Holaa.. bertemu kembali..
Sebelum ni saya cerita tentang hantaran saya kepada pihak lelaki.. boleh baca cerita memori persiapan bertunang di keningau part 1.. Kali ni, saya cerita tentang perjalanan majlis tunang kami.. Majlis tunang kami sederhana sahaja, dihadiri saudara-mara terdekat sahaja..
Saya merupakan mualaf.. Jadi ada pertembungan adat lah kan ketika tunang.. Tunang ikut adat perempuan. Saya convert dari agama kristian ke islam.. Menjadi mualaf ni bukanlah satu perkara mudah tuan-tuan dan puan-puan. Banyak hati yang perlu dijaga.. terutama sekali hati keluarga sendiri. Tapi Syukur Alhamdullilah, keluarga sudah menerima keputusan yang saya ambil.. Memang agak sukar sebelum ini, macam-macam rintangan perlu diharungi.. (T_T) Saya gagahkan juga untuk mengharungi semua masalah kerana saya nak kahwin dalam keadaan tenang dan direstui oleh keluarga.. (^_^) .. ehh ehh semakin kelaut pula kau Mell..
Okeh kerana tunang semamangnya mengikut adat perempuan, jadinya saya terangkanlah sedikit-sebanyak tentang adat kami iaitu bangsa Dusun.. Kalau nak ikut adat 100%, memang susahlah nak tunang kan.. Mama saya ni jenis sayang anak..hehehe Dia taklah nak susahkan saya atau bakal tunang, jodoh dah sampai kan.. Kalau dihalang-halang lain pula jadinya tu.. Jadinya mamaku yang kucinta pun, sediakanlah apa yang patut sebelum bertunang dan hanya ikut adat yang perlu sahaja. Kalau ikutkan adat yang benar-sebenar-benarnya.. wuihhh letih heyyy... antara adat yang mama dan bapaku ikut adalah :-
1) Belanja dapur (Belanja untuk membeli barangan keperluan makan sahaja ketika majlis kahwin nanti)
2) Berian (Lebih kurang mas kahwin tapi akan diberi kepada ibu perempuan)
3) Kinopuan Tapi (jasa ibu)
4) Barang-barang adat
Semua diatas diminta secara tunai kecuali no 4, barang-barang. Barang-barang juga bergantung pada apa yang diminta oleh ibu bapa pihak perempuanlah, kalau diorang minta yang mahalzz dan perlu pengorbanan untuk mendapatkannya contohnya sepasang babi.. nasib badanlah yerr..
Semuanya diatas bergantung pada perbincangan ketika bertunang dan perlu dihantar ke rumah pengantin perempuan 2 atau 3 bulan sebelum majlis kahwin. Pihak lelaki juga tidak boleh datang kosong sahaja ketika datang menunang anak orang, mesti dan wajib bayar mana-mana yang mampu.. contohnya kalaulah dapat bayar Kinopuan tapi, mesti bayar full, tak boleh separuh-separuh. Kalau dapat langsaikan semua masa bertunang juga.. lagi baik..Kalau tak mampu, yang lain-lain bayar 2 atau 3 bulan sebelum majlis kahwin berlangsung.
Di sabah, tak taulah di tempat lain, tapi di kampung kami iaitu Kg. Ria, yang menjadi tukang tunang mestilah ketua kampung.. Wajib.. Siapa-siapa yang tunang tanpa pengetahuan ketua kempung sepatutnya diSOGIT.
Sebelum tunang, maklumkanlah pada ketua kampung tentang majlis pertunangan yerr , bila dan jam berapa rombongan pihak lelaki datang.. Supaya ketua kampung dapat mengatur masa.
Ketika majlis pertunangan pihak perempuan mesti sediakan seorang saksi dan pihak lelaki juga mesti sediakan seorang saksi.. Nanti 2 orang saksi ni akan tandatangan di borang pertunangan.. Borang tu nanti akan dibawa oleh ketua kampung ketika majlis berlangsung. Fungsi borang ialah sebagai rujukan sekiranya berlaku perka yang tidak diingini contoh:- putus tunang. Lelaki juga mesti sediakan paling kurang RM30 kepada ketua kampung sebagai saguhati kerana hadir menjayakan majlis pertunangan. (^_^) hehehe.. Memang rumit sikit..
Hehehe.. saya cerita ni untuk info pada siapa-siapa yang seperti saya.. Susah nak dapat info ni di mana-mana blog.. (T_T).. Mengalir airmata pun tak akan jumpa.. hohoho
Kalau nak menyenangkan diri sendiri dan bakal tunang serta familinya. Si perempuan kenalah bincang baik-baik dengan famili. Lebih baik kalau merisik dahulu sebelum bertunang. Risik tu penting, supaya anda dan si bakal tunang tidak terkejut dengan respon keluarga. (^_^) Ini berdasarkan pengalaman sendiri yerr..
Baiklah kita sambung kepada majlis kami..
Rombongan lelaki datang pada jam 11.00 pagi dan balik pada jam 1.30 petang.. Sekejap sahaja bertunang ni, Kalau ada buat minum-minum (Moginum) buatlah selepas pihak lelaki balik yaa.. Ini penting tau untuk hormat perasaan rombongan lelaki dan juga perasaan ibu bapa anda. Janganlah tiba-tiba tidak mau buat minum2 tu yerr... Lainlah kalau keluarga si perempuan sendiri yang tidak mau buat.
Nenek bakal tunang
Bakal adik ipar..wahahaha (
Sepupu si bakal tunang
Rombongan pihak lelaki
Hantaran dari pihak perempuan dan dari pihak lelaki
Opss sebelum terlupa.. saya nak bercerita sedikit tentang hantaran.. (^_^) Tidaklah wajib untuk perempuan membalas hantaran pihak lelaki.. saya buat sebagai suka-suka sahaja, sebagai memori pertunangan.. (^_^)
Selepas ni, saya upload gambar sahaja yerr.. kalau anda muntah hijau, apa bole buat.. hihi
Bakal mama mertua memakaikan gelang tangan (^_^)
Eheh.. si tunang sedang mamakaikan rantai leher (^_^)
Ketua kampung mengesahkan pertunangan kami..(^_^)
Ketua kampung yang lawak tapi tegas.. (^_^)
Bakal ibu mertua sedang memberi bayaran kinopuan tapi kepada mamaku (^_^)
Bersalam-salam dengan rombongan pihak lelaki (^_^)
Menyarungkan cincin kepada tunangku.. hehe Sebenarnya saya memang sudah rancang bapa yang akan sarungkan cincin kepada en.tunang tapi..... nampak lagi proper dan cantik.. tapi....tapi... hahaha
Bergambar dengan en.tunang, bakal ibu dan bapa mertua dan juga ibubapa kesayanganku (^_^)
Kek tunang yang ditaja oleh mama (^_^).. Thanks Mum
Saksi dari pihak perempuan.. abangku (^_^)
hehe.. inilah borang yang saya cakapkan tadi tuuu...
okeh..okeh.. cukup2 sudah Mell.. nanti muntah pulak orang yang membaca.. hahaha
Begitulah perjalanan majlis tunang saya di Keningau.. Gambar mini pelamin yang saya buat tu tidak jelas sangat.. hohoho.. tapi itulah yang kami adik beradik DIY..
Selepas selasai majlis tunang, memang rasa ohhhhh Bersyukur sangat..hahaha Selesai satu perkara.. Memang rasa berterima kasih sangat dengan mama, bapa, kakak, abang, saudara-mara yang turut sama menjayakan majlis saya tu.. huhuhu tanpa kalian ntahlah apa yang akan terjadi.. Sebagai penghargaan saya mau juga upload gambar mereka yang bersusah payah membantu mama dan bapaku.. terima kasih semua. (^_^)..
My sister merangkap tukang mekap dan tolong kembangkan bunga kertas aku.. (^_^)
My sis and her husband(yang pakai speak itu..hihi) Thanks sebab tolong buatkan mini pelamin dan gubahkan hantaran.. (^_^)
Hahaha.. ketika meniaypkan hiasan untuk mini pelaminku.. (^_^).. opss yang baju hijau, gaya lebih..hahaha..
My sis merangkap jurugambar ketika majlis pertunanganku.. (^_^)
My aunty.. (^_^) yang bantu masak-memasak.. (^_^)
My Aunty..thanks
My bakal abang ipar.. (^_^).. thanks tolong isikan borang tunang kami hihi
Dan orang penting dalam hidupku yang mengatur semua.. My parents.. (^_^)
Opss.. tak habis lagi laa.. banyak pembantu-pembantu di belakang tadbir ni.. heheh
Thanks semua coz sudi membantu... (T_T).. Love you all.. Bantu lagi la lepas ni.. kahwin pulak.. hahaha..
Itu saja la untuk majlis tunang.. penat mengimbas kembali perjalanan majlis.. Harap dapat memberi sedikit info kepada pembaca budiman semua.. see you