18 mac 2022
Hari ke 2 selepas pembedahan... telinga masih ada keluar darah.. agak banyak... kapas luar tu basah jugalah dengan darah..
Sakit di gegendang telinga memang sangat terasa bila ubat tahan sakit dah hilang kesan.. sakit tak boleh dibawa berbincangπ
... tiba-tiba diserang pening... kalau pening dan sakit datang menyerang serentak, selain berharap pada ubat tahan sakit.... tak dapat nak buat apa... hanya baring dan bertenang saja ubatnya π
Bunyi berdesing kuat di telinga yang dibedah... pendengaran kurang jelas waktu ni.. mungkin disebabkan kapas yang disumbat kedalam telinga.
Bercakap pun perlahan-lahan saja sebabnya, kalau cakap kuat atau jerit kecil... terasa tekanan di telinga dan sakit pun menjelma.. π
Jadi nak kurangkan kesakitan hanya dengan makan ubat tahan sakit... cakap perlahan-lahan... banyak berehat...
19 mac 2022
Hari ke 3 selepas pembedahan... darah didalam telinga dah semakin kering... tiada lagi rasa basah di telinga... bunyi berdesing di telinga masih tak reda...
Rasa sakit masih sama... masih bergantung pada ubat tahan sakit... saya kononya nak rajin sikit hari ni.. nak bersih-bersih dan sapu rumah... belum siap membersih, telinga yang dibedah dah sakit teramat sangat... mungkin sebab banyak tunduk, mencangkung dan berdiri... rasa mcm nak tercabut gegendang telinga π
π
π
... laju-laju siapkan kerja sapu menyapu... terus duduk berehat sambil menahan kesakitan... azabbbb.. π₯²
20 mac 2022
Hari ke 4 selepas bedah... sakit dah berkurang banyak... tapi pening selalu menyerang... aduhai cepatlah sembuh wahai telinga... dah tak tahan sebab kena kawal semua benda supaya tiada tekanan di telinga.. nak menguap pun tersiksa... kena kawal supaya tiada tekanan ke telingaπ
π
...
25 Mac 2022
Hari ke-9... hari ni ada check up di Hospital Ampang... Doktor nak tengok keadaan luka jahitan di telinga... Luka jahitan tempat ambil tisu untuk tampal gegendang yang berlubang.
Saya memang berdebar nak jumpa doktor hari ni.. sebab nak buka jahitan.. takottt... takot sakit.. π
Sampai di hospital jam 7.40... awal kann.. π.. memang kena awal... kalau datang lambat.... orang ramai sangat dan barisan akan panjang gila-gila.
Penjarakan sosial wajib patuhi
Waktu jumpa doktor.. doktor tengok telinga... telinga saya dalam keadaan baik.. jahitan tak bengkak dan kelihatan kering... (saya memang jaga sangat luka jahitan ni... tak bagi basah waktu mandi).. kemudian doktor minta ke bilik prosedur untuk buka jahitan... aduh memang takut time ni... π€£
Doktor cabut satu persatu jahitan... jahitan ni memang dalam lubang telinga... kira-kira ada 10 benang jahitan yang dicabut.. wau rupanya banyak jahitannya π¨. Pastu doktor bagitau ada luka jahitan yang masih basah... jadi kena teruskan jaga dan pastikan luka jahitan sentiasa kering.
Kapas yang disumbat di dalam lubang telinga tak buka lagi.. kapas ni diletak ubat untuk bantu cepatkan luka dalam salur telinga akibat barang-barang yang digunakan sewaktu pembedahan. Kapas ni akan dibuka pada temujanji akan datang.. 1 minggu lagi... untuk tengok perkembangan luka dalam telinga.
Barulah saya tahu.. rupanya lepas bedah haritu.. corong telinga memang luka dan mungkin ada sedikit bengkak.. patutlah sakit sangatπ
...
Lepas dah buka jahitan, doktor bagi penerangan sekali lagi.. tak boleh buat kerja-kerja berat.. aktiviti-aktiviti ringan yang boleh dibuat... contoh kalau bekerja: aktiviti seperti jawab panggilan telefon, menulis, berkomunikasi ( maksud saya bagi nasihat π€£.. sebab kerja saya ni kena banyak membebel)... itu semua boleh... Tapi kena elakkan aktiviti mengangkat barang-barang berat... elakkan aktiviti yang perlu banyak berjalan..
Temujanji hari ni.. doktor tambah lagi ubat antibiotik jenis sapu di luka jahitan untuk 7 hari.. dapat ubat batuk... ubat lembutkan najis.. ubat kurangkan gatal-gatal dan ubat tahan sakit.. Kemudian dapat surat kepada majikan... tentang sakit saya dan tak dibenarkan membuat kerja-kerja berat.
Memo kepada majikan.. dalam proses sembuh jadi arahan kepada majikan untuk bagi buat kerja-kerja ringan sahaja.. memo ni kena minta... kalau tak minta, doktor tak bagi
Lactulose.. ubat lembutkan najis π
Ubat antiobiotik jenis sapu.. untuk luka jahitan.. kena letak selama 7 hari
Ubat tahan sakit.. makan bila perlu sahaja
Hari ke 9 selepas pembedahan gegendang telinga pecah... sakit dah semakin berkurang.. kadang-kadang saja sakit menjelma.. Tapi pening masih ada lagi.. tapi dah tak teruk macam hari pertama.
Sekiannya la ceritanya temujanji di hospital selepas 9 hari pembedahan gegendang telinga pecah
Jom balik.. dah siap jumpa doktor..
Siap dengan cepat... jam 8.50 pagi dah boleh balik... tak sia-sia datang awal π