Assalamualaikum,
Sempena cuti kemerdekaan 31.08.2020, kami anak beranak merancang ke Melaka bercuti-cuti Malaysia... Percutian tanpa dirancang pun sebenarnya.
Seperti biasa, walaupun program secara tiba-tiba, tapi untuk elakkan anak-anak meragam dan bosan sewaktu bercuti... so sepanjang percutian, kenalah yang berunsurkan sesuatu yang menarik minat anak-anak..
Setelah membuat perancangan dalam waktu yang singkat, saya dah senaraikan pada en.husband tempat-tempat untuk kami lawati..
Pertama ialah CatWalk Studio.. Nak bawa diorang tengok dan main denga kucing.
Ini ialah cafe yang bercirikan kucing... diorang ada sediakan masakan panas dan minuman... dan jika berminat, boleh la masuk dalam bilik kucing untuk bermain dengan kucing. Ada pelbagai jenis kucing dalam di cafe ni.
Bertolak dari Kuala Lumpur jam 9.00pagi, sampai di CatWalk Studio lebih kurang jam 1.00tghari. Masa yang amat sesuai untuk singgah di sini untuk isi perut makan tengahari sambil melayan minat anak-anak pada kucing.
Disini kami pesan nasi goreng cina (x pedas), nugget, sirap ais dan sirap laici... Yang best disini, kami dapat fries dan 2 botol minuman sirap percuma.. (😍... saya memang suka dengan benda-benda percuma🤭).. tapi lupa pulak nak ambil gambar...
Pada mulanya, nak makan dulu baru main-main dengan kucing... Tapi disebabkan Lily dan Lea dah tak sabar nak bermain dengan kucing, kami pun bawalah diorang masuk kedalam.
Masuk dalam, kalau umur lily(3 tahun) dan lea(2 tahun), perlu ada orang dewasa masuk sekali.. sebabnya takut diorang picit atau cucuk-cucuk kucing tu (ya ini memang anak saya c Lea buat waktu dalam bilik kucing 😑😑🤦♀️)
Untuk masuk bermain dengan kucing ada bayaran lain... rm15 untuk kanak-kanak dan rm20 untuk orang dewasa.
Kucing-kucing disini sangat manja... tak perlu risau dicakar🤭... Bila masuk sini, pekerja akan beri makan pada kucing-kucing... jadi dapatlah ambil gambar dikelilingi kucing... Lily memang sangat eksited waktu ni... peminat kucing nombor satu.
Diorang beri masa 45 minit untuk main-main dengan kucing, tapi kalau orang tak ramai... bolelah main lama-lama sikit.
Sebabkan Rizqi masih kecil, baru umur 10 bulan... jadinya, Rizqi duduk dengan daddy sahaja di luar...
Memang serononk bila tengok anak-anak gembira dapat sentuh dan main dengan kucing.. Bolehlah anak-anak lepaskan tekanan... asik berkurung dalam rumah sahaja kan... hihihi
Baca juga Melawat Taman Burung Melaka
Baca juga Melawat Taman Buaya Melaka
Okeh begitulah kisahnya kami melawat di Cafe kucing CatWalk Studio...
Cafe ni tutup setiap hari Khamis ya.. so jangan datang hari Khamis. Masa operasi ialah dari jam 10.30 pagi hingga 7.00 petang.
Sekian, Semoga bermanfaat..
Daa