MEMBINA RUMAH CENDAWAN

hehehe




Lama dah tak berblogger ni kan.. Lamaaaaaa sangat-sangat.. nak cakap sibuk takdanya.. ngeh ngeh Malas jew hoho

Setelah merancang bertahun-tahun lamanya, akhirnya berjaya jugak melaksanakan hajat untuk berkecimpung dalam dunia penanaman CENDAWAN.. yahooooo FIRST STEP menuju kedepan (tak pasti lagi apa yang bakal terjadi dimasa hadapanku) doa-doakan semoga berjaya yerr..

Dengan bantuan FAMILY TERCINTA akhirnya rumah cendawanku yang tak seberapa ni berjaya dibina.. Lihatlah hasil usaha keras mamaku, bapaku, abang-abangku, abang ipar, kakak-kakakku, cousin-cousinku, beberapa orang penduduk kampungku tersayang... muahhhh muahhhm LOVE youuu all hehehe.. ALAMAK terlebih pula kan..


masih dalam proses pembinaan yooo :)


pandangan hadapan




rasa macam terang sangat pulak rumah cendawan kitaorang ni kan...
so kitaorang sehati sejiwa berpendapat untuk membeli satu lagi net hitam untuk doublekan net supaya nampak gelap siket..


Kos bina rumah ni bagiku sangatlah mahal.. kempis poket berbulan-bulan. RM7000 yooo...hahahaha (bagi yang macam aku, duet gaji tak seberapa ni rasa macam nak pitam sekejap (*.*) )

zink saya pilih jenis aluminium supaya taklah cendawan kitaorang nanti kepanasan..cian dia.. hehe (walau aku sendiri selalu kepanasan dengan keadaan cuaca yang sangat panas ini)

Saya mintak kepada BOSS bahagian kontraktor untuk pasang 2 biji lagi exosfan (12") untuk buang bahang panas dalam rumah cendawan. Sebab dari apa yang pengusaha cendawan bagitau, cendawan juga keluarkan bahang panas.. jadi kita kenalah stanby tuk buang panas dalam rumah cendawan nanti. Exosfan ni dorang pasang bahangian depan dan belakang.. tengok jew dari gambar d atas tu..

Pintu tu dari plastik jew..bole kurangkan Kos. Saya taklah Cun sangat dalam reka2 rumah cendawan ni, just bagi pelan dekat my parents then diorang yang buat menggunakan kebijaksanaan mereka.. hehehe Pelan pun mbil info dari internet jugak.. hehehe(sekarang kan maklumat di hujung jari anda) Kos bahan-bahan jew yang perlu dibayar kos upah pulak 0. Syukur sangat bapaku dan abang-abangku pandai jugak dalam  bidang buat-buat rumah cendawan so jimatlah siket dalam kos upah bina rumah cendawan. TENGKIU yaa kerana membantu adikmu yang berangan-angan menjadi bisneswomen ni hehehe~~~

Tiang-tiang utama semua menggunakan besi.. untuk tahan lebih lama, yang selebihnya pakai jew kayu.. pasal yang lain lain pulak ni haa, saya senaraikan.. manalah tau ada yang tertarik nk ciplak rumah kitaorang ni.. hehehe

Panjang x Lebar      : 20"x18"
Tinggi tiang tengah  : 12"
Tinggi tiang tepi      : 9"
Net                        : Better guna yang 90%

Buat masa skarang, cendawan belum order lagi.. sbb rumah baru jew siap.. Mudah-mudahan dalam minggu ni jugak la saya order dari KPD.. beli dari dorang ni murah siket.. RM0.80 sebiji beg media. Tapi ada minimum pembelian baru dapat free pengangkutan.. Sebenarnya kalo dapat join projek cendawan yang KPD anjurkan bole dapat lebi murah, pastu bole dapat banyak kebaikan antaranya ialah pasaran.. 

Yaa.. PASARAN benda yang paling merunsingkan kepala hotakku ini. Klo join projek KPD pasaran under dorang.. Walaupun sudah mencuba banyak kali kol dan kol ke KPD tapi jawapan dorang adalah  "Hanya yang terpilih dalam program ekasih saja layak ikut program tersebut"  

HAMPEH betul.. bercakap HU HA HU HA.. nak bantu usahawan muda la, ini la itu la... tapi bila minta tolong.. etulah jawapan bermakna yang dorg bagi.. Tak paham.. Ekasih apa benda kalo tak dapat nk daftar.. lepas tu macam mana la pulak Family kitaorang ni bole tak berdaftar dlm ekasih tu.. Sakit ati betul. ('.') pegi daftar, siap isi borang. TAPI tak lagi tersenarai nama dlm ekasih, dah BERTAHUN tunggu heyyy... kalo orang sakit dah kojol kot... huuuuuuu            ( ALAMAK terluah perasaan pulak) hehehehe bukan nak mengungkit tapi terungkit.. hahahahaha Family saya ni taklah sekaya mana..bole-bole lah.. makbapa petani.. layak la nama dorang tu daftar ekasih.. BETUL TAK?? (0.0)

Okey la.. rasa-rasa e2 jew la yang sempat dikongsi.. pasni kalo ada perkembangan terbaru saya update keh.. (^_^)V PEACE NO WAR

p/s: jangan heran ya bahasaku ini... saya ni orang sabah bah.. hahaha    SABAH DIBAWAH BAYU






ARAHAN BERTUGAS DI SABAH

 Assalamualaikum  Akhirnya permohonan saya dan suami untuk bertugas di Sabah diluluskan setelah 14 tahun berulang kali mengisi borang permoh...