Kisah cendawan yang
sudah lama tidak diupdate.. ehehe
Saya dan keluarga serta
tunang tersayang sudah ke Ranau pada tahun 2013 (wahahaha lamany x update
blog..sekarang hujung tahun 2014 laa sudah..hmmm). Syukur alhamdulilah... Memang ada cendawannya di sana.. tempat nya
terletak jauh di atas bukit.. broom broom van yang kami bawa.. mendaki jauh ke
puncak gunung.
Tempatnya di mesilau..
Kalau ada sesiapa yang nak test-test cari... jalannya sehala dengan tempat ke
Dairy farm ituew(sempat lagi kami bergambar ala-ala berada di luar negara
disitu..hohoho) (^_^)...
Sampai sahaja kami di
KPD ranau... kami berjumpa terus dengan penjaga rumah cendawan disana.. tapi
namanya sudah lupa la( biasalah umur semakin tua) uhuk..uhuk.. Untuk info,
Kalau anda datang ambil sendiri cendawan.. mmg sentiasa ada tersedia tapi hanya
untuk 500 bongkah dan kebawah sahaja yerr.. tak boleh banyak-banyak.. kalau nak
banyak.. mesti buat oder dulu.. Nombor-nombor contact saya tidak dapat bagi
sebab X tau terselit dimana... puas saya selongkar beg tapi... (*_*)tidak jumpa.
(lama sangat baru mau update blog.. mmg begini la jadinya)... Tapi dont Worry..nombor Borneo Mushroom ada di hujung jari anda.. type saja borneo mushroom di google pasti dapat.. hehehe
Waktu kami sampai
disana.. satu bongkah dorang jual RM0.80 sebongkah. makanya saya ambil 200ratus
bongkah sahaja kerana sebenarnya kami tidak rancang pun mau ambil cendawan masa
tu.. kami hanya datang untuk saja-saja bercuti-cuti Malaysia.. hohoho..Datang
ke Borneo Mushroom pun untuk melawat sahaja.. tapi bila bertanya-tanya itu dan
ini.. rupanya cendawan ada tersedia untuk mereka yang terus datang ke
kilangnya. Oleh kerana masa tu kami menyewa van sahaja..dan van sangat padat
dengan penumpang.. maka hanya dapat ambil 200ratus bongkah sahaja lerrr... tapi
its OK sebab bukan dalam perancangan kan.. Waktu sampai di sana, kami disambut mesra oleh seorang staff yang namanya Roni( Bukan nama sebenar.. rasa-rasanya Roni nama dia..ehehehe..). En,Roni lah yang banyak membantu menjawab pertanyaan-pertanyaan dan penerangan tentang cendawan.. Banyak jenis cendawan yang diorang tanam tau.. hehehe Segar-segar belaka..
Selesai saja kami
melawat rumah cendawan.. kami berangkat balik (sebelum balik ke Keningau kami
sempat lagi singgah di PORING) hahaha... kan kami bercuti-cuti Malaysia..
Kami di Ranau selama 2
hari 1 malam.. kami bermalam di Kinabalu Pine Resort.. Tempatnya memang sangat
cantik.. Sejuk dan dapat nampak permandangan puncak gunung kinabalu kalau bangun
awal-awal pagi yerrr... kalau bangun 9 pagi dan keatas.. Kempunanlah mau
tingu permandangan puncak gunung kinabalu dari jauh..hohoho.. tengok awan
sajalah ya..
Okeh la..saya kongsikan gambar sajalah ya tuan-tuan dan puan-puan.. harap jangan muntah melihat posing-posing kami ituew...hoho (kalau ada pertanyaan bolelah email saya sahaja di mellcomell@gmail.com)
Bilik tempat kami menginap selama satu malam.. Sangat sejukk disini okehhh.. semua perempuan duduk dalam bilik sahaja.. yang team lelaki.. ntahlah.. melepak la tu di luar sebab mereka semua macam orang putih..tahan sejuk ..wahahaha
Ini waktu pagi.. jam 6 gituew..ohoho Gunung Kinabalu sudah diliputi awan... (T.T)... Jadi kalau kamu dan kamu datang sini.. bangunlah jam 5 yerrr... pasti dapat berjumpa dengan Mr. Kinabalu..
Hehe... My boyfriend yang kini bergelar tunang.. heheh Husband? OTW (^_^)
Posing sakan sebelum berangkat meninggalkan resort... sangat siokkk disini... suka-suka (^_^).. Kalau ada yang sedang mencari tempat untuk berHoneymoon, disini sangat sesuai untuk anda..
Kami sempat singgah disini.. Hehehe
Sila
Posing ala-ala di New Zeland...hohoho... Inilah mama dan bapa kesayangaknku... (^_*)
Okeh.. selepas puas berposing-posing di Kinabalu pine resort, Kundasang war memorial dan Dairy farm... akhirnya kami sampai ke sini.. BORNEO MUSHROOM MESILAU RANAU.. (^_^)
Tu dia Mr. Roni(bukan nama sebenar) sedang bagi penerangan dan menjawab pertanyaan kami..
Ini antara bongkah cendawan yang saya sempat ambil.. Di sini.. sangat sejuk... cendawan yang tumbuh pun sangat gembira.. tengok.. besar-besar dan sihat-sihat belaka.. (^_^)
Lokasi terakhir kami singgah sebelum bertolak balik ke Keningau.. PORING.. Tersangatlah ramai pengunjung ketika ini.. (T.T)
Dapat kolam yang ini pun kira bersyukur laaa... dapat juga si kecik2 mandi..
Di Poring ni, ada banyak kolam kecil dan besar.. jadi ikut nasiblah yerr..kalau ramai pengunjung.. terpaksalah menunggu giliran, dan cari tempat kosong.. yang lelaki.. Sila stanby di tepi untuk membooking kolam..hohoho
Batu ituew sangat panas... (T.T)
Silalah muntah melihat posing akue ini.. wahaha
OTW ke Sky Bridge... Kalau anda gayat.. sila jangan cuba-cuba yerr.. No turning back..hahaha
Waktu ini sangatlah gayat nak mampuss... huhuhu station terakhir yang sangat tinggi...
Okehlah..itu sahaja ceritanya.. hahaha harap tidak mengecewakan pembaca yang budiman.. (^_^) .. lepas ni saya update bongkah cendawanku yang telah mengeluarkan hasil... tunggu..
No comments:
Post a Comment