KEDAI PAKAIAN SAIZ BESAR XXXXXXXXXL

 Assalamualaikum..


Hari ni saya ingin membuat review kedai pakaian untuk mereka yang bersaiz 4XL dan keatas.. 


Mencari baju yang bersaiz 4XL dan keatas sememangnya sangatlah susah... memandangkan husband adalah antara pengguna saiz besar ni... mencari baju untuk husband... sangat susah.. Ada masanya, suami berputus asa.. huhu sebab kebanyakan kedai hanya ada saiz 3XL (saiz asia).. 


Mujurlah kami jumpa satu kedai ni... yang menjual pakaian dari saiz XL ke 9XL...  nama kedainya ialah BIG FASHION XL TO XXXXXXXXL

Cari saja sign board ni kalau ke NSK Kucai lama

 


Kedai BIG FASHION ni menjual baju-baju yang bersaiz sangat besar... Kedai diorang terletak di dalam bangunan NSK Trade City Kuchai Lama...

Harga pakaian adalah berbeza mengikut saiz... semakin besar saiz, harga juga semakin naik... 



Kemeja ni saiz 8XL.. harga kalau tak silap RM49


Seluar jeans pendek.. saiz 54.. harga RM75



Sebenarnya.... ada banyak lagi pakaian yang kedai ni jual seperti baju wanita, seluar wanita, skirt, inner... tapi saya tak ambil gambar... πŸ˜…

Kualiti baju di kedai ni... tidaklah setaraf baju berjenama seperti adidas, camel dan yang sewaktu dengannya.. Tengoklah juga harganya.. jauh beza tu... 

Jahitan kain dijahit dengan kemas... kain juga jenis tahan dan tidak mudah tercarik kalau dibasuh menggunakan mesin basuh... setakat 5 tahun husband membeli baju dan seluar di kedai ni, tak pernah lagi warna turun atau luntur apabila dicuci... 

Jadi secara keseluruhannya... kedai BIG Fashion ni bagus... dan harga jual juga sesuai dengan kualiti... 

Sekian saja...



REVIEW SELEPAS PEMBEDAHAN GEGENDANG TELINGA PECAH

 18 mac 2022

Hari ke 2 selepas pembedahan... telinga masih ada keluar darah.. agak banyak... kapas luar tu basah jugalah dengan darah..


Sakit di gegendang telinga memang sangat terasa bila ubat tahan sakit dah hilang kesan.. sakit tak boleh dibawa berbincangπŸ˜…... tiba-tiba diserang pening... kalau pening dan sakit datang menyerang serentak, selain berharap pada ubat tahan sakit.... tak dapat nak buat apa... hanya baring dan bertenang saja ubatnya πŸ˜…


Bunyi berdesing kuat di telinga yang dibedah... pendengaran kurang jelas waktu ni.. mungkin disebabkan kapas yang disumbat kedalam telinga. 


Bercakap pun perlahan-lahan saja sebabnya, kalau cakap kuat atau jerit kecil... terasa tekanan di telinga dan sakit pun menjelma.. πŸ˜€


Jadi nak kurangkan kesakitan hanya dengan makan ubat tahan sakit... cakap perlahan-lahan... banyak berehat... 



19 mac 2022

Hari ke 3 selepas pembedahan... darah didalam telinga dah semakin kering... tiada lagi rasa basah di telinga... bunyi berdesing di telinga masih tak reda... 


Rasa sakit masih sama... masih bergantung pada ubat tahan sakit... saya kononya nak rajin sikit hari ni.. nak bersih-bersih dan sapu rumah... belum siap membersih, telinga yang dibedah dah sakit teramat sangat... mungkin sebab banyak tunduk, mencangkung dan berdiri... rasa mcm nak tercabut gegendang telinga πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…... laju-laju siapkan kerja sapu menyapu... terus duduk berehat sambil menahan kesakitan... azabbbb.. πŸ₯²



20 mac 2022

Hari ke 4 selepas bedah... sakit dah berkurang banyak... tapi pening selalu menyerang... aduhai cepatlah sembuh wahai telinga... dah tak tahan sebab kena kawal semua benda supaya tiada tekanan di telinga.. nak menguap pun tersiksa... kena kawal supaya tiada tekanan ke telingaπŸ˜…πŸ˜…... 



25 Mac 2022

Hari ke-9... hari ni ada check up di Hospital Ampang... Doktor nak tengok keadaan luka jahitan di telinga... Luka jahitan tempat ambil tisu untuk tampal gegendang yang berlubang.


Saya memang berdebar nak jumpa doktor hari ni.. sebab nak buka jahitan.. takottt... takot sakit.. πŸ˜…


Sampai di hospital jam 7.40... awal kann.. 😁.. memang kena awal... kalau datang lambat.... orang ramai sangat dan barisan akan panjang gila-gila.

Penjarakan sosial wajib patuhi


Waktu jumpa doktor.. doktor tengok telinga... telinga saya dalam keadaan baik.. jahitan tak bengkak dan kelihatan kering... (saya memang jaga sangat luka jahitan ni... tak bagi basah waktu mandi).. kemudian doktor minta ke bilik prosedur untuk buka jahitan... aduh memang takut time ni... 🀣


Doktor cabut satu persatu jahitan... jahitan ni memang dalam lubang telinga... kira-kira ada 10 benang jahitan yang dicabut.. wau rupanya banyak jahitannya 😨. Pastu doktor bagitau ada luka jahitan yang masih basah... jadi kena teruskan jaga dan pastikan luka jahitan sentiasa kering.


Kapas yang disumbat di dalam lubang telinga tak buka lagi.. kapas ni diletak ubat untuk bantu cepatkan luka dalam salur telinga akibat barang-barang yang digunakan sewaktu pembedahan. Kapas ni akan dibuka pada temujanji akan datang.. 1 minggu lagi... untuk tengok perkembangan luka dalam telinga.


Barulah saya tahu.. rupanya lepas bedah haritu.. corong telinga memang luka dan mungkin ada sedikit bengkak.. patutlah sakit sangatπŸ˜…... 


Lepas dah buka jahitan, doktor bagi penerangan sekali lagi.. tak boleh buat kerja-kerja berat.. aktiviti-aktiviti ringan yang boleh dibuat... contoh kalau bekerja: aktiviti seperti jawab panggilan telefon, menulis, berkomunikasi ( maksud saya bagi nasihat 🀣.. sebab kerja saya ni kena banyak membebel)... itu semua boleh... Tapi kena elakkan aktiviti mengangkat barang-barang berat... elakkan aktiviti yang perlu banyak berjalan..


Temujanji hari ni.. doktor tambah lagi ubat antibiotik jenis sapu di luka jahitan untuk 7 hari.. dapat ubat batuk... ubat lembutkan najis..  ubat kurangkan gatal-gatal dan ubat tahan sakit.. Kemudian dapat surat kepada majikan... tentang sakit saya dan tak dibenarkan membuat kerja-kerja berat. 


Memo kepada majikan.. dalam proses sembuh jadi arahan kepada majikan untuk bagi buat kerja-kerja ringan sahaja.. memo ni kena minta... kalau tak minta, doktor tak bagi


Lactulose.. ubat lembutkan najis πŸ˜…


Ubat antiobiotik jenis sapu.. untuk luka jahitan.. kena letak selama 7 hari


Ubat tahan sakit.. makan bila perlu sahaja


Hari ke 9 selepas pembedahan gegendang telinga pecah... sakit dah semakin berkurang.. kadang-kadang saja sakit menjelma.. Tapi pening masih ada lagi.. tapi dah tak teruk macam hari pertama. 


Sekiannya la ceritanya temujanji di hospital selepas 9 hari pembedahan gegendang telinga pecah


Jom balik.. dah siap jumpa doktor..

Siap dengan cepat... jam 8.50 pagi dah boleh balik... tak sia-sia datang awal 😊






ANAK SULUNG MASUK SEKOLAH

 Assalamualaikum....

21 Mac 2022 ialah hari persekolahan pertama untuk tahun 2022. Pastinya, semua ibu bapa sedang sibuk membeli barang-barang persekolahan anak-anak kan...


Anak saya Nurlily Elysha juga antara yang akan ikut sesi persekolahan tahun 2022. Kami daftar lily masuk Pra Sekolah di sekolah yang berdekatan dengan rumah.


Belajar sungguh-sungguh anak mummy.. semoga berjaya di dunia dan di akhirat..

Beli baju di kedai hari-hari


Pilih jangan tak pilih


Tampal nama supaya tak hilang


Beg ikut tema katun kesukaan lily

Hari pertama sekolah yang paling ditunggu-tunggu oleh Lily... sebabkan SOP covid, tak dapat hantar lily hingga ke kelasnya... hantar di pintu sekolah saja... semoga cepat berdikari ya anak mummy.


Senyum gembira ke sekolah...


Hantar melalui pintu belakang sekolah


Boleh hantar sampai sini saja... lepas tu cikgu ambil alih

Ramai juga kawan-kawan lily... lily dalam kelas cemerlang... semoga lily terus cemerlang dan gemilang... 


Senarai buku dan bayarannya






LAWATAN KE AQUARIA KLCC

 Assalamualaikum

Hujung tahun 2021 aritu, kami suami isteri bercadang untuk membeli jiwa anak-anak.. maka terjadilah short vacation kami bercuti di ibukota Kuala Lumpur..

Hanya satu saja aktiviti yang kami rancang waktu tu, bawa anak-anak melihat ikan... 

Seperti biasa, anak sulunglah yang paling gembira.. dapat tengok ikan... 

Harga tiket ialah RM49 untuk dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak berumur 3- 12 tahun... Bagi anak yang berumur 2 tahun kebawah, masuk percuma. Ini harga tiket untuk warganegara.. so kena tunjukkan mykad dan mykid baru dapat harga warganegara tu.

Harga bukan warganegara pula ialah RM79 untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak. 

Ini merupakan kali kedua saya masuk ke aquaria...... kali pertama dahulu ialah pada tahun 2011.... waktu tu saya masih bujang lagi.

 Tidak banyak perubahan dalam Aquria KLCC jika saya bandingkan waktu kali pertama saya masuk dahulu (2011) dengan yang kami masuk sekarang (2021). Bezanya yang dulu dan yang sekarang adalah...... ada SOP baru... kena ada penjarakan sosial dan ada had jumlah pelawat yang dibenarkan masuk untuk satu-satu masa. Maka masa menunggu untuk masuk memang lama 😞.. kami menunggu hampir 1 jam, barulah sampai giliran untuk membeli tiket. 

Walaupun menunggu lama, kami yakin anak-anak pasti gembira dan dapat belajar benda baru disini... Dapatlah anak-anak melihat sendiri hidupan-hidupan laut... 

Ruang menunggu sementara husband beratur membeli tiket 

Sebelum dapat masuk ke ruang menunggu ni.. kami menunggu 1 jam diluar pintu masuk aquaria... tunggu nombor giliran membeli tiket

Anak-anak sedang tengok ikan-ikan kecil dan tapak sulaiman

Ikan kecil dalam akuarium



Kuda laut

Kuda laut ni sedang mengandung 

 
Obor-obor

Lily dengan obor-obor

Melihat ikan-ikan

Ikan belacak

Lily dah mula menangis.. sebab saiz ikan dalam aquarium, semakin lama semakin besar.. kejutan budaya la tu... pertama kali tengok ikan sebesar daddynya πŸ˜‚.... selalu tengok ikan-ikan di pasaraya je


Lea si pemberani 😊



Peace !!


Peace lagi πŸ˜…



Ini bahagian serangga-serangga kecil

Mesti familiar dengan ikan ni kalau pernah main game feeding frenzy...
 
Bergambar bersama sotong kurita

Ulat gonggok yang besar... 

Peace lagi!


"Baby shark" kata lily.... ni bukan baby shark Nak.. ni daddy shark sudah ni πŸ˜†


Ikan pari 


Sekian saja perkongsiannya... 😊


PEMBEDAHAN TELINGA PART 1

 17 Mac 2022

Masa yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai juga... saya sampai ke hospital ampang jam 8.00 pagi untuk masuk ke wad sementara 5B. Wad ni khas untuk mereka yang menjalani pembedahan dan akan dibenarkan balik pada hari yang sama.


Sampai wad, nurse periksa dokumen yang saya bawa dan terus dibawa masuk kedalam bilik isolation, sebabnya keputusan PCR 16hb masih belum keluar. 

Salin baju hospital warna biru, baju putih dan topi untuk pakai sewaktu pembedahan dah siap-siap diberi

Bilik isolation


Jam 12 tengahari, tiba-tiba doktor dan nurse datang bagitau doktor dah menunggu di bilik bedah... waktu tu doktor dan nurse bekejar pasangkan branula (jarum di tangan) dan minta saya pakai baju dan topi pembedah warna putih. Segala benda kena buka termasuk seluar dalam dan tudung πŸ˜….. semua perhiasan kena buka Mask kena pakai setiap masa πŸ˜„. 


Nurse minta baring di katil dan sahkan nama, no kad pengenalan dan pembedahan pada telinga kanan. Kemudian saya ditolak ke bilik pembedahan. Waktu ni, hanya Allah tahu rasa bedebar-debar jantung. Mujur masih boleh kawal pernafasan sebab takut sangat. 


Tiba dipintu bilik pembedahan, doktor bedah sekali lagi minta saya sahkan nama, no kad pengenalan dan pembedahan pada telinga kanan. Waktu ni doktor pastikan tiada sebarang benda besi ataupun getah diatas tubuh badan sebab takut semua benda ni cair sewaktu proses bedah terkena bahan-bahan yang diorang guna sewaktu bedah. Memandangkan waktu ni saya sedang period.. saya kena pakai pad sahaja tanpa seluar dalam.. πŸ˜… (sebabnya walaupun seluar dalam jenis cotton.. tapi ada sedikit getah pada pinggang seluar... jadinya doktor sarankan untuk bukaπŸ™ƒπŸ₯΄)


Setelah selesai sahkan nama, saya ditolak kedalam dewan bedah.. ada ramai doktor didalam... lebih kurang 2 ke 3 doktor dan pembantu-pembantu. Doktor bius datang dan letakkan corong yang ada asap ke mulut... Pasangkan wayar-wayar seperti gambar dibawah

Sumber gambar daripada mmgazette.com


Kemudian datang lagi satu doktor lelaki bawa jarum suntikan.. isi jarum itu ialah ubat tidur... sebelum disuntik... doktor bagitau diorang akan bagi ubat tidur.. akan rasa sakit sikit.. bila saya rasa pedih-pedih masuk dalam salur darah.. pandangan terus rasa kabur-kabur, kepala ting tong🀣.. dan terus tak sedarkan diri. Sepanjang proses bedah saya dah tak rasa dan tak sedar apa-apa.


Sumber gambar dari mmgazette.com
Tiub oksigen yang doktor pakar bius terangkan pada posting saya sebelum ini...16hb mac PRA OPERATION... Tiub oksigen dimasukkan kedalam mulut ke paru-paru untuk bantuan pernafasan


Tiba-tiba, saya dengar nama saya dipanggil-panggil... buka mata, rasa pening yang teramat sangat. Rupanya saya sudah berada diruang pemantauan (diluar dewan bedah). Doktor tanya soalan, "awak ok ke?" Waktu tu nak bercakap pun tak bermaya... saya bagitau rasa pening sangat. Doktor cakap ok bagus.. kemudian saya ditolak balik semula ke wad 5B. 


Sampai wad.. pekara pertama saya buat ialah tengok jam... dah jam 4.00 petang.. memang rasa pening dan loya.. perut sangat lapar sebab dah mula puasa jam 12 tengah malam semalam. Nurse datang bagi air kosong dan minta saya habiskan perlahan-lahan.. waktu minum memang sakit sangat dekat leher mungkin sebab tiub pernafasan yang dipasang sewaktu bedah.. tapi nak cepat sihat kannnn... saya minum juga habiskan 1 gelas air yang nurse bagi... Bila makanan sampai, saya bangun dan cuba makan. Tapi makanan langsung tak boleh masuk... makan 1 sudu nasi, 1 sudu sup ayam.. saya dah rasa nak muntah. Lepas tu makan buah limau... tidak lama kemudian, semua yang dah ditelan, saya muntahkan semula... memang pening dan amat loya waktu ni... tapi saya tetap gagahkan diri ke bilik air.. 


Doktor yang memantau minta saya untuk kurangkan baring... Ya Allah, waktu tu memang pening gila.. dah tak hirau doktor bagitau jangan baring.. saya tetap baring.. πŸ˜‚πŸ˜‚..  memang tak boleh.. kepala pening, kalau duduk bertambah pening. Doktor bagitau saya boleh balik jam 8.30malam nanti.


Jam 6.30 petang. Nurse datang dan bagi saya nota discharge, sijil MC selama 9 hari dan ubat-ubat yang perlu dihabiskan. Nurse bukakan jarum ditangan, dan bagitau saya boleh salin baju.. pakai baju biasa. Waktu ni walaupun pening, loya dan telinga sakit... hati dah berbunga-bunga sebab boleh balik.. saya bangun, tukar baju, kemas semua barang-barang.. kemudian baring dan tidur semula 🀣... memang tak tahan pening.. nak muntah. 


Senarai ubat-ubat yang dibekalkan dan mesti dihabiskan:

Ubat untuk sapu dijahitan telinga

Ubat antibiotik kena habiskan dalam masa 7 hari

Ubat tahan sakit.. paracetamol

Ubat untuk hilangkan rasa gatal di telinga

Ubat batuk sebab saya sedang batuk-batuk

Ubat lembutkan najis πŸ˜„

Sijil cuti sakit 9 hari

Discharge note

Ini bil hospital... sebabkan saya pekerja sektor kerajaan.. maka bil percuma


Tiba-tiba nurse datang bangunkan saya... (tertidur lagi rupanya πŸ˜…)... bagitau saya dah boleh balik... waktu ni jam 8.15 malam.... walaupun pening  sangat.... gagah juga kaki melangkah sebab memang dah tak sabar nak balik rumah. Husband ada di lobby utama tingkat 1 .. menunggu isterinya ini. πŸ˜„


Sampai lobby.. muntah sekali lagi... pening dan loya akan hilang selepas kesan ubat bius hilang.. itu yang doktor bagitau.. jadi kena bersabarlah menghadap pening dan loya ni.


Sampai rumah. Telinga dah sakit sangat.. ambil 2 biji ubat tahan sakit. Dan saya tidur dengan lena di rumah.. telinga memang berdesing tak berhenti.... semoga dalam satu minggu ni.. semakin pulih lah telinga ni..

Singgah ambil anak-anak di pusat jagaan sebelum balik rumah. Waktu ni dah jam 9.00malam

Telinga disumbat kapas sepanjang 1 minggu


Temujanji seterusnya ialah pada 25hb... selepas 1 minggu dari tarikh bedah, untuk lihat balik perkembangan tampalan tisu dan buka jahitan di telinga.

Keadaan telinga saya selepas dibedah



Sumber gambar aarontrinidade.com
Gambar rajah dimana tisu diambil. Tapi luka ditelinga saya berbentuk melengkung

Begitulah keadaan telinga saya setelah dibedah.. tak nampak jahitan.... jahitan tu berada di dalam telinga.. luka berbentuk melengkung.. agak banyak jahitannya. Ada kapas disumbat didalam telinga dan doktor letakkan plaster untuk pastikan kapas tidak tercabut keluar... 


Kapas diluar telinga.. kapas yang ini boleh dicabut.. kapas yang paling luar ni perlu diganti setiap hari... agak banyak juga darah yang keluar selepas pembedahan.



ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...