KEDAI PAKAIAN SAIZ BESAR XXXXXXXXXL

 Assalamualaikum..


Hari ni saya ingin membuat review kedai pakaian untuk mereka yang bersaiz 4XL dan keatas.. 


Mencari baju yang bersaiz 4XL dan keatas sememangnya sangatlah susah... memandangkan husband adalah antara pengguna saiz besar ni... mencari baju untuk husband... sangat susah.. Ada masanya, suami berputus asa.. huhu sebab kebanyakan kedai hanya ada saiz 3XL (saiz asia).. 


Mujurlah kami jumpa satu kedai ni... yang menjual pakaian dari saiz XL ke 9XL...  nama kedainya ialah BIG FASHION XL TO XXXXXXXXL

Cari saja sign board ni kalau ke NSK Kucai lama

 


Kedai BIG FASHION ni menjual baju-baju yang bersaiz sangat besar... Kedai diorang terletak di dalam bangunan NSK Trade City Kuchai Lama...

Harga pakaian adalah berbeza mengikut saiz... semakin besar saiz, harga juga semakin naik... 



Kemeja ni saiz 8XL.. harga kalau tak silap RM49


Seluar jeans pendek.. saiz 54.. harga RM75



Sebenarnya.... ada banyak lagi pakaian yang kedai ni jual seperti baju wanita, seluar wanita, skirt, inner... tapi saya tak ambil gambar... 😅

Kualiti baju di kedai ni... tidaklah setaraf baju berjenama seperti adidas, camel dan yang sewaktu dengannya.. Tengoklah juga harganya.. jauh beza tu... 

Jahitan kain dijahit dengan kemas... kain juga jenis tahan dan tidak mudah tercarik kalau dibasuh menggunakan mesin basuh... setakat 5 tahun husband membeli baju dan seluar di kedai ni, tak pernah lagi warna turun atau luntur apabila dicuci... 

Jadi secara keseluruhannya... kedai BIG Fashion ni bagus... dan harga jual juga sesuai dengan kualiti... 

Sekian saja...



1 comment:

  1. rasanya kat tesco shah alam ada juga branch kedai ni. cantik2 juga baju dia

    ReplyDelete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...