CARI KERJA MELALUI MYFUTURE JOBS

Assalamualaikum

MyFuture Jobs ialah satu platform yang menawarkan pekerjaan kepada sesiapa yang sedang mencari pekerjaan, berdasarkan kepada padanan tahap pendidikan.

Mungkin ramai yang tahu platfrom ini, dan mungkin juga ramai yang tidak tahu.

Saya secara jujurnya, saya juga baru mengetahui tentang platform pencarian pekerjaan ini. Itupun selepas agensi kami membuat kerjasama program kerjaya bersama dengan PERKESO.

Selain membantu mencari pekerjaan berdasarkan padanan yang sesuai, MyFutureJobs juga menawarkan perkhidmatan kaunseling kerjaya, keunseling secara mendalam bagi golongan yang mengalami kesulitan, bantuan mobiliti, bantuan kewangan untuk kehilangan pekerjaan dan program pasaran buruh aktif. 

Majikan juga boleh mengunakkan aplikasi MyFuture Jobs untuk mengisi jawatan kosong di pejabatnya.

Protal Myfuture jobs ini adalah percuma. Kamu hanya perlu mendaftar dan isi maklumat-maklumat yang diperlukan. 

Untuk para pencari kerja, boleh klik pada link ini.. cari kerja


Kemudian klik pada job seeker sign in yang saya bulatkan merah

Klik pada register yang saya bulatkan merah

Isi maklumat e-mail, Ic number dan password... kemudian klik register

Dah suda boleh ikut langkah-langkah seperti dalam link dokumeb pdf  ni

Tekan DOWNLOAD untuk muat turun cara-cara mengisi borang pencari pekerjaan. 

Isi semua maklumat yang diminta. 

Mungkin rezeki pekerjaan anda, ada melalui myfuture jobs... 

6 comments:

  1. Terima kasih berkongsi. Boleh dipanjang panjangkan berkongsi pada mereka yang sedang mencari kerja.

    ReplyDelete
  2. dulu-dulu teringat masa zaman akak job street lah paling popular untuk cari kerja...

    ReplyDelete
  3. MyFuture job baharu tahu pasal website ni.
    Thanks for sharing

    ReplyDelete
  4. Ada kaunseling pekerjaan itu yang menarik untuk orang baru cari kerja.

    ReplyDelete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...