalan je

Ini bahan² nya:
❤ 1 Tbsp minyak masak / butter
❤ 2 Tbsp susu cair
❤ 1 Tbsp susu pekat
❤ 1 Tbsp serbuk koko
❤ 4 Tbsp tepung gandum
❤ 1 ½ Tbsp gula aising
❤ 2 cubit baking powder
❤ 1 cubit baking soda
❤ 1 tsp jus lemon
❤ ½ tsp perasa vanilla
❤ cawan

Cara-caranya:

Kalau kamu malas nak scroll kebawah, boleh layan video atas ni... kalau rajin... boleh teruskan mengscroll ya..


1. Masukkan 4 Tbsp tepung jagung kedalam cawan

2. Masukkan 1 ½ Tbsp gula aising kedalam cawan. Tiada gula aising?? Gantikan dengan serbuk gula... serbuk gula pun tiada๐Ÿคฆ‍♀️... okeh pegi main jauh² ๐Ÿ˜†

3. Masukkan 1 Tbsp serbuk koko kedalam cawan... kalau tiada serbuk koko... just skip je step yang ini... so cup cake korang akan jadi cup cake vanilla...

4. Masukkan ½ tsp perasa vanilla kedalam cawan

5. Masukkan 1 tsp jus lemon kedalam cawan. Jika tiada jus lemom, buat seperti yang saya dah terangkan dekat atas ya..

6. Masukkan 2 cubit baking powder kedalam cawan... korang boleh skip yang ini jika tiada bahan ni... cuma cup cake korang tak gebulah

7. Masukkan 1 cubit baking soda kedalam cawan. Ini pun sama... boleh skip kalau tiada bahan... tapi cup cake tak lembut dan tak umphh... tapi tetap boleh makan... dunt worry๐Ÿ˜„

8. Masukkan 1 Tbsp minyak masak kedalam cawan

9. Masukkan 1 Tbsp susu pekat kedalam cawan. 

10. Masukkan 2 Tbsp susu cair kedalam cawan. Kalau tiada susu cair... boleh guna susu tepung anak๐Ÿ˜…... cairkan susu tu dah jadi susu cair kan?

11. Kacau hingga sebati

Kacau hingga nampak macam ni ya.. pastikan tiada ketulan² 

12. Ini pilihan... kalau suka boleh letak rainbow chocolate rice atau apa sahaja yang sesuai atas cup cake

Masukkan dalam oven.. set masa 1 minit.. kekuatan api ~ medium

Taraaa... beginilah kejadiannya

Makan macam tu saja pun sedap... nak letak ais krim vanilla di atas pun boleh... rasa lebih umphhh


Hehehe... okeh itu sajalah perkongsiannya... Cup cake Valentine untuk 2 orang minion di rumah๐Ÿ˜„..

Semoga bermanfaat..

Daa..

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...