Seperti yang saya janjikan.. sekarang saya update tentang hasil
cendawan saya tahun lepas. Actually, yang menguruskan sepenuhnya penjagaan
cendawan adalah mamaku yang tercinta..huhuhu Saya membantu dalam mengeluarkan
modal pembelian bongkah cendawan dan apa-apa yang memerlukan $$money.
Seperti yang dijangkakan.. menanam cendawan di kawasan
panas(keningau) tidaklah sama dengan menanam di kawasan sejuk(Ranau).. memang
jaulah bezanya.. Hasil pertaman cendawan yang kami beli keluar pada 22 Januari
2014... Kami ambil dari Borneo Mushroom pada awal bulan November 2013..
Maksudnya kami menunggu selama 1 bulan setengah jugalah kan.. (^_^). But its
ok.. tidaklah terlalu lama. Hasil cendawannya.. ermmm masih Ok.. Ini kerana, Ingat
tak tahun lepas cuaca di Malaysia tiba-tiba sejuk.. Termasuk di Keningau, suhu jatuh sampai 17darjah celcius. Waktu cuaca tiba-tiba sejuk itulah
Cendawan kami keluar dengan gembiranya.. hahaha
Ini antara hasil cendawan yang keluar:-
Cendawan Tiram Kelabu
Cendawan Tiram Kelabu
Cendawan yang keluar masa tersebut.. tidak sekaligus, Mereka
keluar secara berkumpulan.. hehehe...
Nampak cendawan yang siap dipacking itu.. 1 bungkus beratnya 100gram.
Kami jual Rm3.00.. (^_^). Bila dikira balik bongkah cendawan, rupanya Borneo
Mushroom bagi 100 bungkus sahaja. uhuhu… berlaku miss communication antara saya
dengan mama ketika urusan pembelian.. huhuhu.
100 bungkus yang kami beli telah mengeluarkan hasil sebanyak RM 400.
Keuntungan yang lumayan jugalah tapi,, memang Azab mengambil di Ranau.. dengan sewa kereta lagi.. lebih-lebih lagi saya yang berkerja jauh ini..mmg
urusan membeli sangat susah.. Tak boleh juga nak minta tolong mak bapa kerana
diorang tak tahu jalan nak kesana.. (T_T) dan diorang tak berani nak pandu
kesana.. (T_T).. Nampaknya usaha ditangan sendiri.. huhuhu
Pasaran adalah di Tamu Ground Keningau dan kebanyakan pelanggan
adalah dari orang-orang kampung yang datang kerumah kami untuk membeli
cendawan.. dan juga dikalangan saudara mara.. Feedback dari pelanggan setempat
ialah ‘cendawan kami manis dan tidak kenyal..sedap dimakan’. (^_^) Gembira
mendengar feedback tersebut tau..hohoho
Sebelum ini, pasaran adalah benda yang paling saya risau.. ya lah,
mmg lah risau. Andai kata tiada pelanggan, tak kemanalah cendawan kami itu..
Tapi nampaknya.. Syukur Alhamdulillah sekali lagi.. pasaran memang baik dan
memberangsangkan. Kadang-kadang sedih juga bila ada orang datang rumah
semata-mata nak beli cendawan.. Tapi cendawan tak banyak keluar. (T_T)
Selepas semua cendawan yang kami beli ni habis mengeluarkan
hasil.. Pada bulan April 2014, mama saya ada mendapat stok cendawan dari
seorang kawan.. Aunt. Rupina.. Stok sebanyak 100 bungkus.. Dia jual RM1.20 sebongkah.. mahal sebab beli dengan orang lain..
Bagi saya, beli dengan orang ini memang baik, jimat tenaga tak
perlu jalan jauh untuk ambil bongkah.. tapi masalahnya ialah… kualiti cendawan
tidaklah seperti yang kita bawa sendiri dari kilangnya.. Sebab masa kami ambil bongkah
cendawan di Ranau hari tu, kami jaga dengan penuh dedikasi…hahaha Sebab itulah
cendawan yang keluar pun gembira..hoho
Beg cendawan yang 100 bungkus ni ada sedikit masalah… Kebanyakan
beg cendawan bocor dan bongkah cendawan retak. (*_*) itupun
mama saya maklumkan melalui telefon sahaja. Tak bolehlah nak merungut
sebab, Patut bersyukur orang bagi.. kalau tidak, mmg kena pegi ambil sendiri..
Untuk hasil yang kedua ini tidak berapa memberangsangkan:-
Cendawan Tiram Putih
Cendawan Tiram Putih
Cendawan Kering (T_T)..
Semua cendawan yang keluar juga kering macam ni.. mungkin juga disebabkan cuaca panas.. dan juga jangkitan serangga sebab beg cendawan bocor. Untuk pastikan cendawan sihat-sihat belaka, saya rancang untuk meletakkan aircond protable 1HP di dalam rumah cendawan.. Comin Soon la.. huhu
Setakat ini, saya belum merancang untuk mengambil bongkah cendawan kerana sibuk dengan urusan tunang dan kahwin diri sendiri dan kahwin kakaku.. (^_^)
Inshaallah..Kalau Allah bagi rezeki, kami akan pergi ambil lagi. Amin (^_*)