Assalamualaikum
Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permohonan. Yeayyy!
Kami sudah berjaya pindah ke Sabah bulan Julai 2023 lepas, tapi baru bulan Febuari 2024 baru berkesempatan untuk berkongsi di dalam blog.. Berita dapat balik bertugas di kampung halaman semestinya sangatlah mengembirakan hati TETAPI untuk berpindah itu bukanlah senang sebab proses yang banyak jarak semenanjung dan sabah itu sangat jauh.. dari Selangor ke Papar Sabah.. disebabkan jarak yang jauh ini, maka usaha, wang, tenaga dan kesabaran juga sangat dituntut.
Dalam masa 1 minggu setengah, kami suami isteri bertungkus lumus menguruskan dokumen perpindahan sekolah anak, surat transfer perubatan dan perpindahan barang-barang termasuk kereta, motosikal dan barang rumah dari Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Kota Kinabalu. Mujurlah Allah permudahkan semua urusan kami... Anak-anak sememangnya sangat excited dan gembira dapat balik Sabah, dekat dengan sepupu-sepupu diorang.
Jadi lepas ini, tidak perlu lagi melalui jalan yang panjang untuk balik berjumpa dengan ibubapa dan saudara mara di Sabah. Selamat tinggal Tanah Semenanjung 👋👋 , Hai Sabah Tanah Airku.. 💓💓