Melawat Taman Buaya Melaka

Assalamualaikum


Percutian kami kali ini, memang tumpukan untuk anak-anak sahaja... selepas ke Cafe Kucing dan Taman Burung Melaka, kami ke Taman Buaya Melaka.


Disini, kami sampai dalam jam 9.00 pagi. Sebab masih awal, jadi tak ramai lagi orang yang beratur. 


Pintu gerbang utama Taman Buaya Melaka

Harga tiket masuk ialah RM19 (weekend) untuk dewasa, RM14 (weekend) untuk kanak-kanak. Anak yang berumur 5 tahun kebawah, masuk percuma. Yeay!!!


Kaunter tiket

Replika buaya di pintu masuk

Masuk saja dalam taman ni, akan terus nampak replika KLCC dan banyak lagi

Tempat pertama yang kami tuju sewaktu masuk disini ialah, area kandang buaya. Beruntungnya kami waktu ni ialah, ada penerangan daripada pihak zoo mengenai buaya dan aktiviti memberi buaya makan. 


Besar betul buaya dalam kandang ni

"buaya tidak mengunyah makanan. Buaya akan terus menelan makanan. Jika buaya tersebut mengunyah makanan bermakna, buaya tersebut ialah buaya darat.." hahaha Begitulah lebih kurang penerangan daripada Pihak Zoo.. . 

Bagi buaya makan, ada buaya dalam air.. 

Waktu ni, anak saya lily sememangnya sangat teruja... dapat tengok buaya diberi makan... Ada macam-macam jenis buaya disini... cuma buaya darat sahaja yang masih tiada dalam kandang.. 🤭🤭


Antara buaya yang ada:


"Si Bongkok"

Ini buaya yang cacat dimana pembentukan tulang tidak sempurna menyebabkan buaya tersebut bongkok


Buaya mulut panjang


Buaya Siam

Seriau betul tengok gambar ni.. Risau anak jatuh


buaya sedang bersantai


kenapa buaya suka buka mulut seperti dalam gambar? Jawapan: buaya sedang menyejukkan badan dengan membuka mulut. Jadi haba dalam badan buaya boleh keluar. (haha lawak rasa siap ada jawapan)

Ini lily sedang berusaha mencari buaya yang sedang buka mulut (gambar atas).. Buaya ada depan lily saja anakku. Lily ingat, depan dia tu kayu agaknya.

Cuaca panas waktu ni, mujur la si kecik ni tak meragam


Selepas habis pusing kandang buaya.. kami ke kandang arnab dan burung ostrich pula. Di sini, kita boleh pegang arnab tau. free... 


Kawasan kandang arnab

Bagi lily dan lea rasa dan pegang bulu arnab. Ini baik untuk perkembangan motor halus anak-anak.. 


Berebut nak sentuh arnab


Sayang arnab


perhati saja kah?

Daddy pun tak ketinggalan nak sentuh arnab


mummy pun.. hahaha


Duduk-duduk rehat, tunggu anak-anak main dengan arnab

Nak keluar dari kandang ni, kena hati-hati sebabnya, takut arnab ikut keluar sekali... jenuh pulak pekerja nak mengejar si arnab..


Kandang arnab dan ostrich bergabung sahaja. Cuma dipisahkan oleh pagar. 


Ostrich



Selepas habis lihat arnab dan burung ostrich, kami ke kandang rusa. Waktu ni, agak sedih sebabnya tak beli makanan untuk haiwan. Makanan tu dijual kaunter masuk tadi. 


Jadinya, lily dan lea perhati sahajalah orang lain beri makan pada rusa-rusa. 


Rusa


Bagi rusa makan daun.. hahaha


Lea sedang berusaha nak bagi rusa tu makan daun di tangannya


Bagi rusa makan bunga raya


Mummy duduk-duduk dengan Rizqi sambil perhati 2 orang minion berusaha bagi rusa makan

Sebelum sampai pintu masuk kandang burung, kami lalu kolam labi-labi dan kura-kura.

Labi-labi


Anak-anak sedang memerhati labi-labi berenang kearah diorang, minta makanan 


Kura-kura yang pemalu

Kemudian kami bergerak ke bahagian burung. Tak banyak sangat jenis burung yang ada. Tapi berbaloi juga untuk bawa lily dan lea masuk dan perhati. 


Walaupun lily dah masuk taman burung sebelum ni, tapi keturajaan melihat burung masih berkobar-kobar.. 🤭... 


melihat burung-buruang yang ada


Ada ayam


Ada itik






Akhir sekali, kami ke kandang ular. Disni ada beberapa jenis ular... 


Nampak ke ularnya dimana?


Ini..atas pokok... ular sedang bersantai


ular orok-orok


Ular sawa.. Besarnya ular ni.. seram


Baca juga Cafe Kucing Cat Walk Studio Melaka

Baca juga Melawat Taman Burung Melaka

Baca juga Melawat Zoo Melaka


Berbaloi juga masuk dalam taman buaya ni... walaupun pintu gerbang tu tulis Taman Buaya, tapi dalam taman ada banyak haiwan lain... 


Sangat puas hati dapat gembirakan anak-anak masa ni. 


Okeh itu sahaja perkongsian saya, semoga bermanfaat.


Daa



Melawat Zoo Melaka

 Assalamualaikum


Cuti Hari Merdeka Malaysia yang ke63, kami sekeluarga bercuti di Melaka. 2 hari 1 malam.. 


Percutian kali ini, saya lebih tumpukan kepada anak-anak, bawa diorang mengenali haiwan.


Mula-mula kami ke Cafe kucing Cat Walk Studio Melaka, kemudian kami melawat Taman Burung Melaka, keesokan harinya kami ke Taman Buaya di sebelah pagi dan lebih kurang jam 2.00petang kami ke Zoo Melaka. 


Waktu ni, ada promosi harga tiket masuk ke Zoo Melaka. Rm10 dewasa, kanak-kanak rm5. Kanak-kanak berumur 3 tahun kebawah free. 


Harga Promosi :RM10 dewasa, RM5 kanak-kanak

Waktu sampai sini, barisan sangatlah panjang... saya dah nak putus asa, tapi en.Husband dengan semangat yang membara, sedang beratur untuk membeli tiket... hahaha makanya, saya pun pendamkan sajalah niat untuk putus asa tu.. 


Masuk je zoo, kami bergambar dulu.. wajib bergambar awal sebab takut bila dah letih berjalan, mood bergambar hilang.


bergambar disini wajib.. hahaha

Dalam Zoo ni, ada disediakan Trem. Trem ni akan bawa pelawat pusing satu zoo dan berhenti semula ditempat mula-mula kita naik trem tadi. Harga naik trem ni RM6.00 sahaja. 


Trem Zoo Melaka

Tapi saya tak begitu sarankan jika kamu ada bawa anak-anak berumur kurang dari 7 tahun. Sebabnya, anak-anak yang masih kecil, diorang masih tak begitu cekap untuk tengok binatang dari jauh dan dalam keadaan laju. 


Disebabkan kami dah penat berjalan di Taman Buaya tadi, maka kami ambil keputusan untuk naik Trem yang RM6.00 tu. Jadi tak perlu penat nak jalan kaki kononnya. Tapi... memang sangat tak sesuai untuk anak-anak kami. Diorang tak nampak pun haiwan yang ada. 


Naik trem nak jimat tenaga
 

Trem berhenti sekejap di kandang gajah

Trem ni hanya berhenti di kawasan kandang gajah sahaja. Waktu ni, barulah lily dan lea dapat nampak gajah tu.. haiwan-haiwan yang lain, semua diorang tak nampak sebabnya trem bergerak agak laju jugak. Kami suami isteri beriya tunjuk harimau, singa, zirafah... semua diorang buat muka blurr... hahaha


Makanya, selepas train tu siap buat 1 pusingan dan berhenti semula di tempat kami mula-mula naik tadi, kami pun berjalan kaki sekali lagi ke semua kandang-kandang haiwan tadi.. hahaha sia-sia saja naik train tadi kan. 


Ikutkan hati, memang rasa penat sungguh, tapi kesian dengan anak-anak, diorang tak nampak pun haiwan kecuali gajah. Rugi la kan bawa masuk Zoo, tapi anak-anak tak nampak pun haiwan dalam zoo terutama sekali harimau.. hehehe sebab lily suka sangat buat bunyi harimau.. bunyi aummm aummm tu 


Haiwan pertama yang lily jumpa di Zoo Melaka ialah kura-kura. Ini sewaktu mula-mula kami masuk kedalam Zoo.




Kemudian kami berjalan ke rumah rakun.




Hai rakun...


Kami tak masuk bahagian arnab sebab anak-anak dah pegang arnab di taman buaya tadi. Lagipun nak masuk dan pegang arnab, kena bayar lagi RM5. So mak tak berminat.


Jadinya, kami terus menuju ke tempat Zirafah. Bestnya disini, boleh bagi makan dekat zirafah tau.. free saja pulak tu... tapi lily tak berani, takut tengok leher zirafah tu kot, dahlah panjang, besar pulak zirafah tu. Hahaha... jadi Lea sahaja yang berpeluang merasa bagi makanan dekat zirafah. 


Zirafah sedang makan


Lily buat apa tu?


Lea yang berani, nak bagi zirafah makan




Kemudian kami berjalan perlahan-lahan ke kandang-kandang haiwan yang lain.


rusa


ini pun rusa juga


tak ingat dah nama binatang ni.. tapi yang pasti ini bukan kerbau ya..


Duduk berehat sebentar di kerusi buah tembikai... Nampak sungguh menyelerakan kerusi ni..hihi


Nilgai


Burung kasawari

Paling utama, kami nak bawa lily tengok harimau dan singa.


Harimau 

sedang memerhati harimau yang terlebih makan.. hehehe.. Comel betul harimau ni..


Singa sedang tidur petang


Harimau putih

Gambar bawah ni, waktu kami naik trem dan berhenti di kandang gajah. Lily menangis kuat waktu ni sebab hujung belalai gajah tu pegang tangan lily.. hahaha tekejut beruk dia. Gajah tu nak minta makan saja la anak. 


Daddy dan gajah


Belalai gajah yang menakutkan lily... hihihi

Burung hantu pun ada juga dalam ni. Bersorak-sorak lily bila burung hantu tu tengok kearah kami. Nak tergelak juga tengok perangai anakku yang satu ni. Lea pula berusaha mencari haiwan yang kami sedang tengok 🤭🤭 tak begitu cekap nak mengecam lagi sebabnya Lea baru umur 2 tahun lebih.


Lily teruja tengok burung hantu

Burung kenyalang

Dalam zoo ni ada juga kandang ular, tapi waktu ni hanya satu jenis sahaja ular yang ada.


Bergambar dengan ular sawa


Ular sawa sedang berehat

Memang sangat penat waktu ni, tapi sebabkan anak-anak masih bersemangat.. masih boleh berlari-lari sambil naik bukit, maka mak dan bapanya pun kena kuat la juga. 


Lea kejap nak jalan sendiri, kejap minta dukung


Lily masih tersenyum gembira walau banyak kali mengadu penat..hahaha


tengok apa tu lily?


tengok si orang utan sedang bersantai dalam buaian... 

beruang


"ehh.. tak malu" ayat lily bila tengok bontot c monyet


Ape

Sebelum sampai pintu keluar, kena berjalan di tempat yang sedikit berbukit. 


Ada banyak lagi haiwan dalam Zoo Melaka, tapi saya hanya gambar mana yang berkenan sahaja.. Boleh tengok peta bawah ni, apa haiwan yang ada.


Peta Zoo Melaka

Luas sungguh Zoo Melaka ni, Mak sungguh tak larat nak😆. 


Kami ambil masa selama 2 jam 30 minit memerhati sambil bersenam dalam Zoo ni. 


Dah penat mengeluarkan peluh, melayan anak-anak di Zoo.... Tempat terakhir destinasi kami ialah Coconut Shake Klebang. Setiap kali kami ke Melaka, tak pernah miss beli air ni.. memang sedap. Kalau kamu nak rasa, kena beli disini... jangan beli tempat lain tau, sebab saya tak jamin yang tempat lain sedap atau tidak.


Baca juga Cafe Kucing Cat Walk Studio Melaka


Baca juga Melawat Taman Burung Melaka


Baca juga Melawat Taman Buaya Melaka


Terbaik dari ladang

Setiap kali datang membeli disini, tak pernah tak berbaris... Memang kena berbaris menanti giliran. 


Kalau sekadar nak bungkus minuman, diorang ada buka gerai di tepi jalan.. Boleh singgah sana sahaja. Tapi kalau kamu berhajat nak minum dan makan disini, boleh masuk kedalam. Restoran diorang di dalam sedikit.


Dah dapat air yang dihajati... kami pun bergerak balik ke Kuala Lumpur. Balik rumah la weiii.. esok dah nak kerja!!!!


Okeh itu saja perkongsiannya.. semoga bermanfaat.


Daa.


ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...