CENDAWANKU MENGELUARKAN HASIL DAN BERJAYA DIJUAL



Seperti yang saya janjikan.. sekarang saya update tentang hasil cendawan saya tahun lepas. Actually, yang menguruskan sepenuhnya penjagaan cendawan adalah mamaku yang tercinta..huhuhu Saya membantu dalam mengeluarkan modal pembelian bongkah cendawan dan apa-apa yang memerlukan $$money.

Seperti yang dijangkakan.. menanam cendawan di kawasan panas(keningau) tidaklah sama dengan menanam di kawasan sejuk(Ranau).. memang jaulah bezanya.. Hasil pertaman cendawan yang kami beli keluar pada 22 Januari 2014... Kami ambil dari Borneo Mushroom pada awal bulan November 2013.. Maksudnya kami menunggu selama 1 bulan setengah jugalah kan.. (^_^). But its ok.. tidaklah terlalu lama. Hasil cendawannya.. ermmm masih Ok.. Ini kerana, Ingat tak tahun lepas cuaca di Malaysia tiba-tiba sejuk.. Termasuk di Keningau, suhu jatuh sampai 17darjah celcius. Waktu cuaca tiba-tiba sejuk itulah Cendawan kami keluar dengan gembiranya.. hahaha

Ini antara hasil cendawan yang keluar:-

                                                            Cendawan Tiram Kelabu

                                                             Cendawan Tiram Kelabu

                                                             Cendawan Tiram Kelabu



Cendawan yang keluar masa tersebut.. tidak sekaligus, Mereka keluar secara berkumpulan.. hehehe... 
Nampak cendawan yang siap dipacking itu.. 1 bungkus beratnya 100gram. Kami jual Rm3.00.. (^_^). Bila dikira balik bongkah cendawan, rupanya Borneo Mushroom bagi 100 bungkus sahaja. uhuhu… berlaku miss communication antara saya dengan mama ketika urusan pembelian.. huhuhu.  100 bungkus yang kami beli telah mengeluarkan hasil sebanyak RM 400. Keuntungan yang lumayan jugalah tapi,, memang Azab mengambil di Ranau.. dengan sewa kereta lagi.. lebih-lebih lagi saya yang berkerja jauh ini..mmg urusan membeli sangat susah.. Tak boleh juga nak minta tolong mak bapa kerana diorang tak tahu jalan nak kesana.. (T_T) dan diorang tak berani nak pandu kesana.. (T_T).. Nampaknya usaha ditangan sendiri.. huhuhu

Pasaran adalah di Tamu Ground Keningau dan kebanyakan pelanggan adalah dari orang-orang kampung yang datang kerumah kami untuk membeli cendawan.. dan juga dikalangan saudara mara.. Feedback dari pelanggan setempat ialah ‘cendawan kami manis dan tidak kenyal..sedap dimakan’. (^_^) Gembira mendengar feedback tersebut tau..hohoho

Sebelum ini, pasaran adalah benda yang paling saya risau.. ya lah, mmg lah risau. Andai kata tiada pelanggan, tak kemanalah cendawan kami itu.. Tapi nampaknya.. Syukur Alhamdulillah sekali lagi.. pasaran memang baik dan memberangsangkan. Kadang-kadang sedih juga bila ada orang datang rumah semata-mata nak beli cendawan.. Tapi cendawan tak banyak keluar. (T_T)

Selepas semua cendawan yang kami beli ni habis mengeluarkan hasil.. Pada bulan April 2014, mama saya ada mendapat stok cendawan dari seorang kawan.. Aunt. Rupina.. Stok sebanyak 100 bungkus.. Dia jual RM1.20 sebongkah.. mahal sebab beli dengan orang lain..

Bagi saya, beli dengan orang ini memang baik, jimat tenaga tak perlu jalan jauh untuk ambil bongkah.. tapi masalahnya ialah… kualiti cendawan tidaklah seperti yang kita bawa sendiri dari kilangnya.. Sebab masa kami ambil bongkah cendawan di Ranau hari tu, kami jaga dengan penuh dedikasi…hahaha Sebab itulah cendawan yang keluar pun gembira..hoho

Beg cendawan yang 100 bungkus ni ada sedikit masalah… Kebanyakan beg cendawan bocor dan bongkah cendawan retak. (*_*)  itupun  mama saya maklumkan melalui telefon sahaja. Tak bolehlah nak merungut sebab, Patut bersyukur orang bagi.. kalau tidak, mmg kena pegi ambil sendiri..


Untuk hasil yang kedua ini tidak berapa memberangsangkan:-
                                                             Cendawan Tiram Putih

                                                         Cendawan Tiram Putih

Cendawan Kering (T_T).. 
Semua cendawan yang keluar juga kering macam ni.. mungkin juga disebabkan cuaca panas.. dan juga jangkitan serangga sebab beg cendawan bocor. Untuk pastikan cendawan sihat-sihat belaka, saya rancang untuk meletakkan aircond protable 1HP di dalam rumah cendawan.. Comin Soon la.. huhu

Setakat ini, saya belum merancang untuk mengambil bongkah cendawan kerana sibuk dengan urusan tunang dan kahwin diri sendiri dan kahwin kakaku.. (^_^) 

Inshaallah..Kalau Allah bagi rezeki, kami akan pergi ambil lagi. Amin (^_*)

No comments:

Post a Comment

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...