17 Mac 2022
Masa yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai juga... saya sampai ke hospital ampang jam 8.00 pagi untuk masuk ke wad sementara 5B. Wad ni khas untuk mereka yang menjalani pembedahan dan akan dibenarkan balik pada hari yang sama.
Sampai wad, nurse periksa dokumen yang saya bawa dan terus dibawa masuk kedalam bilik isolation, sebabnya keputusan PCR 16hb masih belum keluar.
Salin baju hospital warna biru, baju putih dan topi untuk pakai sewaktu pembedahan dah siap-siap diberi
Bilik isolation
Jam 12 tengahari, tiba-tiba doktor dan nurse datang bagitau doktor dah menunggu di bilik bedah... waktu tu doktor dan nurse bekejar pasangkan branula (jarum di tangan) dan minta saya pakai baju dan topi pembedah warna putih. Segala benda kena buka termasuk seluar dalam dan tudung π
.. semua perhiasan kena buka Mask kena pakai setiap masa π.
Nurse minta baring di katil dan sahkan nama, no kad pengenalan dan pembedahan pada telinga kanan. Kemudian saya ditolak ke bilik pembedahan. Waktu ni, hanya Allah tahu rasa bedebar-debar jantung. Mujur masih boleh kawal pernafasan sebab takut sangat.
Tiba dipintu bilik pembedahan, doktor bedah sekali lagi minta saya sahkan nama, no kad pengenalan dan pembedahan pada telinga kanan. Waktu ni doktor pastikan tiada sebarang benda besi ataupun getah diatas tubuh badan sebab takut semua benda ni cair sewaktu proses bedah terkena bahan-bahan yang diorang guna sewaktu bedah. Memandangkan waktu ni saya sedang period.. saya kena pakai pad sahaja tanpa seluar dalam.. π
(sebabnya walaupun seluar dalam jenis cotton.. tapi ada sedikit getah pada pinggang seluar... jadinya doktor sarankan untuk bukaππ₯΄)
Setelah selesai sahkan nama, saya ditolak kedalam dewan bedah.. ada ramai doktor didalam... lebih kurang 2 ke 3 doktor dan pembantu-pembantu. Doktor bius datang dan letakkan corong yang ada asap ke mulut... Pasangkan wayar-wayar seperti gambar dibawah
Sumber gambar daripada mmgazette.com
Kemudian datang lagi satu doktor lelaki bawa jarum suntikan.. isi jarum itu ialah ubat tidur... sebelum disuntik... doktor bagitau diorang akan bagi ubat tidur.. akan rasa sakit sikit.. bila saya rasa pedih-pedih masuk dalam salur darah.. pandangan terus rasa kabur-kabur, kepala ting tongπ€£.. dan terus tak sedarkan diri. Sepanjang proses bedah saya dah tak rasa dan tak sedar apa-apa.
Sumber gambar dari mmgazette.com
Tiub oksigen yang doktor pakar bius terangkan pada posting saya sebelum ini...16hb mac PRA OPERATION... Tiub oksigen dimasukkan kedalam mulut ke paru-paru untuk bantuan pernafasan
Tiba-tiba, saya dengar nama saya dipanggil-panggil... buka mata, rasa pening yang teramat sangat. Rupanya saya sudah berada diruang pemantauan (diluar dewan bedah). Doktor tanya soalan, "awak ok ke?" Waktu tu nak bercakap pun tak bermaya... saya bagitau rasa pening sangat. Doktor cakap ok bagus.. kemudian saya ditolak balik semula ke wad 5B.
Sampai wad.. pekara pertama saya buat ialah tengok jam... dah jam 4.00 petang.. memang rasa pening dan loya.. perut sangat lapar sebab dah mula puasa jam 12 tengah malam semalam. Nurse datang bagi air kosong dan minta saya habiskan perlahan-lahan.. waktu minum memang sakit sangat dekat leher mungkin sebab tiub pernafasan yang dipasang sewaktu bedah.. tapi nak cepat sihat kannnn... saya minum juga habiskan 1 gelas air yang nurse bagi... Bila makanan sampai, saya bangun dan cuba makan. Tapi makanan langsung tak boleh masuk... makan 1 sudu nasi, 1 sudu sup ayam.. saya dah rasa nak muntah. Lepas tu makan buah limau... tidak lama kemudian, semua yang dah ditelan, saya muntahkan semula... memang pening dan amat loya waktu ni... tapi saya tetap gagahkan diri ke bilik air..
Doktor yang memantau minta saya untuk kurangkan baring... Ya Allah, waktu tu memang pening gila.. dah tak hirau doktor bagitau jangan baring.. saya tetap baring.. ππ.. memang tak boleh.. kepala pening, kalau duduk bertambah pening. Doktor bagitau saya boleh balik jam 8.30malam nanti.
Jam 6.30 petang. Nurse datang dan bagi saya nota discharge, sijil MC selama 9 hari dan ubat-ubat yang perlu dihabiskan. Nurse bukakan jarum ditangan, dan bagitau saya boleh salin baju.. pakai baju biasa. Waktu ni walaupun pening, loya dan telinga sakit... hati dah berbunga-bunga sebab boleh balik.. saya bangun, tukar baju, kemas semua barang-barang.. kemudian baring dan tidur semula π€£... memang tak tahan pening.. nak muntah.
Senarai ubat-ubat yang dibekalkan dan mesti dihabiskan:
Ubat untuk sapu dijahitan telinga
Ubat antibiotik kena habiskan dalam masa 7 hari
Ubat tahan sakit.. paracetamol
Ubat untuk hilangkan rasa gatal di telinga
Ubat batuk sebab saya sedang batuk-batuk
Ubat lembutkan najis π
Sijil cuti sakit 9 hari
Ini bil hospital... sebabkan saya pekerja sektor kerajaan.. maka bil percuma
Tiba-tiba nurse datang bangunkan saya... (tertidur lagi rupanya π
)... bagitau saya dah boleh balik... waktu ni jam 8.15 malam.... walaupun pening sangat.... gagah juga kaki melangkah sebab memang dah tak sabar nak balik rumah. Husband ada di lobby utama tingkat 1 .. menunggu isterinya ini. π
Sampai lobby.. muntah sekali lagi... pening dan loya akan hilang selepas kesan ubat bius hilang.. itu yang doktor bagitau.. jadi kena bersabarlah menghadap pening dan loya ni.
Sampai rumah. Telinga dah sakit sangat.. ambil 2 biji ubat tahan sakit. Dan saya tidur dengan lena di rumah.. telinga memang berdesing tak berhenti.... semoga dalam satu minggu ni.. semakin pulih lah telinga ni..
Singgah ambil anak-anak di pusat jagaan sebelum balik rumah. Waktu ni dah jam 9.00malam
Telinga disumbat kapas sepanjang 1 minggu
Temujanji seterusnya ialah pada 25hb... selepas 1 minggu dari tarikh bedah, untuk lihat balik perkembangan tampalan tisu dan buka jahitan di telinga.
Keadaan telinga saya selepas dibedah
Sumber gambar aarontrinidade.com
Gambar rajah dimana tisu diambil. Tapi luka ditelinga saya berbentuk melengkung
Begitulah keadaan telinga saya setelah dibedah.. tak nampak jahitan.... jahitan tu berada di dalam telinga.. luka berbentuk melengkung.. agak banyak jahitannya. Ada kapas disumbat didalam telinga dan doktor letakkan plaster untuk pastikan kapas tidak tercabut keluar...
Kapas diluar telinga.. kapas yang ini boleh dicabut.. kapas yang paling luar ni perlu diganti setiap hari... agak banyak juga darah yang keluar selepas pembedahan.