CARA TEBUS RM50 EWALLET EPENJANA

Assalamualaikum
Semua dah tebus RM50 epenjana daripada kerjaan?

Saya dah... hehehe... laju je tebus kan... 

Untuk tebus RM50 epenjana ewallet ni, perkara pertama yang kamu kena buat ialah:

1. DAFTAR MYSEJAHTERA
~ mula-mula haruslah download app mysejahtera melalui playstore (jika kamu pengguna android) atau melalui app store (jika kamu pengguna iphone)
~kemudian isikan semua maklumat yang diminta, sila pastikan maklumat nama dan nombor kad pengenalan adalah sama seperti yang terdapat pada kad pengenalan kamu ya.
~tak rugi apa-apapun kalau download mysejahtera ni, selain daripada sangat mesra dan tidak menyusahkan pengguna, maklumat peribadi kita pun terjaga.. hanya scan Qrcode, siap... nombor telefon yang kita tulis dekat buku tu, salah satu maklumat peribadi kita yang boleh dijual.. kamu tau ke??

2. PILIH SALAH SATU APLIKASI, UNTUK TEBUS RM50 EWALLET EPENJANA
~Terdapat bebrapa aplikasi yang boleh digunakan untuk tebus rm50 ewallet epenjana iaitu:
▪️Touch and Go ewallet
▪️Grab
▪️boost

Saya tebus RM50 ni melalui Touch n Go ewallet... cara tebus sangat mudah... 1.download Touch n Go app.

2. Tebus epenjana RM50
Klik pada claim now

3. Berjaya tebus RM50 epenjana akan masuk kedalam ewallet TnG
RM50 berjaya ditebus 😄

Apa yang saya guna dengan RM50 tu???
~saya membeli barang dekat Watson... hihihi... untuk tebus RM50 di watson, kamu kena pilih barang-barang dengan jumlah tepat RM50... 

Jom tengok apa yang saya beli... 😄
Tadaaaaaa~~~~

Saya beli lipstick matte maybelline (kod255)... saya pilih lipstick ini sebabnya, ia tak akan menyebabkan face mask kamu kotor...hehehe... almaklumlah, sekarang ni kan wajib megunakkan face mask di tempat awam... so pekerja makan gaji macam saya ni, kenalah pakai facemask lebih kurang 8 jam... so lipstick begini sangat sesuai untuk masa sekarang.

Kemudian saya beli parfume... Parfume ni, ada wangian yang lembut dan tak menusuk di hidung... i like 😊

Total 2 benda ni RM48.+

Tak dapat claim tepat-tepat RM50... ada baki dalam RM1lebih....

Okeh itu saja perkongsian saya... semoga bermanfaat...

Daa...

9 comments:

  1. ehehe belum tebus lagi.. nanti nak buat kat Grab hehe..
    boleh order makanan wakakkaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, dapat kenyangkan perut... hehehe.. en.husband pun tebus menggunakan grab... boleh tebus melalui online atau tebus dgn dine in dimana² tempat yang ada penjana grab... 👍

      Delete
  2. Tidak buat lagi.
    Takde e-wallet sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Download je TnGewallet NA, pastu isi detail... rm50 ni valid hingga 30sept saja..

      Delete
  3. Kak Feni memang guna touch n go e-wallet ni untuk bayar tol. Best e-wallet ni sebab dapat cash back. Ni buat bayar pon boleh. Rezeki dapat rm50 kan. Btw kak feni dah follow juga.

    ReplyDelete
  4. salam...

    selalu dapat message utk tebus ni. tapi tak pernah terbuat2 pun.

    ReplyDelete
  5. Settle juga dah redeem. ada balance buat guna untuk touch n go pulak.

    ReplyDelete

ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...