MEMORI PERSIAPAN BERTUNANG DI KENINGAU PART 2



Holaa.. bertemu kembali..

Sebelum ni saya cerita tentang hantaran saya kepada pihak lelaki.. boleh baca cerita memori persiapan bertunang di keningau part 1.. Kali ni, saya cerita tentang perjalanan majlis tunang kami.. Majlis tunang kami sederhana sahaja, dihadiri saudara-mara terdekat sahaja.. 

Saya merupakan mualaf.. Jadi ada pertembungan adat lah kan ketika tunang.. Tunang ikut adat perempuan. Saya convert dari agama kristian ke islam.. Menjadi mualaf ni bukanlah satu perkara mudah tuan-tuan dan puan-puan. Banyak hati yang perlu dijaga.. terutama sekali hati keluarga sendiri. Tapi Syukur Alhamdullilah, keluarga sudah menerima keputusan yang saya ambil.. Memang agak sukar sebelum ini, macam-macam rintangan perlu diharungi.. (T_T) Saya gagahkan juga untuk mengharungi semua masalah kerana saya nak kahwin dalam keadaan tenang dan direstui oleh keluarga.. (^_^) .. ehh ehh semakin kelaut pula kau Mell..

Okeh kerana tunang semamangnya mengikut adat perempuan, jadinya saya terangkanlah sedikit-sebanyak tentang adat kami iaitu bangsa Dusun.. Kalau nak ikut adat 100%,  memang susahlah nak tunang kan.. Mama saya ni jenis sayang anak..hehehe Dia taklah nak susahkan saya atau bakal tunang, jodoh dah sampai kan.. Kalau dihalang-halang lain pula jadinya tu.. Jadinya mamaku yang kucinta pun, sediakanlah apa yang patut sebelum bertunang dan hanya ikut adat yang perlu sahaja. Kalau ikutkan adat yang benar-sebenar-benarnya.. wuihhh letih heyyy... antara adat yang mama dan bapaku ikut adalah :-

1) Belanja dapur (Belanja untuk membeli barangan keperluan makan sahaja ketika majlis kahwin nanti)  

2) Berian (Lebih kurang mas kahwin tapi akan diberi kepada ibu perempuan)

3) Kinopuan Tapi (jasa ibu)

4) Barang-barang adat

Semua diatas diminta secara tunai kecuali no 4, barang-barang. Barang-barang juga bergantung pada apa yang diminta oleh ibu bapa pihak perempuanlah, kalau diorang minta yang mahalzz dan perlu pengorbanan untuk mendapatkannya contohnya sepasang babi.. nasib badanlah yerr.. 
Semuanya diatas bergantung pada perbincangan ketika bertunang dan perlu dihantar ke rumah pengantin perempuan 2 atau 3 bulan sebelum majlis kahwin. Pihak lelaki juga tidak boleh datang kosong sahaja ketika datang menunang anak orang, mesti dan wajib bayar mana-mana yang mampu.. contohnya kalaulah dapat bayar Kinopuan tapi, mesti bayar full, tak boleh separuh-separuh. Kalau dapat langsaikan semua masa bertunang juga.. lagi baik..Kalau tak mampu, yang lain-lain bayar 2 atau 3 bulan sebelum majlis kahwin berlangsung.

Di sabah, tak taulah di tempat lain, tapi di kampung kami iaitu Kg. Ria, yang menjadi tukang tunang mestilah ketua kampung.. Wajib.. Siapa-siapa yang tunang tanpa pengetahuan ketua kempung sepatutnya diSOGIT.
Sebelum tunang, maklumkanlah pada ketua kampung tentang majlis pertunangan yerr , bila dan jam berapa rombongan pihak lelaki datang.. Supaya ketua kampung dapat mengatur masa.

Ketika majlis pertunangan pihak perempuan mesti sediakan seorang saksi dan pihak lelaki juga mesti sediakan seorang saksi.. Nanti 2 orang saksi ni akan tandatangan di borang pertunangan.. Borang tu nanti akan dibawa oleh ketua kampung ketika majlis berlangsung. Fungsi borang ialah sebagai rujukan sekiranya berlaku perka yang tidak diingini contoh:- putus tunang. Lelaki juga mesti sediakan paling kurang RM30 kepada ketua kampung sebagai saguhati kerana hadir menjayakan majlis pertunangan. (^_^) hehehe.. Memang rumit sikit..

Hehehe.. saya cerita ni untuk info pada siapa-siapa yang seperti saya.. Susah nak dapat info ni di mana-mana blog.. (T_T).. Mengalir airmata pun tak akan jumpa.. hohoho

Kalau nak menyenangkan diri sendiri dan bakal tunang serta familinya. Si perempuan kenalah bincang baik-baik dengan famili. Lebih baik kalau merisik dahulu sebelum bertunang. Risik tu penting, supaya anda  dan si bakal tunang tidak terkejut dengan respon keluarga. (^_^) Ini berdasarkan pengalaman sendiri yerr.. 

Baiklah kita sambung kepada majlis kami..

Rombongan lelaki datang pada jam 11.00 pagi dan balik pada jam 1.30 petang.. Sekejap sahaja bertunang ni, Kalau ada buat minum-minum (Moginum) buatlah selepas pihak lelaki balik yaa.. Ini penting tau untuk hormat perasaan rombongan lelaki dan juga perasaan ibu bapa anda. Janganlah tiba-tiba tidak mau buat minum2 tu yerr... Lainlah kalau keluarga si perempuan sendiri yang tidak mau buat.

Ini bakal bapa mentua saya.. (^_^) (aku malu)

 Nenek bakal tunang

Bakal adik ipar..wahahaha (malunya aku)

Sepupu si bakal tunang

 Rombongan pihak lelaki

Hantaran dari pihak perempuan dan dari pihak lelaki

Opss sebelum terlupa.. saya nak bercerita sedikit tentang hantaran.. (^_^) Tidaklah wajib untuk perempuan membalas hantaran pihak lelaki.. saya buat sebagai suka-suka sahaja, sebagai memori pertunangan.. (^_^)

Selepas ni, saya upload gambar sahaja yerr.. kalau anda muntah hijau, apa bole buat.. hihi

Sarung cincin.. Cincin disarung oleh nenek si tunangku (^_^)

Bakal mama mertua memakaikan gelang tangan (^_^)

 Eheh.. si tunang sedang mamakaikan rantai leher (^_^)

Ketua kampung mengesahkan pertunangan kami..(^_^)

Ketua kampung yang lawak tapi tegas.. (^_^)

Bakal ibu mertua sedang memberi bayaran kinopuan tapi kepada mamaku (^_^)

Bersalam-salam dengan rombongan pihak lelaki (^_^)

 Menyarungkan cincin kepada tunangku.. hehe Sebenarnya saya memang sudah rancang bapa yang akan sarungkan cincin kepada en.tunang tapi..... nampak lagi proper dan cantik.. tapi....tapi... hahaha

Bergambar dengan en.tunang, bakal ibu dan bapa mertua dan juga ibubapa kesayanganku (^_^)

Kek tunang yang ditaja oleh mama (^_^).. Thanks Mum





Saksi dari pihak perempuan.. abangku (^_^)

 hehe.. inilah borang yang saya cakapkan tadi tuuu...


okeh..okeh.. cukup2 sudah Mell.. nanti muntah pulak orang yang membaca.. hahaha

Begitulah perjalanan majlis tunang saya di Keningau.. Gambar mini pelamin yang saya buat tu tidak jelas sangat.. hohoho.. tapi itulah yang kami adik beradik DIY.. 

Selepas selasai majlis tunang, memang rasa ohhhhh Bersyukur sangat..hahaha Selesai satu perkara.. Memang rasa berterima kasih sangat dengan mama, bapa, kakak, abang, saudara-mara yang turut sama menjayakan majlis saya tu.. huhuhu tanpa kalian ntahlah apa yang akan terjadi.. Sebagai penghargaan saya mau juga upload gambar mereka yang bersusah payah membantu mama dan bapaku.. terima kasih semua. (^_^)..


 My sister merangkap tukang mekap dan tolong kembangkan bunga kertas aku.. (^_^)



My sis and her husband(yang pakai speak itu..hihi) Thanks sebab tolong buatkan mini pelamin dan gubahkan hantaran.. (^_^)


Hahaha.. ketika meniaypkan hiasan untuk mini pelaminku.. (^_^).. opss yang baju hijau, gaya lebih..hahaha..


 My sis merangkap jurugambar ketika majlis pertunanganku.. (^_^)

My aunty.. (^_^) yang bantu masak-memasak.. (^_^)

 My Aunty..thanks

My bakal abang ipar.. (^_^).. thanks tolong isikan borang tunang kami hihi

Dan orang penting dalam hidupku yang mengatur semua.. My parents.. (^_^) 

 Opss.. tak habis lagi laa.. banyak pembantu-pembantu di belakang tadbir ni.. heheh 










Thanks semua coz sudi membantu...  (T_T)..  Love you all.. Bantu lagi la lepas ni.. kahwin pulak.. hahaha.. 

Itu saja la untuk majlis tunang.. penat mengimbas kembali perjalanan majlis.. Harap dapat memberi sedikit info kepada pembaca budiman semua.. see you




MEMORI PERSIAPAN BERTUNANG DI KENINGAU


Holaa..
Kisahnya hari ini adalah 2 Disember 2014.. Huihh semakin menghampiri tahun 2015.. Malaysia Bebas Dadah adalah 2015.. Boleh ke? Bebas ke?  Lu pikir la sendiri si Nabil bilang.. hahaha


Kali ni, saya bercerita tentang cerita pertunangan ku pada 10 November yang lalu.. ehehehe Dah berlalu.. Imbas kembali sahaja la yerr.. (^_^)
Sememangnya seperti insan-insan yang lain, Tunang adalah perkara yang memberi banyak makna dalam hidup kan? Yaaa.. saya pun samalah jugak.. hohoho Macam-macam perasaan yang dirasa sebelum bertunang kan.. Takut, tidak pasti, bingung, gembira, sedih dan yang sewaktu dengannya... Ada ke yang RELAX jew sebelum bertunang?? Oohh bahaya tu.. (@_@) Sila teliti kembali diri anda, bagi yang tiada perasaan sebelum/semasa bertunang..mungkin (mungkin sahajalah..) anda adalah robot.. (^_^)..opsss


Okeh..semakin kelaut pula kau ni ya Mell.. hehehe
Sebelum bertunang, asalnya saya memang nak buat sesimple yang boleh.. kalau boleh, tak payah nak bermekap-mekap bagai.. tapi entahlah macam mana boleh lain pulak jadinya.. hohoho (^_^)... Setelah memikirkan, tunang dikira perkara yang penting dalam peristiwa hidupku.. ya penting tu tau..hehe dan bila bertanya-tanya pendapat dari kawan-kawan opis dan kakak-kakak kesayangan..mmmmmm rasanya tak jadilah nak buat simple gila.. buat sederhana pun oklah juga.. biar jadi kenangan yang manis untuk saya dan tunang imbau pada hari tua nanti.. (^_^)


Saya rancang untuk membuat mini pelamin masa tunang nanti.. Buat sendiri saja.. nak tempah.. membazir la.. buat simple-simple jew.. Makanya saya pun Google lah mana-mana mini pelamin DIY yang awesome di hati ini.. google punya goole.. adalah juga yang berkenan..



Dalam hati, nak DIY mcm yang ini la juga..hehehe Mampu ke?? Rajin ke?? hahah itu memang persoalan di hati sendiri.. Tapi bagi bakal-bakal nak bertunang tu, Best tau bila DIY sendiri mini pelamin.. ntahlah bagi saya.. memberi kepuasan pada diri sendiri dan memori yang tak dapat dilupakan..heheh penat memanglah sangat penat.. macam nak patah pinggang oiii membuat bunga kertas ari tu..ohoho sangat la penat..Tapi itu pengalaman yang manis sebenarnya selepas habis majlis bertunang nanti.. hehe


Tapi.. buat bunga kertas dan bunga kipas seperti diatas itu, bukanlah masalah bagi saya.. sebenarnya saya suka buat benda-benda macam tu.. lebih-lebih lagi dikala cuti yang sangat bosan.. jadinya tidaklah saya menganggu en. bakal tunang.. sebab saya ni adalah orang yang sangat cepat BORING.. huhuhu tak boleh duduk melekat dirumah.. sehari mungkin boleh tahan.. tapi kalau cuti sampai 3 hari?? Ya ampun.. boleh mati bosan tu..hahaha


Saya bakal bertunang di kampung halaman kesayanganku iaitu di Keningau.. Tapi the big problem is.. saya berkerja di Kuala Lumpur.. (T_T).. Ohh memang sangat susah bila kita berkerja jauh dari tempat untuk bertunang.. lebih-lebih lagi di tanah orang ni.. Naik flight bagai.. huhuhu.. kalau nak buat hantaran, rosaklah bunga-bunga yang sudah digubah kalau masuk kargo.. ya ampun.. pembaca budiman faham-faham sajalah bila masuk kargo.. entah habis patah, renyuk dan macam-macam lagi terjadi kan.. (T_T).. Jadi saya buat keputusan untuk mengubah bakul hantaran selepas sampai di Keningau saja.. Sebelum itu buatlah apa-apa yang patut contoh.. lekat-lekat riben di tepi bakul tu.. lilit2 reben di mana yang patut.. Nanti tinggal letak bunga jew di Keningau..


Tapi untuk mengubah bukanlah perkara yang senang... lebih-lebih lagi untuk orang yang tidak kreatif macam saya ni.. memang berserabut kepala mengubah bakul hantaran... Nasib baiklah ada kakak yang kreatif tau.. kalau tidak..  ketawa besar orang tengok bakul hantaran yang digubah... ntah jadi apa. hahaha Thanks my Sis dan Brother In Law sebab tolong hiaskan hantaran hari tu... sangat appreciate dan terharu.. Saya dan bakal tunang telah setuju untuk buat 7 berbalas 9 dulang hantaran. Saya buat 9 balasan dulang manakala pihak lelaki bawa 7 dulang.. tapi sesuatu yang tidak diduga terjadi..hahaha kami masing-masing terlebih satu dulang hantaran.. saya terbuat 10 dulang dan lelaki pula bawa 8 dulang.. Eh ehh kebetulan pula.. Takpalah rezeki nak masuk lebih tu kan.. mudah-mudahan Amin


Tema untuk pihak perempuan ialah biru dan pink... Tema lelaki pula pink belacan..ahaha (jangan bawa belacan sudah) hehehe... Bukan sesuatu yang mudah tau mencari sesuatu yang berkenan di hati (termasuk harga yang berpatutan).. Bunga untuk hias bakul hantaran saya beli di Chow Kit.. memang murah berbaloi-baloi disana.. 3 jambak bunga plastik hanya RM10.. Dalam 1 jambak bunga ada 5 kuntum bunga.. wuiihh banyak tu.. hehehe..Jimat kos..beli bunga mahal2 pun.. kalau disimpan oleh bakal mak mentua kira tak bazir la.. tapi kalaulah dibuang sahaja.. ooohhh sangat membazir laa.. Berjimat dalam perkara yang betul, bagi saya sangat baik..hehehe puji diri sendiri kah Mell?? (^_*)


Saya beli 2 jambak bunga biru dan 1 jambak bunga perhiasan warna putih.. Manakala bunga putih saya ambil dari rumah encik bakal tunang sahaja, kebetulan tuan rumah lama si bakal encik tunang tinggalkan bunga kahwinnya/tunangnya....oooo satu penjimatan lagi..hahah  semua RM30.. ya bagi saya sangat berbaloi.. Bila saya bandingkan dengan bunga mahal yang harganya amboii habis gaji satu bulan.. alahai.. lebih kurang sahaja cantiknya.. Membazir itu amalan Saitan.. Tau


Barang-barang hantaran saya dan bakal tunang cari di Sungei Wang Plaza Bukit Bintang.. 1 hari pun tak siap-siap membeli kerana sangatlah payah mencari saiz kasut si Bakal Tunang ini.. (T_T) Kaki sangat istimewa.. hahaha sampai kasut pun sangatlah susah dicari.. bukannya dia ni memilih.. tapi kebanyakan kedai tiada saiz kaki dia ni.. saiz besar.. kaki amereka kah apa?? hahaha


Inilah hantaran dari saya kepada dia:-












Haahh cantik kan kakak saya tolong gubah.. Kalau tangan sendiri yang gubah.. memang takdanya jadi macam tu.. saya akan lipat-lipat je..hahaha hantaran yang ke 2-10 tu, kakak no 1 dan abang ipar yang tolong buatkan.. berpanas diorang di tingkat 1 rumah kami untuk siapkan hantaran saya ni tau.. sampai jam 6 ptg baru siap..heheh thanks yee Sis dan Abg Wan.. (^_^)


Saya pun dah penat menaip... nanti next entry saya sambung lagi ya tuan-tuan dan puan-puan.. sehingga berjumpa lagi.. 


CENDAWANKU MENGELUARKAN HASIL DAN BERJAYA DIJUAL



Seperti yang saya janjikan.. sekarang saya update tentang hasil cendawan saya tahun lepas. Actually, yang menguruskan sepenuhnya penjagaan cendawan adalah mamaku yang tercinta..huhuhu Saya membantu dalam mengeluarkan modal pembelian bongkah cendawan dan apa-apa yang memerlukan $$money.

Seperti yang dijangkakan.. menanam cendawan di kawasan panas(keningau) tidaklah sama dengan menanam di kawasan sejuk(Ranau).. memang jaulah bezanya.. Hasil pertaman cendawan yang kami beli keluar pada 22 Januari 2014... Kami ambil dari Borneo Mushroom pada awal bulan November 2013.. Maksudnya kami menunggu selama 1 bulan setengah jugalah kan.. (^_^). But its ok.. tidaklah terlalu lama. Hasil cendawannya.. ermmm masih Ok.. Ini kerana, Ingat tak tahun lepas cuaca di Malaysia tiba-tiba sejuk.. Termasuk di Keningau, suhu jatuh sampai 17darjah celcius. Waktu cuaca tiba-tiba sejuk itulah Cendawan kami keluar dengan gembiranya.. hahaha

Ini antara hasil cendawan yang keluar:-

                                                            Cendawan Tiram Kelabu

                                                             Cendawan Tiram Kelabu

                                                             Cendawan Tiram Kelabu



Cendawan yang keluar masa tersebut.. tidak sekaligus, Mereka keluar secara berkumpulan.. hehehe... 
Nampak cendawan yang siap dipacking itu.. 1 bungkus beratnya 100gram. Kami jual Rm3.00.. (^_^). Bila dikira balik bongkah cendawan, rupanya Borneo Mushroom bagi 100 bungkus sahaja. uhuhu… berlaku miss communication antara saya dengan mama ketika urusan pembelian.. huhuhu.  100 bungkus yang kami beli telah mengeluarkan hasil sebanyak RM 400. Keuntungan yang lumayan jugalah tapi,, memang Azab mengambil di Ranau.. dengan sewa kereta lagi.. lebih-lebih lagi saya yang berkerja jauh ini..mmg urusan membeli sangat susah.. Tak boleh juga nak minta tolong mak bapa kerana diorang tak tahu jalan nak kesana.. (T_T) dan diorang tak berani nak pandu kesana.. (T_T).. Nampaknya usaha ditangan sendiri.. huhuhu

Pasaran adalah di Tamu Ground Keningau dan kebanyakan pelanggan adalah dari orang-orang kampung yang datang kerumah kami untuk membeli cendawan.. dan juga dikalangan saudara mara.. Feedback dari pelanggan setempat ialah ‘cendawan kami manis dan tidak kenyal..sedap dimakan’. (^_^) Gembira mendengar feedback tersebut tau..hohoho

Sebelum ini, pasaran adalah benda yang paling saya risau.. ya lah, mmg lah risau. Andai kata tiada pelanggan, tak kemanalah cendawan kami itu.. Tapi nampaknya.. Syukur Alhamdulillah sekali lagi.. pasaran memang baik dan memberangsangkan. Kadang-kadang sedih juga bila ada orang datang rumah semata-mata nak beli cendawan.. Tapi cendawan tak banyak keluar. (T_T)

Selepas semua cendawan yang kami beli ni habis mengeluarkan hasil.. Pada bulan April 2014, mama saya ada mendapat stok cendawan dari seorang kawan.. Aunt. Rupina.. Stok sebanyak 100 bungkus.. Dia jual RM1.20 sebongkah.. mahal sebab beli dengan orang lain..

Bagi saya, beli dengan orang ini memang baik, jimat tenaga tak perlu jalan jauh untuk ambil bongkah.. tapi masalahnya ialah… kualiti cendawan tidaklah seperti yang kita bawa sendiri dari kilangnya.. Sebab masa kami ambil bongkah cendawan di Ranau hari tu, kami jaga dengan penuh dedikasi…hahaha Sebab itulah cendawan yang keluar pun gembira..hoho

Beg cendawan yang 100 bungkus ni ada sedikit masalah… Kebanyakan beg cendawan bocor dan bongkah cendawan retak. (*_*)  itupun  mama saya maklumkan melalui telefon sahaja. Tak bolehlah nak merungut sebab, Patut bersyukur orang bagi.. kalau tidak, mmg kena pegi ambil sendiri..


Untuk hasil yang kedua ini tidak berapa memberangsangkan:-
                                                             Cendawan Tiram Putih

                                                         Cendawan Tiram Putih

Cendawan Kering (T_T).. 
Semua cendawan yang keluar juga kering macam ni.. mungkin juga disebabkan cuaca panas.. dan juga jangkitan serangga sebab beg cendawan bocor. Untuk pastikan cendawan sihat-sihat belaka, saya rancang untuk meletakkan aircond protable 1HP di dalam rumah cendawan.. Comin Soon la.. huhu

Setakat ini, saya belum merancang untuk mengambil bongkah cendawan kerana sibuk dengan urusan tunang dan kahwin diri sendiri dan kahwin kakaku.. (^_^) 

Inshaallah..Kalau Allah bagi rezeki, kami akan pergi ambil lagi. Amin (^_*)

MEMBELI BENIH CENDAWAN DI BORNEO MUSHROOM MESILAU RANAU..



Kisah cendawan yang sudah lama tidak diupdate.. ehehe 

Saya dan keluarga serta tunang tersayang sudah ke Ranau pada tahun 2013 (wahahaha lamany x update blog..sekarang hujung tahun 2014 laa sudah..hmmm). Syukur alhamdulilah... Memang ada cendawannya di sana.. tempat nya terletak jauh di atas bukit.. broom broom van yang kami bawa.. mendaki jauh ke puncak gunung. 

Tempatnya di mesilau.. Kalau ada sesiapa yang nak test-test cari... jalannya sehala dengan tempat ke Dairy farm ituew(sempat lagi kami bergambar ala-ala berada di luar negara disitu..hohoho) (^_^)...

Sampai sahaja kami di KPD ranau... kami berjumpa terus dengan penjaga rumah cendawan disana.. tapi namanya sudah lupa la( biasalah umur semakin tua) uhuk..uhuk.. Untuk info, Kalau anda datang ambil sendiri cendawan.. mmg sentiasa ada tersedia tapi hanya untuk 500 bongkah dan kebawah sahaja yerr.. tak boleh banyak-banyak.. kalau nak banyak.. mesti buat oder dulu.. Nombor-nombor contact saya tidak dapat bagi sebab X tau terselit dimana... puas saya selongkar beg tapi... (*_*)tidak jumpa. (lama sangat baru mau update blog.. mmg begini la jadinya)... Tapi dont Worry..nombor Borneo Mushroom ada di hujung jari anda.. type saja borneo mushroom di google pasti dapat.. hehehe

Waktu kami sampai disana.. satu bongkah dorang jual RM0.80 sebongkah. makanya saya ambil 200ratus bongkah sahaja kerana sebenarnya kami tidak rancang pun mau ambil cendawan masa tu.. kami hanya datang untuk saja-saja bercuti-cuti Malaysia.. hohoho..Datang ke Borneo Mushroom pun untuk melawat sahaja.. tapi bila bertanya-tanya itu dan ini.. rupanya cendawan ada tersedia untuk mereka yang terus datang ke kilangnya. Oleh kerana masa tu kami menyewa van sahaja..dan van sangat padat dengan penumpang.. maka hanya dapat ambil 200ratus bongkah sahaja lerrr... tapi its OK sebab bukan dalam perancangan kan.. Waktu sampai di sana, kami disambut mesra oleh seorang staff  yang namanya Roni( Bukan nama sebenar.. rasa-rasanya Roni nama dia..ehehehe..). En,Roni lah yang banyak membantu menjawab pertanyaan-pertanyaan dan penerangan tentang cendawan.. Banyak jenis cendawan yang diorang tanam tau.. hehehe Segar-segar belaka.. 

Selesai saja kami melawat rumah cendawan.. kami berangkat balik (sebelum balik ke Keningau kami sempat lagi singgah di PORING) hahaha... kan kami bercuti-cuti Malaysia..

Kami di Ranau selama 2 hari 1 malam.. kami bermalam di Kinabalu Pine Resort.. Tempatnya memang sangat cantik.. Sejuk dan dapat nampak permandangan puncak gunung kinabalu kalau bangun awal-awal pagi yerrr... kalau bangun 9 pagi dan keatas.. Kempunanlah mau tingu permandangan puncak gunung kinabalu dari jauh..hohoho.. tengok awan sajalah ya..

Okeh la..saya kongsikan gambar sajalah ya tuan-tuan dan puan-puan.. harap jangan muntah melihat posing-posing kami ituew...hoho (kalau ada pertanyaan bolelah email saya sahaja di mellcomell@gmail.com)


Bilik tempat kami menginap selama satu malam.. Sangat sejukk disini okehhh.. semua perempuan duduk dalam bilik sahaja.. yang team lelaki.. ntahlah.. melepak la tu di luar sebab mereka semua macam orang putih..tahan sejuk ..wahahaha

 Ini waktu pagi.. jam 6 gituew..ohoho Gunung Kinabalu sudah diliputi awan... (T.T)... Jadi kalau kamu dan kamu datang sini.. bangunlah jam 5 yerrr... pasti dapat berjumpa dengan Mr. Kinabalu..


 Hehe... My boyfriend yang kini bergelar tunang.. heheh Husband? OTW (^_^)


Posing sakan sebelum berangkat meninggalkan resort... sangat siokkk disini... suka-suka (^_^).. Kalau ada yang sedang mencari tempat untuk berHoneymoon, disini sangat sesuai untuk anda..

 Kami sempat singgah disini.. Hehehe


 Sila jangan muntah yerr...

 Posing ala-ala di New Zeland...hohoho... Inilah mama dan bapa kesayangaknku... (^_*)




 Okeh.. selepas puas berposing-posing di Kinabalu pine resort, Kundasang war memorial dan Dairy farm... akhirnya kami sampai ke sini.. BORNEO MUSHROOM MESILAU RANAU.. (^_^)

 Tu dia Mr. Roni(bukan nama sebenar) sedang bagi penerangan dan menjawab pertanyaan kami..


 Ini antara bongkah cendawan yang saya sempat ambil.. Di sini.. sangat sejuk... cendawan yang tumbuh pun sangat gembira.. tengok.. besar-besar dan sihat-sihat belaka.. (^_^)


 Lokasi terakhir kami singgah sebelum bertolak balik ke Keningau.. PORING.. Tersangatlah ramai pengunjung ketika ini.. (T.T)

 Dapat kolam yang ini pun kira bersyukur laaa... dapat juga si kecik2 mandi..
Di Poring ni, ada banyak kolam kecil dan besar.. jadi ikut nasiblah yerr..kalau ramai pengunjung.. terpaksalah menunggu giliran, dan cari tempat kosong.. yang lelaki.. Sila stanby di tepi untuk membooking kolam..hohoho

 Batu ituew sangat panas... (T.T)


 Silalah muntah melihat posing  akue ini.. wahaha

 OTW ke Sky Bridge... Kalau anda gayat.. sila jangan cuba-cuba yerr.. No turning back..hahaha


Waktu ini sangatlah gayat nak mampuss... huhuhu station terakhir yang sangat tinggi... 

Okehlah..itu sahaja ceritanya.. hahaha harap tidak mengecewakan pembaca yang budiman.. (^_^) .. lepas ni saya update bongkah cendawanku yang telah mengeluarkan hasil... tunggu..


PROJEK YANG TERGENDALA

Lama tak update... mcm mana nk update beg media cendawan tak dapat2 lagik.. PROBLEM..PROBLEM.. Operasi tergendala lagi... aduhhh... untuk info, Koperasi Pembangunan Desa Kundasang Ranau Sabah memang ada menjual beg media cendawan tiram kelabu (dan beg media cendawan2 yang seangkatan dengannya) yang sudah matang tetapi kena pegi ambil sendiri... KPD memang ada kenderaan untuk hantar tapi ntah kenapa la pulak tiba-tiba sentiasa sibuk kenderaan dorang tu... Nak pegi beraya la tue... ADUHHH.. pening2.. nak pegi mbil sndiri jauh pula temapt keja akue.. nak suh orang tolong ambilkan pulak susah... uhuk uhuk

Rancang nak settle lepas raya nie.. semoga semua berjalan dengan lancar.. kalau tak settle lagik kena tambah lagi usahanya lah.. Semoga semua dipermudahkan..AMIN

MEMBINA RUMAH CENDAWAN

hehehe




Lama dah tak berblogger ni kan.. Lamaaaaaa sangat-sangat.. nak cakap sibuk takdanya.. ngeh ngeh Malas jew hoho

Setelah merancang bertahun-tahun lamanya, akhirnya berjaya jugak melaksanakan hajat untuk berkecimpung dalam dunia penanaman CENDAWAN.. yahooooo FIRST STEP menuju kedepan (tak pasti lagi apa yang bakal terjadi dimasa hadapanku) doa-doakan semoga berjaya yerr..

Dengan bantuan FAMILY TERCINTA akhirnya rumah cendawanku yang tak seberapa ni berjaya dibina.. Lihatlah hasil usaha keras mamaku, bapaku, abang-abangku, abang ipar, kakak-kakakku, cousin-cousinku, beberapa orang penduduk kampungku tersayang... muahhhh muahhhm LOVE youuu all hehehe.. ALAMAK terlebih pula kan..


masih dalam proses pembinaan yooo :)


pandangan hadapan




rasa macam terang sangat pulak rumah cendawan kitaorang ni kan...
so kitaorang sehati sejiwa berpendapat untuk membeli satu lagi net hitam untuk doublekan net supaya nampak gelap siket..


Kos bina rumah ni bagiku sangatlah mahal.. kempis poket berbulan-bulan. RM7000 yooo...hahahaha (bagi yang macam aku, duet gaji tak seberapa ni rasa macam nak pitam sekejap (*.*) )

zink saya pilih jenis aluminium supaya taklah cendawan kitaorang nanti kepanasan..cian dia.. hehe (walau aku sendiri selalu kepanasan dengan keadaan cuaca yang sangat panas ini)

Saya mintak kepada BOSS bahagian kontraktor untuk pasang 2 biji lagi exosfan (12") untuk buang bahang panas dalam rumah cendawan. Sebab dari apa yang pengusaha cendawan bagitau, cendawan juga keluarkan bahang panas.. jadi kita kenalah stanby tuk buang panas dalam rumah cendawan nanti. Exosfan ni dorang pasang bahangian depan dan belakang.. tengok jew dari gambar d atas tu..

Pintu tu dari plastik jew..bole kurangkan Kos. Saya taklah Cun sangat dalam reka2 rumah cendawan ni, just bagi pelan dekat my parents then diorang yang buat menggunakan kebijaksanaan mereka.. hehehe Pelan pun mbil info dari internet jugak.. hehehe(sekarang kan maklumat di hujung jari anda) Kos bahan-bahan jew yang perlu dibayar kos upah pulak 0. Syukur sangat bapaku dan abang-abangku pandai jugak dalam  bidang buat-buat rumah cendawan so jimatlah siket dalam kos upah bina rumah cendawan. TENGKIU yaa kerana membantu adikmu yang berangan-angan menjadi bisneswomen ni hehehe~~~

Tiang-tiang utama semua menggunakan besi.. untuk tahan lebih lama, yang selebihnya pakai jew kayu.. pasal yang lain lain pulak ni haa, saya senaraikan.. manalah tau ada yang tertarik nk ciplak rumah kitaorang ni.. hehehe

Panjang x Lebar      : 20"x18"
Tinggi tiang tengah  : 12"
Tinggi tiang tepi      : 9"
Net                        : Better guna yang 90%

Buat masa skarang, cendawan belum order lagi.. sbb rumah baru jew siap.. Mudah-mudahan dalam minggu ni jugak la saya order dari KPD.. beli dari dorang ni murah siket.. RM0.80 sebiji beg media. Tapi ada minimum pembelian baru dapat free pengangkutan.. Sebenarnya kalo dapat join projek cendawan yang KPD anjurkan bole dapat lebi murah, pastu bole dapat banyak kebaikan antaranya ialah pasaran.. 

Yaa.. PASARAN benda yang paling merunsingkan kepala hotakku ini. Klo join projek KPD pasaran under dorang.. Walaupun sudah mencuba banyak kali kol dan kol ke KPD tapi jawapan dorang adalah  "Hanya yang terpilih dalam program ekasih saja layak ikut program tersebut"  

HAMPEH betul.. bercakap HU HA HU HA.. nak bantu usahawan muda la, ini la itu la... tapi bila minta tolong.. etulah jawapan bermakna yang dorg bagi.. Tak paham.. Ekasih apa benda kalo tak dapat nk daftar.. lepas tu macam mana la pulak Family kitaorang ni bole tak berdaftar dlm ekasih tu.. Sakit ati betul. ('.') pegi daftar, siap isi borang. TAPI tak lagi tersenarai nama dlm ekasih, dah BERTAHUN tunggu heyyy... kalo orang sakit dah kojol kot... huuuuuuu            ( ALAMAK terluah perasaan pulak) hehehehe bukan nak mengungkit tapi terungkit.. hahahahaha Family saya ni taklah sekaya mana..bole-bole lah.. makbapa petani.. layak la nama dorang tu daftar ekasih.. BETUL TAK?? (0.0)

Okey la.. rasa-rasa e2 jew la yang sempat dikongsi.. pasni kalo ada perkembangan terbaru saya update keh.. (^_^)V PEACE NO WAR

p/s: jangan heran ya bahasaku ini... saya ni orang sabah bah.. hahaha    SABAH DIBAWAH BAYU






ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...