Update kali ni, saya cerita tentang bakal en. Suami yang berusaha mencari rumah untuk kami berdua tinggal selepas kahwin..inshaallah.
Mencari rumah untuk dibeli ni rupanya, sangat susah berbanding mencari rumah untuk disewa.. ohh Noooo.... Saya ada berkongsi tips membeli rumah, Anda boleh rujuk entry saya 4 tips membeli rumah second hand.
Saya dan Mr.Fiance sudah mencapai kata sepakat untuk membeli rumah berbanding menyewa.. Bukan nak tunjuk kaya atau apa2, tapi rasanya ini memang satu langkah bijak bagi kami berdua yang berkerja di tempat orang... Kg. halaman tercinta adalah Bumi Dibawah Bayu=SABAH.. tapi rezeki berkerja kami berdua di semenanjung..area Kuala Lumpur.. Memang sedia maklum, taraf hidup di KL tinggi.. semuanya berbayar heii... nak free, hahh memang TIADA kecuali sanggup jadi tak malu mengemis..(opsss..terlebih pula)..heh heh
Kenapa nak beli rumah?? sewa saja kan bagus??
Okeh ini adalah antara soalan-soalan popular yang anda akan ditanya bila membuat keputusan membeli rumah ditempat orang..
Untuk pengetahuan bagi mereka yang bakal berkahwin, lebih2 lagi yang dalam situasi macam kami nie... haaaa Meh sini..baca info dari saya ni, jangan tak baca.. rugiiii HAHAHA
First sewa rumah area kuala lumpur adalah sangat tinggi.. iaitu antara 500-1000 dan keatas... kalau nak yang murah memang ada.. PPR (Projek Perumahan Rakyat) kalau anda sangguplah yerr.. bukan nak memperkecilkan rumah PPR, tapi kawasan rumah ni sedikit berisiko dan selalunya menjadi blackspot/blackarea/hotspot dan sebagainya oleh agensi2 penguatkuasa.. saya tak nak memburukkan ataupun korang nak cakap saya ni pembangkang..tapi IM TELLING U THE TRUTH.. kebanyakan mereka yang bermasalah (anda kena faham sendiri masalah yang saya maksudkan) adalah berkumpul disini.. oleh itu fikir-fikirkanlah sebelum anda menyewa, sebab anak2 anda bakal berisiko... But its still OK kalau nak sewa disini.. sebab bukan kita mampu nak sewa yang mahal lebih2 lagi yang rate 1000 tu..(hoooiiii terbeliak saja biji mata setiap bulan..) cuma perlu lebih ketat atau kawal pergaulan anak-anak sahaja, dan kawal diri sendiri juga.. heh
Second ialah.. andai kata anda menyewa rumah dalam RM550 sebulan.. sedangkan sekiranya anda membeli rumah dalam anggaran 70000 sebiji(tak kisahlah rumah flat/apartment) ..bulanan bayaran hanyalah sebanyak 389(lebih kurang). Bukankah rugi tu.. setiap bulan anda bayar rumah orang RM550 sedangkan kalau anda beli rumah, bukan saja menjadi aset sendiri tapi bulanan pun murah.. ye dok??
Third. Kalaulah anda orang sabah/sarawak.. memang tentu2 lah mau balik ke tempat sendiri kan?? Jangan bimbang dengan rumah yang dibeli... Anda bole sewakan kepada orang lain.. sepanjang pemerhatian saya, rate sewa di kuala lumpur dan juga sesetengah area selangor yang sedang membangun paling kurang tahun ini adalah RM600. tiada masalah kan?.. malah anda dapat menjana pendapatan dari rumah yang dibeli.. TAPI..ya TAPI... pastikan anda mencari rumah yang betul2 berpotensi.. berdekatan kemudahan awam/kolej/kilang2/opis besar... jangan beli secara serkap jarang..tangkap jer yang ada.. yang penting murah.. Heyyy jangan bersikap macam ini ya... anda akan rugi.. fikir semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan untuk beli.. sebab anda beli dengan duit tau.. bukan dengan daun, kau ingat ini main pondok2 ker? hehehe
Kami hanya bercadang beli rumah yang bersaiz kecil saja di KL.. nak besar2 pun, bukan nya duduk sampai tua..hahaha ....kalau rezeki terbuka lagi, mungkin barulah rancang beli rumah berletak atau teres di Sabah..inshaallah dipermudahkanlah semuanya.
Sebaiknya belilah rumah yang direct owner.. ya lebih senang urusan berbanding melalui agent dan harga pun berkemungkinan lebih murah. Dan jangan mudah percaya..huhuhu...(sedih bila ada juga orang yang berniat menipu ni.. nasiblah kami alert) jangan sekali2 tau.. rujuk la kawan2 anda yang boleh dipercayai yang mempunyai ilmu/lebih pakar tentang urusan jual beli rumah..sebaiknya rujuk dan minta pendapat mereka yang sudah beberapa kali membeli rumah.. kerana anda tidak rugi.. nasihat mereka sangat berharga..hehehe
Kesabaran yang tinggi, menjanjikan rumah yang berbaloi. Saya dan mr.fiance dah penat menservey rumah-rumah yang diiklan di internet.. Sangat memerlukan kesabaran dan ketekunan dan kekuatan semangat..hihihi... sayang ngan my mr.fiance... dialah yang mengurus dalam mencari rumah... memang sangat terkagum dengan semangtnya itu.. hehehe Penat tau cari rumah ni, dah dia penat2 cari,saya pula tak berkenaan bila masa melawat rumah...bukanlah saya memilih tapi disebabkan hal2 yang bagi saya memang munasabah untuk ditolak..gaduh juga la pasal rumah ni.. dia nak saya ikut sekali untuk lawat rumah, bukan apa, dia anggap saya ni cerewet..huhu..banyak jer yang dibebel..katanya lah...ish ish.. boleh dia anggap saya camtu???? hahah.. memang sangat sabar dia ni.. kagum!! hahaha,, dan terharu.. ehem. Duit pun boleh tahan jugak la terbang untuk proses melawat rumah.. minyak..tol..sesat lagi..hahaha
Almaklumlah kan, kaum hawa ni. kemarahan kadang2 membuak2 sampai tak terkawal.. mulut pun laser jugak..ehehe... bila dah balik rumah, rest2..terpikir balik marah2 si dia,dah macam nenek kebayan..hahaha rasa bersalah pula dengan mr. fiance.. huhu sori ya tunangku.. ehehe..
Okeh...semoga kita bertemu lagi di episode seterusnya..hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)
ARAHAN BERTUGAS DI SABAH
Assalamualaikum Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...
-
Penyelesaian kepada daging steak liat... Bahagian daging yang sesuai untuk dibuat steak. Assalamualaikum, Bagi penggemar western fo...
-
Assalamualaikum.. Lama dah tak share makanan.. So hari ni, saya rasa nak share satu tempat makan, kegemaran diri sendiri.. hihihi Kenap...
-
sumber: stock.adobe.com Assalamualaikum, Kali ni saya nak kongsikan tentang maksud Extrovert berserta ciri personaliti Extrovert. ...