5 sebab perlu memiliki rumah sendiri

Update kali ni, saya cerita tentang bakal en. Suami yang berusaha mencari rumah untuk kami berdua tinggal selepas kahwin..inshaallah.

Mencari rumah untuk dibeli ni rupanya, sangat susah berbanding mencari rumah untuk disewa.. ohh Noooo.... Saya ada berkongsi tips membeli rumah, Anda boleh rujuk entry saya 4 tips membeli rumah second hand.

Saya dan Mr.Fiance sudah mencapai kata sepakat untuk membeli rumah berbanding menyewa.. Bukan nak tunjuk kaya atau apa2, tapi rasanya ini memang satu langkah bijak bagi kami berdua yang berkerja di tempat orang... Kg. halaman tercinta adalah Bumi Dibawah Bayu=SABAH.. tapi rezeki berkerja kami berdua di semenanjung..area Kuala Lumpur.. Memang sedia maklum, taraf hidup di KL tinggi.. semuanya berbayar heii... nak free, hahh memang TIADA kecuali sanggup jadi tak malu mengemis..(opsss..terlebih pula)..heh heh

Kenapa nak beli rumah?? sewa saja kan bagus??
Okeh ini adalah antara soalan-soalan popular yang anda akan ditanya bila membuat keputusan membeli rumah ditempat orang..

Untuk pengetahuan bagi mereka yang bakal berkahwin, lebih2 lagi yang dalam situasi macam kami nie... haaaa Meh sini..baca info dari saya ni, jangan tak baca.. rugiiii HAHAHA

First sewa rumah area kuala lumpur adalah sangat tinggi.. iaitu antara 500-1000 dan keatas... kalau nak yang murah memang ada.. PPR (Projek Perumahan Rakyat) kalau anda sangguplah yerr.. bukan nak memperkecilkan rumah PPR, tapi kawasan rumah ni sedikit berisiko dan selalunya menjadi blackspot/blackarea/hotspot dan sebagainya oleh agensi2 penguatkuasa.. saya tak nak memburukkan ataupun korang nak cakap saya ni pembangkang..tapi IM TELLING U THE TRUTH.. kebanyakan mereka yang bermasalah (anda kena faham sendiri masalah yang saya maksudkan) adalah berkumpul disini.. oleh itu fikir-fikirkanlah sebelum anda menyewa, sebab anak2 anda bakal berisiko... But its still OK kalau nak sewa disini.. sebab bukan kita mampu nak sewa yang mahal lebih2 lagi yang rate 1000 tu..(hoooiiii terbeliak saja biji mata setiap bulan..) cuma perlu lebih ketat atau kawal pergaulan anak-anak sahaja, dan kawal diri sendiri juga.. heh

Second ialah.. andai kata anda menyewa rumah dalam RM550 sebulan.. sedangkan sekiranya anda membeli rumah dalam anggaran 70000 sebiji(tak kisahlah rumah flat/apartment) ..bulanan bayaran hanyalah sebanyak 389(lebih kurang). Bukankah rugi tu.. setiap bulan anda bayar rumah orang RM550 sedangkan kalau anda beli rumah, bukan saja menjadi aset sendiri tapi bulanan pun murah.. ye dok??

Third. Kalaulah anda orang sabah/sarawak.. memang tentu2 lah mau balik ke tempat sendiri kan?? Jangan bimbang dengan rumah yang dibeli... Anda bole sewakan kepada orang lain.. sepanjang pemerhatian saya, rate sewa di kuala lumpur dan juga sesetengah area selangor yang sedang membangun paling kurang tahun ini adalah RM600. tiada masalah kan?.. malah anda dapat menjana pendapatan dari rumah yang dibeli.. TAPI..ya TAPI... pastikan anda mencari rumah yang betul2 berpotensi.. berdekatan kemudahan awam/kolej/kilang2/opis besar... jangan beli secara serkap jarang..tangkap jer yang ada.. yang penting murah.. Heyyy jangan bersikap macam ini ya... anda akan rugi.. fikir semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan untuk beli.. sebab anda beli dengan duit tau.. bukan dengan daun, kau ingat ini main pondok2 ker? hehehe

Kami hanya bercadang beli rumah yang bersaiz kecil saja di KL.. nak besar2 pun, bukan nya duduk sampai tua..hahaha ....kalau rezeki terbuka lagi, mungkin barulah rancang beli rumah berletak atau teres di Sabah..inshaallah dipermudahkanlah semuanya.

Sebaiknya belilah rumah yang direct owner.. ya lebih senang urusan berbanding melalui agent dan harga pun berkemungkinan lebih murah. Dan jangan mudah percaya..huhuhu...(sedih bila ada juga orang yang berniat menipu ni.. nasiblah kami alert) jangan sekali2 tau.. rujuk la kawan2 anda yang boleh dipercayai yang mempunyai ilmu/lebih pakar tentang urusan jual beli rumah..sebaiknya rujuk dan minta pendapat mereka yang sudah beberapa kali membeli rumah.. kerana anda tidak rugi.. nasihat mereka sangat berharga..hehehe

Kesabaran yang tinggi, menjanjikan rumah yang berbaloi. Saya dan mr.fiance dah penat menservey rumah-rumah yang diiklan di internet.. Sangat memerlukan kesabaran dan ketekunan dan kekuatan semangat..hihihi... sayang ngan my mr.fiance... dialah yang mengurus dalam mencari rumah... memang sangat terkagum dengan semangtnya itu.. hehehe Penat tau cari rumah ni, dah dia penat2 cari,saya pula tak berkenaan bila masa melawat rumah...bukanlah saya memilih tapi disebabkan hal2 yang bagi saya memang munasabah untuk ditolak..gaduh juga la pasal rumah ni.. dia nak saya ikut sekali untuk lawat rumah, bukan apa, dia anggap saya ni cerewet..huhu..banyak jer yang dibebel..katanya lah...ish ish.. boleh dia anggap saya camtu???? hahah.. memang sangat sabar dia ni.. kagum!! hahaha,, dan terharu.. ehem. Duit pun boleh tahan jugak la terbang untuk proses melawat rumah.. minyak..tol..sesat lagi..hahaha

Almaklumlah kan, kaum hawa ni. kemarahan kadang2 membuak2 sampai tak terkawal.. mulut pun laser jugak..ehehe... bila dah balik rumah, rest2..terpikir balik marah2 si dia,dah macam nenek kebayan..hahaha rasa bersalah pula dengan mr. fiance.. huhu sori ya tunangku.. ehehe..

Okeh...semoga kita bertemu lagi di episode seterusnya..hehehe








Servey Design Baju Nikah

Holaa pembaca budiman.. (^_^)

Kali ni mau cerita tentang MISI MENCARI DESIGN BAJU NIKAH... (^_^)
Masa tunang ari tu.. bakal mak mentua sudah tolong pilihkan baju nikah kami.. dan tidaklah kusangka, alangkah susahnya mencari design baju untuk kain yang telah dibeli itu.. huhuhu

Pada mulanya memang sudah ada plan nak buat baju yang macam ini..begini..begitu.. tapi apabila kain telah bakal mak mentua tolong belikan dan tidak sesuai dengan design yang diigini.. terpaksalah pasrah sahaja wahai hati.. silalah berhadapan lagi dengan mr.google untuk mencari lagi design yang sesuai.. (T_T). Kalau beli kain baru..membazir pulak kan..lagi pun, itukan kain yang orang dah bersusah payah beli untuk saya.. nanti macam tak menghargai pula kalau beli kain lain.. huhu

Kain yang my becoming mother in law belikan ialah jenis satin.. dan dah siap beli dengan lace.. kain adalah rahsia.. hehehe nanti bila nikah, saya upload ya..

Setelah berminggu2 berdating dgn Mr. Google dan bertanya pendapat dengan my office mate (thanks ya kengkawan yang sudi memberi pendapat.. tanpa anda serabutlah kepala hotakku.. harap pendapat Mr. fiance... Ooohhh memang boleh membuatkan kemarahan membuak-buak.. sebab semuanya dia cakap ok..huhu), akhirnya.... kutemu jua pilihan design yang berkenan dihati.. tapi barulah dalam perancangan.. masih lagi dalam misi pencarian.. Ya Allah permudahkan segalanya.. (^_^)

Cantik jugak kan... (^_^) Letak manik jenis pearl di dada dgn tangan tuh.. waa mesti cantik..


Ini lebih kurang ja dengan yang gambar atas dan di bawah.. tapi ada lace.. jadi taklah simple sangat baju nikah aku nanti.. Lepas tu letak lagi manik2 di lace.. waahh awesome gitu..

 cantikkkk...

 Yang ini pun cantikk.. suka sangat tapi lace saya lain jenis.. (T_T)

 Ni pun cantik juga... tapi apakan daya.. lace tidak sesuai.. (T_T)


Ini bukan kain satin.. chiffon rasanya.. tapi baju dia cantik kan.. Boleh kot tanya pendapat tukang jahit sesuai atu tidak ngan kain saya..

 I like this.. suka dengan baju yang camni..


Ini cantik ke??? (^_^) Sweet juga ni..
 Okeh.. ini pun cantik.. ala-ala baju scha alyahya gitu.. (^_^)

Ini pun sweet.. simple but nice..

Ini antara pilihan dihati.. serabut juga kepala hotak.. nanti bawa jelah gambar2 ni tunjuk dgn tukang jahit.. mana yang sesuai ngan kain dan lace aku..

Setakat ini dulu..hehe sampai berjumpa lagi

MEMORI PERSIAPAN BERTUNANG DI KENINGAU PART 2



Holaa.. bertemu kembali..

Sebelum ni saya cerita tentang hantaran saya kepada pihak lelaki.. boleh baca cerita memori persiapan bertunang di keningau part 1.. Kali ni, saya cerita tentang perjalanan majlis tunang kami.. Majlis tunang kami sederhana sahaja, dihadiri saudara-mara terdekat sahaja.. 

Saya merupakan mualaf.. Jadi ada pertembungan adat lah kan ketika tunang.. Tunang ikut adat perempuan. Saya convert dari agama kristian ke islam.. Menjadi mualaf ni bukanlah satu perkara mudah tuan-tuan dan puan-puan. Banyak hati yang perlu dijaga.. terutama sekali hati keluarga sendiri. Tapi Syukur Alhamdullilah, keluarga sudah menerima keputusan yang saya ambil.. Memang agak sukar sebelum ini, macam-macam rintangan perlu diharungi.. (T_T) Saya gagahkan juga untuk mengharungi semua masalah kerana saya nak kahwin dalam keadaan tenang dan direstui oleh keluarga.. (^_^) .. ehh ehh semakin kelaut pula kau Mell..

Okeh kerana tunang semamangnya mengikut adat perempuan, jadinya saya terangkanlah sedikit-sebanyak tentang adat kami iaitu bangsa Dusun.. Kalau nak ikut adat 100%,  memang susahlah nak tunang kan.. Mama saya ni jenis sayang anak..hehehe Dia taklah nak susahkan saya atau bakal tunang, jodoh dah sampai kan.. Kalau dihalang-halang lain pula jadinya tu.. Jadinya mamaku yang kucinta pun, sediakanlah apa yang patut sebelum bertunang dan hanya ikut adat yang perlu sahaja. Kalau ikutkan adat yang benar-sebenar-benarnya.. wuihhh letih heyyy... antara adat yang mama dan bapaku ikut adalah :-

1) Belanja dapur (Belanja untuk membeli barangan keperluan makan sahaja ketika majlis kahwin nanti)  

2) Berian (Lebih kurang mas kahwin tapi akan diberi kepada ibu perempuan)

3) Kinopuan Tapi (jasa ibu)

4) Barang-barang adat

Semua diatas diminta secara tunai kecuali no 4, barang-barang. Barang-barang juga bergantung pada apa yang diminta oleh ibu bapa pihak perempuanlah, kalau diorang minta yang mahalzz dan perlu pengorbanan untuk mendapatkannya contohnya sepasang babi.. nasib badanlah yerr.. 
Semuanya diatas bergantung pada perbincangan ketika bertunang dan perlu dihantar ke rumah pengantin perempuan 2 atau 3 bulan sebelum majlis kahwin. Pihak lelaki juga tidak boleh datang kosong sahaja ketika datang menunang anak orang, mesti dan wajib bayar mana-mana yang mampu.. contohnya kalaulah dapat bayar Kinopuan tapi, mesti bayar full, tak boleh separuh-separuh. Kalau dapat langsaikan semua masa bertunang juga.. lagi baik..Kalau tak mampu, yang lain-lain bayar 2 atau 3 bulan sebelum majlis kahwin berlangsung.

Di sabah, tak taulah di tempat lain, tapi di kampung kami iaitu Kg. Ria, yang menjadi tukang tunang mestilah ketua kampung.. Wajib.. Siapa-siapa yang tunang tanpa pengetahuan ketua kempung sepatutnya diSOGIT.
Sebelum tunang, maklumkanlah pada ketua kampung tentang majlis pertunangan yerr , bila dan jam berapa rombongan pihak lelaki datang.. Supaya ketua kampung dapat mengatur masa.

Ketika majlis pertunangan pihak perempuan mesti sediakan seorang saksi dan pihak lelaki juga mesti sediakan seorang saksi.. Nanti 2 orang saksi ni akan tandatangan di borang pertunangan.. Borang tu nanti akan dibawa oleh ketua kampung ketika majlis berlangsung. Fungsi borang ialah sebagai rujukan sekiranya berlaku perka yang tidak diingini contoh:- putus tunang. Lelaki juga mesti sediakan paling kurang RM30 kepada ketua kampung sebagai saguhati kerana hadir menjayakan majlis pertunangan. (^_^) hehehe.. Memang rumit sikit..

Hehehe.. saya cerita ni untuk info pada siapa-siapa yang seperti saya.. Susah nak dapat info ni di mana-mana blog.. (T_T).. Mengalir airmata pun tak akan jumpa.. hohoho

Kalau nak menyenangkan diri sendiri dan bakal tunang serta familinya. Si perempuan kenalah bincang baik-baik dengan famili. Lebih baik kalau merisik dahulu sebelum bertunang. Risik tu penting, supaya anda  dan si bakal tunang tidak terkejut dengan respon keluarga. (^_^) Ini berdasarkan pengalaman sendiri yerr.. 

Baiklah kita sambung kepada majlis kami..

Rombongan lelaki datang pada jam 11.00 pagi dan balik pada jam 1.30 petang.. Sekejap sahaja bertunang ni, Kalau ada buat minum-minum (Moginum) buatlah selepas pihak lelaki balik yaa.. Ini penting tau untuk hormat perasaan rombongan lelaki dan juga perasaan ibu bapa anda. Janganlah tiba-tiba tidak mau buat minum2 tu yerr... Lainlah kalau keluarga si perempuan sendiri yang tidak mau buat.

Ini bakal bapa mentua saya.. (^_^) (aku malu)

 Nenek bakal tunang

Bakal adik ipar..wahahaha (malunya aku)

Sepupu si bakal tunang

 Rombongan pihak lelaki

Hantaran dari pihak perempuan dan dari pihak lelaki

Opss sebelum terlupa.. saya nak bercerita sedikit tentang hantaran.. (^_^) Tidaklah wajib untuk perempuan membalas hantaran pihak lelaki.. saya buat sebagai suka-suka sahaja, sebagai memori pertunangan.. (^_^)

Selepas ni, saya upload gambar sahaja yerr.. kalau anda muntah hijau, apa bole buat.. hihi

Sarung cincin.. Cincin disarung oleh nenek si tunangku (^_^)

Bakal mama mertua memakaikan gelang tangan (^_^)

 Eheh.. si tunang sedang mamakaikan rantai leher (^_^)

Ketua kampung mengesahkan pertunangan kami..(^_^)

Ketua kampung yang lawak tapi tegas.. (^_^)

Bakal ibu mertua sedang memberi bayaran kinopuan tapi kepada mamaku (^_^)

Bersalam-salam dengan rombongan pihak lelaki (^_^)

 Menyarungkan cincin kepada tunangku.. hehe Sebenarnya saya memang sudah rancang bapa yang akan sarungkan cincin kepada en.tunang tapi..... nampak lagi proper dan cantik.. tapi....tapi... hahaha

Bergambar dengan en.tunang, bakal ibu dan bapa mertua dan juga ibubapa kesayanganku (^_^)

Kek tunang yang ditaja oleh mama (^_^).. Thanks Mum





Saksi dari pihak perempuan.. abangku (^_^)

 hehe.. inilah borang yang saya cakapkan tadi tuuu...


okeh..okeh.. cukup2 sudah Mell.. nanti muntah pulak orang yang membaca.. hahaha

Begitulah perjalanan majlis tunang saya di Keningau.. Gambar mini pelamin yang saya buat tu tidak jelas sangat.. hohoho.. tapi itulah yang kami adik beradik DIY.. 

Selepas selasai majlis tunang, memang rasa ohhhhh Bersyukur sangat..hahaha Selesai satu perkara.. Memang rasa berterima kasih sangat dengan mama, bapa, kakak, abang, saudara-mara yang turut sama menjayakan majlis saya tu.. huhuhu tanpa kalian ntahlah apa yang akan terjadi.. Sebagai penghargaan saya mau juga upload gambar mereka yang bersusah payah membantu mama dan bapaku.. terima kasih semua. (^_^)..


 My sister merangkap tukang mekap dan tolong kembangkan bunga kertas aku.. (^_^)



My sis and her husband(yang pakai speak itu..hihi) Thanks sebab tolong buatkan mini pelamin dan gubahkan hantaran.. (^_^)


Hahaha.. ketika meniaypkan hiasan untuk mini pelaminku.. (^_^).. opss yang baju hijau, gaya lebih..hahaha..


 My sis merangkap jurugambar ketika majlis pertunanganku.. (^_^)

My aunty.. (^_^) yang bantu masak-memasak.. (^_^)

 My Aunty..thanks

My bakal abang ipar.. (^_^).. thanks tolong isikan borang tunang kami hihi

Dan orang penting dalam hidupku yang mengatur semua.. My parents.. (^_^) 

 Opss.. tak habis lagi laa.. banyak pembantu-pembantu di belakang tadbir ni.. heheh 










Thanks semua coz sudi membantu...  (T_T)..  Love you all.. Bantu lagi la lepas ni.. kahwin pulak.. hahaha.. 

Itu saja la untuk majlis tunang.. penat mengimbas kembali perjalanan majlis.. Harap dapat memberi sedikit info kepada pembaca budiman semua.. see you




ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...